Sabtu, 15 Januari 2011
tips belajar bahasa arab dgn mudah
- perbetulkan niat kerana Allah untuk memahami isi kandungan al-Quran,menghayati hadith rasulullah s.a.w. dan mendalami ilmu syariah.
- sentiasa menjaga solat,berzikir dan membaca al-Quran setiap hari.pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir.bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah2.lahi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan mengetahui maknanya
- memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan.jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.
- ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman.jangan menagguh-nagguhkan ulangkaji tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.
- sentiasa berfikir makna perkataan dalam bahasa arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata.sekiranya gagal atau tidak mengetahui,sila rujuk kawan atau kamus.
- gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutup sebagai persiapan ujian lisan.ketepikan sifat malu dan segan!
- sentiasa merujuk kamus bila berjumpe perkataan baru.sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.
- tampal perkataan2 penting berserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja 'study' dan sebagainya.
- menghafaz perkataan baru sehingga benar2 mengingatinya.
- menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.
- hafal karangan sehingga mantap teks.buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.
- perbanyakkan latihan dan latih tubi terutama soalan nahul/qawaid.perhatikan kesalahan2 agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.
- kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan.cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.
Langgan:
Catatan (Atom)
(79) Pujaan Hati
Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...
-
"Jom masuk dewan jom" ajak Tika. Hari ini merupakan hari ketiga mereka semua menduduki peperiksaan SPM. Pegawai peperiksaan m...
-
Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya, Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka, ALLAH te...
-
Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di ata...