Khamis, 18 Julai 2019

(75) Selamat tinggal.. EGO

Otak mungkin fikir dia tahu segalanya....tapi kenapa mata ni tak lepas dari menunggu saat kehadirannya di depan mata malah bibir juga tak mampu dari mengukir senyuman taktala melihat dirinya yang tak jemu membuatku sering tertanya 'betul ke perasaan ini benar-benar untuknya?'

"Ok semua. Take five" Sobir serta-merta berhenti dari memukul punching bag apabila mendengar arahan couchnya. Begitulah rutinnya setiap kali pada hari cutinya. Sobir sudah mula melakukan aktiviti mempertahankan diri ini sejak setahun yang lalu arahan dari boss besar dan bukannya dia boleh senang-senang bantah arahan boss besar itu. Kalau nak bantah pun baginya tak perlu kerana ada faedahnya dia melakukan aktiviti sebegini. Oleh itu, Sobir tidak berkata apa-apa walaupun ada pihak yang membantah dia menurut arahan boss besarnya. Dan orang itu, tak lain tak bukan, Emeylah. Emey sahabat karibnya. Emey sentiasa memikirkan tentang kebaikan diri Sobir berbanding orang lain. Sehinggakan Emey tak sedar yang tujuan utama Sobir lakukan ini semua...Untuk Dia.

Sobir sering datang ke gelanggan tinju ini untuk berlatih bersama dengan pekerja boss besar yang lain. Cuma hanya dia yang special sikit kerana dia bukannya pekerja tetap boss besar tapi..rahsia disebalik semua ini, Sobir yang tahu. Sebab itu, layanan diberikan kepadanya agak berbeza daripada yang lain. Pekerja lain perlu berlatih setiap hari manakala dia hanya datang ketika dia mempunyai cuti sahaja.

Tidak dapat dinafikan lagi, hati Sobir berbunga saat Shida risau tentang kesakitannya ketika mula-mula dia berlatih dahulu. Saat mereka sibuk mengemaskan bilik darjah masing-masing untuk SPM (Rujuk di episod detik terindah). Pada waktu itu, walaupun Sobir tidak berceritakan hal sebenar kepadanya, tetapi Shida berjaya  mengembalikan hati yang lama mati suatu ketika dahulu...Apabila terkenangkan detik itu, Sobir mengeluarkan nafas yang sangat panjang sambil bersandar di dinding di atas kerusi bangku yang disediakan disitu. Sobir berazam untuk tetap berusaha mengembalikan hatinya yang telah lama mati dan juga memori indah di dalam hidup Shida. Tapi persoalannya, bagaimana?

*******************************************************************************

Keesokan paginya ketika di tempat kerja, Sobir tekad untuk memulakan langkah. Sobir menarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskan. Sedikit gementar. Tapi tak mampu dari menghalangnya.

"Shida" panggil Sobir ketika mereka semua keluar dari keretanya untuk masuk ke kerja.

"Ye?" jawab Shida yang sedikit hairan. Yalah, tak pernah-pernah Sobir memanggilnya. Janggal baginya.

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak" Sobir mulakan pertanyaan apabila dia mendapati The Trio Troublemaker sudah berjalan ke hadapan menuju ke pintu gerbang meninggalkan mereka berdua di  belakang.

"Kau nak tanya apa?" Shida menjawab dengan pertanyaan kembali.

"Kau dengan abang Ehsan tu ada apa-apa ke?" tanya Sobir terkial-kial menyusun ayat yang sesuai untuk ditujukan ke Shida.

"Apa maksud kau dengan 'ada apa-apa tu'?" memang Shida tidak menjawab satu pun persoalaan dari Sobir.

"Maksud aku...kau, dengan abang Ehsan tu, couple ke?" tanya Sobir lagi.

"Hah?!" Muka Shida terus berkerut seolah-olah tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Sobir sebentar tadi.

"Apa maksud kau dengan aku dan abang Ehsan couple? Kau dengar cerita daripada mana ni?" dijawabnya dengan soalan lagi tapi nada suara sengaja diperlahankan kerana mereka sekarang sudah ada di kawasan kaunter di mana Tika dan Fiona sedang bersiap untuk mulakan kerja.

