Selasa, 22 Ogos 2017

(54) Tahu tak siapa?

"Seriusly???!!" bingit telinga Shida dibuatnya dengan suara jeritan Tika tadi di corong telefonnya. Shida kekal tersenyum sendiri mendengar Tika membebel. Lagipun tak ada lah terasa penat sangat kalau bercakap dengan mak nenek ni sambil berjalan kaki ke rumah Fiona.
"Ye...aku tak tipulah. Buat apa aku nak tipu kau. Aku memang tak ada nombor Sobir. Aku just ada nombor Emey je." tegas Shida. Sedar tak sedar sekarang dia sudah berada betul-betul di depan rumah Fiona. Kebetulan Fiona juga sedang membuang sampah lalu ternampak kelibat Shida yang sedang berjalan dari jauh sambil bercakap di telefon. 
"Fiona" tegur Shida sambil melangkah masuk ke halaman rumah Fiona.
"Aku bukan apa, aku tak naklah dapat nombor Sobir melalui orang lain. Kalau boleh aku nak minta sendiri. And kalau nak lebih baik, biar Sobir yang minta nombor aku dulu" Shida membalas kata-kata Tika yang masih dalam talian. Makin lama cakap dengan Tika ni, makin sakit hati pulak Shida rasa. Ada sahaja benda yang nak dibebelkan. Fiona yang lagi tadi mencuri dengar perbualan Shida dan Tika itu, sudah faham apa benda yang mereka berdua bincangkan lagi tadi. Sebenarnya sebelum Tika menelefon Shida, Tika sudah menelefon Fiona terlebih dahulu. Di situlah, baru Tika tahu yang selama ini Shida tidak mempunyai nombor telefon Sobir pun. Hairan juga. Sudah lama Shida dan Sobir rapat sebagai kawan tetapi tidak ada nombor telefon masing-masing. Yang lagi hairannya, Shida ada pulak nombor telefon Emey. Dalam menunggu Shida habis perbual dengan Tika a.k.a sebenarnya lebih kepada menunggu Tika habis membebel, Fiona mula meneka-neka bagaimana Shida ada nombor telefon Emey dan bukannya Sobir? 
"Dahlah Tika, kesian Fiona ni lagi tadi tunggu aku. Apa-apa pun nanti jumpa kau hari Rabu nanti. Bye. Assalamualaikum" Shida meletakkan panggilan seraya melepaskan keluhan dengan panjang. Penat melayan Tika tadi. Sebaik sahaja Shida meletakkan telefon, mereka sama-sama pergi ke bilik tidur Fiona.
"Fiona, apa yang kau tengah fikir tu sampai dahi berkerut-kerut?" tanya Shida.
"Shida, aku nak tanya kau something boleh?" tanya Fiona pula. Shida dan Fiona kini saling berpandangan.
"Apa dia? Tanya jelah" pandangan Shida beralih ke arah rak buku Fiona. Nampaknya Fiona belum kemas kinikan lagi rak bukunya. Buku-buku SPM pun masih terletak elok di rak. Tidak sepertinya yang sudah memindahkan siap-siap buku-buku SPM ni rak yang berada di bilik tamu kerana rak buku di bilik tamu tu merupakan longgokkan buku terpakainya yang akan digenerasikan kepada adik-adiknya pula iaitu Shira.
"Kenapa kau ada nombor Emey dan bukannya nombor Sobir?" tanya Fiona lagi sebaik sahaja Shida sudah memberi green light.
"Aku dapat nombor Emey dari Zatul dah lama dah. Sebelum kita tahu yang Zatul dan Emey tu kapel. Seingat aku time Sobir patah kaki. Kau ingatkan? Time Hari Sukan Sekolah dulu. Aku nak tanya keadaan Sobir masa tu tapi aku tak berani nak tanya depan-depan. Sebab tu aku lebih rela tanya Emey" ujar Shida yang sedang membelek-belek buku-buku yang ada di rak itu manakala Fiona hanya memerhati daripada katilnya.
"Oh...macam tu. Tapikan Shida, tak kan lah Emey tak pernah nak bagi nombor Sobir kat kau?" tanya Fiona seraya bangun dari baringannya dan memandang Shida.
"Emey pernah je nak bagi aku nombor Sobir bila dia hampir-hampir rimas bila aku tanya banyak-banyak pasal Sobir tapi aku yang tak nak. Pada aku, aku sendiri tak suka orang bagi nombor aku kat orang lain. So, aku fikir Sobir pun macam tu gak" kata-kata Shida itu, tak dibalasnya oleh Fiona. Sebabnya Fiona kini berada di dalam bilik air sedang membasahkan sehelai kain buruk. Keluar sahaja daripada bilik air, Fiona terus menuju ke rak di mana dia meletakkan semua pialanya. Pelbagai jenis piala daripada pelbagai jenis acara ada. Bola jaring, bola baling, bola tampar. Segala jenis acara berkaitan bola Fiona pernah masuk. Sejak dia menduduki SPM lalu, rak itu tidak disentuhnya. Jadinya kini sudah banyak habuk yang bersarang di rak itu. Fiona mengelap satu-satu piala yang ada sambil bersuara,
"A'ah lah Shida.. Cakap pasal kes time Hari Sukan Sekolah dulu. Sampai sekarang kita tak tahu kan, siapa yang sabotaj ahli QM pasal lompat tinggi tu."
Shida agak terkejut dengan pertanyaan Fiona itu. Dia sendiri tak sangka Fiona akan ingat hal itu. Tapi betul juga, siapa punya angkara ya dan yang peliknya bagaimana jawatannya sebagai penolong QM dulu tak dilucutkan? Padahal terang-terang Puan Wana mengatakan itu merupakan kecuaian dan juga kesalahannya kerana tidak memeriksa tempat acara dengan betul. Hurm......

#TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CERITA HATI SAMPAI KE EPISOD INI. HA3....KETAHUI SAMBUNGANNYA DI EPISOD AKAN DATANG PULAK YE

Ahad, 13 Ogos 2017

(53.6) Hari ni, hari Fiona





Shida melangkah masuk ke dalam rumah milik Fiona. Macam biasa. Itulah rutin dia setiap kali bosan di rumah. Nak pergi ke rumah Atok, tak nak lah! Nanti di ajaknya ke syarikat Atok. Kat sana mesti lagi bosan berbanding duduk di rumah. Jadi, lebih baik dia menghabiskan masa menolong Fiona apa yang patut. Berbeza sungguh daripada Shida, Fiona sentiasa ada sahaja benda yang hendak dibuat seperti memasak, mencuba resepi baru, menghias rumah, tak pun menjahit. Feminin sungguh kawan Shida yang seorang ni. Lain lah Shida. Lepak dan hadap handphone. Kerja yang paling rajin dia buat pun, basuh kain, sidai kain dan lipat kain. Tu jelah yag mampu. Fiona pun tidak kisah jika Shida sering datang ke rumahnya. Al-maklum lah, Fiona merupakan anak tunggal. Kehadiran Shida, sedikit sebanyak mampu mengisi kesunyian di rumah ini. Malah ibubapa Fiona juga turut senang hati  apabila ada yang menemani anak mereka di rumah itu. Tak adalah Fiona duduk sorang-sorang di rumah. Takut juga mereka kalau terjadi apa-apa sepanjang mereka sibuk bekerja.

