Rabu, 8 Jun 2016

(9) gerbang untuk Shida pecut.Pecut Shida!!!!

Sedang Shida syok mencuri dengar perbualan antara Sobir dan Hawa,tiba-tiba "Shida....." de suare yang menegur Shida dari belakang.Agak terperanjat Shida dibuatnye.Nasib baik dia tak menjerit,kalau tak habis rahsianya diketahui oleh Sobir.
"Iman!!!!Jangan wat aku terperanjat boleh tak?Sshhhhh...tunduk.Jangan sampai Sobir dan Hawa nampak kita."Shida mengarahkan Iman supaya menyorok sepertinya di belakang kereta.
"Heh3....ko intai diorang eh?Shida tak baik tau curi-curi dengar perbualan orang.Yang ko curi-curi dengar ni,maksudnye ko de hati kat Sobir eh?"Iman berkata sambil tertawa.Shida takut Sobir dan Hawa dengar Iman ketawa.Walaupun muka Iman comel tapi suarenye garau itu mampu membuatkan Sobir dan Hawa perasan kehadiran mereka.Shida terus menyuruh Iman mengikutinya berjalan itik meninggalkan tempat itu.Dalam masa yang sama,Hawa dengan hati yang berdebar menunggu kata putus daripada Sobir.Sobir baru sahaja mahu membuka mulut,tiba-tiba dia terperasan de kelibat seseorang di belakang kereta Viva berhampirannya.Sobir menoleh ke belakang untuk mengetahuinya.Tetapi aneh tiada siapa.Perasaan dia je kot.Sobir menggeleng-gelengkan kepalanya dan Hawa pun menegur "Sobir,kenapa?Awak tak suka saya ke?Kalau awak tak suka,awak cakap je la.Saya tak kisah."
Sobir menarik nafas dalam ,"Tak de....Sebenarnye sesaat yang lepas aku baru nak kata 'ya' pada pertanyaan ko,tapi entah nape.Lepas sesaat tu,hati aku berubah.Sori...maybe aku keliru dengan hati aku.Hawa boleh bagi aku sedikit masa?".Sobir membalas dengan membahasakan dirinya kau,aku.Dia agak geli membahasakan dirinya saya,awak dengan perempuan sebenarnya.Hawa tersenyum sebelum berkata "Tak pe.At least,kau tadi nak cakap 'ya'.Aku pun tak paksa kau.Ok, pe kata ko ambik no fon aku.Bile ko dah bersedia,kau bagilah jawapan kau kat aku"Hawa turut membahasakan dirinya kau,aku.Sobir menarik handphone keluar dari kocek seluarnya dan pantas mendail nombor yang disebutkan oleh Hawa.

