Rabu, 8 Februari 2017

(42) biar betul..




Flashback pada malam kejadian pengisythiraan Shida sebagai salah satu ahli pemegang saham.....

Shida teringatkan Hairi yang sorang-sorang dirumah nya. Kesian, Hairi tidak dapat hadir pada majlis malam ini disebabkan demam. Semua orang hadir pada malam ini. Mesti tiada siapa di rumah nya, Memandangkan Shida memang selalu pergi ke rumah Hairi, mesti ibunya juga tidak kisah untuk beri Shida melawat Hairi. Shida tersenyum bangga dengan ideanya. Shida sempat memberitahu Haris yang berada di tepi tangga masuk dewan sebelum menuju ke pintu keluar dewan. Haris turut bersetuju dengan ideanya malah dia juga berjanji akan backup nya bila Atok bertanya di mana dirinya menghilang. Shida dan Haris terlalu akrab di sebabkan Hairi sehinggakan kadang-kadang bila Hairi dan Shida bergaduh, Haris sanggup memujuk Shida. Tahu sahajalah, baran abang nya memang mampu membuatkan sesiapa pun terasa hati dengannya. Malah dia sebagai adik kembarnya pun, tidak tahan apabila selalu diungkitkan oleh hal yang kecil. Shida tersenyum sendirian apabila kereta yang dipandu oleh pemandu upahan Atoknya masuk ke kawasan rumah Hairi. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Hairi. Dia juga yakin, pasti ada seorang pembantu rumah Hairi yang akan membukakan pintu untuknya. Memandangkan bilik Hairi berada di tingkat atas, jadi, kalau pintu diketuk pun, Hairi pasti tidak dapat akan mendengarnya. Sebaik sahaja Shida turun daripada keretanya, Shida memberi salam lalu mengetuk daun pintu sebanyak tiga kali. Setelah menunggu selama lima minit dan masih tiada siapa yang membukakan pintu untuknya, Shida cuba pula memulas tombol pintu. Manalah tahu yang sebenarnya pintu tak berkunci. Dan ternyata betul sangkaan nya, Pintu tak berkunci. Shida melangkah masuk dan apa yang dia dapat lihat hanyalah cahaya daripada lampu tangga yang menuju ke tingkat atas. Keadaan di tingkat bawah gelap. Mungkin pembantu rumah Hairi sudah balik dan memandangkan tiada siapa di tingkat bawah, suis lampu tidak dinyalakan. Shida meneruskan agendanya dan melangkah menuju ke arah tangga. Tiba-tiba.....aduh! Shida berasa kakinya terpijak sesuatu yang tajam. Segera Shida meraba-raba di sekitar dinding untuk mencari suis lampu. Hah, jumpa pun! Lampu dinyalakan, Shida pantas melihat tapak kakinya, Darah~...dan yang paling mengejutkan..kaca. Keadaan di rumah tamu ini kucar-kacir sama sekali. Habis semua barang-barang rosak akibat dipecahkan. Siapa punya angkara ni? Tak kan lah..perompak? Shida teringatkan Hairi di tingkat atas. Tanpa menghiraukan kakinya yang berdarah, Shida segera mendapatkan Hairi. Dia bimbang soal keselamatan Hairi. Tolonglah, jangan apa-apakan Hairi. Apabila sudah berada di tingkat atas, Shida terpandang satu bilik yang bercahaya sebelum menuju ke arah bilik Hairi dan hairan, kelihatannya ada orang di dalam nya. Perlahan-lahan Shida mendekati bilik itu dan kelihatannya pintu bilik itu ditutup rapat. Setahu Shida, bilik itu merupakan pejabat kecil milik Tuan Daniel iatu ayah kepada Hairi dan Haris, Shida mendekatkan telinganya ke pintu, kedengaran suara Tuan Daniel tengah bercakap dengan seseorang....
"Berani kau letak cucu kau ye. Dah lah  cucu kau tu bukannya hebat mana," tengking Tuan Daniel.
"Daniel, macam mana kau boleh cakap macam tu. Aku yakin yang mereka bertiga boleh sama-sama majukan syarikat kita. Sebab tu aku bagi cucu aku peluang yang sama macam kau bagi pada anak kau." ujar suara lagi satu. Tapi...nanti kejap....Itu bukan ke suara Atok? Atok?????Betul ke ni?

