Sabtu, 28 Julai 2012

just cpoypaste from la tahzan

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka, ALLAH telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH petunjuk jalan.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH.......

renungan bersme

Gunakanlah peluang dan kesempatan ini dengan melipat gandakan lagi amal ibadah kita. Perbanyakkan zikir setiap masa dan muhasabah diri sentiasa. renungilah diri kita. Moga ianya juga yang akan membela mu di sana nanti. Negeri yang kekal abadi.
"Di Akhirat kelak, seorang itu Terkejut apabila melihat catatan amalan Kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia bertanya, "Wahai TUHAN ku, dari manakah datangnya Kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah Melakukanya."
Maka ALLAH menjawab, "Semua itu adalah Kebaikan(Pahala) orang yang Mengumpat engkau tanpa engkau KetahuiI." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

"Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbincangan penduduk langit.."

Teringat akan Uwais Al Qarni.. Dia tidak terkenal dibumi tapi namanya disebut2 oleh malaikat dilangit, Subhaanallaah..

Jumaat, 13 Julai 2012

tips menghadapi hantu

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu
P/s : sekadar gurau gurauan..ekekke

Khamis, 12 Julai 2012

Kisah Dua Gadis Dikejar Perogol | Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan… M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat. L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita. M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan. L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat. M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni. L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya. M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit… L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya. Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya. Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang. M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi? L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku. M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu? L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga. M : Dan… dan.. L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap… M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan? L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya.. M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi? L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya… M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian? L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu. Melayukini.net – Ha ha ha bijak memang bijak. Kadang-kadang kita kena gunakan otak kita untuk menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi kita. Tapi dalam keadaan panik, tak ramai yang boleh berfikir secara waras. Pesanan untuk kaum wanita, gadis, perempuan, remaja di luar sana, berhati-hatilah ketika berada di luar. Elakkan berada dalam suasana yang liar seperti disko dan konsert. Jangan keluar lewat malam kerana di situ ada banyak keburukan. Duduk rumah adalah sebaik-baiknya. Dan jaga pakaian dan aurat. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...