"Fiona, hari ni kau nak buat apa pulak?" tanya Shida kepada Fiona yang sedang terbongkok-bongkok seperti mengeluarkan sesuatu daripada almari azimatnya. Kenapa dipanggil almari azimat? Sebab di dalam almari besar sebesar almari baju itu, tersimpannya semua perkakas DIY milik Fiona seperti cat, kain, glue gun dan macam-macam lagi. Kalau dianggar, agak-agaknya semua alat pertukangan pun Fiona ada.
"Hari ni kita buat homemade soap" ujar Fiona lembut sambil mengeluarkan semua barangan untuk membuat homeade soap itu daripada almari.
"Homemade soap? Apa kat rumah kau ni semua sabun dah habis ke sampai kau kena buat sendiri?" macam biasa gak lah. Otak Shida selalu je tak dapat tangkap kenapa Fiona suka buat semua benda sendiri berbanding beli sahaja di kedai. Padanya, tak payahlah menyusahkan diri sendiri buat benda yang sudah sedia ada.
"Kau ni Shida, lancang je mulut tu. Nasib baik Tika tak de hari ni, kalau tak memang dah kena cili dah mulut kau tu dengan dia. Aku nak buat sabun terapi. Sabun yang baunya wangi, boleh hilangkan stress, sesuai untuk kecantikan plus aku nak ianya organic. Selain sabun yang boleh hindarkan kita daripada kuman, aku nak at least ada sabun yang boleh tenangkan minda parents aku bila diorang balik daripada bekerja. Mesti diorang penat balik daripada kerja. So, nilah salah satu caranya untuk diorang rasa fully rest." terang Fiona sambil sesekali mengerling ke arah Shida yang sudah tersandar pada kerusi di meja studynya dan perlahan melentur ke belakang.
"OK, ok. I got it. So, apa yang kau nak aku tolong ni?" Shida bangun lalu mengikut Fiona ke dapur.
"Tolong aku keluarkan susu kambing kat dalam peti sejuk tu. Yang penutupnya warna biru." arah Fiona sambil mengeluarkan soap base daripada plastik sarungnya.
Seperti biasa juga, sambil mereka membuat kerja, mereka berbual-bual kosong. Tiba-tiba ada bunyi menandakan mesej baru masuk daripada telefon bimbit Shida. Shida yang sedang bertungkus-lumus mencairkan soap base itu tadi, terhenti lalu bergegas untuk mendapatkan telefonnya yang berada di ruang tamu rumah Fiona itu.
"Tika, whatsapp. Dia tanya kita, nak tak ikut dia buat kerja partime?" Fiona yang sedang berura-ura menitik essential oil ke dalam adunan Shida tadi juga turut terhenti mendengar mesej yang disampaikan oleh Tika itu.
"Partime kat mana?" Fiona bersuara.
"Tika balas kat Melaka Wonderland sana" Shida menjawab sambil tangan yang sebelah lagi menolong Fiona meletakkan kepingan bunga lavender yang sudah kering ke dalam mangkuk yang berisi bahan tadi.
"Aku okey je nak buat partime. Lagipun bosan lah duduk rumah je and alang-alang tu lepas gaji kita boleh enjoy sakan." balas Fiona yang agak teruja. Sempat aje minah kacukan Sabah, Jepun ni berangan walaupun tangan lagi tadi dok sibuk masuk kan madu dalam bahan.
"Aku pun okey je kalau kita bertiga ada tapi aku kena tanya ibu aku dululah." ujar Shida pulak. Kali ni tangan Shida sibuk memasukkan lemon zest.
"Kau tak nak ajak Sobir dengan Emey sekali ke buat partime sama dengan kita?" Fiona memandang Shida sekilas sambil mengacau bahan-bahan tadi dan menuangkannya ke dalam acuan sabun. Pelbagai bentuk acuan Fiona ada tetapi kali ini, Fiona memilih acuan berbentuk bunga tulip.
"Aku tak rasa diorang berdua tu nak join sebab diorang berdua tengah sibuk belajar driving sekarang" Shida yang tengah leka membalas chat Tika seraya tunduk mengulum senyuman taktala menyebut nama Sobir.
"Macam mana kau tahu diorang tengah belajar driving? Hahhh.....Kau chat dengan Sobir senyap-senyap eh?" sergah Fiona sambil tangan yang memegang sudu di tuju-tujukan ke muka Shida. Shida tersengih sebelum menjawab

