Rabu, 17 Oktober 2018

(73) Curiosity kills the cat

"Hahaha...tula.. Lain kali jangan cepat nau melatah. Cuba contohi Sobir sekali-sekala. Cool je~" Emey sepertinya mula mengejek Sobir.

"Dah kenapa membabitkan aku pulak? Tak de kena mengena aku dengan cerita korang ni" well macam biasa jugalah, Sobir dengan bajet machonya cuba menahan diri dari menjadi kembang apabila dipuji oleh Emey.

'Huh?!' Sobir dalam diam sebenarnya mencebik di dalam hati apabila mendengar kata-kata Emey yang lebih kepada ejekan itu. Macamlah Emey tak tahu kenapa Sobir bersikap dingin macam itu. Hanya Emey sahaja yang tahu kisah silamnya. Dan disebabkan perubahan sikapnya itu, Sobir seperti tidak tahu bagaimana mahu bergaul dengan kawan perempuannya mahupun kawan sekelas. Shida merupakan kawan perempuannya yang pertama walaupun kadang-kadang Zatul ada juga ikut mereka melepak tetapi fikirannya tidak terbuka seperti dia bersama Shida. Sobir seperti berasa selesa bila dengan Shida.

 "Dah lah tu Sobir. Tak payah nak cover depan-depan aku." usikan Emey semakin galak.
'Aish dak Emey ni! Sengaja je nak buat aku malu? Tak pernahlah nak backup aku sejak dia rapat dengan Fiona dan Tika' bersuara Sobir dalam hatinya.
Gurauan Emey tadi disambut pulak dengan ketawa Shida.

'Tengok tu Shida gelakkan aku. Mesti dia fikir aku ni bajet-bajet je. Well walaupun kenyataannya betul... Tapi!!! Tak payahlah nak malukan aku depan-depan dia. Aish Emey memang nak kena dengan aku lepas ni. Siaplah!' memang semua habuan dimakikan buat Emey tetapi untuk sementara waktu, semua makian itu hanya Sobir sahaja yang tahu. Tunggulah bila Shida tak ada nanti..... Semakin hilanglah kemachoan Sobir!

"Eh, dah la. Melayan kau, kerja kita entah ke mana. Aku nak pergi jaga kolam ni, kau nak ikut aku ke atau nak sambung lepak kat sini?" Sobir menolak lembut bahu Emey. Sengaja dia mencari alasan untuk melarikan diri daripada di bahan oleh kawan baiknya itu. Padahal dia tahu, hari ini merupakan hari bekerja. Jadi tak ada ramai pelancong yang datang, lagi-lagi kawasan kerjanya iaitu kolam kanak-kanak.

"Tak nak! Ngajuk! Baik aku ikut Shida. Alang-alang tu boleh lah aku try costume dinosaur kat bilik Abang Kamil" aksi gedik Emey ditunjukkan.

'Ceh! Kau tergedik-gedik lak kat depan Shida. Tak guna punya member. Lagi pun Shida aku punyalah. Aish! Memang kaw-kaw aku report kat Zatul nanti. Kita tengok nanti siapa yang cari siapa.' . Sobir berambos dengan hati yang panas.

Namun, mereka berempat semuanya berfikir aksi itu tidak berkesan ke atas dirinya. Sobir kekal dengan wajah 'poker face' nya ketika meninggalkan Emey bersama Shida, Fiona dan Tika tadi. Mereka semua juga berfikir yang Sobir malas nak melayan perangai Emey yang banyak karenahnya itu.




****Time skip******* (sebab pemilik blog ni malas nak tulis semula)

Selepas Emey pulang daripada bilik persalinan squad maskot, Emey memanjat kembali tangga yang menuju ke kawasan kerjanya iaitu gelongsor air orang dewasa. Dari tempatnya, dia dapat melihat kawasan kerja Sobir dan kelihatannya Sobir sedang termenung dengan muka bengisnya.

GULP!
Serta-merta Emey menelan air liur yang terasa tiba-tiba pahit itu. Dia seperti merasakan muka bengis Sobir itu ada kaitan dengan dirinya. 'Masaklah aku kena makan dengan Sobir nanti!'
Tapi apakan daya, rasa ingin tahu Emey sangat tinggi untuk tahu apa punca muka bengis milik Sobir mengalahkan rasa takutnya. Takut-takut tapi nak tahu juga. Hah! Itulah yang Emey rasakan sekarang.

Sejenak itu, Emey mula memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya kepada Sobir nanti apabila mereka semua balik.
"Argh, belasah jela. Paling teruk pun nanti kena marah je dengan Sobir" Emey nampaknya sudah berputus asa mahu menyusun ayat. Emey bukannya pandai berkata-kata. Dia hanya pandai membahan orang ada le. Paling cikai pun tahu buat ayat bunga-bungan untuk Zatul. Itupun banyak kali juga digelakkan oleh Shida. Sebab Shida tidak sangka dirinya pandai bermandah pujangga.

