Isnin, 2 Januari 2017

(32) 1437??? no kod untuk kita berdua!

Sobir meletakkan beg sekolahnya di atas meja study nya. Kemudian dia merebahkan dirinya di atas katil. Penat seharian di sekolah ke hulur ke hilir dengan tongkatnya. Dia melepaskan keluhan yang amat berat kerana tidak dapat menyelesaikan masalah nya pada hari ini kerana cikgu yang bertanggungjawab mempunyai  urusan lain. Kemudian bayangan Shida sekali lagi terlintas di kepalanya. Sobir terus bangkit dari baringnya. Duduk menghadap meja studynya dan tiba-tiba mata Sobir dapat menangkap satu objek yang agak jarang dia usik. Sobir bangun dan duduk di meja studynya. Sobir mengangkat kotak yang berwarna coklat gelap itu lalu membuka penutupnya. Di dalam ada berisi sebuah buku nota umpama diari dan sebatang pen yang boleh di agak harganya mesti mahal. Sebenarnya Sobir masih bermain teka-teki tentang siapa yang memberikan nya hadiah ini. Kotak ini dia dapat sempena hari jadi nya pada bulan 3 dulu. Tapi yang peliknya. Hadiah tersebut di letakkan di bawah meja Sobir sahaja. Tiada nama pemberi. Sobir nak ucap terima kasih pun tak tahu nak di ucapkan kepada siapa. Mula-mula Sobir ingatkan ada orang yang ingin mengenakannya pada hari jadinya tetapi apabila melihat hadiah di dalam kotak tersebut, tak mungkin orang tersebut mahu mengenakannya. Entah kenapa tiba-tiba Sobir teringat buku nota milik Shida yang ada dalam simpanannya. Sobir membuka laci mejanya dan mengeluarkan buku tersebut. Coraknya dan bentuk rekaan hampir sama cuma warna je berbeza. Puas membelek. Sobir meletakkannya kembali di dalam laci. Kali ini, Sobir membuka pula kad kecil yang ada dalam kotak coklat itu, hanya tertulis selamat hari jadi Sobir dan 1437. Pada mulanya, Sobir ingatkan 1437 tu sempena tarikh lahirnya. 14.3.1997. Tapi bila di fikirkan balik, macam tak kena je 7 kat belakang tu. Kenapa tak letak 1431997. Kenapa mesti di singkatkan sehingga menjadi 7? Sobir sedikit musykil sekarang. Alah, lantaklah. Sobir malas nak fikir sekarang. Sekarang yang penting dia kena pastikan Shida bercakap semula dengannya. Tapi macam mana eh?


#nampak tak permainan cerita hati antara Shida dan Sobir? Tak nampak? Tak pe...Bersambung di episod akan datang.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...