Isnin, 17 Julai 2017

(53.0) hari ini, hari Shida



"Jom masuk dewan jom" ajak Tika. Hari ini merupakan hari ketiga mereka semua menduduki peperiksaan SPM. Pegawai peperiksaan memantau semua pelajar-pelajar masuk ke dalam dewan dengan tertib. Pada mulanya, Shida excited kerana hari ni merupakan hari ketiga, impiannya menjadi kenyataan kerana dapat duduk di sebelah mata air tercinta. Tetapi....bila Shida teringatkan kata-kata Emey semalam. Shida segera sedar. Dia perlu fokus pada hari ni. Malah sepanjang peperiksaan ini berlangsung dia perlu kekal fokus. Shida terus menuju ke tempat duduk tanpa menoleh kiri dan kanan. Sebaik diminta untuk memeriksa helaian kertas soalan, Shida dengan lafaz Bismillah membuka setiap helaian kertas soalan. Dia juga memastikan setiap helaian mempunyai nombor soalan mengikut urutan yang betul dan tiada soalan yang kabur tulisannya. Pada kebiasaanya, Shida akan curi-curi toleh ke arah Sobir sebelum menjawab tetapi kali ini, dia betul-betul meletakkan hatinya, fikirannya, 100% kepada peperiksaan. Dia tak nak kecewakan semua orang yang dia sayang. Dan yang pastinya, dia tak nak Sobir juga turut hanyut bersamanya. Dia tak nak result Sobir juga menjadi teruk sepertinya. Habis sahaja kertas dikutip, masing-masing menarik nafas lega. Agak susah juga soalan kali ini. Dah lah dengan angin sejuk menggoda mereka. Kelihatan keadaan di luar agak mendung. Sepertinya hujan akan turun tak lama lagi. Dugaan betul menjawab exam hari ni. Walaupun sesi menjawab sudah tamat, Shida makin cuak dengan result yang bakal dia perolehi nanti. Nervous untuk result pulak! Seriusly, Shida dari tadi tidak berhenti berdoa semoga resultnya baik-baik sahaja. Dari pintu dewan, Shida sudah dapat menangkap kelibat Tika dan Fiona. Sebaik sahaja Tika sedar Shida menghampiri mereka, Tika terus bertanya.
"Ok exam kau tadi?" ditanya soalan itu, Shida menarik nafas dalam-dalam.
"Entahlah, aku dah pasrah habis dah" Shida menjawab soalan itu dalam kepalanya di dongakkan ke langit. Hujan sudah mula turun rintik-rintik. Hmmm, adakah ini normal? Dia mahu segera pulang ke rumah. Bukan kerana lapar atau mahu berehat tetapi dia mahu segera mengulangkaji untuk exam minggu depan pula. Dia mahu tebus kesilapan semalam. Ketika itu,wajah Shida kelihatan serius sekali.
"Oi, Shida dengar tak? Mengelamun pulak dia" sergah Tika mematikan semua fikirannya.
"Apa? Korang cakap dengan aku ke?"
"Yelah. Fiona tanya tadi, macam mana kau nak balik rumah? Kan hujan. Tak kan nak jalan kaki? Kau nak kitaorang tumpangkan tak?" suara Tika sudah separuh menjerit kerana hujan sudah turun begitu lebat.
"Boleh ke aku tumpang dengan korang?" Shida bertanya.
"Alah kau ni, macam tak biasa pula. Jomlah. Aku rasa ayah aku dah sampai dah" laju Tika menjawab. Belum sempat Shida memberikan apa-apa respond, tangannya sudah ditarik oleh Tika. Mereka berdua terpaksa meredah hujan untuk menuju ke kereta ayah Tika. Makin mereka berlari meredah hujan, semakin basah kuyup mereka jadinya.

Tiba sahaja Shida dirumahnya,
"Dah basah kena hujan macam tu, pergi mandi dulu. Nanti demam pulak" itulah ayat pertama yang ibunya kata sebaik sahaja dia membuka kasut sekolah.
"Ok" taktala mendengar arahan daripada ibunya, Shida terus naik ke biliknya untuk mandi.
Di bilik Shida, Shida terus mencapai tualanya dan terus menuju ke bilik air kerana kesejukan. Tetapi matanya tiba-tiba terhenti pada kotak yang terletak di atas almari pakaiannya. Matanya tertumpu tidak berkelip ke arah kotak itu. Kotak yang menyimpan semua kenangan dia bersama si kembar.
'Hairi...kalaulah kau tak terlibat time tu. Mesti kita tak payah lalui semua ni' rasanya sudah beberapa kali ayat tu menerjah ke dalam fikirannya. Dia menahan air matanya. Dia masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam itu daripada ingatannya. Apatah lagi mahu memadam segala kenangan bersama Hairi dan Haris.

#MAMPUKAH SHIDA BANGUN MENGHADAPI REALITI ATAU TERUS TUNDUK DENGAN PERMAINAN DADDY HAIRI DAN HARIS?

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...