Sementara itu,Shida dan Iman sudah berada di kawasan dewan makan yang tidak jauh dari tempat Sobir dan Hawa tadi.Dengan muncung yang ditarik ke hadapan Shida berkata "Sebab kaulah Iman, aku tak dapat dengar apa yang diorang cakap.Ish!" marahnya.
"Sori...."Iman hanya tersengih sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Buat-buat tak bersalah konon!
"Shida..."Iman menegur Shida sedari tadi Shida tidak memberi apa-apa komen."Betul ke ko suka Sobir?"sambung Iman lagi.
"Wat pe kau nak tau aku suka Sobir ke tidak?Penting sangat ke untuk aku jawab?"Shida membalas dengan nada acuh tak acuh.
"Penting....penting sangat"Iman menjawab.Shida perasan nada Iman kelihatannya serius tetapi dia tidak mahu menjawab soalan Iman apabila Shida sedar Iman dan Hawa merupakan satu sekolah.Pertemuaan Sobir dan Hawa tadi,pasti Hawa ingin meluahkan perasaannya.Bagaimana kalau Sobir bersetuju untuk menjadi 'couple' Hawa?Malu lah dirinya.Mata Iman tidak lari memandang Shida yang tercegat  lagi tadi tidak berjawab pertanyaannya.Melihat reaksi Shida,Iman mengerak kan bibirnya menyebut "Sori....".Shida sedari tadi perasan pandangan mata Iman yang asyik memerhatikannya sekarang sudah menunduk memandang lantai.
"Kenapa kau minta maaf?"ujar Shida.Iman sempat mengerling ke arah Shida sebelum membalas.Belum sempat Iman berkata mereka terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah mereka.Iman dan Shida sama-sama menoleh ke arah bunyi tapak kaki itu.Rupa-rupanya Sobir dan Hawa.Mesti da habis lah tu sesi luahan hati Hawa.Sobir yang mulanya berjalan beriringan dengan Hawa memperlahankan langkah.Sengaja dia mahu mengetahui butir perbualan Shida dan Iman.Apabila Shida pasti Sobir semakin mendekatinya,Shida berpaling menghadap Iman.Dia tidak mahu melihat wajah Sobir.Hatinya sedikit kecewa.Langkah Sobir terhenti,"Apa yang korang buat kat sini Shida,Iman?"Sobir memandang Shida dan Iman silih berganti.
"Borak-borak kosong je sebelum masing-masing balik.Kang, da balik,susah nak jumpa.Tu yang aku ambik kesempatan ni nak jumpa Shida kejap."Iman menjawab.
"Heh~betul ke korang borak-borak kosong je?Aku tak yakin kau nak jumpa Shida sebab nak borak-borak je?"Sobir menduga.Namun,belum sempat Iman dan Shida membidas Hawa berkata dulu "Heh!!!Jadi betullah cakap Meesya dengan Rahman yang korang berdua ni masing-masing de hati kan?"Sungguh Shida tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Hawa tadi.Mana ada Shida dengar 2 orang ahli kumpulannya yang lain iaitu Meesya dengan Rahman bercakap pasal dia dengan Iman.Dia diserbu rasa tidak puas hati.Ada keluhan berat lepas dari rongga mulut Iman.
"Mana ade Meesya dan Rahman cakap Iman dengan Shida ada hati kat masing-masing."Sobir memaklumkan dengan dahi sudah berkerut memandang Hawa disebelahnya.Dia cuba meengingati,tetapi dia memang tidak ingat detik Meesya dan Rahman membuat cerita pasal Iman dan Shida.
"Adalah!Meesya dengan Rahman pernah cakap.Alah dioarang cakap kat aku je.Diorang tak cakap kat kau kot Sobir" Hawa cuba berdalih.Sobir terdiam,berfikir.
"Mana ada Meesya dengan Rahman cakap macam tu.Hawa,kau jangan nak buat cerita.Lagi pun salah ke aku jumpa Shida?Korang tu berjumpa,ada kitaorang cakap apa-apa?"tersentak Hawa apabila melihat Iman dari tadi diam bersuara seperti tidak mahu kalah.
"Da la Hawa,lebih baik kau kemas barang kau cepat.Aku dengar Cikgu Haryani akan ambil kita awal.Kang dia membebel kalau kita turun lambat."sambung Iman lagi.Saat Iman mula mengatur langkah untuk kembali ke asrama,Hawa juga turut mengekorinya dengan hatinya sudah membuak-buak mahu memarah Iman.Hawa mencebik.Setelah Hawa dan Iman berlalu pergi,pandangan Shida tidak lepas menatap wajah Sobir yang memandang Hawa sehingga hilang dari pandangan mata.Sudah sekian lama Shida menaruh hati kat Sobir tapi akhirnya hati Sobir tidak terjatuh kepadanya.Shida segera mengangkat kaki setelah pandangannya bertembung dengan Sobir.
"Shida...aku nak cakap dengan kau sikit"bicara Sobir yang tidak beranjak dari tempatnya.Shida berhenti dan menghadap Sobir.Sobir dengan perlahan menghampiri Shida dan menyandar di tiang.Di hadapan Shida,Sobir membetul-betulkan kolar baju sukannya.Dahi Shida sudah berkerut-kerut menunggu Sobir bersuara.
"Tadi Hawa ada luahkan perasaan dia kat aku.Dia mintak kapel kat aku."Sobir berterus-terang.
"Oh,ye ke?Bagus lah tu...Korang aku nampak sama padan.Jadi ko terima dia ke tak?"Shida menjawab dengan senyuman di bibir dibuat-buat.
"Aku belum bagi keputusan lagi.Tapi Shida sebenarnya bukan tu yang aku nak cakap kat kau."seloroh Sobir.
"Aku nak cakap.Sori....aku tahu kau terase hari first Hawa ajak makan,aku tolak.Aku tak de niat nak tolak dengan kasar."begitu tulus Sobir mengatakannya.Shida menonggak melihat wajah Sobir.Sobir juga turut menonggak memandang wajah Shida.Melihat Shida yang tidak memberi apa-apa reaksi.Sobir sedar,Shida masih terase pasal kejadian hari tu.
"Shida....aku tahu perangai aku hari tu tak boleh dimaafkan tapi walau macam mana pun,aku harap kau maafkan aku."Sobir cuba memujuk lagi tetapi Shida tetap tidak memberi apa-apa reaksi.Sobir mengeluh lalu meminta diri untuk mengemas barangnya di asrama.Beberapa saat Shida kaku.Otaknya seakan memikirkan sesuatu.Kaki mula bergerak menuju ke biliknya.Shida juga perlu mengemas barangnya.Sepanjang perjalanan Shida ke biliknya,Shida terfikir.Adakah antara Iman dan Sobir pengirim mesej di handphonenya semalam untuk meminta maaf?Shida terbayang ketika Iman meminta maaf lalu ingin menerangkannya tetapi Sobir dan Hawa datang mencelah.Kenapa Iman nak minta maaf?Dia ke yang mengirim mesej itu?Atau Sobir?Sobir juga tadi meminta maaf darinya.Aduh!Sape sebenarnya ni?Dan yang paling musykil,kalau betul Sobir atau Iman pengirim mesej tu,macam mana diorang dapat nombor dia?

#SORI MENUNGGU LAMA.......INSHAALAH EPISOD SETERUSNYA AKAN DITAIP SEBAIK PEMILIKBLOG INI MEREHATKAN DIRI KEJAP.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...