Rabu, 21 Jun 2017

(48) nervous vs focus

Pagi yang nyaman diselangi dengan nyanyian burung di dada langit sedikit sebanyak mendamaikan sekeping hati yang sedang lara diulit resah gementar tak tentu pasal pada pagi itu. Maklumlah, hari ni merupakan hari first peperiksaan SPM dijalankan. Sejak subuh lagi Shida tidak berhenti berdoa moga-moga Allah permudahkan segala urusannya pada hari ini. Dia benar-benar gementar sehinggakan dia tak ada selera untuk bersarapan tapi walau macam mana pun, kata ibu, dia kena juga makan untuk mengalas perut. Jadi dia cuma makan timun dan epal sebiji. Itu je yang mampu masuk ke tekaknya. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dari pintu pagar, sayup-sayup kedengaran bunyi riuh semua pelajar-pelajar tingkatan 5. Shida berdiri di ambang pintu dewan utama dengan sekeping hati yang masih gementar. Dia mencari kedudukan tempat duduknya. Tempat duduknya tak jauh dengan Fiona dan Tika. Awal-awal lagi Shida sudah hafal tempat duduk Fiona dan Tika untuk tahu berapa jarak antara mereka.
"Shida!" kata Fiona sambil matanya memerhatikan notis tempat duduk di depan pintu utama dewan.
"Tak payah tengok. Tempat duduk ko selang 2 baris dari belah kanan aku je" jawab Shida serta merta.
"Aku-aku?" celah Tika yang baru datang dari mana tah.
"Tempat duduk kau pulak paling belakang sekali barisan ke 5 dari kanan" kata Shida betah berbicara.
"Hah? Apasal belakang sangat? Dah lah betul-betul depan pintu pulak tu" Tika menarik nafas panjang lalu menghembuskannya deras. Serentak dengan itu, kedengaran suara Shida dan Fiona ketawa perlahan.
"Ok la tu. Senang kau nak keluar nanti" ujar Fiona.
"Betul gak eh. Lagi pun duduk belakang boleh tengok orang lain. Tak adalah kena hadap pentas je kalau duduk depan sangat. Hmmm, betul-betul-betul" Shida dan Fiona tersenyum lagi. Ada-ada sahajalah si Tika ni. Sekejap ok, sekejap tak ok. Selang beberapa minit, mulutnya yang tersenyum tadi mula bertukar biasa. Masing-masing sudah mula merasa debaran yang amat hebat apabila pengawas sudah mengarahkan para pelajar untuk masuk ke dalam dewan. Mereka bertiga memberanikan diri juga masuk ke dalam dewan dengan doa yang tak putus-putus dari dalam hati. Dia menelan air liur beberapa kali setiap kali melangkah menghampiri mejanya. Debaran di hati Shida kian menggila. Matanya dapat menangkap susuk tubuh yang paling dia kenali. Tengok dari pakaian sahaja sudah tahu. Sobir yang sudah duduk, mendongak memandang Shida yang disebelahnya.
"Shida?" nafas Shida turun naik taktala Sobir menyebut namanya. Mulutnya terkunci. Seketika, Shida hanya mampu tersenyum sambil menarik kerusinya lalu duduk. Shida memandang ke arah Sobir yang betul-betul di sebelah kirinya.
"Good luck" sapa Sobir taktala mata mereka bertemu. Terbit sedikit perasaan bahagia di hati lantaran daripada kata-kata semangat oleh Sobir sebentar tadi. Sedikit senyuman terukir di bibirnya. Hanya itu yang termampu dilakukannya. Dah Shida...Fokus exam!

#MAMPUKAH SHIDA HILANGKAN PERASAAN NERVOUSNYA DAN FOKUS KEPADA EXAM? NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA PADA 3/7 YE

Ahad, 4 Jun 2017

(47) detik terindah

Shida duduk di meja sambil memegang botol air. Shida tersenyum bila wajah Tika dan Fiona menerpa di ruang koridor itu. Tercunggap-cunggap mereka bertiga memanjat anak tangga tadi. Ini sudah kali ke berapa tah mereka turun naik tangga. Hari ini, merupakan hari untuk mereka mengemas meja dan kerusi untuk peperiksaan SPM yang bakal mereka duduki minggu depan. Meja dan kerusi yang tak digunakan, perlu di bawa turun untuk diletakkan di ruang bawah tangga. Macam tulah cerita nye.
"Ada lagi ke meja dan kerusi yang nak kena bawa turun?" soal Shida bila melihat Sobir dan Emey terus menuju ke arah mereka bertiga yang sedang mencari oksigen. 
"Dah habis dah. So korang boleh rehat puas-puas" tutur Emey selepas memastikan semua kelas di aras itu berada dalam keadaan kemas dan bersih. Shida cuba mengawal riak mukanya yang kepenatan itu. Al-maklum lah, buah hati ada depan mata. Lebih lama diperhatikan, Shida berasa ada yang tak kena dengan Sobir ni. Sobir menarik nafas kasar. 
"Sobir kau ok tak? Nama muka kau pucat semacam?" Sobir tersentak lalu merenung redup Shida yang sudah duduk berhadapan dengannya. 
"Pucat ke? Maybe penat kot" teragak-agak Sobir menjawab. Sobir menelan air liur. Lambat-lambat Emey mencelah "Sebenarnya dia sakit belakang tu. Kerja kuat sangat." 
'Aduh! Kenapalah Emey bagitahu gak? Hilang macho aku' gerutu Sobir dalam hati. Shida yakin sebenarnya ada benda yang Sobir dan Emey cuba sorokkan daripada pengetahuannya. 
"Alah sakit biasa saja." ucap Sobir spontan. Aneh....kenapa dia nak sangat tunjuk macho depan Shida? 
"Please lah...sakit biasa kau kata. Dah masuk seminggu kot kau sakit belakang tu." bicara Emey makin membuatkan Shida makin risau.
"Dah tahu sakit buat kerja-kerja berat. Nanti melarat sampai minggu depan macam mana? Dah pergi klinik? Tak pun sapu lah minyak. Urut-urut sikit. Dah tahu nak SPM, jagalah kesihatan tu sikit." bebel Shida. 
"Yelah...nanti aku sapu minyak. Dah kau tak payah lah nak membebel kat aku. Sakit telinga aku dengar suara nyaring kau." Sobir ketawa kecil. Shida mengetap gigi dengan geram. Sedikit hampa bila dia risaukan Sobir, Sobir boleh cakap dia membebel? Pelik juga dengan perangai kawannya itu. 
"Aku seriuslah" . Sobir jadi tersentak...ada perasaan yang asing datang taktala melihat muka Shida bimbang pasal keadaan dirinya, namun dia mengangguk dalam kepura-puraan. Pura-pura tiada apa yang berlaku. Pasangan itu seperti tidak kisah dengan orang lain dan beranggapan hanya mereka berdua di dalam kelas itu. Tenggelam dalam dunia mereka berdua. Patut ke Shida kekal menaruh pada Sobir walaupun sudah tamat persekolahan? 
Sementara itu, Tika, Emey dan Fiona senyap-senyap merakam babak terindah ini dengan menggunakan kamera yang dibawa oleh Tika. Masing-masing merenung Shida dan Sobir dengan renungan penuh makna. 

#BERHARAP SHIDA AKAN KEKAL SETIA UNTUK SOBIR?TAPI ADAKAH SOBIR JUGA AKAN SETIA PADA SHIDA? ENTAH MENGAPA CERITA HATI INI MAKIN MENJADI MENARIK. HAH, TUNGGU YE.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...