Selasa, 12 Julai 2016

(16) penyakit cinta yg buat aku annoying

Shida termangu.Siapalah yang mesej dia malam-malam macam ni.Masalahnya macam mana dia boleh kenal Shida padahal Shida tak tahu pun siapa gerangan pengirim mesej misteri ni.Dari hari pertandingan hari tu nombor yang tak dikenali itu menghantar mesej.Shida cuba mengingatkan butir mesej yang dia terima pada hari pertandingan.Memandangkan Shida sudah buang mesej tersebut.Pada hari tu,pengirim mesej tu,sperti tahu Shida sedang menangis.Tak kan lah Izuddin.Kalau Izuddin dah tentu dia cakap terus je.Buat apa nak hantar mesej bagai.Siapa lagi eh?Tiba-tiba,entah kenapa bayangan Sobir muncul.Ish....tak kan Sobir.Sobir tak tahu nombor dia.Hurm!💡Sekejap.Kenapa Shida seperti terasa benda macam ni pernah berlaku eh.Suatu ketika dulu,dia pernah dapat mesej daripada nombor yang tak dikenali juga.Bila eh?Otak Shida cuba mencari kotak memori tentang mesej itu.Shida menjengkelkan mata.Dia mencari 'Manusia Tak Ada Nama' di contact whatsappnye.Shida sudah hilang kata-katanya.Kenapa dia.Macam mana sangkaannya jauh sangat.Iman rupanya 'Manusia Tak Ada Nama' tu.Shida menaikkan kening sambil tangan mula menaip.

_________________________________________________________________________________
    KAU RUPANYA IMAN.MACAM MANE KAU BOLEH TAHU NOMBOR AKU?
__________________________________________________________________________________

Shida terdiam.Waktu itu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Dia mahu segera tahu apa jawapan Iman.

__________________________________________________________________________________
         SHIDA.AKHIRNYA TAHU JUGA KAU YE PASAL AKU.TAPI SERIUS KAU TAK INGAT MACAM MANA AKU BOLEH TAHU NOMBOR KAU?
__________________________________________________________________________________

Hah?Shida buntu.Sejak bila dia bagi nombor kepada Iman?Walaupun Shida kenal Iman tetapi Shida bukan jenis yang senang bagi nombornya kepada orang lain walaupun dia kenal.Betul,Shida rasa seperti orang hilang ingatan.

________________________________________________________________________________
 BILA MASA PULAK AKU ADA BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?SETAHU AKU TAK PERNAH
________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
MEMANGLAH KAU TAK PERNAH BAGI.SEBAB AKU YANG CURI-CURI AMBIK NOMBOR KO
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
KAU CURI?KAU CURI DARI SIAPA?SIAPA YANG BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?
___________________________________________________________________________________
________________ ________________________________________________________________
AKU CURI DARI TELEFON KAU SENDIRI.
__________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
                            HAH?????!!!!
_______________________________________________________________________________
HA3.SERIUS LAH KAUBTAK INGAT SHIDA?OK,KAU INGAT TAK KAU PERNAH HILANG TELEFON KAU?AND SIAPA YANG JUMPA?
________________________________________________________________________________

Shida menepuk dahinya sendiri.Macam manalah dia boleh lupa tentang kejadian tu.Jadi maknanya Iman dapat nombornya ketika itu dan Iman jugalah pengirim mesej misteri yang meminta maaf kepadanya.Tetapi....kenapa Iman minta maaf waktu tu?Iman enggan memberitahunya sekarang kerana jam sudah hampir pukul 11.30.Sebelum mereka menamatkan perbualan,Iman memastikan Shida membalas mesejnya esok kerana ada sesuatu Iman hendak memberitahu Shida.Shida mengiyakan saja.Kali ini sudah masuk kali ketiga dia menguap.Shida lena dibuai mimpi.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...