Khamis, 12 Julai 2012
Kisah Dua Gadis Dikejar Perogol | Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya..
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.
Melayukini.net – Ha ha ha bijak memang bijak. Kadang-kadang kita kena gunakan otak kita untuk menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi kita. Tapi dalam keadaan panik, tak ramai yang boleh berfikir secara waras. Pesanan untuk kaum wanita, gadis, perempuan, remaja di luar sana, berhati-hatilah ketika berada di luar. Elakkan berada dalam suasana yang liar seperti disko dan konsert. Jangan keluar lewat malam kerana di situ ada banyak keburukan. Duduk rumah adalah sebaik-baiknya. Dan jaga pakaian dan aurat. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)
(79) Pujaan Hati
Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...
-
"Jom masuk dewan jom" ajak Tika. Hari ini merupakan hari ketiga mereka semua menduduki peperiksaan SPM. Pegawai peperiksaan m...
-
Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya, Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka, ALLAH te...
-
Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di ata...