Sabtu, 25 Mac 2017

(44) Feel so sweet

Shida menongkatkan basikalnya di bawah pokok yang terdapat di taman permainan itu. Muka kuning langsatnya yang berminyak, dikesat dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu. Walaupun jauh sedikit daripada kawasan perumahan Shida tetapi Shida tidak kisah sebab tujuan Shida datang ke taman itu bukannya mahu bermain seperti budak-budak kecil, dia mahu bersenam menggunakan sky walker yang ada di taman itu. Di taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan Shida, tidak ada sky walker. Hanya permainan semata-mata. Kemudian, selesai beberapa minit bersenam, dia merehatkan diri di bangku yang tersedia. Buat sementara waktu, dia ingin melepaskan semua tekanannya terhadap SPM yang semakin memghampiri dengan bersenam pada petang itu. Shida mencongak di dalam kepala. Sudah berapa lama dia keluar daripada rumah? Kalau dia keluar lama-lama, risau pulak nanti ibunya di rumah. Walaupun dia sudah meminta kebenaran ibunya sebelum keluar daripada rumah tadi, tapi buatnya ibunya mahukan pertolongan daripadanya, Susahkan ibunya juga. Apabila mengenangkan nasib ibunya itu, Shida seakan sayu semacam. Ibu sudah banyak berkorban demi menyara mereka tiga beradik. Sedang Shida mengelamun, tiba-tiba,
POK! Shida terus terbaring di atas kerusi panjang itu. Ada suara kecil mendekati.
"Abang, akak tu dah mati ke?" tanya seorang budak perempuan yang sedang mendekati Shida yang sudah terbaring.
"Entah lah, kita biarkan ajelah. Buat-buat tak ada apa jadi." jawab seorang lagi budak laki.
'Sudah lah dia pukul kepala aku dengan bola dia. Dia boleh nak biarkan aku macam ni. Nasib baik bola angin tapi tak boleh jadi ni...." sahut Shida di dalam hati. Dia masih mengekalkan posisi pengsannya di atas kerusi itu. Mata budak lelaki itu memerhatikan Shida sambil senyap-senyap mengambil bolanya kembali di kepala Shida. Sesekali dia memandang adiknya. Dia mendekati Shida dan mengambil bolanya. Setelah mendapatkan bolanya, dia terus berpaling untuk cabut lari. Tapi, tangan Shida lagi tangkas menangkapnya. Budak lelaki tadi terkejut. Termasuklah dengan adik perempuannya.
"Hah, nak lari mana? Oh, dah buat salah, nak lari ye. Siapa baling bola tu kat akak cantik ni?" Shida menanyakan sambil memandang mereka berdua. Krik...krik...krik... Reaksi budak berdua tu sedikit hambar dengan perkataan 'akak cantik' tu. Lama-kelamaan si abang mengaku bahawa dia yang membaling bola itu sampai terkena Shida. Itu pun sebab dia tak tahan dengan panahan mata helang Shida. Sangat tajam macam Shida mahu memakannya.
"Hendak di marah kesian pulak." detik Shida di dalam hati.
"Lain kali, dah buat salah, baik mengaku. Akak tak marah pun. Cuma hati-hati bila main. Jangan sampai kena orang lain. Faham?" pesan Shida sambil berikan senyuman manis. Mereka yang lagi tadi tertunduk mendengar Shida membebel. Sekarang sudah tersenyum. Tetapi si adik seperti nya sedang asyik memandang sesuatu di belakang Shida. Shida menoleh. Ais-krim rupanya. Shida tergelak kecil melihat mulut adik kecil itu terliur melihat kanak-kanak lain membelinya. Dia faham, budak-budak mestilah sukakan benda yang manis. Dia bangun lalu mendapatkan pakcik walls tu. Dia membeli dua batang ais-krim. Bukan main suka lagi dua beradik ni. Mereka mengucapkan terima kasih dengan sengehan yang lebar. Tiba-tiba Shida teringat 2 orang adiknya di rumah. Mesti diorang pun suka dapat ais-krim tapi kalau di beli sekarang, alamatnya sampai di rumah dah tak rupa ais-krim dah. Macam mana eh??? Idea! Shida meminta tolong dengan pakcik walls itu, untuk menghantarkannya di depan rumahnya. Alang-alang pakcik walls tu tak lalu lagi kawasan perumahannya. Shida sudah membayar siap-siap kepada pakcik walls tu.
Setelah urusan jual beli, Shida juga mahu pulang ke rumah. Sebelum dia berjalan ke arah basikalnya, dua orang budak tadi, melambaikan tangannya ke arah Shida. Shida membalas lambaian mereka. Baru Shida hendak menolak tongkat basikalnya, dua beradik tadi, menjerit keriangan sambil berlari ke arah seorang lelaki
"Pak ngah!!" budak berdua tu memangilnya dengan gelaran pak ngah. Mungkin pakcik kepada dua orang budak itu. Sambil menolak tongkat basikalnya, dia memerhatikan 'pak ngah' kepada dua orang budak tadi. Dari belakang macam familiar je. Dia menoleh, dan.....Sobir???

#Akhirnya berjaya juga penulis blog ni menyambung cerita hati ni. Apakah kesudahan hubungan Shida dan Sobir? Ingat untuk sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui kesudahannya.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...