Shida tak tahu lagi perangai Sobir yang sebenarnya macam mana. Mahu haru hari-hari Shida nanti. Cakap pasal perangai Sobir, Emey teringat ketika pertama kali dia nampak air mata Sobir. Air mata yang membuktikan cinta Sobir terhadap......


SHIDA


#HAI, SO SEKARANG NI PEMILIK BLOG INI SEDANG BUSY DGN URUSAN U. SO HARAP PEMBACA TERUS BERSABAR MENANTIKAN EPISOD SETERUSNYA YA. TQ!






Selasa, 28 Ogos 2018

(72) Hahaha...lawak ke der?

"Sobir!" bisik hati Shida apabila Sobir muncul mencelah secara tiba-tiba.
"Kenapa pulak kau minta cuti? Mana aci macam ni. Ni mesti kau dah tahu dari awal eh yang kita tak kan diberi cuti?" sangkal Tika sambil mencebik.
"Janganlah kecam Emey. Kesian dia. Aku pun sebenarnya terkejut gak bila dapat tahu nama dia tak ada tadi" seketika Sobir memandang Shida sebelum dia memandang Tika.
"Betul gak cakap Sobir tu. Lagi pun mesti ada sebab Emey minta cuti. Betul tak Emey?" Shida bersuara lirih menyokong Sobir. Walhal, tadi bukan dia seperti berpihak ke Tika ke? Bila Sobir muncul, terus ubah fikiran pulak? Fiona di sebelah hanya mengeleng kepala. Tika di hujung juga turut membuntang mata apabila Shida bersuara.
"Rilek, rilek dulu kawan-kawan.....Tika bawa bertenang dulu ye. Betul lah cakap Shida tu. Aku bukan saja-saja minta cuti." Emey tersengih. Riak wajahnya tetap tenang walaupun dikecam oleh Tika sebentar tadi.
"Ok fine...Sorry. Teremosional jap tadi. Okey, sekarang boleh kau bagitahu kenapa kau minta cuti? Yelah, manalah tahu kau ada masalah ke. Boleh lah kitaorang tolong" Tika cuba menjernihkan keadaan yang dia sendiri keruhkan.
"Okey...sebenarnya.....Aku baru dapat baby!" Emey kedengaran seperti excited habis.
"Hah???!!" semua yang ada disitu terkejut sambil mata turut terbeliak dengan berita yang baru disampaikan oleh Emey itu. Kecuali Tika. Hanya Tika yang ketawa berdekah-dekah. Masing-masing hairan kenapa Tika tiba-tiba ketawa. Apa yang kelakarnya?
"Tika, kenapa kau gelak?" tanya Shida.
"Hahaha....ada ke patut Emey buat lawak yang dia ada baby....Hahaha....sejak bila kau kahwin Emey?" Tika menjawab dengan sisa baki ketawanya. Shida tercengang. Sobir mengangkat kening kirinya. Tika pula mendepuk dahi sendiri manakala Emey turut berjangkit ketawa dengan Tika. Melihat Emey ketawa juga, serta-merta Tika berhenti dan memandang Emey pelik ke arah Emey.
"Emey...kenapa kau ketawa sekali? Tak lawak okey" Tika menjadi ikut hairan sama.
"Lawak lah, sebab kau sorang je yang ketawa tadi. Kau tak tahu ke yang kak ipar Emey baru bersalin hari Ahad lepas?"ujar Shida dengan suara yang kedengaran seperti sedikit perli.
"Eh, sejak bila pulak Emey ada kakak ipar? Emey ada abang ke?" Tika betul-betul tak tahu yang Emey sebenarnya mempunyai 2 orang abang.
"Aik, serius la kau tak tahu yang Emey ada 4 orang adik-beradik dan Emey anak ketiga? Dia ada 2 orang abang dan ada seorang adik perempuan. Abang sulung dia dah kahwin dan hari Ahad lepas Emey baru dapat anak buah. Sebab tu dia minta cuti. Kononya nak jaga anak buah baru" Sobir dengan sukarela memberi menerangkan tentang salah silah ahli keluarga Emey. Mati-mati Sobir dan Shida ingatkan Tika tahu tentang kakak ipar Emey yang tengah sarat mengandung dulu. Sebab setahu mereka, Emey pernah bercerita dulu yang bertapa tak sabarnya dia mahu menimbang anak buahnya. Mungkin time Emey bercerita, Tika sibuk buat kerja lain. Maybe....
"Oooo...manalah aku tahu Emey ada abang. Sorilah Emey. Maybe kau pernah bagitahu tapi aku yang terlupa. Sori eh..." tak semena-mena Tika mendapat malu.
"Hahaha...tula.. Lain kali jangan cepat nau melatah. Cuba contohi Sobir sekali-sekala. Cool je~" Emey sepertinya mula mengejek Sobir. Padahal, dia yang tadi kecut perut bila Tika naik angin.
"Dah kenapa membabitkan aku pulak? Tak de kena mengena aku dengan cerita korang ni" well macam biasa jugalah, Sobir dengan bajet machonya cuba menahan diri dari menjadi kembang apabila dipuji oleh Emey.
"Dah lah tu Sobir. Tak payah nak cover depan-depan aku." usikan Emey semakin galak. Disambut pulak dengan ketawa Shida. Semakin hilanglah kemachoan Sobir.
"Eh, dah la. Melayan kau, kerja kita entah ke mana. Aku nak pergi jaga kolam ni, kau nak ikut aku ke atau nak sambung lepak kat sini?" Sobir menolak lembut bahu Emey.
"Tak nak! Ngajuk! Baik aku ikut Shida. Alang-alang tu boleh lah aku try costume dinosaur kat bilik Abang Kamil" aksi gedik Emey ditunjukkan. Namun, aksi itu tidak berkesan ke atas Sobir. Sobir kekal dengan wajah 'poker face' nya lalu meninggalkan Emey bersama Shida, Fiona dan Tika. Malas nak melayan perangai Emey yang banyak karenahnya.
"Fiona, agak-agak kau lah kan. Sobir jeles tak kalau aku asyik rapat je dengan Shida?" sakat Emey bertambah-tambah.
"Alah, cik abang Shida tu...sengaja je jual mahal. Aku rasa better kau teruskan aje dengan  plan kita tu" Shida terkejut dengan jawapan Fiona itu.
"Plan? Korang de plan apa-apa ke yang aku tak tahu?" kini pandangan Shida benar-benar tepat menikam mata Emey dan Fiona silih berganti sehingga perlahan-lahan Emey bersuara.....