#HILANG TENAGA.JAP EH....

Isnin, 6 Februari 2017

(41) dia mungkin bengis seperti naga, tapi aku tetap suka dia

Tika memandang tepat ke arah Shida sambil dalam kepalanya sudah memikirkan alasan untuk memujuk Shida. Tetapi Shida lantas mengaku sambil keningnya terangkat sebelah,
"Entahlah, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku suka kat Sobir. First-first dulu, aku memang suka kat dia sebab gaya dia yang cool. Tapi makin aku kenal dia, makin aku suka kat dia. Aku tak pernah terfikir pun yang Sobir dan Hairi ada persamaan" ujar Shida dengan muka selambanya. Rupa-rupanya muka gusarnya tadi sebab dia sedang fikirkan jawapan. Buat takut orang sahaja lah budak ini. Tetapi Fiona dan Tika, masing-masing memandang pelik. Shida tak rasa apa-apa ke? Dah tu, selamba pulak dia menyebut nama Hairi tanpa rasa apa-apa. Pelik....
"Korang rasa, kalau aku mengaku, Sobir akan terima aku tak?" tanya Shida. Tak pasal-pasal mereka terpaksa menjadi mangsa keadaan Shida dan Sobir tetapi kiranya tidaklah terlalu serius macam kes Hairi yang terlalu mengikut emosi. Well, kita hanya hidup sekali je dalam dunia ni. Bermakna, kita tak ada peluang kedua, jadi Shida percaya yang dia perlu capai apa sahaja selagi dia mampu. Macam, kita selalu fikir itu untuk yang terakhir. Mesti kita akan buat sehabis yang boleh dan tak akan berpatah balik. Hanya memandang ke hadapan. Dia bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan sebab itulah dia berfikir, inilah masa untuk dia mencipta kenangan bersama Sobir. Setiap hari dalam hidup kita, kita kena berlari selagi kita masih muda dan menyimpan kenangan yang ada. Setiap hari, bermula dari setiap saat, gunakan saja suara kita yang kita ada untuk jerit sekuat hati. Setiap hari, kita sentiasa di beri pilihan untuk mengambil jalan yang mana satu. Dan setiap jalan pasti ada impiannya yang tersendiri. Tak kira jalan mana pun yang kita ambil, dia bergantung kepada diri kita sendiri.


#NAK SAMBUNGAN LAGI? JAP EH, NAK KELUAR JALAN-JALAN JAP

Ahad, 5 Februari 2017

(40) bagaimana lelaki idaman Shida?

