Shida semakin bimbang untuk menghadapi peperiksaan SPM yang hanya berbaki tidak sampai sebulan pun tempohnya. Haaa....Shida mengeluh. Dalam banyak-banyak subjek, subjek bahasa inggeris yang paling Shida tidak suka. Eh? Bukan ke Shida budak top 3 dalam carta sekolah tingkatan 5? Memang lah...itu pun apabila datuknya sendiri menghadapnya pagi,petang dan malam. Mengajar Shida secara personal. Itulah rahsia macam mana Shida boleh dapat markah tinggi untuk subjek bahasa inggeris. Entahlah...Shida semacam malas nak suruh otaknya translate kan ke bahasa orang putih itu. Kenapalah susah-susah belajar bahasa negara orang? Sepatutnya kita kenalah martabatkan bahasa ibunda kita! Shida tidak habis-habis membela dirinya dengan ayat itu apabila datuknya bertanyakan, kenapa Shida tidak suka belajar subjek yang satu itu. Dan entah kenapa tiba-tiba ayat yang sudah lama dia tidak dengar, kembali terngiang-ngiang di kepala Shida.
'Di mana ada White, di situ pasti ada Black.' . Sampai sekarang Shida masih tidak percaya bahawa khabar angin yang tersebar di syarikat datuknya menjadi kenyataan. Dia ingatkan itu cuba khabar angin semata-mata. Dan sampai sekarang jugalah, Shida tidak tahu yang mana satu Black dan yang mana satu White. Adakah Hairi bekas cinta monyetnya adalah si White atau si Black?
#OK.KORANG MESTI TAK FAHAM KAN?SAJE NAK BAGI HINT DULU... RILEK.... BERSAMBUNG LAIN KALI