Rabu, 15 Jun 2016

(12) hati,boleh tak jangan berdenyut laju sangat.

"Eh~,nota pelajaran je???Ingatkan pe lah yang penting sangat.Tapi boleh jadi penting gak bagi Shida.Dia kuat belajar.Patut lah pandai."Sobir dengan selamba membelek dari satu mukasurat ke mukasurat lain.
"Tapi bagus gak semua nota dia ni.Memang sesuai pun jadi calon pelajar cemerlang."Sobir tersenyum sendiri melihat nota Shida selain penuh dengan tulisan tangan,ada gak hasil conteng dan ayat-ayat yang langsung tak de kene mengene dengan pelajran.Dia mahu menyalin nota yang dibuat oleh Shida sndiri.
"Apa ni?Macam bukan tulisan Shida je?"Sobir yang tekun menyalin ,menjadi hairan kenapa tulisan di mukasurat sebelah, lain daripada tulisan di mukasurat sebelumnya.
"Ni macam surat cinta je....."Sobir sengaja meneka sebelum membaca dengan lbih lanjut.
"Eh~…Shida dah ada pakwe?"Muka Sobir mempamerkan reaksi tidak percaya yang Shida sudah ada 'kapel'.Nyata sekali kemungkinan besar,tulisan itu milik pakwe Shida.Dengan ayat-ayat cinta yang dibaca nya tadi,pakwe Shida seperti ingin memberi kata semangat sebelum Shida bertanding dalam satu pertandingan.Sekali tengok memang Shida mempunyai pakwe yang sangat sayang kepadanya.Dalam berkerut dahi menatap tulisan itu,secara automatik Sobir menutup buku tersebut.Akhirnya Sobir dapat juga tahu rahsia besar Shida.
"Kenapa ni?Apa da jadi ni?Kenapa aku rasa sakit hati lak ni?"lalu dengan kata yng digumam dan mata yang ditutup.Sobir dengan perlahan sudah terlena.


"Budak-budak semua dah keluar dari kelas dan pengawas-pengawas yang bertugas pun dah datang jaga tempat masing-masing"Nasuha selaku penolong pengawas memberikan laporan.
"Bagus,so kita dah boleh pergi makanlah ni"Sobir memerhati lagak seorang ketua.Cakap-cakap antara ketua pengawas dan penolongnya itu terhenti serta-merta apabila Sobir nampak kelibat Shida melintasinya dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan.Bergegas Sobir meluru mengekori Shida.Dia bersembunyi di antara rak buku supaya tidak di ketahui oleh Shida.Dapat dilihat dari celah buku tempat Sobir bersembunyi,Shida mencari-cari buku.Sobir kelihatan mengetap bibir sendiri.Dalam hati sudah panik apabila Shida memandangnya.Dia nampak aku ke?Sobir tidak boleh sesekali ditangkap,kalau tak masaklah....Sobir terus membelakangkan rak buku tersebut.Sobir menarik nafas lega apabila Shida sebenarnya memandang buku yang dicarinya,bukannya Sobir.


Di dalam perpustakaan,Shida mencari rak buku subjek sains.Hanya beberapa langkah,Shida sudah berjaya menemuinya.Shida mendekati rak tersebut dan mencari pulak buku yang ingin dipinjamnya.Shida menarikan jarinya di sepanjang deretan buku dirak itu.Jarinya terhenti secara spontan apabila mata dapat menangkap buku yang dicarinya.Shida menarik keluar buku itu tanpa menoleh ke kiri dan kanan langsung.Sehelai demi sehelai mukasurat Shida membaca sekilas untuk memastikan buku yang ingin dipinjam, mempunyai maklumat yang dia mahu.Bimbang dia tidak sempat makan,Shida terus ke kaunter untuk membuat pinjaman.Selesai semuanya,Shida segera ke kantin.Di kantin,pasti Fiona dan Tika sudah menunggunya.

