Isnin, 23 Januari 2017

(35.1) di sebalik permainan cinta Shida



Flashback kejadian 4 tahun lepas.....
Dia melangkah gontai menuju ke dewan hotel 5 bintang itu. Biarpun deretan makanan begitu menggiurkan, namun selera makan Shida mati. Punah bersama harapannya mahu menemui Hairi pada malam itu. Shida tercenung di meja makan. Larut dalam lamunan sehingga tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Tahu-tahu sahaja, seorang jejaka menghenyakkan tubuhnya ke kerusi di hadapannya. Itu Haris! Segera Shida merasakan semangatnya datang kembali.
"Kau okey?" soalan pertama diajukan oleh Haris dengan wajah gusar.
"Aku tak suka majlis-majlis macam ni." mendengar rungutan Shida itu, Haris sendiri secara spontan mengeluh. Dia tahu pada saat-saat seperti inilah Shida memerlukan Hairi di sisinya. Berjalan mengelilingi dewan, mengenal setiap orang ternama, pemegang saham dan staf-staf syarikat pasti merimaskan Shida.
"Aku dengar atok kau nak buat pengumuman malam ni pasal nak masukkan kau dalam nama pemegang saham syarikat ni." kenyataan Haris itu menyebabkan mata Shida menjadi bulat, sebulat-bulatnya. Haris baru sahaja memberikannya satu tamparan yang begitu hebat. Beerti kini dia sudah menjadi salah seorang calon yang bakal mewarisi syarikat ini. Akan ada persaingan yang akan membuatkan Shida makin rimas dan lemas. Bertambahlah panas hati Tuan Daniel kerana selama ini dia fikir tidak ada yang akan menyaingi anaknya sebagai pewaris syarikat. Tidak dapat menahan kemarahannya, Tuan Daniel sudah merancang sesuatu untuk pastikan nama Shida disingkirkan.

"Jangan kurang ajar!" seorang lelaki bertempik. Pada ketika tangan lelaki itu mengacukan pistol,tiba-tiba ada suara yang menjerit nama Shida sekuat hatinya.

"Shida!!"...Shida tersentak....Sekelip mata perasaan takutnya sudah ke kemuncak...Dia bergeletar ketakutan.....Dia meraung sekuat nya....Air mata juga laju mengalir...Shida menutup matanya...Dia tak sanggup melihatnya....Dia tak mampu berbuat apa-apa....Hairi!!!


10 tahun selepas kejadian tersebut.....
Walaupun kejadian tersebut sudah 7 tahun lamanya berlalu, namun bagi Shida nama dua orang kembar tu sentiasa dalam ingatannya. Hairi...Haris... Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. Bila di imbas kembali, begitu rupanya permainan hidup. Shida tersenyum lemah sambil air mata turun perlahan-lahan membasahi pipi Shida. Shida kena kuat. Dengan cara ni, Hairi dan Haris tak akan di hempit rasa bersalah lagi. Shida...please be kuat.. Perlahan-lahan Shida berbisik pada diri sendiri sambil tangannya menahan rasa sakit di dada. Sakit yang sekian lama dia pendam....Selepas 10 tahun lamanya, kini dia terpaksa lepaskan dengan rela. Dengan itu.....dengan cara itu je...Semua orang akan bahagia....Automatik tangan Shida menekup mulutnya pula...takut tangisannya di dengari oleh orang lain. Walaupun tiada siapa lagi di situ...


#Adakah kehadiran Hairi dan Haris dalam cerita hati ini menimbulkan tanda tanya pada korang? Cari tanda jawapan dalam episod akan datang pula ye....Tunggu~

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...