Sejak tadi, Shida asyik berdebat dengan diri sendirinya mahu jalan kan buah catur yang mana satu dulu eh? Fiona di sebelah juga turut berfikir sama. Apa yang penting adalah strategi. Pada Shida, selain daripada menonton drama korea nya, bermain catur juga dapat mengurangkan tekanan dan hari Sabtu merupakan hari yang bagus untuk mereka bertiga melepak di bilik Fiona. Dia menghelakan nafas yang panjang sebelum menggerakan buah catur nya. Sebelum Tika datang mengajaknya bermain catur, Shida terlebih dulu menerima rawatan khas dari pakar kecantikan Fiona. Maklum sahaja, selepas puas menangis, mata Shida menjadi bengkak. Se bengkak wajah panda. Oleh itu, Fiona menempek kan timun di atas mata Shida tadi. Rimas dia melihat wajah kawannya yang sungul sahaja.
"Aaaa,lupa pulak. Bekal yang aku buatkan untuk Sobir mana? Tak ada pun dalam beg aku?" Shida berkata. Seingatnya, ketika dia pengsan di kantin, Fiona atau Tika tidak sempat untuk mengambil bekalnya untuk dimasukan ke dalam beg. Sebab itu, Shida beranggapan mungkin mereka yang menyimpan bekalnya kerana sebaik sahaja Shida sampai ke rumah, dia tidak dapat mencari bekalnya berada di mana. Hek?! Tiba-tiba reaksi Fiona dan Tika terus berubah seperti teringatkan sesuatu yang mengejut.
"Err, sebenarnya....bekal kau kat Sobir." jelas Tika. Sambil bermain, matanya sempat mengerling ke arah Shida beberapa kali. Degup. Degup. Degup. Entah kenapa, jantung Shida tiba-tiba berdegup laju taktala mendengar nama Sobir.
"Bukan ke aku tak sempat nak bagi dia?" soal Shida kehairanan.
"Fiona yang bagi kat Emey, suruh dia bagikan kat Sobir. Sebab kitaorang nak bagi sendiri time tu, tapi dia macam 'lost' sekejap. Yes, check mate!" ujar Tika sambil bersorak riang meraikan kemenangannya. Eh??? Nanti jap..Giliran Shida pula terkejut. Jadi maknanya.....Sobir sudah makan bekal yang dia buatkan? Aduh..... Sobir tak nak cakap apa-apa ke? Dah lah bukan dia bagi sendiri. Dia bagi melalui Emey pula tu. Sedap ke tak? Aduhai... Fiona membantu Tika mengemas buah caturnya apabila Tika terkial-kial menyusunnya seorang diri sementara Shida masih terpingga-pingga. Setelah beberapa ketika, barulah suara Tika mengejutkan Shida,
"Eh, Shida. Kenapa kau masih suka kat Sobir?".
Shida tidak sangka sama sekali yang Tika akan bertanya soalan yang sama untuk ke 100 kali sejak dia suka kan Sobir dan untuk kali ke 100  jugalah dia terpaksa jawab benda yang sama. Shida hanya membuat muka kosong seperti tidak mendengar kata-kata Tika. Tika hanya terpaku menunggu jawapan Shida, dan lalu sambil tergelak kecil Fiona mencelah.
"Kau tak perasan ke dari dulu lagi Shida memang suka lelaki yang agak maskulin. Tengok jelah semua artis kpop yang dia minat. Semua tu ada gaya lelaki diorang tersendiri dan kau cuba lah tengok Sobir. Cool, tak layan perempuan dan yang pentingnya ada sifat lelaki sejati. Shida mana layan artis kpop lelaki yang comel-comel dan jiwang-jiwang bagai.".
"Oh...patut lah dia suka Hairi berbanding Haris. Yelah, Hairi lebih maskulin macam kau cakap. Tak macam Haris. Haris tu depan je nampak acah-acah gentle, tapi sebenarnya kuat merajuk, sentitif lebih, lepas tu pantang jumpa Shida je, suara terus bertukar jadi gedik semacam. Aku sendiri menyampah dulu bila bertembung dengan Haris." kata Tika dan tanpa tersedar dia terlepas menyebut nama Hairi dan Haris di depan Shida. Alamak! Jujur dia tak sengaja. Selepas dia habis bercakap, baru dia tersedar dan perlahan-lahan dia menoleh ke arah Shida. Ada riak wajah gusar di muka Shida. Dalam kepala, Tika sudah menyusun ayat untuk memujuk Shida tetapi....


#APA ALASAN TIKA?CERITA HATI AKAN BERSAMBUNG LAGI.


Jumaat, 3 Februari 2017

(39) Biar aku....

