Buat macam ni tak jadi.Buat macam tu pun tak jadi.Habis tu nak buat macam mane lagi?Aduh,susahnya nak pikat hati mamat ni.Nak buat macam mana.Hati dah terpaut.Shida tak kan mengalah.Cintanya pada Sobir tak kan ada siapa yang dapat tandingi.Tapi tu lah.Entah apa yang tak kena pada diri dia sampai Sobir tolak cinta dia.Mungkin Sobir tak tahu lagi isi hati Shida.Tengok lah nanti Sobir,pasti kau akan terkejut punya.Ni Shida la.Mungkin hati kita dah terpaut tetapi langkahnya panjang.Mengambil masa sikit.Lamunan Shida terhenti apabila kepalanya diketuk dengan buku akaun yang tebal oleh Izuddin.Dia ni,suka hti je ketuk kepala anak orang.Ingat aku anak ayam ke,main ketuk-ketuk.Izuddin duduk sebelah Shida.Mereka berbincang mengenai hadiah yang mereka dapat sempena menang pertandingan tempoh hari.Seperti biasa gak,Izuddin yang tak lekang dengan cerita dan lawak bodohnya berjaya membuatkan Shida ketawa.Melihat adegan mesra mereka berdua.Sobir jadi panas hati.Sobir mendekati mereka berdua.
"Shida,kalau kau betul nak kapel dengan aku.Jangan cakap dengan lelaki lain.Aku tak suka."dengan suara yang agak tegas,Sobir berkata sambil memberikan jelingan tajam.Setajam pedang diberikan kepada Izuddin.Izuddin terkedu.Begitu juga Shida.Hah????!!!!!Betul ke apa yang Shida dengar ni.Shida bangun cuba mengejar Sobir.Tiba-tiba....Gedebuk!
"Aduh....."Shida terasa seluruh badannya sakit.Dia cuba membuka mata.Ternyata dia sudah berada di lantai.Dia memandang katilnya dengan pandangan kosong.
"Lah....aku jatuh dari katil ke?"Shida bangun smbil mengaru kepalanya.Dia duduk di atas katil.Cuba memproses mimpi yang baru di impikan.Shida tersnyum sendiri.Dia mengambil batal peluknya lalu menekup mukanya.Shida tergelak dengan mimpinya.Biasalah tu.Benda yang kita tak dapat selalunya akan datang kat mimpi.Sayangnya ia bukan realiti.Shida perlu bangun.Bangun dari mimpi.Bangun dari tidur.Dan bangun dari katil.
"Huh~"Shida mengeluh panjang.Dia mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.Selesai sahaja bersarapan pagi.Shida bersiap untuk keluar bersama Fiona dan Tika.Kemudian menoleh ke arah telefon bimbitnya yang terletak di atas katil.
"Korang dah siap?"dia menghantar whatsapp itu kepada Fiona dan Tika.Shida memgjongketkan bibir setelah membaca mesej dari Tika.Tika tidak jadi datang kerana demam.Kemudian Shida menekan nombor Fiona,untuk mengetahui jawapan Fiona pula.
"Fiona.Kau taubtak Tika tak jadi datng sebab demam?"tnya Shida.
"Tak....dia demam?Habis tu nak cancel ke mcm mane?"Fiona memberi cadangan.
"Apa kata aku pergi kau je la.Lagi pun aku dah siap."ujar Shida.
"Ok juga tu.Aku pun nak kemas rak buku aku ni.Buku mane yang dah tak pakai ingat nak jual kat surat khabar lame.Smbil aku mengemas ni,boleh lah kita berborak sekali."kata Fiona.
"Orait.Dalam 5 minit aku sampai rumah kau"Shida menjwab sebelum mematikan telefon.Jarak antara rumah Fiona dan rumah Shida tidak jauh.Shida menyandar lesu di atas katil Fiona.Sesekali dia menolong Fiona mengemaskan buku-buku terpakai.
"Kau ok tak?Baru tolong sikit dah penat.Tak cukup stamina betul la kau ni"Fiona menjengukkan kepala.
"Alah,kau atelit boleh lah cerita."perlahan suaranya.Fiona duduk di tepi katil sambil memegang sebuah buku lama.
"Shida,kau ingat lagi tak buku ni?"soal Fiona.
"Eh,buku ni.Buku yang kita selalu tulis time form 3 dlu.Ha3.Ingat lagi aku,dalam ni ada biodata kita lah.Bila sedih ke,marah ke.Kita selalu tulis dalam buku ni."kata Shida yang turut sma membelek buku di tangan Fiona.Kemudian dia menyambung lagi.
"Ha3...tengoklah tulisan aku dulu.MasyaAllah,teruknya.Tengok gak tulisan kau,hahaha.Lain duh dari sekarang punya."
"Kan....cube lah kau baca biodata kita.Entah apa-apa kita tulis."jawab Fiona.Malu ada,geli hati pun ada bila baca hasil tangan mereka bertiga termasuk Tika ketika mereka di tingkatan tiga.Mereka tergelak besar apabila membaca cita-cita Tika ingin menjadi remaja bebas.Aduh...otak belum matang lagi masa tu.Mereka terhenti agak lama di satu mukasurat.
