Isnin, 30 Oktober 2017

(58) apa rahsianya?

Flashback episod 1437??? no kod untuk kita berdua!

Dia melepaskan keluhan yang amat berat kerana tidak dapat menyelesaikan masalah nya pada hari ini kerana cikgu yang bertanggungjawab mempunyai  urusan lain. Dia benar-benar mahu membuktikan bahawa Shida tidak bersalah malah Shida juga turut menjadi mangsa keadaan sama sepertinya.
 Ish! Ni semua salah geng Bullet! Nasib baik Shida tak apa-apa. Kalaulah Shida pun terkena sekali, sudah tentu keadaan akan menjadi bertambah parah. Bagi Sobir, biarlah dia menanggung seorang diri. Rasanya itu lebih baik.
Dan entah mengapa tiba-tiba Sobir tersenyum. Dia lantas duduk dari baringannya dengan kaki yang masih berbalut lalu menghadap meja studynya. Ya! Dia perlu sedar yang Shida terlalu sempurna untuknya. Terlalu jauh juga untuk Sobir cuba mengejar.
Tetapi salah Shida juga, siapa suruh Shida sendiri sesuka hati dan sesedap rasa je keluar masuk dari hidupnya. Kan sekarang dah susah! Dalam Sobir sedang berperang dengan hatinya sendiri, terdetik satu kata yang dari dulu Sobir ungkitkan.
'Tentu Shida dah lupa pasal aku. Orang macam dia tak kan mungkin ingat benda yang remeh macam tu'



"Hah! Seronok dapat kenakan aku?!" sergah Sobir mengejutkan ahli-ahli geng Bullet. Walaupun masih bertongkat, tetapi Sobir kekal aktif sebagai ketua pengawas. Di belakang Sobir, Emey dan Ravi sudah bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan.
Ahli-ahli geng Bullet yang sedari tadi sedang sedap melepak, tiba-tiba sahaja disergah oleh musuh utama mereka.
"Kenakan kau? Apa yang kau cakap ni hah Sobir?" jawab Amar selaku ketua geng Bullet bagi kawasan sekolah Munshi.
Untuk pengetahuan geng Bullet merupakan persatuan untuk budak-budak nakal seluruh sekolah kawasan negeri Melaka. Dan setiap sekolah mewakili seorang ketua. Boleh dikatakan juga geng Bullet mempunyai jumlah ahli yang besar.
Memang benar, Sobir pernah juga menangkap geng Bullet ini ketika mereka melakukan gejala sosial. Sebab itulah, dendam Amar kepada Sobir semakin membara. Ketika ditangkap dulu, Amar terpaksa tunduk kepada Sobir di depan ketua Bullet yang lain. Mana tak tercabar maruah Amar selaku ketua juga. Sejak itulah, Sobir tahu serba sedikit tentang geng Bullet malah Sobir juga merupakan salah seorang antara spy pihak polis ketika itu walaupun pada waktu itu Sobir belum lagi menjadi ketua pengawas.
"Aku tahu kau yang sabotaj aku time Hari Sukan hari tu kan?" Sobir sudah bercekak pinggang walaupun bertongkat.
Amar pula? Masih seperti tadi. Hanya memandang sinis ke arah Sobir.
"Kau yakin ke geng aku je yang sabotaj kau hari tu?"
Kemudian wajah Sobir terus berubah dengan jawapan Amar.
"Habis tu? Tak kan lah tiba-tiba geng sekolah lain nak sabotaj aku pulak?"
Amar mencebik lalu menjawab,
"Aku rasa kau dah lupa tentang musuh abadi kau dari kecik dulu"

#SIAPA YANG SEBENARNYA SABOTAJ SHIDA DAN SOBIR?BETUL KAH BUKAN AMAR DALANG DISEBALIKNYA. BAGAIMANA PULAK DENGAN MUSUH ABADI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AMAR TU? TUNGGU YE.


Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...