"Apa masalah korang ni? Susah sangat ke nak bagitahu apa yang dah jadi sampai Shida boleh pengsan?" Sobir bertanya lagi. Sobir sudah mula hilang sabar. Dia tidak suka Fiona dan Tika buat tidak edah dengan soalan nya.(agak payah hendak mengorek rahsia). Lagi pun tengahari tadi, dia nampak Shida dan teman lelaki nya seperti sedang bergaduh di kantin sekolah sehinggakan Shida menangis. Entah kenapa jadi demikian, tapi sebab itu ke Shida pengsan? Fiona dan Tika pula tidak mahu membantunya mendapatkan jawapan. Melihat mereka masih memberi kan respond yang sama, Sobir sudah benggang.
"Dah lah. Biar aku cari sendiri jawapannya." tambahnya sambil berlalu pergi meninggalkan Emey bersama Fiona dan Tika. Emey masih terpingga-pingga sambil memanggil Sobir dari belakang,
"Ahhh,oiii." .
Fiona dan Tika membalas pandangan. Bukannya mereka tidak mahu beritahu, tetapi kadang-kadang masalah akan jadi lebih sukar jika ramai yang tahu. Mereka masih risau dengan keadaan Shida. Sudah hampir 5 tahun perkara tu berlalu, dan Shida masih tidak dapat padam kan ingatan pahit itu. Dan setiap kali teringat, pasti badan Shida bergigil, tidak boleh bernafas lalu jatuh pengsan.
"Ceh, apalah." cebik Tika sambil merenung tajam ke arah kelibat Sobir yang semakin jauh meninggalkan mereka.

Langkah Sobir terhenti dan badan nya di sandarkan di dinding. Nasib baik lorong yang menuju ke bengkel kemahiran hidup agak sunyi, Tidak ada kelibat manusia pun yang lalu-lalang.  Matanya di buka seluas-luasnya dan tangan mengenggam kuat. Grr....Dia rasa tidak puas hati selagi dia tidak dapat jawapan, apa yang dah terjadi antara Shida dan teman lelakinya. Semakin lama, Sobir rasa seperti ada perasaan yang lain menyelubungi dirinya. Namun begitu, Sobir terpaksa menahan nya. Rasanya sakit sangat. Sobir memegang dadanya yang sakit itu. Dia terduduk di lantai simen itu. Menahan sakit dan tanpa sedari kelopak matanya mula basah. Malah Sobir berasa semacam sedih di hatinya. Eh? Sungguh Sobir tak tahu apa yang dia rasakan saat itu? Kenapa dia sedih? Shi....da.....Arrgh...Benci nya! Genggaman Sobir menjadi semakin kuat dan rasa sakitnya semakin pedih. Berhenti.


"Eh? Apa...?" Shida tersedar yang dia sudah terlantar di sebuah bilik. Shida memandang sekeliling... Huh...Rumah Atok rupanya. Di sebalik pintu bilik, Shida dapat dengar suara Atoknya bercakap dengan pembantu rumahnya dan beberapa saat selepas itu, kedengaran bunyi pintu dikuak.
"Shida dah bangun?" lembut sahaja suara Atok. Shida mengesat saki-baki air matanya.
"Dah lah tu.." Atok mengosok-gosok lembut pula kepala Shida. Pada saat ini, Atok sajalah yang memahami keadaan nya, Lama Atok merenungnya,mengharapkan mungkin Shida mahu berkata sesuatu kepadanya. Malangnya, hampa sekali. Shida tidak menunjukkan apa-apa reaksi, seolah-olah Atoknya tidak wujud di situ, Shida hanya termenung menghadap tingkap. Dari tingkap itu, Shida dapat melihat halaman belakang rumah Atoknya yang besar itu. Isk! Habis peluang aku nak bagi bekal kat Sobir.....


#EH? HIE...BELUM HABIS LAGI LAH. DATANG LAGI YE.


Khamis, 2 Februari 2017

(38) apa maksud kau?

