Selasa, 6 Ogos 2019

(77) aku buat begitu kerana kau

Hilang seketika masalah tentang projek baru sempena cuti sekolah nanti yang membuatkan Abang Kamil resah hati. Masalah tentang keputusan SPM pulak yang timbul dan menyebabkan lima sekawan itu tidak hilang gelisah di dalam hati. Shida pun tak tahu bagaimana keputusan yang bakal dia dapat dari hasil usahanya dulu. Pengalaman bekerja di taman tema air ini membuatkannya terlupa tentang hala tujuan sebenarnya selepas tamat persekolahan.

Beberapa hari kemudian....
Lima sekawan itu, masing-masing mendapat keputusan yang memuaskan. Lebih-lebih lagi Shida, Tika dan Fiona antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan berjaya ambil sijil di atas pentas.

"Tak menyesal aku kena pukul selalu dengan Atok. Sebab akhirnya, aku dapat result yang bagus" ujar Shida dengan bersungguh-sungguh. Maklum sahajalah, baru dapat keputusan yang bagus.

"Ceh! Baru nak sedar. Selama ni kau marah je bila Atok kau ketuk kepala kau dengan rotan." ujar Tika pulak.

Shida, Tika dan Fiona sekarang sedang lepak di tempat parking kereta sekolah sambil menunggu Atok Shida menjemput mereka. Jangan tak tahu. Atok Shidalah orang pertama teruja pada pagi ni. Nak tahu apa keputusan cucu kesayangan ni.

"Shida!" Dari jauh Emey melaung nama Shida. Dan tak jauh dari Emey, berdirinya juga jejaka impian Shida. Siapa lagi kalau bukan Sobir.

Mereka hanya sempat berborak tentang keputusan yang telah diperoleh. Tak sempat nak berborak panjang kerana Shida, Tika dan Fiona perlu berkumpul untuk mengambil sijil di atas pentas. Baru Shida sedar, selepas keputusan SPM ini keluar, maka bermulalah pencarian hala tuju masing-masing. Samada kehendak mahupun kerjaya. Setiap keputusan yang dibuat, memberi sejuta makna pada masa akan datang. Malah, mungkin menentukan jalan sepanjang sisa hidup di kemudian hari. Dalam banyak-banyak pertanyaan di sudut minda Shida, terselit pertanyaan 'Bagaimana perakhiran perasaannya terhadap Sobir?'

"Korang nak balik dah ke?" tanya Emey sebaik sahaja mendekati mereka bertiga.

Adakah jodoh buat Shida dan Sobir?

"A'ah. Atok aku dah tak sabar nak tahu keputusan aku. Dia tak nak tahu dalam telefon. Dia nak tengok live depan mata" sahut Shida sambil mata mengerling ke arah Sobir.

Mampukah dia melupakan kisah pahitnya dan menggantikan kisah indah untuk disilami?

"Lah..ingat baru nak ajak korang lepak. Yalah, esok kat tempat kerja tak boleh borak sangat sebab Shida ada praktis tarian maskot dia." pantas Emey mengeluh kecewa kerana tak dapat meluangkan masa dengan teman membawangnya itu. Bukannya dia tak boleh membawang dengan Tika dan Fiona sahaja tapi...Sobir lah yang nanti mati kepanasan tak tahu nak borak apa. Sobir ni, buka mulut bila ada Shida je.

"Tak apalah. Esok kita lunch lah kat tempat squad maskot praktis. So, senanglah Shida nak sambung praktis balik lepas berlepak dengan kita. Ok?" Fiona lintas memberikan cadangan.

"Boleh gak. Kalau tak pun, kita lepak tiga orang jelah. Aku, Emey dengan Shida saja. Lagipun tempat Shida praktis tu dekat dengan kolam aku dengan Emey jaga" nampak gayanya, Sobir cuba untuk bergurau.

"Eh...mana boleh! Aku pun nak tahu gak apa yang korang borakkan nanti" bantah Tika yang sememangnya makcik membawang no.1.