"Uhm...um...ah...Aku dengar-dengar dari staff sini lah. Katanya, korang macam tengah couple sebab.. yelah...abang Ehsan tiba-tiba minta nombor kau" jawab Sobir sambil matanya mengerling ke arah lain. Tidak berani untuk memandang Shida.

"Siapa staff yang kau dengar tu?" Sobir sudah mula panas punggung walaupun dia tidak duduk ketika itu tetapi persoalan dari Shida itu membuatkan tipu muslihatnya hampir tak berjaya.

"Entah. Aku tak ingat siapa tapi betul ke apa yang diorang cakapkan?" tanya Sobir. Dalam hati sudah berharap yang Shida tak akan bertanyakan soalan-soalan cepumas lagi.

Dalam diam, Shida sudah tersengih gembira. Dalam bab-bab ni, dia pandai menangkap apa disebalik pertanyaan Sobir tu tapi masalahnya betul ke tekaan nya tu? Betul ke Sobir cemburu dia dengan abang Ehsan dan yang paling penting, betul ke sepertinya Tika beritahu kepadanya yang haritu Sobir yang datang mengajaknya untuk balik?

"Sekejap, sekejap. First, aku rasa, yang tahu abang Ehsan ada nombor aku cuma Fiona, Tika dengan Emey je dan aku percaya diaorang tak akan bagitahu kau. Yalah, perkara tak penting macam tu buat apa nak bagitahu kau kan. Kedua, abang Ehsan minta nombor aku bersebab. Sebabnya, senang kalau dia nak panggil aku, call je. Tak payah cari aku sekeliling Wonderland ni." ujar Shida, beriya-iya bersama gaya tangannya sekali.

Terdiam Sobir dibuatnya apabila mendengar penjelasan Shida itu. Jadi, maknanya, selama ni cuma salah faham semata-mata lah?

Ah.....Kenapa begini!
"Oh...so kau tak ada apa-apa hubungan dengan abang Ehsan lah ni?" Sobir inginkan kepastian betul ke apa yang diperkatakan oleh Shida bukan kata-kata kosong.

"Tak ada" pendek sahaja jawapan Shida diberikan.

"Betul ni?" Sobir menduga lagi.

"Iye...tapikan...kalau betullah aku bercinta dengan abang Ehsan pun, apa salahnya kan?" Shida cuba main tarik tali dengan Sobir. Padahal, dalam hatinya geli hati dengan soalannya sendiri. Ada ke patut dia bercinta dengan abang Ehsan?! Memanglah abang Ehsan tu ada rupa sikit. Tapi..masalahnya....abang Ehsan tu terlampau 'otaku'. Shida dapat bayangkan bertapa suramnya hubungan mereka jika bersama. Pasti abang Ehsan selalu bercakap mengenai watak anime yang digemarinya itu.

"Salahlah..." serentak itu Shida memandang terus ke arah Sobir yang sedang berdiri di sebelah pintu persalinan squad maskot itu. Dalam kepala Shida, tidak percaya dengan perkataan yang baru terkeluar dari mulut Sobir itu. Tuan punya badan sendiri pun terkejut!

"Apa kau cakap tadi? Salah? Kenapa salah?" Shida yang berdiri sambil memeluk tubuh di depan pintu squad maskot itu, sudah memberikan seratus peratus perhatian kepada jawapan yang bakal keluar dari mulut Sobir itu. Bukan selalu dia dapat kenakan Sobir begini.


Tu la...Orang kata, kalau terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, binasa padahnya. So, lain kali biar terlajak laris macam Aliff Shukri (ni bukan promotion..ha3)

Otak Sobir ligat mencari ayat yang sesuai dalam masa kurang dari satu minit.Argh....Apa nak jadi, jadilah!

"Salahlah, sebab kalau kau couple dengan dia. Kau dah tak boleh naik kereta aku lagi" ok....Biar betul Sobir?! Apa kena mengena kereta kau dengan Shida bercouple? Sobir benggang dengan dirinya sendiri. Dalam banyak-banyak alasan. Itu aje yang dapat ditangkap.

"Hah? Asal lak aku tak boleh nak tumpang kau balik pulak?" bantah Shida. Ok....so what now? Nak bagi alasan apa pulak kali ni?

