Rabu, 29 Jun 2016

(14) patah hati.sakit!

Kebetulan lak dekat pertandingan berpantun hari ni,Iman turut bertanding sama.Izuddin tersenyum lebar apabila nama sekolahnya diminta untuk membuat persediaan seterusnya tetapi tidak pada Shida.
"Sekiranya kita menang pertandingan kali ni,InshaAllah kita akan mencipta sejarah sekolah kita akan menang dua tahun berturut-turut.Seronoknya."Izuddin sudah memandang terkelip-kelip ke arah Shida.Dia sedang menanti jawapan Shida.
"Bagaimana Shida?Kejap lagi kita nak bertanding ni.Boleh tak kita menang lagi?"Izuddin seperti tidak puas hati, Shida diam sahaja dari tadi.Sangkanya pasti Shida nervous.Oleh sebab itu,Izuddin cuba berbual-bual dengan Shida.
"Shida.....kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"Izuddin baru tersedar yang Shida tidak langsung memberi perhatian ketika dia bercakap.
"Huh?Aku....aku ok je"Shida cepat-cepat membela dirinya.Izuddin di sisi hanya tersenyum nipis.Tidak mahu terlalu mengambil endah tentang raut wajah Shida yang sudah masam mencuka lagi tadi.Dahulu pun,Izuddin yang beriya-iya benar hilangkan nervous Shida.Hari ni,mungkin perasaan itu muncul kembali.Apabila mendengar nama sekolah mereka dipanggil,dua sekawan itu bersama memanjat tangga menuju ke bahagian tengah pentas.Ketika itu,fikiran Shida tidak stabil lagi.Terlalu berat fikiran menumpu kepada pemasalahan Sobir tadi.Hinggakan segala maklumat tentang pertandingan bagaikan terpadam daripada jejak memori.Shida kedengaran mengeluh kerana tidak dapat membalas pantun pihak lawan dengan cara yang efektif.Izuddin sudah menjongket kening.Apa yang tak kena dengan Shida hari ini?Selalunya masa latihan tempoh hari Shida ok saja.Pelik.Selesai sahaja pusingan pertama,Shida tidak mampu menahan sedih.Wajah sunggulnya terpapar 1000 kedukaan.Izuddin mendekati Shida.Dia duduk di kerusi kosong sebelah Shida.
"Shida."Shida menganggkat wajah.Sedihnya itu tidak lagi disembunyikan.Malah ada sedikit sisa air mata pada pipinya.
"Rilek lah.Baru pusingan pertama.Aku tahu kau nervous sangat.Sekarang ni kau bawa bertenang.Aku yakin pusingan kedua nanti kita boleh buat lagi baik."Shida mengangguk.Lemah sekali.Terasa segenap tenaga sudah terbang dan melayang pergi.
"Sori.Pasal aku,kita kalah tadi."akhirnya Shida luahkan apa yang dia rasa.Tiba-tiba handphone dari kocek baju kurungnya bergegar.Ade mesej baru masuk dari nombor yang tak dikenali.Dia membuka mesej itu.

 ___________________________________________________________________________________
                             
                         BILA HATI BERSEDIH........
                     MENGADULAH KEPADA-NYA..........
                             KERANA DIA SEBAIK-BAIK TEMPAT MEMGADU.
                            HATI AKAN TENANG
                      JIWA AKAN TENTERAM.

 ___________________________________________________________________________________

Membaca mesej itu,Shida jadi semakin sedih.Semakin terharu.Entah mengapa Shida merasakan pengirim misteri itu mengetahui masalah yang dihadapinya.Sedikit air mula bertakung kembali pada hujung kelopak mata.Cepat-cepat Shida menyekanya.Dia tidak mahu terus-terus melayan perasaan.Usahanya selama ini berlatih dengan Izuddin,tidak mungkin dia sia-siakan.Apatah lagi,Izuddin nampak begitu yakin sejak awal lagi.Kini, dia perlu buktikan yang mereka berhak pendapat tempat ke 3 teratas.Moga-moga kejayaan mengiringinya.Sorakan rahsia itu bergema hebat dalam hati!