Dalam mereka sibuk bergurau dan bercakap, sempat Shida termenung memikirkan kenangan-kenangan mereka bersama. Matanya mula berkaca apabila menatap sekolah yang bakal dirinduinya nanti. Banyak kenangan yang tersemat ketika berada di sekolah ini. Kenangan bagaimana jejak operasinya stalk Sobir dahulu. Bukan main lincah Shida dulu ketika mahu mencungkil latar belakang putera idamannya dulu. Teringatnya bila pernah suatu ketika dahulu. Shida pernah beriya-iya nak masuk bilik displin disebabkan disitulah Sobir selalu berada. Gila jugak kan fikiran Shida dulu. Pernah juga dia, sengaja berbaik dengan guru yang sama mengajar kelasnya dan kelas Sobir. Semata-mata boleh pergi ke meja guru itu dan melihat tulisan tangan di buku kerja Sobir. Angau Shida tak pernah kesudah. Kemana Shida pergi di kawasan sekolah itu, mesti matanya tak lepas nak mencari kelibat Sobir. Sebab itulah, Shida boleh tahu bila masa kelas Sobir pergi ke padang, ke makmal. Senang cerita, memang stalker habis Shida ni dulu.


"Eh, mana pulak dak Sobir ni menghilang? Tadi bukan dia ada kat sini?" kata-kata Emey itu membuatkan empat sekawan itu, melihat sekeliling mereka. Shida juga, berhenti dari mengelamun.

"Ok lah korang. Kereta atok aku dah sampai dah tu. Nanti kirim salam kat Sobir eh kalau jumpa" lantas Shida meminta diri.

"Kirim salam biasa ke, nak kirim salam sayang?" sempat Fiona mengusik.

Shida hanya tersenyum dan berlalu pergi menuju ke kereta atoknya. Mereka cukup tahu karenah masing-masing dan membiarkan sahaja persoalan Fiona itu tak dijawab.

*********************************************************************************

"Hah Shida, macam mana keputusan kamu? Dapat berapa A?" seriusly Atok? Itu soalan pertama dia tanya aku? Tanyalah dah makan ke belum. Nak pergi mana selepas ni ke? Ni tak...masuk-masuk kereta aje dah tanya. Dahlah bukan Atok yang pandu kereta. So, tak payahlah kelam-kelibut tanya macam Shida ni nak lari pulak.

"Alah, tak banyak A pun Atok. Dah rezeki. Janji ada A" sengaja Shida membuat nada sedih. Biar Atok cuak sikit.

"Oh...ok. Tak apalah. Janji kamu dah berusaha. Tak kisahlah berapa banyak A pun kamu dapat tapi Atok tetap nak bagi kamu hadiah" kelihatannya Atok Shida agak serba-salah dengan keterujaannya nak tahu keputusan ujian Shida.

"Hadiah? Hadiah apa tok?" Shida cuba untuk menyembunyikan senyuman di wajahnya taktala terdengar mengenai hadiah.

"Ye...Atok bercadang nak bagi kamu hadiah. Ni nak bawa kamu pergi beli hadiahlah ni" jelas Atok.

"Tapi Atok...keputusan Shida tak bagus macam yang Atok harapkan. Buat apa nak belikan Shida hadiah. Sori Atok, sebab Shida dapat ni sahaja" dengan berterusan hebatnya lakonan Shida , Shida menghulurkan slip keputusannya kepada Atok. Serta-merta Atok menyambutnya dan melihat apakah keputusan yang ditunggu-tunggukan lagi tadi. Teruk sangat ke sampai Shida berkata sebegitu? Tapi sebelum dia melihatnya sendiri, Atok sempat mengujar,

"Ah, tak mengapa. Shidakan cucu kesayangan Atok. Jangan kata ada A, kalau tak ada A pun, Atok memang nak belikan hadiah untuk Shida. Sebab Atok tahu, Shida dah bekerja keras." Diteliti sekeping kertas yang berada ditangannya kini.

"Alahai. Tahu kalau Atok cakap macam ni, Shida tak payah rajin-rajin belajar. Sebab tahu akan bagi Shida hadiah" Shida sudah sampai ke penghujung lakonannya.

"Banyak cantik muka kamu! Tak nak belajar ye. Kalau keputusan kamu teruk macam ni lagi, Shida cakaplah apa Shida nak, Atok bagi" seloroh Atok menyambut lakonan Shida dengan senyuman dibibir. Sedarlah dia tentang lakonan hebat Shida sebentar tadi.

