Ahad, 15 Oktober 2017

(57) Cross the hardest step.

'Dia ni...suka hati je ketuk kepala anak orang' bentak Shida di dalam hatinya sambil memandang tajam ke arah Tika.
"Lain kali kau datang, bagi salam boleh tak? Ni main ketuk-ketuk guna kepala lak. Sakit tahu!" luah Shida apabila Tika buat selamba badak je dengan pandangan tajam yang diberinya sebentar tadi.
"Wei...rilex lah. Kau tu hah, yang tak dengar aku memekik lagi tadi panggil nama kau. Dari jauh kot aku jerit nama kau" entah kenapa Tika membalas dengan suara perlahan yang seakan sedang berbisik.
"Yang kau ni dah kenapa berbisik dengan aku? Dah sakit tekak ke sebab memekik tadi?" soal Shida dengan mulut lancangnya. Tiba-tiba....
"Assalamualaikum...." Oooook! Shida tahu suara tu! Itu suara lelaki. Shida kekal pegun tidak menoleh ke belakang langsung sampailah Sobir menjengulkan kepalanya sehingga mata mereka bertentang. Betul-betul bertentang!
"Sobir??!!" itu sahaja ayat yang terluncur keluardari mulut Shida saat mata mereka bertentang malah membuatkan keadaan lebih parah, Sobir siap tersenyum ketika itu. Hati mana yang tak cair kalau crush senyum kat kita. Ye tak?
"Shida....cubalah jawab salam Sobir tu dulu kalau ye pun" tegur Emey yang sudah mengambil tempat di antara Fiona dan Tika.
"Huh? Hah! Waalaikumussalam warahmatullah..." dengan keadaan otak masih tak betul, Shida cuba juga menjawab salam Sobir itu. Sobir kekal tersenyum sambil mengambil tempat di sebelah Shida.

Mereka berlima sekarang berada di tempat lepak rasmi Tika iaitu Cafe Royal Green. Untuk pengetahuan, perjumpaan kali ini sebenarnya lebih kepada rancangan Tika iaitu tentang partime di Melaka Wonderland..Dan untuk pengetahuan juga, Shida tidak diberitahu pulak tentang kehadiran Sobir dan Emey pada perjumpaan hari ini. Tu yang terkejut beruk Shida di buatnya.
Dan oh ye pasal adegan Tika memekik-mekik dalam cafe tadi sebenarnya, dia cuba menjejak lokasi di mana Fiona dan Shida duduk. Yelah, biasanya mereka duduk di bahagian tengah yang berdekatan dengan kaunter tetapi kali ini entah kenapa Fiona dan Shida berubah angin mahu menukar ke meja paling belakang. Sebab itu lah Tika terpekik-pekik tadi.

"So, korang semua setujulah ni nak pergi interview esok?" tanya Tika untuk kepastian sekali lagi.
"InshaAllah kalau gajinya berpatutan, tak salah kita mencuba. Lagi pun, bila lagi kita nak cipta pengalaman baru. Betul tak Shida?" memang lagi tadi kerja Emey menyakat Shida. Shida pulak? Malas dah nak layan perangai diorang ni.
"Hurm...betul lah tu" jawab Shida acuh tak acuh.
Fiona pula hanya tersenyum lebar memerhati dan ada kalanya apabila Emey menyakat terlebih-lebih, Fiona terpaksa menahan ketawanya.
"Hish kau ni Emey! Lagi tadi kau sakat Shida. Sudah-sudah lah tu" Sobir seolah-olah mempertahankan Shida.
"Dah-dah...So, kalau on, boleh tak kita bertiga ni nak tumpang salah satu kereta dari korang berdua?" soal Tika pada Emey dan Sobir. Al-maklum lah, mereka berdua kan baru dapat lesen. So, bila lagi nak merasa naik kereta diorang.
"Hurm...better aku rasa korang naik Emey jelah" muka Sobir sedikit mencuka taktala Tika mengajukan soalan itu.
"Aik? Bukan kau baru dapat kereta ke Sobir? Dat..." belum sempat pun Emey menghabiskan ayatnya, tiba-tiba muka Emey lak yang mencuka. Shida, Tika dan Fiona masing-masing mengerut dahi hairan. Dah kenapa dia tiba-tiba macam kena sembelit je. Mereka bertiga tidak tahu yang Emey baru sahaja terima tendangan penalti kerana mulut celoparnya.
"Mana ada aku ada kereta baru? Tu kereta abang ipar aku lah" Sobir dengan muka selamba membetulkan ayat Emey sambil menghirup saki-baki teh caramelnya.
"Oh...So, Emey kau okey tak kalau kitaorang tumpang kau?" Tika betul-betul mahukan kata putus sebelum mereka semua bersurai.
"Aku ok je..." jawab Emey sambil memandang sinis ke arah Sobir. Sobir pula hanya menjeling buat tak tahu.
Sementara itu, Shida termenung lagi. Dari sebelum Sobir datang lagi, dia asyik memikirkan bagaimana mahu tanya Sobir tentang kejadian Hari Sukan tempoh hari. Dia tertanya-tanya adakah itu semua kerja budak-budak nakal di sekolahnya? Yelah, setahu Shida. Sobir memang musuh nombor 1 di kalangan budak-budak nakal. Nak-nak lagi yang pernah kena tangkap bulat-bulat dengan Sobir. Bagi mereka, kena tangkap di tangan Sobir ibarat seperti penjahat kena tipu dengan budak kecil. Begitu tercalarnya maruah mereka. Tetapi adakah betul angkara budak-budak nakal atau memang salah ahli QM nya sendiri? Dan macam mana nak tanya kat Sobir ni?

#SORI MENUNGGU LAMA. TAPI NANTI DULU. MISTERI HARI SUKAN SEKOLAH BELUM LAGI DIDEDAHKAN. MASIH LAGI BANYAK EPISOD UNTUK DITULIS.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...