Selasa, 31 Julai 2018

(70) Home truth

"Abang, abang. Kenapa akak cantik ni ikut kita pergi zoo sekali?" perhatian Shida dan Sobir terganggu apabila terdengar suara petah anak buah Sobir itu berkata kepada abangnya.
"Errr, manalah abang tahu. Kalau adik nak tahu sangat tanyalah Pak Ngah" balas abangnya sambil curi-curi jenguk  reaksi Pak Ngahnya yang berada di tempat duduk hadapan.
Tika dan Fiona yang berada di tempat duduk paling belakang hanya saling berpandangan.
Taktala mendengar jawapan abangnya lalu si adik berura-ura mahu bertanya kepada Pak Ngahnya tetapi terbantut kerana baru dia sedar yang dia duduk betul-betul di antara abangnya dan 'Kakak Cantik' itu. Sudah pasti Shida dapat tangkap apa dipertanyakan olehnya tadi. Jadi takut pulak dia dibuatnya.
"Akak Cantik ni kawan kepada Pak Ngah dan Abang Emey. Sebab tu dia ikut sekali. Lagi pun Pak Ngah kenalah ada pembantu nak jaga korang kat zoo nanti" Emey yang sedang memandu menjawab bagi pihak Sobir. Dia juga sebenarnya terdengar persoalan si adik itu. Yalah, kereta yang mereka naiki itu tidaklah sebesar mana pun dan suara radio juga tidaklah kuat sangat untuk tenggelamkan suara kecil itu.
Taktala mendengar penjelasan Emey itu, serentak Fiona dan Tika di belakang tergelak kecil dengan nama panggilan 'Akak Cantik' itu. Shida hanya mampu memberikan jelingan maut kepada dua sahabatnya itu. Dia sebenarnya berasa agak segan juga dengan nama panggilan yang dia sendiri beri itu.
"Jadi kakak-kakak yang dalam kereta ni semua yang akan jaga kitaorang nanti ke Pak Ngah?" Sobir sedikit geli hati mendegar suara teruja milik anak buah perempuannya itu. Yalah, selain kakaknya, si adik selalu berdua sahaja di rumah bersama Sobir dengan si abang. Jadi apabila ada kakak-kakak yang sama jantina dengannya, maka dia jadi teruja kerana ada kawan yang boleh bermain bersamanya.
"Bukan semua, Akak Cantik je yang tolong Pak Ngah jaga korang. Akak lagi dua orang tu tak tahu jaga budak kecil macam korang berdua" ujar Sobir sambil memberikan mengerling ke arah Shida.
Itu tandanya, Shida diberi tugas khas ketika di zoo nanti manakala The Trio Troublemaker pulak boleh bersenang-lenang. Ceh, mana aci! Sudahlah di rumah, dia kena jaga dua orang adiknya.  Sekarang Sobir pulak menyuruhnya jaga dua anak buah dia. Tapi ada betulnya juga. Fiona anak tunggal, tak pernah merasa ada adik manakala adik Tika jarak usianya setahun sahaja daripadanya. Maka, Tika juga tidak merasa bagaimana menjaga adik kecil. Shida mencebir bibir tanda tidak setuju.
"Yeah! Lagipun adik suka Akak Cantik ni jaga adik."
Wah.... At least, Shida berjaya pikat anak buah Sobir. Satu pencapaian yang baik buat Shida.
"Kalaulah Sobir yang cakap macam tu kan lagi bagus. Cepat sikit cerita hati ni habis" ujar Tika dengan suara berbisik.
"Ish, kau ni Tika. Tak best lah kalau macam tu" jawab Fiona sambil menepuk lembut bahu Tika.
"Yelah..." jawab Tika pula patuh. Tak nak kena serangan ketam Shida pula.
"Tapi apa-apa pun. Cuba lagi eh Shida. Huhuhu" sempat pulak si nenek kebayan ni mengusiknya.
"Ok korang. Kita dah sampai" jelas Emey.