#DEKAT EPISOD SETERUSNYA KORANG AKAN DAPAT TAHU APAKAH PLAN SEBENAR THE TRIO TROUBLE MAKER. STAY TUNE!

Rabu, 15 Ogos 2018

(71) Attack from 3 squad girls

"Assalamualaikum..." Emey memberi salam dari luar bilik persalinan squad maskot.
Walaupun badan masih terasa penat sebab berjalan semalam, tetapi mereka masih kena bekerja hari ni.
"Waalaikummussalam" Abang Ehsan menjawab sambil berjalan keluar dari bilik persalinan itu dengan pakaian biasa yang baru disalinnya tadi.
"Oh, Abang Ehsan, Shida ada? Encik Daud panggil kat pejabat" kata Emey. Jelas sekali jika manager bahagian HR yang panggil, mestilah sesuatu yang mustahak. Baru sahaja Abang Ehsan mahu mengetuk pintu bilik persalinan wanita, tiba-tiba Shida muncul. Sebenarnya dari dalam bilik lagi, Shida dapat menangkap semua butir. Mendengar saja nama Encik Daud, Shida mempercepatkan lagi pergerakannya.
"Ye, nak pergilah ni. Tq Emey!" hanya itu yang mampu dijawab oleh Shida dan kemudiannya Shida berlalu pergi menuju ke pejabat meninggalkan Emey yang masih tercegat di hadapan bilik persalinan.
"Kenapa Encik Daud tiba-tiba panggil aku eh? Aku bukannya ada kerja nak kena hand in atau pass up kat dia" Shida mengeluh perlahan. Menyesal kerana tidak mengajak Emey turut sama menemaninya. Perlahan Shida menolak pintu kaca yang menuju ke dalam pejabat.
"Entah-entah dia nak naik kan gaji aku kot" Shida cuba menenangkan dirinya. Berdirinya Shida betul-betul di hadapan bilik Encik Daud selaku manager sumber manusia, Shida sedikit berdebar. Shida mengetuk lembut pintu bilik Encik Daud sebanyak tiga kali dan dari luar seperti ada suara orang lain selain Encik Daud di dalam.
"Masuk"
Shida melangkah masuk dan kelihatannya beberapa pekerja termasuk Sobir, Fiona dan Tika juga ada di situ. Shida di arahkan untuk duduk dahulu bersama dengan yang lain. Shida mengambil tempat duduk di sebelah Tika. Shida sempat berbisik kepada Tika
"Ada apa ni?" . Tika hanya mengangkat bahu tandanya dia juga tidak tahu. Masing-masing diam menunggu sehingga Encik Daud memulakan bicara.
"Hah...semua dah ada ye?" Encik Daud cuba meneliti satu persatu pekerja yang ada di dalam bilik itu.
Selama 1 jam di dalam bilik itu, masing-masing mengeluh lemah dan ada juga yang hanya memandang sayu menatapi jadual shift untuk Cuti Tahun Baru Cina itu nanti. Itulah motifnya Encik Daud memanggil mereka semua ke biliknya. Untuk mengumumkan tentang team kerja lebih masa pada cuti tahun baru cina nanti.
"Apa da~" berontak Tika sebaik sahaja keluar dari bilik Encik Daud. Fiona dan Shida secara serentak sama-sama menyiku Tika supaya memperlahankan suaranya. Bagai tak percaya yang Tika berani memberontak sebegitu rupa. Yalah, walaupun mereka di luar kawasan pejabat tetapi takut ada pekerja lain yang dengar sungutan Tika itu. Perlahan-lahan Shida mengikuti Fiona dan Tika ke tempat kaunter. Shida yang turut serta menyertai team kerja lebih masa tidak mampu berkata apa-apa lagi. Shida lebih kepada tak reti nak memberontak sebenarnya seperti Tika. Shida sejak dari kecil lagi dididik oleh Atoknya supaya jangan mudah memberontak jika disuruh buat sesuatu kerja.
Kini, muka tiga sekawan itu masam mencuka di cermin kaunter. Kebetulan Emey yang sedang menyanyi dengan gembira lalu di depan kaunter, terus menegur mereka.
"Dah kenapa muka masing-masing ni macam baru kena marah? Korang kena marah ke kat dalam tadi?"
"Eh....nanti jap. Cam mane nama Emey boleh tak ada tadi dalam team kerja lebih masa?" Emey menjadi gelebah bila Tika berkata seperti itu. Ditambah lagi dengan tenungan tajam Tika. Seram sejuk jadinya Emey ketika itu. Dahlah memang angin moodn Tika tengah tak baik.
"A'ah lah. Emey kenapa nama kau tak ada?" Shida juga turut curiga bersama Tika. Nak kata squad Emey tak terlibat dalam kerja lebih masa tadi, tak juga. Habis tu tadi Sobir ada. Fiona hanya diam memerhati walaupun Fiona juga merasa curiga sama. Tetapi disebabkan dua rakanya sudah menyuarakan bagi pihaknya, tak perlu lah menambahkan lagi. Kini 3 pasang mata berpadu tenaga merenung Emey. Dengan gelabahnya Emey, tiba-tiba
"Emey dah minta cuti dari awal-awal lagi" celah satu suara.....

