Rabu, 1 Jun 2016

(6) sbr la wahai Shida

Hujan agak lebat pada hari ini dan malangnye hari ni dia menaiki basikal ke sekolah.Jadi nak balik pun terpaksa la dia meredah hujan lebat itu.Nak tunggu sampai reda, alamatnye mati kelaparan la Shida.Perutnye dari kelas terakhir tadi, sudah berbunyi.Fiona dan Tika ade juga mempelawanye untuk menumpang tetapi x kan lah dia nak tinggalkan basikal nye di sekolah.Dengan lafaz bismillah,Shida memulakan perjalanan nye.Di dalam hati,Shida tidak berhenti berdoa agar dia selamat pulang kerana kilat dan guruh tidak berhenti-henti menyambar lagi tadi."Ya Allah,Kau selamat kan lah aku di dunia mahupun di akhirat.Amin."Dalam keadaan lebat itu, kayuhan Shida menjadi lebih laju dari biase.Dia mahu segera sampai ke rumah sehinggakan, kain sekolahnye tersangkut di rantai basikal.Disebabkan itu juga,Shida hilang keseimbangan lalu terus terjatuh dilopak air.Malang betul nasibnye.Dia cuba untuk berdiri tetapi tidak berjaya kerana kainnya itu.Dia cuba pula menariknya.Gagal.Tidak berkesan.Tenaga perempuannya tidak mampu menarik kainnya dari rantai basikalnya.Ape patut aq buat?Shida sudah jadi tidak tentu arah.Dia pun mula berjerit untuk meminta tolong tetapi tiada sesiapa pun yang lalu di jalan ketika itu.Tiba-tiba muncul dan berkata "Hei awak.Awak ok tak?Boleh bangun?".Shida cube untuk melihat wajah tuan punya suara itu tetapi hujan yang lebat mengaburi  pandangan nya dan memandangkan wajah lelaki trsebut di halang oleh baju hujan yang dipakainye.Shida cube bersuare "kain saya tersangkut pada rantai basikal.Saya tak boleh nak bangun."Lelaki tersebut menghampirinye lalu memusingkan rantai basikal tersebut mengikut arah lawan jam.Kain sekolah Shida sudah tidak tersangkut lagi.Shida cube untk bangun dan lelaki tadi memberinya 1 baju.Hurm...bukan baju tetapi lebih tepat kot.Shida pasti itu merupakan kot rasmi pengawas sekolahnya.
"Walaupun awak pakai baju 2 lapis tapi baju awak warna putih and baju sekolah tu nipis."jawab lelaki tu sambil berlalu pergi meninggalkan dia terpingga-pingga.Shida memakai kot yang diberi oleh lelaki yang baru menolongnya tadi dan meneruskan perjalanannya.Sampai saja dirumah.Dia di leteri oleh ibunya kerana balik dalam keadaan basah kuyup."Asal ko tak duduk je kat sekolah tunggu hujan berhenti?Yang ko main hujan da kenape?Tak larinya rumah ni."kata-kata ibunya itu sudah lali baginya sebab sebelum ni Shida pernah je balik rumah dalam keadaan basah kuyup.Cume tak seteruk ni.Selesai sahaja mandi,Shida memeriksa kot milik lelaki yang tidak dikenali nya tadi."Cam ne aq nak pulangkan kot ni?Aq da la tak nampak muka dia tadi" gumam Shida dan dia mengamati 'name tag' pengawas pada kot itu tertulis 'Sobir Basri.'Dia agak terkejut juga kerana pemilik kot itu sebenarnya ketua pengawas."Hah?Ketua pengawas?" bisik hati Shida.Untuk pengetahuan am semua,ketika perhimpunan Shida tidak pernah mengambil perhatian.Hal itu kerana,Shida and the geng selalu duduk dibarisan belakang.Speaker pula di bahagian hadapan.Tak sampai bunyi speaker tu sampai ke belakang.Shida and the geng selalu dapatkan infomarsi dari budak kelas.Jadi boleh dikatakan semasa perlantikan pengawas hari tu,dia tak tahu ape2.Heheheh.