"Ingat lagi kan,masa dulu-dulu kita tak tahu apa-apa.Kita pernah wat 3 petunjuk membuktikan orang itu true love kita "Shida cuba mengingati kembali kenangan lalunya.
"A'ah.Entah apa-apa dengan 3 sign kita tu."Fiona membaca apa yang mereka tulis ketika itu.Shida sndiri tak tahu apa faedah mereka berbuat demikian.
Ketika di tingkatan tiga,Shida,Fiona dan Tika masing-masing tidak mempunyai kapel tetapi ingin mempunyainya sekali.Mereka juga pernah diminati.Entah kenapa antara mereka bertiga,Shida lebih ramai peminat.Smpai kan mereka bertiga bersetuju meletakkan petunjuk,kalau memang itu true love mereka.Masing-masing mempunyai petunjuk yang berlainan.Bagi Shida,dia meletakkan 3 petunjuk seperti yang lain.Pertama,lelaki itu akan datang kepadanya lagak seperti seorang prince charming dalam keadaan hujan lebat sambil memegang payung.Kedua,lelaki itu akan nyanyikan lagu kegemarannya di depan smua orang.Dan yang terahir,ketika meluahkan perasaan,Shida dihadiahkan dengan bunga baby breath dan bunga chrysanthemum iaitu bunga kegemararan Shida.Mengikut 3 sign tu,tak ada seorang pun yang tersangkut.Shida teringat kisah di mana ketika itu,walulaupun 3 sign itu tak muncul tetapi Shida sudah sayang kepada salah seorang peminatnya..Itulah kali pertama Shida kenal erti cinta.Shida sendiri pelik dengan perasaan yang menyelubunginya ketika itu Tiba-tiba keadaan memjadi sunyi.Masing-masing mengimbas kembali detik hitam mereka.Dlam mereka baru mengenali cinta,rupanya mereka terjatuh dalam cinta monyet semata-mata.Shida dan Fiona sama melemparkan diri di atas katil smbil mengeluh panjang.Kalau boleh mereka tak nak kisah lama itu berulang kembali.Lama mereka baring menatap dinding.
"Shida....."Fiona mulakan bicara.
"Hurm?"Shida menyahut
"Kau perasan tak salah satu sign kau ada kena mengena dengan Sobir"Fiona baru perasan ketika dia sedang membaca 3 sign Shida.
"Hah?"terkejut Shida mendengar apa yang diperkatakan Fiona.
"Cubalah kau tengok apa yang kau tulis dan cuba kau ingat waktu first time kau jumpa Sobir.Bukan ke time tu hujan?"suara Fiona agak teruja.Beriya-iya dia menjelaskannya.
"Ok.Aku faham apa maksud kau tapi menurut sign yang aku tulis.Kalau betul dia true love aku,sepatutnya dia akan pegang payung"Shida cuba berdalih dan mengawal riak seboleh mungkin.Jujur lah,hati Shida ketika itu sedikit berbunga tetapi Shida juga perlu sedar,Sobir sudah berpunya.Tak seharusnya Shida menyimpan perasaan itu lagi.
"Ehem....dah nama pun SIGN yang direka sendiri Shida.Kau bukannya nujum pak belalang yang boleh ramal siapa true love kau and kau pun tahu kan ,agama kau tak benarkan kau percaya seratus peratus kepada firasat sendiri.Mungkin Sobir memang true love kau cuba sign kau ni je tak menujukkan kat dia.Tapi at least ada kena mengena sikit."pandai pula awek Sabah ni cakap.Shida merengus.
"Entahlah Fiona.Aku tak rasa jodoh aku dengan Sobir.Maybe tu semua kebetulan."kata Shida,tidak berapa setuju dengan ayat terakhir Fiona.Fiona mengerut dahi.
"Orang kata kalau pertama kali terkena mungkin kebetulan.Tapi kalau dah terkena dua kali,maknanya takdir dan kalau dah masuk kali ketiga maknanya jodoh.So,kali pertama kai dah terkena.Kita tunggu je lah untuk sign kedua pula.Kalau tak kena,kau bujanglah sampai ke tua."Fiona menjawab lalu mencampakkan batal peluknya ke arah Shida sambil ketawa.Shida turut membalasnya.Mereka terhenti apabila telefon bimbit Shida berbunyi.Shida mencapai telefon bimbitnya.Fiona juga menyibuk mahu melihat siapa pemanggilnya.Bulat mata Shida dan Fiona melihat nama yang tertera.
"Iman?"Shida dan Fiona menyebutnya serentak.
#SAMPAI SINI DULU YA.TQ SBB BERSAMA CERITA HATI SAMPAI DI SINI.TQ GAK BACA SAMPAI HABIS.HARAP KORANG SIHAT.JUMPA DI NEXT EPISOD