#PASTIKAN KORANG BACA UNTUK EPISOD SETERUSNYA. SIAPAKAH PEMILIK SUARA ITU?

Selasa, 31 Julai 2018

(70) Home truth

"Abang, abang. Kenapa akak cantik ni ikut kita pergi zoo sekali?" perhatian Shida dan Sobir terganggu apabila terdengar suara petah anak buah Sobir itu berkata kepada abangnya.
"Errr, manalah abang tahu. Kalau adik nak tahu sangat tanyalah Pak Ngah" balas abangnya sambil curi-curi jenguk  reaksi Pak Ngahnya yang berada di tempat duduk hadapan.
Tika dan Fiona yang berada di tempat duduk paling belakang hanya saling berpandangan.
Taktala mendengar jawapan abangnya lalu si adik berura-ura mahu bertanya kepada Pak Ngahnya tetapi terbantut kerana baru dia sedar yang dia duduk betul-betul di antara abangnya dan 'Kakak Cantik' itu. Sudah pasti Shida dapat tangkap apa dipertanyakan olehnya tadi. Jadi takut pulak dia dibuatnya.
"Akak Cantik ni kawan kepada Pak Ngah dan Abang Emey. Sebab tu dia ikut sekali. Lagi pun Pak Ngah kenalah ada pembantu nak jaga korang kat zoo nanti" Emey yang sedang memandu menjawab bagi pihak Sobir. Dia juga sebenarnya terdengar persoalan si adik itu. Yalah, kereta yang mereka naiki itu tidaklah sebesar mana pun dan suara radio juga tidaklah kuat sangat untuk tenggelamkan suara kecil itu.
Taktala mendengar penjelasan Emey itu, serentak Fiona dan Tika di belakang tergelak kecil dengan nama panggilan 'Akak Cantik' itu. Shida hanya mampu memberikan jelingan maut kepada dua sahabatnya itu. Dia sebenarnya berasa agak segan juga dengan nama panggilan yang dia sendiri beri itu.
"Jadi kakak-kakak yang dalam kereta ni semua yang akan jaga kitaorang nanti ke Pak Ngah?" Sobir sedikit geli hati mendegar suara teruja milik anak buah perempuannya itu. Yalah, selain kakaknya, si adik selalu berdua sahaja di rumah bersama Sobir dengan si abang. Jadi apabila ada kakak-kakak yang sama jantina dengannya, maka dia jadi teruja kerana ada kawan yang boleh bermain bersamanya.
"Bukan semua, Akak Cantik je yang tolong Pak Ngah jaga korang. Akak lagi dua orang tu tak tahu jaga budak kecil macam korang berdua" ujar Sobir sambil memberikan mengerling ke arah Shida.
Itu tandanya, Shida diberi tugas khas ketika di zoo nanti manakala The Trio Troublemaker pulak boleh bersenang-lenang. Ceh, mana aci! Sudahlah di rumah, dia kena jaga dua orang adiknya.  Sekarang Sobir pulak menyuruhnya jaga dua anak buah dia. Tapi ada betulnya juga. Fiona anak tunggal, tak pernah merasa ada adik manakala adik Tika jarak usianya setahun sahaja daripadanya. Maka, Tika juga tidak merasa bagaimana menjaga adik kecil. Shida mencebir bibir tanda tidak setuju.
"Yeah! Lagipun adik suka Akak Cantik ni jaga adik."
Wah.... At least, Shida berjaya pikat anak buah Sobir. Satu pencapaian yang baik buat Shida.
"Kalaulah Sobir yang cakap macam tu kan lagi bagus. Cepat sikit cerita hati ni habis" ujar Tika dengan suara berbisik.
"Ish, kau ni Tika. Tak best lah kalau macam tu" jawab Fiona sambil menepuk lembut bahu Tika.
"Yelah..." jawab Tika pula patuh. Tak nak kena serangan ketam Shida pula.
"Tapi apa-apa pun. Cuba lagi eh Shida. Huhuhu" sempat pulak si nenek kebayan ni mengusiknya.
"Ok korang. Kita dah sampai" jelas Emey.