Selesai waktu pusingan terakhir,Izuddin dan Shida menuju ke surau untuk menunaikan solat Zuhur sebelum menunggu keputusan keluar.Izuddin cuba-cuba menyaingi rentak Shida.Namun Shida kekal mendiamkan diri dan tidak langsung berinteraksi.Izuddin juga tidak berani bersuara.Shida tidak bercakap walau sepatah.Izuddin mengeluh sendiri.Shida mengambil masa yang lama untuk bersolat kerana tempat mengambil wuduk penuh dengan pelajar Tun Perak sendiri dan pelajar yang memasuki pertandingan.Mata Shida melilau sebaik saja keluar daripada surau untuk mencari kelibat Izuddin.Mereka sudah bersetuju untuk gerak sama-sama ke dewan semula.Mata Shida bertembung dengan sepasang lagi mata yang dia cukup kenal.Malah pemilik sepasang mata itulah yang sudah merampas jejaka pujaan hatinya.Siapa lagi kalau bukan Hawa.Hawa tersenyum lalu mennghampiri Shida.
"Shida....dah lama tak jumpa.Macam mana kau boleh ada kat sekolah aku ni?"kelihatannya Hawa begitu teruja untuk bertegur sapa dengan Shida.Shida menarik nafas sedalam yang boleh sebelum membalas"Aku masuk pertandingan berpantun.Kan sekolah kau tuan rumah tahun ni."Shida cuba mengawal riak.Dia perlu berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku.Wal hal,dalam hati.Hanya Allah sahaja lah yang tahu.
"Oh,x sangka kau pndai berpantun gak."sangkal Hawa.Shida memberikan senyuman manis yang dibuat-buat lalu menjawab"At least ada lah gak aku menyumbang untuk sekolah".Sinis sekali kata-kata itu masuk ke telinga Hawa.Baru saja Hawa ingin berura-ura membalas namun ada suara mencelah "Hawa.Penat saya cari awak.Kata nak jumpa."Mata Shida dan Hawa mengarah kepada suara itu.
"Sori.Saya terjumpa kawan saya ni tadi.Tu yang nak tegur kejap."Pandai Hawa memujuk kawan lelakinya tu.Aura gediknya pun turut keluar.Taktala mata Shida dan mata lelaki itu bertembung.Lelaki itu seperti terpanar.Tak berkelip mata memandang Shida.
"Apa kenalah dengan mamat ni?Tak pernah tengok muka budak sekolah lain ke?"Shida hanya merunggut dalam hati.
"Oh,kawan Hawa rupanya.Hai,saya Aizril."mesra nadanya.Hawa di sisi menjeling geram taktala mata Shida dan Aizril bertatapan.Mungkin adad perasaan cemburu.
"Ok lah Shida.Kitaorang kena gerak dulu.Bye~"Tanpa menunggu,Hawa sudah memberi isyarat kepada Aizril untuk bergerak pergi.Sebelum Hawa hilang daripada pandangan.Shida sempat menangkap butir perbualan Hawa dan Aizril.
"Amboi,suka awak kan tenung kawan saya lama-lama"luah Hawa dalam keadaan merajuk.Aizril ketawa.Nampak mukanya cukup gembira.Cemburukah Hawa?Tajam mata Hawa memandang Aizril.Naik angin betul dia apabila Aizril seperti tidak mengambil serius.Aizril menarik nafas dalam sebelum dia menjawab
"Alah,awak ni.Saya pandang je pun.Awak tak payah jeles sangat lah.Sebab makwe saya ni lagi cantik."Hawa hilang kata-kata.

Sementara itu,langkah Shida terhenti sebaik sahaja Aizril menghabiskan ayatnya tadi.Makwe?Hawa makwe Aizril?Bukan tadi Iman cakap,Hawa dah kapel dengan Sobir?Shida menarik nafasnya dalam-dalam.Menenangkan hatinya seketika.Fikiran juga cuba memproses sekali lagi ayat Iman dan ayat Aizril.Hawa sebenarnya kapel dengan siapa?

#TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDAH BACA HINGGA KE EPISOD INI.HARAPNYA KORANG AKAN BACA EPISOD SETERUSNYA JUGA.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...