*********************************************************************************

Seronok betul anak-anak buah Sobir bila dapat melawat zoo pada hari ini dan turut menyebabkan Sobir dan Shida tak menang tangan berlari anak mengejar mereka berdua. Teruja punya pasal.
"Ei, penat jaga si kecil ni?" soal Emey kepada Shida. Emey yang lagi tadi berjalan seiringan dengan Tika dan Fiona di belakang. The Trio Troublemaker dalam diam memerhatikan gelagat SoDa couple tu. Mereka seperti pasangan bahagia bersama anak-anak apabila berjalan bersama. Fiona seperti biasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Zatul untuk mengambil gambar dan juga merekod video mengenai SoDa couple itu. Dah jadi macam stalker pulak Fiona jadinya.
"Penat lah. Hyper sangat budak berdua tu sampai semput gak lah aku di buatnya" balas Shida yang duduk keletihan. Sekarang mereke masing-masing sedang duduk berehat di kerusi yang disediakan di situ. Akibat keletihan si adik dan abang meneguk laju air yang dibekalkan oleh Pak Ngahnya.
"Alah kau ni. Tu baru jaga dua orang budak. Macam mana nak dapat 10 orang anak kalau macam ni" berkerut kening Shida apabila mendengar kata-kata Emey itu. Sobir yang kebetulan sedang meneguk air juga tersedak dibuatnya. Memanglah pernyatan itu bukan ditujukan kepadanya tetapi kenapa seperti dia terasa sama?
"Sejak bila pulak aku nak ada 10 orang anak? Bukan kau dengan Zatul ke yang bercita-cita nak ada 10 orang anak? Jangan nak membabitkan aku dalam perancangan masa depan korang eh. Oh ye, cakap pasal Zatul, kenapa dia tak ikut sekali?" tanya Shida pula.
"Dia kerja hari ni. Kita je yang cuti hari Isnin Shida. Lupa ke?" jawab Emey. Shida hanya mengangguk faham dan malas untuk membalas soalan Emey itu sebab Emey sendiri sudah tahu jawapannya.
"So lepas ni kita nak pergi mana pulak?" pertanyaan Emey itu ditujukan kepada Sobir yang sedang ligat melayan anak buahnya.
"Hurm.... apa kata kita tengok show burung. Show diorang nak mula kejap lagi" ajak Sobir sambil bangkit dari duduk memegang tangan si abang manakala Shida pula sudah mencapai tangan si adik untuk berjalan bersama. 
"Eh, korang tak nak ikut sama ke?" tegur Emey sebaik sahaja dia menoleh ke belakang Tika dan Fiona tidak beranjak dari tempat duduk mereka.
"Sini lah kejap Emey" panggil Fiona yang sedang leka memutarkan semula video yang baru dirakam tadi.
"Hah, ada apa? Kita cakap sambil jalan lah" lantas mereka bertiga setuju dan berjalan perlahan. Memastikan jarak mereka jauh dari SoDa couple.
"Kau rasa Shida berjaya ke pikat Sobir kalau dari gaya macam tu?" Tika mulakan perbincangan.
"Apa maksud kau? Aku rasa Shida dah berjaya ke step yang kedua di mana dia berjaya pikat hati anak buah Sobir" Emey memandang pelik ke arah Tika.
"Yalah, tu baru anak buah dia tapi cuba kau tengok sepanjang diorang berjalan, ada kau nampak diorang sembang-sembang macam kita bertiga berborak?" tambah Tika lagi.
"Ok, tak de. Maybe sebab diorang penat sangat jaga budak berdua tu" saat itu Emey terfikir apa yang baru Tika sebutkan tadi.
" Ok point kau pun ada betulnya tapi aku rasa kita kena buat something supaya ada 'spark' antara diorang." manakan tidak. Tika dan Fiona benar-benar mahu SoDa couple menjadi realiti.
"Kalau macam tu apa plan korang untuk adakan 'spark' tu" Tika tidak menjawab seketika persoalan Emey itu.
"Aku ingat kau ada plan sebab aku sendiri tak ada rancangan. Kau pulak Fiona?" Tika melontarkan pulak pertanyaan ke arah Fiona yang sedang leka dengan merakam videonya sendiri.
Fiona memerhatikan sekilas ke arah tempat duduk Sobir dan Shida memandangkan mereka sekarang betul-betul di belakang mereka sebelum Fiona tersenyum penuh makna.
"Macam nilah..."


# APA YANG THE TRIO TROBLEMAKER RANCANGKAN TU AND APA PULAK PLAN FIONA UNTUK SATUKAN SODA COUPLE? HINT EPISOD AKAN DATANG ADALAH TAHUN BARU CINA. I HOPE YOU ALL ENJOY THE EPISOD.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...