*********************************************************************************

Seronok betul anak-anak buah Sobir bila dapat melawat zoo pada hari ini dan turut menyebabkan Sobir dan Shida tak menang tangan berlari anak mengejar mereka berdua. Teruja punya pasal.
"Ei, penat jaga si kecil ni?" soal Emey kepada Shida. Emey yang lagi tadi berjalan seiringan dengan Tika dan Fiona di belakang. The Trio Troublemaker dalam diam memerhatikan gelagat SoDa couple tu. Mereka seperti pasangan bahagia bersama anak-anak apabila berjalan bersama. Fiona seperti biasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Zatul untuk mengambil gambar dan juga merekod video mengenai SoDa couple itu. Dah jadi macam stalker pulak Fiona jadinya.
"Penat lah. Hyper sangat budak berdua tu sampai semput gak lah aku di buatnya" balas Shida yang duduk keletihan. Sekarang mereke masing-masing sedang duduk berehat di kerusi yang disediakan di situ. Akibat keletihan si adik dan abang meneguk laju air yang dibekalkan oleh Pak Ngahnya.
"Alah kau ni. Tu baru jaga dua orang budak. Macam mana nak dapat 10 orang anak kalau macam ni" berkerut kening Shida apabila mendengar kata-kata Emey itu. Sobir yang kebetulan sedang meneguk air juga tersedak dibuatnya. Memanglah pernyatan itu bukan ditujukan kepadanya tetapi kenapa seperti dia terasa sama?
"Sejak bila pulak aku nak ada 10 orang anak? Bukan kau dengan Zatul ke yang bercita-cita nak ada 10 orang anak? Jangan nak membabitkan aku dalam perancangan masa depan korang eh. Oh ye, cakap pasal Zatul, kenapa dia tak ikut sekali?" tanya Shida pula.
"Dia kerja hari ni. Kita je yang cuti hari Isnin Shida. Lupa ke?" jawab Emey. Shida hanya mengangguk faham dan malas untuk membalas soalan Emey itu sebab Emey sendiri sudah tahu jawapannya.
"So lepas ni kita nak pergi mana pulak?" pertanyaan Emey itu ditujukan kepada Sobir yang sedang ligat melayan anak buahnya.
"Hurm.... apa kata kita tengok show burung. Show diorang nak mula kejap lagi" ajak Sobir sambil bangkit dari duduk memegang tangan si abang manakala Shida pula sudah mencapai tangan si adik untuk berjalan bersama. 
"Eh, korang tak nak ikut sama ke?" tegur Emey sebaik sahaja dia menoleh ke belakang Tika dan Fiona tidak beranjak dari tempat duduk mereka.
"Sini lah kejap Emey" panggil Fiona yang sedang leka memutarkan semula video yang baru dirakam tadi.
"Hah, ada apa? Kita cakap sambil jalan lah" lantas mereka bertiga setuju dan berjalan perlahan. Memastikan jarak mereka jauh dari SoDa couple.
"Kau rasa Shida berjaya ke pikat Sobir kalau dari gaya macam tu?" Tika mulakan perbincangan.
"Apa maksud kau? Aku rasa Shida dah berjaya ke step yang kedua di mana dia berjaya pikat hati anak buah Sobir" Emey memandang pelik ke arah Tika.
"Yalah, tu baru anak buah dia tapi cuba kau tengok sepanjang diorang berjalan, ada kau nampak diorang sembang-sembang macam kita bertiga berborak?" tambah Tika lagi.
"Ok, tak de. Maybe sebab diorang penat sangat jaga budak berdua tu" saat itu Emey terfikir apa yang baru Tika sebutkan tadi.
" Ok point kau pun ada betulnya tapi aku rasa kita kena buat something supaya ada 'spark' antara diorang." manakan tidak. Tika dan Fiona benar-benar mahu SoDa couple menjadi realiti.
"Kalau macam tu apa plan korang untuk adakan 'spark' tu" Tika tidak menjawab seketika persoalan Emey itu.
"Aku ingat kau ada plan sebab aku sendiri tak ada rancangan. Kau pulak Fiona?" Tika melontarkan pulak pertanyaan ke arah Fiona yang sedang leka dengan merakam videonya sendiri.
Fiona memerhatikan sekilas ke arah tempat duduk Sobir dan Shida memandangkan mereka sekarang betul-betul di belakang mereka sebelum Fiona tersenyum penuh makna.
"Macam nilah..."