#ENDING UNTUK SODA COUPLE BELUM TAMAT LAGI. TUNGGU DI EPISOD SETERUSNYA YA

Sabtu, 12 Ogos 2017

(53.5) hari ni, hari SoDa couple



Sepertinya, Fiona dan Tika juga ada suatu rancangan untuk SoDa couple hari ini.
"Terima kasihlah Emey untuk hari ni tapi lain kali kalau nak merancang ajak kitaorang sekali. Baru best kalau otak kita bertiga bergabung, meletup." Emey terangguk-angguk mendengar bebelan Tika itu. Betul lah kata Shida. Tika kalau dah membebel, confirm sakit telinga.
"Tapi kan Emey, kenapa kau tak bagitahu Sobir? Well, korang kan kawan baik. Tak kan lah kau tak de bagitahu apa-apa kat dia pasal Shida?" Emey terasa bagaikan ada sebiji epal telah tersekat dikerongkongnya apabila mendengar pertanyaan Fiona itu. Fiona ni macam tahu-tahu je.
"Kan Shida dah suruh rahsiakan dari Sobir. Memang mula-mula tu aku rasa gatal je mulut ni nak bagitahu tapi lama-lama rasa tak adil pulak buat Shida kalau aku yang bagitahu dulu." ujar Emey dengan wajahnya yang serius. Walhal dalam hati, Allah je lah yang tahu. Nasib kaulah Emey tersempit dengan dua trouble makers ni.


Di dalam kedia cd itu, dua pasangan ini kekal dalam dunia mereka. Tidak hirau langsung keadaan rakan mereka yang sudah berada di luar kedai. Sebenarnya, Shida lah yang paling beruntung sebab dapat meluangkan masa dengan pujaan hati yang dipuja selama ini. Lagipun, dia belum lagi menjalankan misinya. Misi yang sampai sekarang Shida pendam. Misi untuk beritahu Sobir tentang perasaan hatinya. Tentang segala cerita hati yang tersemat setelah sekian lama.

Sesekali Shida tunduk, tidak memandang wajah Sobir yang tengah khusyuk melayan lagu Sempurna yang dinyanyikan oleh Andra and The Backbone pulak kali ni. Dia takut kalau-kalau Sobir perasan tentang perasaan yang disembunyikan selama ini.
"Lagu ni walaupun dah lama tapi kau tetap minat. Ada kenangan apa-apa ke kau dengan lagu ni?" tanya Sobir. Muka Shida menjadi pucat taktala mendengar pertanyaan Sobir itu. Macam tahu-tahu je. Namun, Shida masih lagi menyimpan rahsianya. Rahsia disebalik kenapa lagu itu menjadi minatnya.
"Entah lah. Maybe sebab melodi dia sedap and kena dengan citarasa aku. Sebab tu lah kot, aku suka." Shida membalas pertanyaan Sobir dengan lancar dan penuh selamba. Walhal dalam hati, Allah je lah yang tahu. Nasib kaulah Shida terpaksa menipu. Lagipun, belum masanya lagi untuk Sobir tahu tentang semua memori hitamnya dulu. Tentang Hairi ketika dahulu pernah menyanyikannya lagu Sempurna itu khas buat dirinya......

#JANGAN LUPA SINGGAH DI LAIN HARI YE.

