Rabu, 2 Ogos 2017

(53.4) Hari ni, hari the trio trouble makers




"Korang berdua...." Emey menegur Fiona dan Tika yang sedang menyorok sambil berbisik-bisik bercerita di salah satu rak cd paling belakang sekali di ruang kedai ini.
Emey tak faham kenapa mereka berdua berada di tempat itu. Menyorok pulak tu.
Berlapis dahi Emey melihatnya.
"Korang berdua buat apa kat rak situ? Korang tahu tak cd apa yang ada kat rak tu?" tanya Emey sejurus melihat Fiona dan Tika memandang ke arahnya dengan muka cuak. Namun, dua sekawan itu cuba menutup cuak seolah-olah tiada apa-apa pun yang dibincangkan tadi.
"Kitaorang tengah cari cd lah ni. Kenapa dengan cd kat rak ni? Tak best ke?" ujar Tika sambil buat-buat mencari cd.
Emey yang tersenyum meleret sudah memeluk tubuh memerhati gelagat dua sekawan itu.
Hinggalah, Fiona menyiku pinggang Tika.
"Adui, Fiona! Apa ni siku-siku orang ni?" jerit Tika yang baru sahaja berura-ura mahu menarik beberapa cd untuk dilihat.
Belum sempat pun dia tahu sendiri cd apa yang berada di rak ini, Fiona terlebih dahulu menunjukkan kepadanya.
"Astaghfirullahalazim!!!!!Fiona cd apa yang ko pegang ni?!!!" kali ini Tika jerit sekuat-kuatnya akibat terkejut. Oleh itu, dengan spontan juga, Fiona menekup mulut Tika. Tetapi malangnya, pergerakan Fiona terlalu lambat.
Dan kini, Shida dan Sobir yang asyik sedang berbual-bual, segera menoleh ke arah mereka.
Emey pulak?
Emey ketawa terbahak-bahak melihat aksi spontan Tika.
"Sebab tulah aku tanya korang buat apa kat situ. Tahulah kita ni dah habis SPM tapi agak-agaklah cik kak oi kalau iye pun nak jadi dewasa sangat. Hahahaha" Emey tidak boleh berhenti ketawa.
Baginya, kejadian tadi terlampau lucu. Yang lagi menarik perhatiannya, dua sekawan itu mencicit lari dari kawasan itu setelah mengetahui cd-cd di rak itu. Merepek sungguh kalau betul Tika dan Fiona mahu mencari cd disitu.
Hahaha.
Shida yang tadinya berfikir, mungkin Tika dan Fiona terlihat cd filem hantu. Sebab itulah mereka menjerit. Tetapi melihat adegan Emey ketawa terbahak-bahak., Shida menjadi ragu-ragu. Sementara itu, Sobir sepertinya tidak kisah dengan kejadian menimpa Fiona dan Tika sebentar tadi.
Dia lebih tertumpu menatap cd kumpulan Andra and The Backbone yang dihulurkan kepadanya oleh Shida tadi. Lalu dengan suara lembut, Shida mula bertanya,
"Kau tak dengar ke Fiona dengan Tika jerit-jerit tadi?"
"Dengar, tapi biarlah diorang. Maybe Emey punya kerjalah tu. Dia kan suka sakat orang" mendengar jawapan Sobir, Shida juga terfikir ada logiknya juga cakap Sobir itu.
"Dalam cd ni ada lagu Sempurna lah. Jom dengar" Shida cepat-cepat mengangkat kaki mengikuti jejak Sobir apabila Sobir mengajaknya.
Dia tidak mahu melepaskan peluang yang dia tunggu-tunggu selama ini. Lambat-laun pun nanti, pasti Fiona dan Tika akan cerita kepadanya juga mengenai kejadian tadi. Jadi, dia perlu gunakan waktu yang terhad ini dengan berada di sisi Sobir sahaja.


"Tika, stop! Tika, stop! Kau nak bawa aku lari sampai mana hah?" berkali-kali Fiona cuba untuk berhentikan pergerakan Tika yang laju itu dengan menepuk-nepuk lengan Tika. Tahu-tahu, mereka sudah di luar dan berada jauh dari kedai tadi. Sekarang ni, mereka berada di lorong mana tah. Mereka sendiri tidak tahu. Begitulah perangai Tika. Kalau takut, pasti akan mencicit lari tak tentu arah. Mereka bertiga pernah sekali itu, masuk ke rumah hantu ketika Hari Kantin Sekolah. Rumah hantu itu tak adalah seram mana. Dah pulak tu, ruangnya kecik aje dan untuk pengetahuan, hantu disitu merupakan teman rapat mereka juga. Izzuddin, Hairi dan Haris. Belum sempat hantu-hantu itu menakutkan mereka bertiga, Shida dan Fiona terlebih dahulu ditakutkan dengan jeritan nyaring Tika. Tika menjerit hanya kerana patung hiasan yang diubah seperti annabelle seperti melihatnya. Dah mencicit kawan tu lari sampai terlanggar Izzuddin, Hairi dan Haris yang sudah bersedia di port masing-masing.