# APA YANG THE TRIO TROBLEMAKER RANCANGKAN TU AND APA PULAK PLAN FIONA UNTUK SATUKAN SODA COUPLE? HINT EPISOD AKAN DATANG ADALAH TAHUN BARU CINA. I HOPE YOU ALL ENJOY THE EPISOD.

Isnin, 25 Jun 2018

(69) di belakang takbir kegembiraan Fiona

Mata Fiona terbuka luas apabila dia melihat Emey yang sedang duduk di bangku halaman rumahnya sedang ralit membaca part luahannya di dalam buku. (kalau korang nak tahu buku yang di maksudkan dalam ni adalah buku di dalam episod the sign of love) . Baru berura-ura Fiona mahu merampas kembali buku itu tetapi kedengaran suara Zatul pula memanggilnya dari arah dalam rumah. Terpaksalah Fiona mengalah. Memanglah Fiona yang bagi Emey baca rahsianya tetapi..... bukan part yang satu itu! Part dimana Fiona meluahkan segala amarahnya.
      Seperti yang kita tahu sekarang hanya Fiona dan Emey sahaja yang tahu segala cerita mengenai Shida, Sobir dan pasangan kembar iaitu Hairi dan Haris. Walaupun Emey bercouple dengan Zatul tetapi tak bermakna Emey akan menceritakannya dekat Zatul. Bukannya dia tidak percaya pada Zatul tetapi lebih baik jumlah yang tahu itu tidak banyak. Sebagai pertukaran rahsia Sobir kepada Fiona, Fiona terpaksa membongkar rahsia mengenai dirinya kepada Emey. Itulah bayaran yang Emey kenakan. Baginya tak cukup dengan rahsia mengenai Tika yang pernah menaruh hati kepadanya. Emey mahukan rahsia yang lebih besar. Sebab itulah mereka bertiga termasuk Zatul berada di rumah Fiona sekarang. Berjaya juga Emey pancing aweknya dengan alasan Fiona ada simpan rakaman dan gambar-gambar menarik mengenai SoDa couple. Untuk pengetahuan juga, Zatul merupakan peminat no.1 SoDa couple. Sejak Shida berkongsi cerita dengan Zatul ketika di Score A dulu mengenai Sobir, Zatul dah mula menyokong pasangan ni. Pernah juga Emey berasa tidak dapat menahan dirinya sendiri daripada bercerita mengenai SoDa couple itu. Tetapi walau sekuat mana pun perasaan itu, dia tidak mahu mengubah plot cerita hati ini. Dia perlu bersabar.

"Zatul, kenapa panggil aku?". Emey dapat mendengar suara Fiona yang menyahut panggilan Zatul dari luar.
"Oh, saje.... Nak berborak dengan kau" jawab Zatul sambil menjengguk Emey yang berada di luar. Emey tidak mahu Zatul perasan yang dia sedang memasang telinga lalu dia buat-buat sibuk membaca buku yang dibagi oleh Fiona itu.
"Oh....dah habis dah tengok gambar-gambar tu?" tanya Fiona, ditujukan kat gambar-gambar polaroid SoDa couple.
"Dah..pandai korang tangkap eh. Ni baru betul gambar candid..." balas Zatul. Fiona turut sama membelek gambar-gambar yang ditangkap secara senyap-senyap olehnya dan Emey.

