Isnin, 5 Februari 2018

(64) Indahnya dunia jika kau juga turut ada di sampingku

"Kau ni dah kenapa Sobir?" ungkap Emey sebaik sahaja Sobir keluar dari rumahnya menyandarkan diri di keretanya. Seperti yang di janjikan oleh mereka berlima tempoh hari untuk mengikuti interview partime di Melaka Wonderland. Emey juga sudah janji untuk mengambil 3 anak dara itu di rumah masing-masing sementara Sobir pada cadangan awalnya mahu memandu kereta sendiri ke sana. Sobir sebenarnya tak nak 3 perempuan tu tahu tentang kereta barunya. Yalah, sekali pandang memang orang tak percaya bahawa kereta itu dimiliki oleh seorang lelaki yang baru nak masuk usia 18 tahun. Kereta itu pun bukan atas usahanya sendiri. Pemberian dari majikan orang tuanya juga. Keluarga Sobir biasa-biasa sahaja.
"Aku tak tahu lah nak bagi benda ni kat dia macam mana?" balas Sobir dengan suara mendatar.
Emey yang masih duduk di dalam kereta dengan pintu terbuka menjenguk apa yang di sebalik tangan kiri Sobir itu. Oh buku nota milik Shida rupanya. Sebelum ini pun Sobir pernah juga bercerita dengannya di whatsapp mengenai buku nota ungu itu.
"Kau bagi jelah kat dia. Cakap yang kau selama ni terlupa nak pulangkan kat dia. Tak pun kau tipulah dia yang kau baru jumpa cikgu displin pagi tadi dan cikgu baru bagi kat kau" saran Emey. Sobir hanya mengeluh lalu di tatapnya buku nota ungu itu. Emey hanya menggeleng."
"Rilek lah bro. Macam tak biasa pulak kau tipu dia. Setahu akulah, kau dah tipu dia lebih dari yang aku tahu kan?" ejek Emey cuba menceriakan suasana dan ternyata Sobir termakan umpannya. Sobir memukul lembut bahu Emey dengan buku nota di tangannya sambil menyorok senyuman yang semakin melebar.
"Eleh-eleh....Kau tak payah nak cover-coverlah dengan aku. So, apa kata sekarang ni kau ikut jelah aku naik kereta ni. Tak payah nak berlagak dengan aku bawak kereta baru kau tu" ungkap Emey lagi.
"Yalah,yalah. Aku ikut kau. Kejap, aku nak bagitahu kakak aku dulu" balas Sobir sambil berlalu pergi meninggal Emey dikereta sementara dia bersiap dan meminta izin daripada kakaknya mahu keluar sebentar. Selepas beberapa minit, kelihatan Sobir keluar dengan membawa beg galas yang disilangkan dibadannya. Dahi berkerut seribu memerhatikan langkah Sobir sehinggalah Sobir sudah duduk di sebelahnya. Sobir mengangkat kening menujukkan tanda kenapa.
"Aik.... Tak pernah-pernah kau keluar bawa beg. Ni kenapa hari ni baru nak bawa? Bawa fail je dah lah. Macam aku ni hah." Emey menunjukkan fail hijaunya yang berisi dokumen peribadi untuk sesi interview nanti.
"Ish kau ni.... Tak kan lah aku nak letak buku Shida dalam fail macam tu je. Dah confirm-confirm lah boleh nampak sebab fail macam ni kan transparents. Sebab tu aku terpaksa bawa beg. Kalau tak, tak ada makna nya. Aku pun rimas nak kena gendong-gendong ni" balas Sobir.
"Dah, sekarang kita nak ke mana pulak ni?" tanpa berlenggah Sobir terus menanyakan destinasi seterusnya.(Walaupun bukan dia yang memandu)
"Sekarang ni kita pergi rumah Fiona dulu baru pergi rumah Shida. Last sekali rumah Tika"
Sobir hanya mengangguk-angguk mendengar jawapan Emey.
Kereta Perodua Alza milik Emey sudah berhenti. Itu bermakna mereka sudah sampai betul-betul di hadapan rumah Fiona. Emey mematikan enjin kereta dan tiba-tiba telefon milik Sobir berbunyi menandakan ada panggilan. Dengan kelam kabut Sobir menyeluk-nyeluk begnya. Tangannya terus mencari-cari telefon bimbitnya. Yalah, tak pernah-pernah dia letak telefonnya dalam beg. Itu yang dia kelam kabut sikit. Selalunya dia selit aje di poket seluar tetapi disebabkan tadi nak cepat kerana takut Emey akan menunggunya lama. Itu yang dia main campak aje dalam begnya. Apabila tangan sudah bertemu dengan objek yang diacrinya, dia terus mencapainya lalu terburu-buru keluar daripada kereta.
Sementara Sobir sedang mengangkat panggilan, Emey juga turut keluar daripada kereta dan terus menekan loceng rumah Fiona. Selepas beberapa minit, Fiona keluar dengan berpakaian kemas serta solekan ringkas. Tidak seperti selalu. Selalunya Fiona kalau keluar untuk berjalan-jalan, akan pakai high heels. Tak pun solekan tebal walaupun Emey tahu perempuan memang tak boleh lari daripada bermakeup tetapi bagi Emey, Fiona sudah cukup cantik walaupun tidak pakai makeup tebal-tebal. Yalah, Fiona kan ada darah kacukan. Lagilah....Tapi bukan pada pandangan Emey sahaja. Sebenarnya Shida dan Tika juga berkongsi pendapat yang sama. Tapi apa boleh buat. Citarasa orang. Buat apa kita nak sibuk. Ye tak?
"Kau masuk dulu Fiona, aku nak panggil Sobir jap. Tadi dia tengah bercakap kat telefon. Jauh pulak dia perginya." ucap Emey kepada Fiona sambil memerhati di mana Sobir menghilang. Fiona masuk ke dalam badan kereta seperti yang diarahkan Emey dan tiba-tiba.....
Mata Fiona menangkap sesuatu objek yang dia cukup kenali. Objek itu berada di tempat duduk hadapan. 'Sobir punya ke?' detik hati Fiona.
Dia memerhati sekeliling sebelum perlahan-lahan tangan nya menarik objek itu keluar daripada beg galas. Mungkin ketika Sobir sedang kelam kabut mencari telefon nya, dia tidak perasan yang begnya terbuka luas sehinggakan boleh nampak barang di dalamnya.
"Ni bukan buku Shida ke?"

#SECAWAN TEH TERASA PAHIT TANPA GULA. BERSAMBUNG DI EPISOD AKAN DATANG...

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...