Di kantin,Shida terkesima sekejap.Berkerut dahinya mempamerkan garisan seribu."Isy...tak nak lah aku masuk lagi tahun ni.Bagilah chance kat junior pulak.Asyik aku dengan kau je dipaksa masuk".
"Alah Shida.Please......lagi pun tahun ni last kita kongka pertandingan tu,tahun depan dah tak de da.And lagi satu,kalau dah de orang nak masuk pertandingan tu.Tak de nye aku datang cari kau."Seketika semua terdiam.Hanya Fiona dan Tika berbalas pandangan.Pelik dengan apa yang dibualkan oleh Shida dan Izuddin.Mana tak nya.Elok-elok mereka bertiga sedang menikmati makanan,Izuddin datang melulu memujuk Shida.Bukannya Fiona dan Tika tak tahu sebab apa Izuddin sanggup datang mencari Shida.Izuddin merupakan rakan sekelas Fiona.Izuddin dan Shida pernah menyertai pertandingan berpantun tahun lepas.Ketika ingin membuat persiapan untuk bertanding.Shida dan Sobir saling bantu-membantu memberikan idea.Oleh sebab itu,mereka berjaya menang tempat pertama diperingkat negeri.Sedari tadi Shida tidak membalas kata-kata Izuddin itu.Sebaliknya beberapa kali meraup muka.Shida sendiri tak tahu untuk membuat keputusan.Izuddin di sebelah lambat-lambat mengeluh lemah.
"Hai,kalau macam ni la gaya nye,terpaksa lah aku sorang je yang bertanding".Shida menganggkat muka.Wajahnya sendiri muram tiada ceria mendengar kata-kata Izuddin.Pertama kali Shida rasa susah untuk membuat keputusan.
"Kalau kau bertanding sorang-sorang ingat cikgu kasi ke?Dah lah kita je yang ada pengalaman.Dah masak pun dengan selok belok pertandingan.Tanpa aku kau tak boleh bertanding faham."Ketika itu,empat sekawan sudah berbalas pandangan penuh makna.Izuddin tersenyum sebelum berkata"Apa maksud kau tu Shida".
"Lah tak faham bahasa Melayu ke?Ke kau nak aku cakap bahasa jawa?"Shida sengaja membiarkan Izuddin sendiri yang sedar.
"Jadi maksudnya kau jadilah masuk pertandingkan?Thank you Shida.Thank you sangat-sangat"Mereka hanya ketawa melihat gelagat Izuddin itu.
"Nasib baiklah aku perempuan,kalau tak.Mahu dipeluknya Izuddin dengan perangai over excited dia ni."Shida berkata dalam hati.Akhirnya Shida beralah jugak.Tanpa Shida perasan,Sobir yang lagi tadi memerhati gelagat Shida dari jauh berdegus kasar sebelum membuang pandangan ke arah lain.Melihat Shida ketawa dengan lelaki lain,hati Sobir bertambah sakit.Sebab apa dia sakit,Sobir sendiri tak tau jawapannya.Tapi yang pastinya sakit itu mula datang sejak Sobir terbaca buku nota milik Shida.Dia juga tidak percaya dengan perasaan sendiri ketika ini.Mustahil dia cemburu dekat Shida.Mustahil sungguh kalau dia ada hati kat Shida.Walaupun Hawa tak habis-habis mengongkong hidupnya tetapi Sobir tidak mempunyai niat mahu meninggalkan Hawa.Wajah Sobir masam mencuka hingga tamat waktu belajar.Sakit hatinys tidak habis-habis.Selesai sahaja sesi waktu belajar,Sobir paling lambat bergerak pulang.Dia mahu menjalankan operasi seterusnya.Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah.......

#DEKAT EPISOD SETERUSNYA KORANG AKAN TAHU APA OPERASI SOBIR.PEMILIK BLOG INI TENGAH BERUSAHA MENAIP.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...