Sementara Emey di luar sudah dalam dunianya sendiri. Baru Emey tahu sejarah hitam di sebalik kisah Fiona selama ini.
Seperti kita tahu antara The Trio iaitu Shida, Fiona dan Tika. Fiona perwatakannya lebih pasif atau tidak aktif (passive or inactive bak kata Shida). Bukan dengan semua orang Fiona tidak banyak cakap. Dengan orang yang dia belum rapat sahaja yang akan anggap Fiona begitu. Nak dipendekan cerita, sebenarnya Fiona pernah bercouple dan akhirnya putus hanya disebabkan Fiona tidak banyak bercakap. Padahal, lelaki itu putus dengan Fiona  supaya dia boleh couple dengan perempuan yang lebih hot berbanding Fiona. Yelah, ketika itu Fiona belum lagi tahu bab-bab makeup ni lagi. Bagi Fiona, alasan itu merupakan alasan yang tak masuk akal. Bukan sahaja Fiona malah Shida sendiri tak setuju dengan alasan itu. Selepas itu, Fiona tekad untuk balas dendam dengan cara biar lelaki itu terkejarkan dia balik. Itulah puncanya kenapa Fiona sangat expert bab kecantikan. Peristiwa sangat menyakitkan hati Fiona. Sebab itu jugalah wujudnya buku ni. Untuk meluahkan segala amarahnya.

"Emey!" tiba-tiba suara Fiona menyergahya.
"Apa?!" jawab Emey agak terkejut.
"Jadi ke kita esok nak pergi zoo?" tanya Fiona sambil melabuhkan diri di kerusi bertentangan denga Emey.
"Jadi, jadi" balas Emey sambil mata sempat menjeling ke arah Zatul yang sedang khusyuk melihat bunga-bunga di taman mini milik Fiona.
"Tapi kenapa zoo?" tanya Fiona lagi.
"Sebab Sobir kena bawa anak-anak buah dia sekali dengan kita. Akak dia ada hal. Abang ipar dia macam biasa tak ada kat rumah. So, dia kena lah cari tempat supaya dia senang nak jaga anak-anak buah dia"

#TERIMA KASIH KERANA MEMBACA. BERHARAP KORANG SUKA DENGAN EPISOD YANG KE 69 NI. PEMILIK BLOG INI AKAN CUBA MENULIS EPISOD YANG AKAN DATANG SECEPAT MUNGKIN. SO, BERHARAP KORANG AKAN SUKAKAN NYA JUGA. SEE YOU VERY SOON. 

Jumaat, 18 Mei 2018

(68) munculnya loveline di tempat kerja

                Cuaca yang panas terasa membahang dan membakar seluruh wajah dan tubuh milik Shida. Walaupun sudah masuk minggu ketiga Shida berkerja, tetapi dia masih belum biasakan diri dengan pakaian rasminya ini. Terburu-buru dia mencampak costume mascot nya ke bangku yang ada di dalam bilik persalinan rasmi squad maskot itu sebelum menjerling ke arah Kak Dina yang sedang ralit mencatit sesuatu.

"Kak Dina" tegur Shida yang sudah siap sarung baju kasualnya yang disimpan di dalam almari bilik persalinan itu.
"Iye" balas Kak Dina lembut tetapi matanya tetap tidak beralih.
"Kak Dina, orang pergi jumpa kawan orang kejap eh kat kaunter depan" pinta Shida sambil membetulkan tudungnya di hadapan cermin.
"Kawan biasa ke kawan istimewa?" usik Kak Dina. Kali ini matanya sudah tertumpu nakal ke arah Shida.
"Kawan perempuan lah Kak Dina... Ish...ni mesti Abang Kamil dah bawa gosip ni" jawab Shida dengan mata ditajamkan ke arah Kak Dina.
"Hahaha...siapa sangka akan betul-betul ada love line dalam theme park kita ni. Akak dengan abang Kamil dulu pernah terfikir juga macam mana kalau ada antara pekerja kita yang couple? Tak sangka pula orang tu Shida" geli hati Kak Dina mentertawakan Shida. Bagi dia Shida ni jenis mudah di sakat. Sebab tu dia dan Kamil tak henti-henti mengusik Shida.
"Apa akak ni....Orang dengan Sobir bukan bercinta lah. Kitaorang kawan je. Jangan percaya sangat cakap abang Kamil tu." dalih Shida. Walhal dalam hati dia, dah berbakul-bakul makian dilemparkan ke Fiona dan Tika. Sebabkan dua mangkuk hayun tu lah rahsia dia terbongkar dekat abang Kamil. Aish!!!
Melangkah sahaja Shida keluar daripada bilik persalinannya, dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket baju jaketnya.
            Dia tersenyum nipis apabila melihat ada 2 nama yang cukup dia kenali. 'Nenek kebayan' dan 'Shrek'. Sebenarnya, dua nickname tu ditujukan untuk Tika dan Fiona. Nenek kebayan untuk Tika sebab sesuai sangat lah dengan mulutnya yang kuat membebel tu manakala Shrek untuk Fiona disebabkan namanya yang sama dalam filem Shrek.
      Hahahaha..... Kalau difikirkan balik memang Shida suka letak nama-nama pelik kat dalam telefon nya. Dulu time kembar dulu pun dia suka letak nickname yang merapu sebagai contact name seperti contoh Black dan White. White untuk Haris kerana perangainya yang lembut hati manakala Black untuk Hairi sebab perangainya yang tak suka senyum.
       Dan sejak Sobir muncul dalam hidupnya, Sobir juga tidak lari dari mendapat nickname khas dari Shida. Nickname untuk Sobir lebih kepada.....
"Hah dah sampai pun kau. Ingatkan kau tak nak makan tadi" tegur Emey sebaik sahaja nampak kelibat Shida berjalan menuju ke arah mereka.
"Alah biasalah. Aku kenalah tunggu abang-abang tu habis dulu baru aku boleh chaw" balas Shida sambil mengerling ke arah Sobir yang sudah selesa duduk di sebelah Emey.
Kebiasaanya waktu rehat, waktu untuk mereka berlima bergosip. Hurm....maybe berempat tak termasuk Sobir. Sebab Sobir lebih suka mendengar daripada membawang. Tak seperti Emey. Ada sahaja bahannya untuk membawang.