Keesokan harinya,Shida diserang penyakit demam dan tidak dapat hadir ke sekolah.Begitu juga lah,hari berikutnya.Apabila demam sudah hilang,Shida kembali ke sekolah dan berniat untk mencari 'ketua pengawas' bagi memulangkan kotnya.Menurut Fiona dan Tika,'ketua pengawas' tu sentiasa 'busy'.Awal-awal pagi lagi,Shida sudah terpacak di tangga bangunan A.Biasanya ketua dan penolong pengawas akan membuat pengumuman serta bacaan doa pagi sebelum masuk ke kelas,.Shida melihat seorang pengawas sekolah menaiki tangga untuk ke bilik pengumuman itu.
"Awak.Awak ke Sobir Basri,ketua pengawas?"tegur Shida.Lelaki itu berhenti lalu membalas "Saya bukan Sobir.".
"Oh,sori.Boleh tak awak panggil kan dia kalau dia ade?Saya nak pulangkan barang dia"tanya Shida selepas dia mengetahui lelaki itu bukannya Sobir.
"Boleh.Naik la.Rasenye dia dah sampai."jawab lelaki tadi.Shida mengekorinya sampai ke bahagian hadapan bilik pengumuman.Dari luar,Shida dapat lihat lelaki tadi sedang bercakap dengan seorang lagi pengawas lelaki di bilik kaca itu."Itu ke Sobir?" Shida meneka.
"Maaf.Sobir sibuk sekarang.Dia kata,kalau nak pulangkan barang,letak je kat meja ni,nanti dia ambil."ujar lelaki itu sebaik saja dia keluar dari bilik kaca itu.
"Oh,ok.Tolong sampaikan kat dia,saya nak cakap terima kasih."dengan perasaan agak kecewa,Shida meletak kan beg berisi kot di atas meja kecil yang terletak di depan pintu itu.
"Ok.InshaAllah saya akan sampaikan" lelaki itu berkatasebelum berlalu kembali masuk ke dalam bilik kaca tadi.Sebelum Shida beredar,dia sempat menoleh untuk melihatwajah Sobir,si ketua pengawas."Hensem gak" bisik hati nakal Shida.

 **********************************************************************************
Program Skor A berjalan seperti dirancang dan slot petang itu pulak adalah teknik menjawab essay english.Selesai sahaja slot tersebut,pelajar dibenarkan menikmati makan petang pula.
"Korang.Jom makan sama-sama nak?"ajak Hawa.Entah kenapa Shida dapat rasakan,niat sebenarnya  ajakan Hawa tu nak makan bersama dengan Sobir saja.
"Boleh je" balas Sobir.Ahli lain belum sempat berkata ape2 pun Sobir sudah bergerak untuk keluar dari dewan utama itu.
Shida berlari anak untuk mengejar Sobir dan berkata"Sobir,kan kita dah janji nak makan bersama dengan Zatul dan Emey.Kang pe pulak diorang cakap."
Langkah Sobir terhenti lalu menjawab "Alah,aq yakin diorang tak kisah.Lagipun kita tak janji.Just Emey yang ajak.Kalau ko berat hati sangat,ko gi la makan dengan diorang.Aq x kisah".Kata-kata Sobir tadi membuat kan Shida benggang.Lagi benggang bila Hawa dibelakang Sobir memberikan senyuman sinis.Shida menarik nafas dalam sebelum berkata,
"Sobir.Pe kene ko ni hah?Ko lagi pentingkan budak sekolah lain dari budak sekolah sendiri.Ingat,ko tu bagus sangat ke?Sampai lupakan kawan?"Benggang Shida dengan sikap Sobir.Sejak Sobir menjadi ketua kumpulan,Sobir lagi memilih untuk utamakan kumpulan dari budak2 sekolahnya.Shida pergi mendapatkan Emey dan Zatul.
"Shida...hai!Mane Sobir?"tegur Zatul setelah melihat kelibat Shida.Zatul dan Emey perasan mata Shida agak berair.Mereka saling berpandangan dan Emey membuat isyarat mata menyuruh Zatul memulakan pertanyaan.
"Shida ko ok tak?Mane Sobir?"Zatul bertanya sambil tangannye dibahu Shida.Zatul dapat rasakan Shida cube untuk menahan air mata dari keluar.
"Sobir makan dengan ahli kumpulan aq yang lain." jawab Shida sambil senyuman dimulut dibuat-buat.
"Lah...kalau ko nak makan dengan group ko,kitaorng x kisah lah.Lagipun Zatul ade dengan aq.Boleh kitaorng date berdua."Emey cuba membuat lawak bagi meriah kan keadaan.
"X pe.Aq lagi selesa makan dengan korang."Shida berkata sambil menarik tangan Zatul untuk beratur mengambil makanan.Zatul dan Emey hanya menganggkat bahu.Pelik dengan perangai Shida.

Di bilik,Shida mencari handphone di merata tempat.Kat atas katil x de.Dalam beg,x de.Dalam poket seluarnye pun x de."Aduh,mana la aq letak handphone aq ni?".Shida bertanya kepada sume kawan sebiliknya.Mereka pun cakp dia tidak nampak handphone Shida sejak balik tadi.Shida pergi ke bilik Zatul untuk bertanyakan soal handphone nya.Zatul pun memberi jawapan yang sama.Zatul cuba untuk menghubungi handphone Shida dan ade suare lelaki yang menjawab panggilan.Siapakah yang menjwab panggilan dari handphone Shida?Adakah lelaki itu pencuri atau lelaki itu cuba terjumpa handphone Shida secara tak sengaja?

#IDEA TERSEKAT LAK.CARI INSPIRASI DULU.....




3 ulasan:

ezzati nuriffah berkata...

Episod seterusnya tak sabar tak sabar 😚

ezzati nuriffah berkata...

Lagi laggii

ana_hilwa berkata...

sbr la zati....

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...