Ketika itu, Fiona sudah mengurut-urut kakinya yang sudah terasa lenguh akibat dipaksa berlari. Memanglah Fiona seorang atlet tapi kena faham. Semua sukan yang dia masuk, semuanya berkaitan dengan bola. Jadi tak adalah dia berlari ke sana ke sini tanpa arah. Yang ini, dia sendiri tak tahu kakinya mahu pergi ke arah mana.
"Eh, Fiona. Kita kat mana eh sekarang ni? Macam mana nak balik kat kedai tu balik?" Tika sudah terus-terusan mundar-mandir lagi tadi di hadapan Fiona mencari lorong mana yang patut mereka ambil. Dia kelihatan benar-benar keliru. Fiona yang memandangnya pun sudah mula ikut keliru.
"Apa susah. Kita tadi datang dari arah sana kan? Kita ikutlah balik arahnya." wajah Fiona sudah mula lencun dengan dek peluh.
"Oh... Wow, hebatnya Fiona. Genius! Genius! Tapi kenapa kau tak cakap lagi tadi?" Mata Fiona semakin membuntang. Tidak semena-mena Fiona yang bagi idea, Fiona juga yang dipersalahkan. Huh....Fiona hanya melepaskan keluhan berselang dengan gelengan kepala. Tika...Tika..

Dalam perjalanan ke kedai itu semula, Fiona dan Tika sempat menyambung perbualan yang terbantut akibat kehadiran Emey tadi.
"Jadi, Fiona. Betul kan tekaan aku tadi. Emey memang rancang nak biarkan Sobir dengan Shida jumpa hari ni." dengan bangga dan yakin Tika memulakan kembali perbualan.
"Okey, fine! Taniah si genius kerana berjaya meneka dengan betul. Tapikan kenapa Emey tiba-tiba je rancang semua ni ek? I means tak de lah pelik mana kalau tengok betul-betul but i thinks macam ada yang tak kena je lah. For example, kau tak rasa Sobir akan rasa pelik macam mana kita berdua rasa bila Emey tiba-tiba ajak kita pergi kedai tu? Tambah-tambah lagi bila kita bertiga ada. Okey, memang lah Sobir rapat dengan Shida tapi dia tak rapat dengan kita berdua and kau tak rasa something wrong ke tadi bila Sobir masuk kat kedai tu? Rasa macam rancangan Emey ni smooth gila. Rasa macam....Sobir dah tahu yang Shida sukakan dia. Kalau tak kenapa dia tak merayau-rayau kat kedai tu macam kita berdua buat. Sebaliknya dia terus pergi kat arah Shida. " panjang lebar Fiona cuba menyakinkan Tika bahawa firasatnya juga ada betulnya.
"Jadi, maksud kau kemungkinan besar Sobir dah tahu yang Shida sukakan dia? Dan dia ikut je rancangan Emey walaupun dah tahu yang Shida suka kan dia? Wait! Wait a minute. Kalau macam tu......maksudnya Sobir tak reject Shida lah kan? Iyelah, kalau dia nak reject Shida, mesti dia tak kan ikut plan Emey petang ni. Sebaliknya cuba jauhkan diri daripada Shida seboleh-bolehnya." nada suara Tika kedengarannya agak teruja seolah-olah apa yang dia fikirkan sekarang benar-benar masuk akal. Manakala Fiona yang berjalan seiringan dengannya juga sudah tersenyum-senyum sambil memegang tangannya menunjukkan dia juga setuju dengan apa yang diperkatakan tadi.
"Fiona, Tika" panggil Emey tiba-tiba mengubah tumpuan. Selang seketika, Emey mengerutkan dahi melihat dua sekawan itu berpegangan tangan sambil tersengih-sengih berlari ke arahnya.
"Emey, betul ke kau dah bagitahu Sobir yang Shida suka kan dia?" bersungguh-sungguh Fiona dan Tika bertanya.
"Errrr...."

#JANGAN RISAU....MASIH ADA EPISOD HARI NI, HARI SODA COUPLE. NANTIKAN YE.


(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...