Rabu, 2 Ogos 2017

(53.4) Hari ni, hari the trio trouble makers




"Korang berdua...." Emey menegur Fiona dan Tika yang sedang menyorok sambil berbisik-bisik bercerita di salah satu rak cd paling belakang sekali di ruang kedai ini.
Emey tak faham kenapa mereka berdua berada di tempat itu. Menyorok pulak tu.
Berlapis dahi Emey melihatnya.
"Korang berdua buat apa kat rak situ? Korang tahu tak cd apa yang ada kat rak tu?" tanya Emey sejurus melihat Fiona dan Tika memandang ke arahnya dengan muka cuak. Namun, dua sekawan itu cuba menutup cuak seolah-olah tiada apa-apa pun yang dibincangkan tadi.
"Kitaorang tengah cari cd lah ni. Kenapa dengan cd kat rak ni? Tak best ke?" ujar Tika sambil buat-buat mencari cd.
Emey yang tersenyum meleret sudah memeluk tubuh memerhati gelagat dua sekawan itu.
Hinggalah, Fiona menyiku pinggang Tika.
"Adui, Fiona! Apa ni siku-siku orang ni?" jerit Tika yang baru sahaja berura-ura mahu menarik beberapa cd untuk dilihat.
Belum sempat pun dia tahu sendiri cd apa yang berada di rak ini, Fiona terlebih dahulu menunjukkan kepadanya.
"Astaghfirullahalazim!!!!!Fiona cd apa yang ko pegang ni?!!!" kali ini Tika jerit sekuat-kuatnya akibat terkejut. Oleh itu, dengan spontan juga, Fiona menekup mulut Tika. Tetapi malangnya, pergerakan Fiona terlalu lambat.
Dan kini, Shida dan Sobir yang asyik sedang berbual-bual, segera menoleh ke arah mereka.
Emey pulak?
Emey ketawa terbahak-bahak melihat aksi spontan Tika.
"Sebab tulah aku tanya korang buat apa kat situ. Tahulah kita ni dah habis SPM tapi agak-agaklah cik kak oi kalau iye pun nak jadi dewasa sangat. Hahahaha" Emey tidak boleh berhenti ketawa.
Baginya, kejadian tadi terlampau lucu. Yang lagi menarik perhatiannya, dua sekawan itu mencicit lari dari kawasan itu setelah mengetahui cd-cd di rak itu. Merepek sungguh kalau betul Tika dan Fiona mahu mencari cd disitu.
Hahaha.
Shida yang tadinya berfikir, mungkin Tika dan Fiona terlihat cd filem hantu. Sebab itulah mereka menjerit. Tetapi melihat adegan Emey ketawa terbahak-bahak., Shida menjadi ragu-ragu. Sementara itu, Sobir sepertinya tidak kisah dengan kejadian menimpa Fiona dan Tika sebentar tadi.
Dia lebih tertumpu menatap cd kumpulan Andra and The Backbone yang dihulurkan kepadanya oleh Shida tadi. Lalu dengan suara lembut, Shida mula bertanya,
"Kau tak dengar ke Fiona dengan Tika jerit-jerit tadi?"
"Dengar, tapi biarlah diorang. Maybe Emey punya kerjalah tu. Dia kan suka sakat orang" mendengar jawapan Sobir, Shida juga terfikir ada logiknya juga cakap Sobir itu.
"Dalam cd ni ada lagu Sempurna lah. Jom dengar" Shida cepat-cepat mengangkat kaki mengikuti jejak Sobir apabila Sobir mengajaknya.
Dia tidak mahu melepaskan peluang yang dia tunggu-tunggu selama ini. Lambat-laun pun nanti, pasti Fiona dan Tika akan cerita kepadanya juga mengenai kejadian tadi. Jadi, dia perlu gunakan waktu yang terhad ini dengan berada di sisi Sobir sahaja.


"Tika, stop! Tika, stop! Kau nak bawa aku lari sampai mana hah?" berkali-kali Fiona cuba untuk berhentikan pergerakan Tika yang laju itu dengan menepuk-nepuk lengan Tika. Tahu-tahu, mereka sudah di luar dan berada jauh dari kedai tadi. Sekarang ni, mereka berada di lorong mana tah. Mereka sendiri tidak tahu. Begitulah perangai Tika. Kalau takut, pasti akan mencicit lari tak tentu arah. Mereka bertiga pernah sekali itu, masuk ke rumah hantu ketika Hari Kantin Sekolah. Rumah hantu itu tak adalah seram mana. Dah pulak tu, ruangnya kecik aje dan untuk pengetahuan, hantu disitu merupakan teman rapat mereka juga. Izzuddin, Hairi dan Haris. Belum sempat hantu-hantu itu menakutkan mereka bertiga, Shida dan Fiona terlebih dahulu ditakutkan dengan jeritan nyaring Tika. Tika menjerit hanya kerana patung hiasan yang diubah seperti annabelle seperti melihatnya. Dah mencicit kawan tu lari sampai terlanggar Izzuddin, Hairi dan Haris yang sudah bersedia di port masing-masing.

