Semua ahli rombongan ke rumah anak yatim Mutiara Kasih sedang berkumpul di dalam bilik kaunseling dan tengah sibuk memasukkan barang-barang ke dalam kotak untuk di agihkan kepada anak-anak yatim di rumah Mutiara Kasih itu. Shida, Fiona, Tika, Emey dan Sobir juga turut menyertai rombongan itu. Entah macam mana nama mereka berlima boleh ada dalam senarai ahli rombongan itu pun, Shida tak tahu. Tapi rasanya macam Shida boleh agak. Ni mesti kerja Fiona, Tika dan Emey. Ada sahaja rancangan diorang ni. Dan untuk pengetahuan, sebenarnya Emey sudah tahu yang Shida suka kan Sobir. Pada malam selepas mereka berlima melepak di kafe Royal Green, Emey dapat syak yang Shida ada perasaan dekat Sobir. Dan pada malam itu jugalah, Shida dipaksa, diugut, dipujuk bagai nak gila oleh Emey. Mahu tak mahu, terpaksalah Shida ceritakan. Shida juga meminta untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Sobir. Tak tahulah boleh bertahan ke tak rahsia Shida. Maklum sahaja lah,Emey dan Sobir berkawan rapat. Mereka bertiga siap ada nickname untuk Shida dan Sobir. SoDa couple......Macam-macam betul diorang ni. Pening Shida nak layan. Di dalam bas, Shida, Tika dan Fiona duduk di tempat duduk belakang sekali manakala Emey dan Sobir duduk bersebelahan di tempat duduk hadapan mereka, Masing-masing teruja, lagi-lagi untuk pelajar tingkatan 5 kerana ini merupakan rombongan terakhir mereka sebelum mereka betul-betul fokus dalam peperiksaan SPM. Dari jauh Shida sudah nampak penghuni Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih berdiri beramai-ramai menyambut kedatangan rombongan sekolah Shida. Dalam keadaan itu, sempat lagi hati Shida terusik. Semuanya masih kanak-kanak lagi.
"Ya Allah, aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kedua orang tuaku." bisik hati Shida. Selesai sesi bersalaman dan beramah mesra, Shida terpandang seorang budak perempuan lingkungan umur 3 tahun sedang duduk menyorok di tepi pintu.
"Hai, nama adik siapa?" tanya Shida sambil tersenyum lembut. Adik kecil itu malu-malu hendak menjawab. Dia meronta-ronta hendak turun daripada dukungan Shida.
"Dia belum kenal adik lagi,. Jangan risau. Sekejap lagi tengoklah macam mana perangainya bila dah mesra. Melekat, pasti tak lepas..." kata Kak Widya yang sudah dianggap Ibu kepada semua anak-anak di rumah Mutiara Kasih ini.
"Sungguh?" Shida tergelak kecil.
"Si kecil ini,namanya Elina" Kak Widya perkenalkan Elina kepada Shida.
"Elina ye. Cantik namanya, sama cantik dengan tuannya." Ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, membuatkan senyumannya begitu menawan. Shida yakin apabila Elina sudah meningkat dewasa, pasti orangnya begitu cantik menawan.
"Dida..." Elina bersuara.
"Elina cakap apa tu?" Shida mengerutkan hidungnya.
"Kak Widya rasa dia nak sebut nama Shida agaknya. Maklum saja, masih pelat bahasanya tu." Kak Widya menepuk belakang Shida lembut. Dida. Entah mengapa, hatinya begitu terpaut pada Elina.
"Nah, Elina. Coklat untuk sebab Elina pandai.". Dia terhibur dengan mulut Elina yang becok tetapi pelat itu. Hati Shida tersentuh apabila melihat gelagat mereka. Bagaimana dengan kasih sayang? Ada beberapa kali Shida terlihat Sobir cuba menarik seorang kanak-kanak lelaki yang cuba menyorok. Sobir ternyata menghadapi kesukaran memujuk kanak-kanak itu,
"Mengapa dengan adik tu?" tanya Shida.
" Dia tak mahu makan. Dari tadi sedih semacam sahaja." jawab Sobir dalam nada yang perlahan.
"Nak aku cuba pujuk dia?" Shida benar-benar mahu membantu.
