"Baik cikgu!" semua murid menjawab. Hari ni merupakan hari peperiksaan yang terakhir bagi mereka yang mengambil kertas akaun, sains tulen dan juga sains sukan dan ini bermakna tiada lagi uniform sekolah. Hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar sekolah. Hari dimana mereka bebas lepas penat 3 minggu menduduki peperiksaan. Shida berpaling ke arah Sobir yang berbaris selang 1 baris daripadanya. Tapi.... dia bakal merindui suasana ini. Tempat di mana dia mengenali Sobir. Tempat di mana terciptanya seribu satu kenangan bersama dua orang sahabatnya iaitu Fiona dan Tika. Dan tak dilupakan tempat inilah dia mencari teman baru. Zaman sekolah merupakan zaman yang tersimpan segala jenis memori sama ada pahit atau manis. Dan kini, selamat tinggal buat kali yang terakhir.....
Kalau ikut anggaran Shida dari kadar kebekuan hati Sobir itu, sebeku ais di kutub utara. Beku, dingin dan keras. Susah nak cair.
"Emey, siapa yang kau ajak datang sekali ni?" Shida yang sudah mula dilanda debar menanti setiap butir kata Emey dengan teliti.
"Kau tengok je lah nanti" Berkerut dahi Shida kehairanan. Dia pelik kenapa tiba-tiba Emey mengajaknya, Fiona dan Tika ke kedai cd ini. Tahulah, mereka baru habis exam pada tiga hari yang lalu tapi dia pelik, kenapa mesti mengajaknya ke kedai cd? Kenapa tak ajak pergi kedai makan ke. Boleh lah kenyangkan perut yang tengah lapar ni. Al-maklum lah, jam pun dah nak masuk pukul 3 petang. Makan tengahari tadi sudah lama proses. Jadi perut perlu di isi semula.
"A'ah lah Emey. Siapa yang kau ajak tu? Tak kan lah si Zatul kot? Kalau kau ajak dia, mesti kau tak ajak kitaorang sekali kan" Sungguh Tika pun merasa ingin tahu siapalah yang Emey nak jumpa kat dalam kedai cd ni.
"Dah lah tu, apa kata korang jalan-jalan dulu kat kedai ni sementara aku call dia. Tanya dia ada kat mana sekarang ni. Takut dia sesat je" jawab Emey sambil berlalu keluar untuk membuat panggilan.
Shida, Fiona dan Tika masing-masing berjalan-jalan melihat isi kedai itu. Kedai cd ini, tak adalah jauh daripada tempat mereka semua tinggal. Tapi walaupun dekat, mereka bertiga tidak pernah singgah pun ke situ. Mungkin sebab mereka tidak berminat. Ruang dalam kedai ini, memang cantik. Ia seperti sebuah kedai klasik tapi tidak lah terlalu ketinggalan zaman. Sebabnya, di dalam kedai itu ada terdapat deretan dekoder dan earphone sekiranya mahu mencuba cd lagu-lagu disitu. Shida memilih cd yang hendak di dengarnya. Dalam deretan cd di situ, Shida menarikan jarinya sehingga terhenti di sebuah cd penyanyi yang dia pernah minati dulu. Dia menarik keluar cd dan memasangkannya di dekoder yang di sediakan. Dicorong earphone lagu Sempurna oleh Gita Gutawa dimainkan. Tanpa sedari, Shida terleka dan turut menyanyi perlahan sambil mendengarnya.
"Aduh" Tika bersungguh-sungguh menarik Fiona di suatu sudut sehinggakan tidak perasan dia tertarik lengan Fiona dengan begitu kuat.
"Sori, tak sengaja" Apalah yang Tika kalutkan tu.
"Yang kau ni apa kes? Main tarik-tarik orang pulak. " Tika tersenyum dengan jawapan Fiona.
"Fiona, kau tak dapat agak lagi ke siapa yang Emey akan ajak datang sini?" sengaja dia mahu Fiona tertanya-tanya dulu.
"Manalah aku tahu. Kawan Emey bukan semua yang kita kenal." Fiona benar-benar tidak tahu, lebih-lebih lagi dia baru rapat dengan Emey beberapa bulan yang lalu.
"Kau tak rasa ke yang dia ajak tu sebenarnya Sobir? Siapa lagi yang selalu dengan dia dan dengan kita kalau bukan Sobir. Dan kau tak pelik ke kenapa Sobir tak ada sekarang ni?" lama Fiona terdiam. Memikirkan apa yang diperkatakan oleh Tika sebentar tadi. Sobir? Maknanya, ini misi SoDa couple comeback la ni?
#EH, SOBIR? BETUL KE YANG EMEY AJAK TU SOBIR? NANTIKAN SAMBUNGAN HARI NI, HARI SOBIR.