"Hehehehe" Shida hanya tersengih tak bersalah.

"Pandai kamu berlakon ye. Tulah ibu kamu suruh kelab teater tak mahu. Hahaha. Apa-apa pun taniah untuk cucu Atok ni and I'm telling you the truth that I am really proud of you." berkatanya sambil memeluk Shida dengan penuh bangga.

"Terima kasih gak kat Atok sebab selalu teman Shida study. Kalau tak sebab rotan Atok, Shida tak dapat kot result macam ni" dalam masa yang sama, Shida juga bangga mempunyai Atok yang sanggup berkorban demi dirinya.

Selepas ini, banyak lagi hal yang akan Shida lakukan demi kebahagian Atok dan ibunya.

Bermulanya kehidupan baru untuknya. Hidup aku, cerita hati aku.

********************************************************************************

Pagi di taman tema air ini....
Entah kenapa, nafas Shida seolah-olah tiada pada saat ini. Kiraan 3,4,5 itu sentiasa berulang-ulang kali. Itulah yang Shida rasakan saat ini. Iaitu...

"Kak Dina! Bila nak berhenti ni. Orang nak bernafas dah ni?!" pinta Shida yang sudah separuh nyawa-nyawa ikan akibat penat berlatih tanpa henti dari pagi tadi. Seperti yang disedia maklum tentang projek squad maskot pada cuti persekolahan nanti. Squad maskot akan mempersembahkan sedikit pertunjukan untuk kanak-kanak yang berkunjung ke tapak taman tema air ini. Ada tiga ketetapan waktu yang bakal squad maskot ini lakukan pertunjukan nanti. Dan pentas utama berdekatan kolam airlah yang menjadi lokasi utama squad maskot ini.

Kak Dina tersenyum lalu berkata, "Yalah, kita berhenti sekejap. Take 5 semua".

"Demi Shida, Kak Dina suruh berhenti. Kalau tak, mahunya dia suruh kita terus berlatih sampai luch hour nanti"
Abang Ehsan juga turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Abang Kamil tadi.

"Oh, sebab Shida ke? Hehehe" Shida hanya berbalas pendek disebabkan kepalanya sudah seperti hendak pitam.

Abang Kamil dan Abang Ehsan hanya berbalas senyuman. Masing-masing duduk melegakan segala sendi akibat banyak bergerak.

"Oh ya, lupa nak cakap. Taniah lah sebab dapat keputusan cemerlang semalam. Abang dengar orang tu siap naik atas pentas lagi." ujar Abang Kamil yang sudah mandi peluh bersama gelak halus.

"Mana Abang tahu Shida naik atas pentas? Hah, ni mesti abang dengar dari orang kat kaunterlah tu. Eleh, macamlah diorang pun tak naik atas pentas juga semalam" sudah tahu sangat kalau gosip mengenainya, tak sah kalau dua sahabat karibnya yang menyebarkan. Siapa lagi kan.

"Lah...diorang pun naik pentas juga. Fuyo...genius-genius juga korang ni kan. Abang dulu setakat dapat 3A je. Jadilah..." sampuk Abang Ehsan pula. Sepanjang Shida bekerja di bawah squad maskot ni, Abang Ehsan hanya akan membalas sepatah dua patah je. Ada peningkatan nampaknya.

"So, sempena meraikan keputusan cemerlang korang tu. Abang nak ajak korang pergi masuk hutan nak? Camping dalam tu 2 hari 1 malam je. Yalah, nak bagi korang cipta kenangan sebelum korang masing-masing sambung belajar dan sebelum abang kahwin juga"

Kata-kata Abang Kamil tu, membuatkan Shida mengerut dahi memikirkannya. Masuk hutan? Aku masuk hutan?!

#TAK TAHULAH MEMADAI KE TAK KORANG MENUNGGU TETAPI YANG PASTINYA PEMILIK BLOG INI CUBA UNTUK MENULIS SEPANJANG YANG MUNGKIN DARIPADA EPISOD SEBELUM INI. WELL...SAMPAI SINI SAJE UNTUK KALI INI.












(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...