Ketika itu, Fiona sudah mengurut-urut kakinya yang sudah terasa lenguh akibat dipaksa berlari. Memanglah Fiona seorang atlet tapi kena faham. Semua sukan yang dia masuk, semuanya berkaitan dengan bola. Jadi tak adalah dia berlari ke sana ke sini tanpa arah. Yang ini, dia sendiri tak tahu kakinya mahu pergi ke arah mana.
"Eh, Fiona. Kita kat mana eh sekarang ni? Macam mana nak balik kat kedai tu balik?" Tika sudah terus-terusan mundar-mandir lagi tadi di hadapan Fiona mencari lorong mana yang patut mereka ambil. Dia kelihatan benar-benar keliru. Fiona yang memandangnya pun sudah mula ikut keliru.
"Apa susah. Kita tadi datang dari arah sana kan? Kita ikutlah balik arahnya." wajah Fiona sudah mula lencun dengan dek peluh.
"Oh... Wow, hebatnya Fiona. Genius! Genius! Tapi kenapa kau tak cakap lagi tadi?" Mata Fiona semakin membuntang. Tidak semena-mena Fiona yang bagi idea, Fiona juga yang dipersalahkan. Huh....Fiona hanya melepaskan keluhan berselang dengan gelengan kepala. Tika...Tika..

Dalam perjalanan ke kedai itu semula, Fiona dan Tika sempat menyambung perbualan yang terbantut akibat kehadiran Emey tadi.
"Jadi, Fiona. Betul kan tekaan aku tadi. Emey memang rancang nak biarkan Sobir dengan Shida jumpa hari ni." dengan bangga dan yakin Tika memulakan kembali perbualan.
"Okey, fine! Taniah si genius kerana berjaya meneka dengan betul. Tapikan kenapa Emey tiba-tiba je rancang semua ni ek? I means tak de lah pelik mana kalau tengok betul-betul but i thinks macam ada yang tak kena je lah. For example, kau tak rasa Sobir akan rasa pelik macam mana kita berdua rasa bila Emey tiba-tiba ajak kita pergi kedai tu? Tambah-tambah lagi bila kita bertiga ada. Okey, memang lah Sobir rapat dengan Shida tapi dia tak rapat dengan kita berdua and kau tak rasa something wrong ke tadi bila Sobir masuk kat kedai tu? Rasa macam rancangan Emey ni smooth gila. Rasa macam....Sobir dah tahu yang Shida sukakan dia. Kalau tak kenapa dia tak merayau-rayau kat kedai tu macam kita berdua buat. Sebaliknya dia terus pergi kat arah Shida. " panjang lebar Fiona cuba menyakinkan Tika bahawa firasatnya juga ada betulnya.
"Jadi, maksud kau kemungkinan besar Sobir dah tahu yang Shida sukakan dia? Dan dia ikut je rancangan Emey walaupun dah tahu yang Shida suka kan dia? Wait! Wait a minute. Kalau macam tu......maksudnya Sobir tak reject Shida lah kan? Iyelah, kalau dia nak reject Shida, mesti dia tak kan ikut plan Emey petang ni. Sebaliknya cuba jauhkan diri daripada Shida seboleh-bolehnya." nada suara Tika kedengarannya agak teruja seolah-olah apa yang dia fikirkan sekarang benar-benar masuk akal. Manakala Fiona yang berjalan seiringan dengannya juga sudah tersenyum-senyum sambil memegang tangannya menunjukkan dia juga setuju dengan apa yang diperkatakan tadi.
"Fiona, Tika" panggil Emey tiba-tiba mengubah tumpuan. Selang seketika, Emey mengerutkan dahi melihat dua sekawan itu berpegangan tangan sambil tersengih-sengih berlari ke arahnya.
"Emey, betul ke kau dah bagitahu Sobir yang Shida suka kan dia?" bersungguh-sungguh Fiona dan Tika bertanya.
"Errrr...."

#JANGAN RISAU....MASIH ADA EPISOD HARI NI, HARI SODA COUPLE. NANTIKAN YE.


(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...