Bas berhenti dan Sobir pun bangun dari tempat duduknya. Tanpa bertanya apa, Shida juga turut bangun mengekori Sobir dari belakang. Shida mengekori Sobir sampai lah ke satu rumah. Langkah Shida terhenti apabila mereka sudah berada betul-betul di hadapan rumah tersebut. Shida memandang pelik ke arah Sobir seperti mahukan penjelasan, Sobir tidak berkata apa hanya memberikan senyuman nakal. Shida bagaikan tak percaya Sobir mengajaknya makan di rumah ini. Shida sudah membuat muka marahnya. Melihat muka Shida seperti itu, keluar ketawa besar Sobir, Shida hanya tetap dengan muka marahnya sehingga lah Sobir berhenti ketawa.
"Apa tunggu lagi? Jom lah makan.Aku belanja."Sobir berkata sambil menahan gelak,
"Rumah sape kau bawa aku ni?Main masuk je. Tak malu ke?" Shida masih dengan benggangnya.
"Tak kan lah aku bawa kau makan kat tempat orang yang aku tak kenal.Ni rumah kawan aku lah" Sobir melangkah ke ruang halaman luar rumah sambil mencari pemilik tuan punya rumah yang menjemputnya tanpa menghiraukan Shida yang masih kaku berdiri disitu. Mahu tak mahu Shida terpaksa mengekori jejak Sobir. Shida terpaksa merempuh orang ramai di kenduri kahwin entah kawan Sobir yang mana tah melangsungkan perkahwinan. Shida sendiri tak tahu. Shida terus mendapati Sobir setelah berjaya menangkap kelibat Sobir. Sobir hanya menunggu Shida mendekati nya. Shida dapat menangkap juga kehadiran Emey di sebelah Sobir.
"Shida...ni hah kawan aku. Tuan punya rumah ni. Abang Emey kahwin hari ni. Aku memang nak pergi hari ni. Alang-alang tu aku bawa kau sekali." penerangan Sobir, mampu membuatkan kotak fikiran Shida yang tadinya serabut dengan pelbagai persoalan, kini sudah jelas semuanya. Shida hanya memberikan senyuman pada Emey.
"Nasib baik kau datang Sobir. Aku ingatkan kau tak datang, Kalau kau tak datang, memang aku ingat, aku nak merajuk dari kau." Emey bergurau sambil menepuk kuat belakang Sobir. Sobir sedikit terkejut lalu membalas balik, Mereka membalas tepukan sambil ketawa gembira.
"Sobir, Shida.Jemput makan, Duduk lah kat mana yang korang rasa selesa. Mak dengan ayah aku sibuk dengan besan diorang. Nanti lepas korang dah habis makan, nanti aku panggil diorang.Aku ke belakang jap eh,nak ambik pencuci mulut dah habis tu." Emey berlalu pergi meninggalkan Sobir dan Shida disitu. Belum sempat Shida dan Sobir menyusun langkah, satu suara menegur Sobir...Rupa-rupanya... Ravi.
"Sobir....Kau rupanya.Aku ingatkan siapa tadi. Kau datang juga kan.Aku ingatkan kau tak nak datang sebab sibuk dating.Ni siapa?Makwe kau ke?" Ravi bertanya.
"Bukan lah...ni kawan je lah. Ni Shida,satu sekolah dengan kita. Kau tak ingat ke? Dia kan timbalan QM." Sobir berdalih sambil kenalkan Shida kepada Ravi. Shida sekali lagi tanpa berkata apa hanya memberikan senyuman kepada Ravi. Dia sendiri rasa kekok bila berada dengan kawan Sobir. Lagipun, bukannya dia kenal rapat dengan Ravi. Kalau Emey tu lainlah.
"Oh,aku ingatkan makwe kau. Mana makwe kau? Aku nak juga tengok muka dia." pertanyaan Ravi membuatkan Sobir dan Shida sama-sama membalas pandangan. Pandangan yang penuh makna kerana hal tadi, mereka sahaja yang baru tahu.
"Nanti lah aku cerita kat kau. Aku nak makan ni. Lapar." Sobir sekali lagi cuba berdalih. Shida dan Sobir sama-sama mengambil makanan manakala Ravi mencari tempat duduk untuk mereka berdua makan. Sebelum mereka mendekati meja yang terhidang dengan makanan, Sobir tiba-tiba menahan Shida dari belakang. Shida berhenti dan hanya memandang tindakan Sobir yang tiba-tiba tunduk memandang kasut Shida. Shida tidak perasan yang tali kasutnye terlerai. Sobir tunduk lalu mengikatkan nya semula, Entah kenapa jantung Shida berdenyut laju.Aduh Shida... Dia ikat tali kasut je pun...Kenape kau nak berdebar sangat. Selesai sahaja Sobir mengikat tali kasut Shida, dia berlalu berdapat kan makanan tanpa menunggu respond daripada Shida. Shida hanya kaku tidak beranjak. Jantungnya tidak berhenti daripada berdenyut laju. Suasana seakan-akan terhenti buat seketika. Otak Shida tidak mampu berfungsi dengan sempurna...Shida....boleh ke kau jadi next lover Sobir?
#Jangan cakap pemilik blog ini tak payung ye, Pemilik blog ini cuba untuk payung cerita seterusnya. Kisah Shida dan Sobir tak habis lagi.Tetapi akan mengambil masa yang lama kerana pada bulan ini pemilik blog ini busy dengan final exam.Datang lah jenguk pada masa akan datang.