"Tak mengapa, tangan kau dah penuh tu." matanya tertacap pada Elina yang berada dalam dukungan Shida.
" Dari tadi asyik dukung adik kecil tu, tak penat?"tanya Sobir.
"Eh tak adalah. Aku suka!" Shida menyerahkan Elina kepada Sobir apabila Sobir meminta untuk mendukung Elina pula. Nasib baik Elina tak banyak meragam apabila dengan Sobir. Shida menarik tangan budak lelaki itu sambil tersenyum. Pada nulanya budak itu enggan mendekati Shida. Dia kelihataan benar-benar gelisah dan resah. Ada riak gusar ada wajahnya. Shida sempat menujukkan beberapa biji coklat kepada adik yang kesedihan itu.
"Simpan dalam poket baik-baik. Takut nanti tercicir pula." pesannya sambil melemparkan senyuman yang paling manis. Beberapa ketika berlalu, budak lelaki itu masih tidak mahu berganjak dari tempat dia berdiri. Agaknya dia masih berada dalam dilema.
"Terima kasih..." Shida dan Sobir terpegun lantas saling berpandangan.
"Apa nama adik?" Shida bertanya lembut.
"Wan..." Shida hanya tersenyum lagi. Sedari tadi Elina yang hanya duduk diam di dalam dukungan Sobir, meronta untuk minta diturunkan. Sobir menurunkannya dan Elina menarik lengan baju Wan seperti mengajaknya bermain. Wan hanya mengikut jejak langkah Elina ke halaman luar rumah kerana mungkin dia teruja dengan bunyi bising kumpulan lelaki bermain bola sepak di halaman.
Pada mulanya Shida dan Sobir mahu menyertai melihat permainan itu, namun apabila Wan berkata yang dia sebenarnya lapar, Sobir pun mengajak Wan pergi ke dapur. Elina juga mahu ikut Wan ke dapur, lalu Shida mendukung Elina mengikuti Sobir dan juga Wan. Tiada orang di dapur kerana masing-masing sudah selesai makan ketika mereka cuba memujuk Wan tadi. Mereka berempat duduk di meja makan. Sobir mengambil lauk untuk Wan manakala Shida sibuk melayan Elina yang mahu kan ayam goreng. Adegan mereka berempat di dapur sempat mendapat perhatian daripada tiga orang lagi sekawan yang sedari tadi memang mencari Shida dan Sobir. Yela, waktu makan pun tak muncul-muncul. Rupa-rupanya, tengah sibuk melayan 'anak' masing-masing.
"Sibuk layan anak ya Sobir......" Emey cuba berseloroh,
"Anak apanya. Kesian Wan lagi tadi tak makan. Tu yang aku temankan dia ni kejap.." Sobir tergelak besar.
"Oh, yeke. Yang kau Shida? Buat apa kat dapur ni. Bukan tadi Elina dah makan?"soal Tika sambil senyuman masih meleret.
"Tadi aku yang pujuk Wan ni lah. Lepas tu Elina sibuk nak ikut Wan ke dapur." giliran Shida pula berseloroh.
"Elina yang nak ikut Wan ke dapur ke atau Mak Elina yang nak ikut Bapak Wan ke dapur?" muka Fiona kelihatan serius walhal dalam hati mahu dia gelak sepuas-puasnya. Seronok dapat mengusik dua orang kawannya tu, Shida menjadi tidak begitu pasti. Adakah mahu menyumbat mulut Fiona dengan ayam goreng ataupun pinggan kosong ni? Aduh! Malu kot diorang usik depan-depan Sobir. Nanti pecahlah rahsia dia. Biar benar diorang ni!
"Ish korang ni. Dah-dah la tu usik kitaorang. Tak habis-habis daripada hari tu. Yang kau tu Emey, tolong aku kemas meja ni." akhirnya Sobir bersuara. Cuba berlagak cool seperti tidak mendengar gurauan mereka. Padahal dia juga terkedu dengan gurauan Fiona. Ayat yang di hujung bagaikan tergiang-giang di telinga Sobir.
#Mampu kah rahsia Shida bertahan atau di sebaliknya? Tunggu tau!