"Sebab kalau kau couple dengan abang Ehsan, better kau suruh je dia hantar kau balik. Dia kan pakwe kau. Buat apa nak tumpang aku lagi kan" FUH.... Lega Sobir dapat counter attack balik.

"Ok, masalahnya sekarang ni. Aku bukan makwe abang Ehsan dan abang Ehsan bukan pakwe aku. So, balik nanti macam biasalah kan? Aku tunggu kau kereta dengan Tika, Fiona semua eh."

Berbunga-bunga hati Sobir bila mendengarnya. Tapi...apa salahnya, alang-alang Shida dah mulakan permainan, kita mainlah sampai THE END.

"Hurm...nanti-nantilah aku bagi kau jawapan samada kau boleh tumpang aku ke tak. Dah, aku nak pergi bertugas ni." dengan muka angkuhnya Sobir berlalu meninggalkan Shida terpingga-pingga di depan pintu squad maskot itu.

Shida hanya memandang Sobir sehingga kelibatnya hilang dari pandangan sambil dalam hati berkata,
"Tak sangka Sobir ada perangai macam ni".

********************************************************************************

Emey, Tika dan Fiona memandang pelik dengan sikap SoDa couple ni. Yang seorang tak lepas dengan sengih mengejek. Yang seorang lagi tak lepas dengan mencebik bibir. Luar biasa keadaan waktu rehat mereka kali ini.

"Aku dah kenyang. Aku nak pergi solat dulu" mendengar kata-kata Shida itu, membuatkan The Trio Troublemaker itu makin hairan tentang apa yang terjadi antara mereka berdua. Selalunya mereka akan bergerak bersama-sama pergi ke surau tapi kali ini, Shida pergi tanpa menoleh ke arah mereka langsung. Pasti ada something ni!

"Aku pun nak pergi solat gak lah. Tunggu korang lambat." usul Sobir dengan sengih tak lepas dari mulutnya dan mengikut langkah Shida pergi ke surau. Gambaran yang tak pernah disaksikan oleh Tika dan Fiona iaitu ketika Sobir tersengih nakal. Begitu juga dengan Emey yang mengerut dahi, tak faham dengan sikap sahabat karibnya itu.

Selepas sejenak keadaan menjadi sunyi, tiba-tiba Emey baru tersedar dan memberitahu Tika dan Fiona tentang tekaan barangkali plan yang mereka rancang selama ini sudah mencapai tahap berikutnya. Andai kata plan yang mereka untuk menyatukan SoDa couple itu mula berjaya, tetapi kenapa mesti keadaan menjadi sebaliknya? Bukankah sepatutnya Sobir yang harus mencebik bibir dan Shida yang perlu tersengih gembira?

Dalam mereka sibuk meneka, Emey menyampuk,
"Tika, kau ingat tak kau pernah tangkap gambar SoDa couple dulu time kat sekolah?"

"Ada dalam kamera aku. Kau nak ke?" soal Tika kembali.

"Bukan aku yang nak, Zatul yang nak. Kau tahu jelah, dia tu dah jadi peminat no.1 SoDa couple ni." ujar Emey tersengih apabila bercakap mengenai buah hatinya yang satu itu.

"Boleh je.Nanti aku bagi" jawab Tika ringkas sambil menghabiskan makanannya.
"Tapikan Emey, Zatul nak buat apa dengan gambar-gambar tu semua?" bersuara Fiona.


#SELAMAT KEMBALI. MAAF ATAS KELEWATAN DALAM MENG UPDATE CERITA INI. SEJUJURNYA, ADA EPISOD YANG DAH DITULIS AWAL-AWAL TETAPI SAMBUNGAN DARI SATU CERITA KE SATU CERITA ADA YANG KOSONG AKIBAT DARIPADA PEMILIK BLOG INI TERLEPAS PANDANG YANG DAH LAMA SODA COUPLE NI TAK ADA DIALOG MEREKA BERDUA SAHAJA SEJAK KEMUNCULAN THE TRIO TROUBLEMAKER. SO DICERITA AKAN DATANG MASIH BANYAK LAGI PERTANYAAN YANG BAKAL TERJAWAB. SELAMAT MENUNGGU.









(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...