Wajah Shida tersenyum beku.
"Tapi....macam mana kau boleh ada kat sini?" Sobir rasa dia memang tak pernah nampak Shida di taman ini sebelumnya. Adakah dia betul-betul tak perasan Shida sebelum ni ataupun Shida yang baru datang hari ni? Mereka terhenti seketika memandang satu sama lain sebelum mengajukan dialog soalan bertalu-talu antara mereka berdua.
"Apa yang kau cakap ni? Tak kan lah aku tak boleh datang kat sini. Yang kau tu kenapa menyibuk kat sini?"
"Sedapnya kau cakap aku menyibuk. Kau buat macam tak tahu je ni kawasan rumah aku sebenarnya." pada masa yang sama, kepala Sobir tergeleng laju.
"Buat tak tahu apa nye? Kau patut habiskan ayat kau tu betul-betul." Shida masih menunjukan tanda tidak mahu mengalah. Sobir tersenyum sebelum menanyakan
"Shida,kau dah lupa ke yang aku tinggal kat taman ni?" Shida melepaskan genggaman basikalnya.
"Sobir, kau tinggal kat taman ni?" Sobir pantas menyambut basikal Shida akibat Shida melepaskannya tanpa sengaja. Hanya Shida asyik ralit memandang Sobir buatkan Shida terfikir, betul ke Sobir tinggal kat taman ni? Mahu memastikan kenyataan Sobir itu benar ke tidak, Shida memutarkan balik kotak ingatannya.
"Macam mana aku boleh tak perasan eh?" Sobir hanya tersenyum mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Shida. Ah! Sebenarnya selama ini Shida ingatkan Sobir tinggal di taman yang lagi satu yang terletak dekat kawasan perumahan Fiona.
"Betul ke ni kawasan perumahan kau?" Shida masih lagi inginkan kepastian.
"Shida....aku ni jarang cakap bohong tau. Bila perlu je aku terpaksa. Yang kau tak percaya sangat ni dah kenapa? Ke sebenarnya kau ingat aku tinggal kat mana?" mendengar pertanyaan Shida yang diulang-ulang sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan Sobir jadi gelisah. Tak kan lah Shida tahu kat mana sebenarnya dia tinggal? Tak mungkinlah Shida ingat lagi. Dia kemudian merenung Shida yang ada di depan mata.
"Aku ingatkan kau tinggal dekat taman Fiona." rasa berpasir semacam tekak Shida. Mana taknya. Dia baru perasan yang sebenarnya hampir tiap hari-hari dia berulang-alik ke sekolah dengan Sobir. Walaupun mereka sebenarnya menggunakan jalan yang sama, tapi entah kenapa Shida tak pernah perasan Sobir. Hmmm, mungkin Sobir selalu balik lewat disebabkan tugasnya sebagai ketua pengawas. Wajah Sobir yang begitu setia di depan mata membuatkan Shida sedikit berkhayal.
"Pak ngah. Pak ngah, kenal ke akak cantik ni? Akak cantik ni tadi belanja adik dengan abang ais-krim" dengan nada pelatnya, si kecil tadi berlari anak menuju ke arah mereka.
"Akak cantik?" Sobir terasa geli hati dengan panggilan yang diberi oleh anak buahnya tadi kepada Shida. Shida pulak hanya membuat muka selamba. Padahal, dia yang mengelarkan dirinya sendiri 'kakak cantik' tu.
"Pandai kau pikat anak buah aku eh?" tiba-tiba sahaja ungkapan itu melepasi bibir Sobir. Sekali lagi, Shida terkelu dengan pertanyaan Sobir.
"Hmmmm, pikat? Aku sebenarnya tak tahu pun tu anak buah kau. Maybe anak buah kau nampak aku cantik, sebab tu dia panggil aku 'akak cantik' kot." pada masa yang sama, wajah Shida bagaikan berseri-seri memuji diri sendiri. Itulah yang dinamakan seperti mengangkat bakul sendiri.
"Isk, kau percaya cakap budak-budak tu? Hahaha. Diorang saja je tu bodek kau sebab nak suroh kau belikan ais-krim" Sobir ketawa besar. Mendengar hilaian ketawa Sobir membuatkan Shida terus memasamkan muka. Terbantut sudah mahu mempromote kan diri sendiri. Ketawa Sobir masih bersisa.
"Ah, pasal anak buah kau. Sebelum ni kau tak pernah cerita pun yang kau ada anak buah." Shida laju menukar topik sebaik sahaja dia dimalukan oleh Sobir sendiri.
"Kau tak bosan ke asyik dengar aku bercerita pasal diri aku sendiri?" adakalanya Sobir rasa tak perlu pun dia menceritakan hal latar belakangnya kepada kawan perempuan. Mungkin, dia tak biasa berkawan dengan perempuan atau lebih tepatnya, tak pernah pun ada kawan perempuan yang begitu rapat seperti dia dengan Shida.
"Kenapa kau rasa macam tu? Bila berkawan,tak ada nya istilah boring kalau kita sharing cerita tau tak."
"Ok-ok. Dua orang budak tu anak buah aku. Anak kakak aku. Aku tinggal dengan kakak aku kat sini sekali dengan abang ipar aku. Sekali sekala aku tolong akak aku jagakan dua orang budak kecik ni."
"Kau tinggal dengan kakak kau?"
"Yelah. Kenapa?"
"Kenapa kau tak duduk dengan parents kau? Parents kau tinggal kat mana pulak?" Shida bagaikan tiada emosi apabila bertanyakan soalan itu. Mata Sobir sudah terbeliak mendengarnya. Sah Shida tak tahu! Dengan begitu berhati-hati, Sobir melontarkan soalan bagi mengesahkan tekaannya,
"Be...be..betul ke kau tak ingat?" akhirnya berjaya juga Sobir meluahkan soalan itu kepada Shida. Seriuslah Shida tak ingat langsung pasal parents dia?
#YA,CERITA HATI MASIH ADA LAGI SAMBUNGANNYA. DATANG LAGI YA.