Ehhh. Shida terlanggar seseorang yang boleh tahan besarnya juga. Shida menggosok-gosok bahunya yang sakit itu sambil berpaling dan rupa-rupanya Izzuddin. Lah..ingat kan sapa lah besar sangat tadi. Jangan salah anggap, Izzuddin tak gemuk pun cuma mungkin sebab dia lelaki. So badannya agak kebal berbanding Shida. Tu yang terasa sakitnya. Di belakang Izzuddin, Tika dan Fiona berdiri hanya memerhati. Mungkin tadi mereka jalan bersama ke kantin.
"Ada doktor kat sini?Cepat panggil ambulans. Ais,ais." seperti biasa, Izzuddin sudah mula buat bisingnya.
"Izzuddin, tak payah nak lebih-lebih sangat. Nanti datang lah 'ubat' si Shida tu. Nanti terus jadi baik. Huhuhu." dan seperti biasa juga, Tika sudah memulakan operasi huhuhu nya pada hari ini. Geram pulak Shida melihat gelagat mereka berdua ni.
"Err, aku okey je la." balas Shida.
"Kejap-kejap, tadi kau cakap 'ubat' si Shida?" Izzuddin kemudiannya menghalakan pandangan ke arah Tika dengan dahi berkerut seribu.
"Yelah, 'ubat' si Shida. Kau tak tahu eh, yang Shida ni sebenarnya dah ada crush?" Tika berkata sambil menganggukan kepalanya.
"Bukan tu pointnya!" Izzuddin terus melemparkan riak muka tidak puas hati seolah-olah menjadi satu kesalahan Shida mempunyai crush. Semua tergamam termasuk dengan Izzuddin sekali. Dia tak sangka yang dia akan terlepas cakap di hadapan mereka semua.
"Err, Izzuddin kau kenapa?" Shida bersuara.
"Apa?" Izuddin memberikan respond seolah-olah dia tidak berkata apa-apa pun sebentar tadi. Shida menarik nafas manakala Tika dan Fiona turut memerhatikan Izzuddin.
"Kau ingat aku tak sedar, yang respond kau tiba-tiba berubah bila Tika sebut yang aku ada crush kat orang lain?" Shida menjadi binggung. Nampaknya Izzuddin tidak boleh berlari lagi. Dia perlu jujur kenapa dia terkejut dengan kata-kata Tika tadi.
"Macam mana kau boleh senang-senang je lupakan Hairi dan suka kat orang lain?" Izzuddin bertanya. Apakah mereka semua sudah lupa tentang kewujudan Hairi dalam hidup mereka? Sebagai kawan baik Hairi, Izzuddin tidak puas hati. Sekali lagi, Shida,Tika dan Fiona, masing-masing terkejut dengan pertanyaan Izzuddin. Argh! Tika dan Fiona benggang. Kenapa perlu Izzuddin perlu mempersoalkan hubungan Shida dan Hairi pada saat ini? Bukan ke Izzuddin tahu apa yang Hairi sudah lakukan kepada Shida?Dia ni... Dari awal lagi pun, Izzuddin tak pernah berniat mahu menolong Shida untuk melupakan Hairi. Perlu ke dia tambahkan lagi luka di hati Shida? Akibatnya, hati Shida terluka teruk. Masing-masing berbulat mata kecuali Shida.Tanpa sedari, air mata Shida mengalir. Fiona lantas menggosok-gosok bahu Shida perlahan-lahan sementara Tika sudah bertegang urat untuk membalas kata-kata Izzuddin. Tapi Shida tiba-tiba bersuara sebelum Tika sempat membuka mulutnya. Dengan tangisan yang ditahan-tahan Shida menyampuk,
"Betul.....Betul tu. Aku memang dah lupakan Hairi. Tapi sebelum aku boleh lupakan dia. Dia dah berjaya buat aku terluka. Tu yang dia nak kan?". Izzuddin menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya dengan apa yang terlafaz dari mulut Shida. Biar betul....


# Bagaimanakah perasaan Shida terhadap Sobir? Adakah akan kekal sama seperti dulu? Atau akan berubah setelah Izzuddin mengungkit soal Hairi? Tunggu penentuannya di episod akan datang.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...