Fiona: So, cuti Isnin ni kita nak buat apa?

Shida:Tidur sepanjang hari

Tika: Please Shida... Produktif sikit

Sobir: Apa kata kita pergi zoo?

Emey & Fiona & Shida & Tika: Zoo???!!!

Masing-masing terkejut dengan idea Sobir itu. Yela, dah la Sobir jarang bercakap. Sekali bila bercakap..... Terkedu semua.

Emey: Kita semua bukan budak 4 tahun Sobir

Shida: Habis tu kalau kau tak nak. Kau bagilah idea.

Shida membela Sobir. Walhal Shida sendiri pelik dengan idea Sobir tu. Apa time kecik-kecik dulu Sobir tak puas ke pergi zoo?

Fiona: Kita pergi jalan-jalan makan jelah

Tika: Hah, good idea.

Fiona sudah tersenyum lebar apabila ada yang menyokong ideanya.

Tika: memandangkan kau yang nak belanja

Fiona: Wei!!! Apa ni!

Sesedap rasa menampar Fiona diberikan dengan penuh kasih sayang ke lengan Tika. Tika sudah mengaduh kesakitan sambil mengosok-gosok lengannya yang sakit itu. Emey dan Shida sudah ketawa melihat adegan Fiona dan Tika itu. Sobir juga turut tersenyum kerana terhibur.

Shida: Lagipun ada orang tu kena belanja aku makan. So kalau kita pergi, kira settle lah hutang orang tu.

Mata Shida sudah menjeling tajam ke arah Fion dan Tika yang berada disebelahnya. Serentak dua sekawan itu membisu.

Sobir: Siapa orang tu?

Emey: Fiona dengan Tika

Oh lupa nak bagitahu, semasa sesi pembongkaran rahsia itu terjadi, Emey antara penontonnya tetapi ketika itu Emey langsung tak buka mulut. Jadi Emey terselamat dari kena jadi mangsa untuk memujuk Shida. Untuk pengetahuan juga, Shida merajuk hampir 3 hari tak bertegur dengan Fiona dan Tika kerana membongkarkan rahsianya di depan abang Kamil dan abag Ehsan.

Sobir: Kenapa diorang kena belanja Shida?

Masing-masing terdiam....Tak tahu nak jawab apa dengan persoalan Sobir itu.

#MAAF KERANA MENUNGGU LAMA.






Ahad, 25 Mac 2018

(67) Work for love

"Shida, ke sini jap" panggil Abang Kamil selaku ketua squad maskot.
Oh ye lupa pulak nak cerita, seperti yang kita tahu Shida and the geng akan berkerja sebagai pekerja partime di sebuah taman tema air yang cukup terkenal di Melaka dan Alhamdulillah mereka berlima diterima bekerja... Sobir dan Emey dimasukkan ke dalam squad life guard. Yalah disebabkan mereka berdua lelaki dan mereka mempunyai kelebihan dalam berenang. Untung lah...
Tika dan Fiona pula dimasukkan ke dalam squad cashier. Itu lagi untung. Dapat duduk dalam ruang yang ada penghawa dingin walaupun ruang cashier tu kecil je. Tapi bagi Shida, Fiona dan Tika cukup beruntung dapat dimasukkan dalam squad pengurusan.
 Manakala Shida pula......Huh.....disebabkan semua squad sudah cukup ahlinya dan hanya 1 squad ni sahaja yang memerlukan lebih kakitangan, Shida dimasukkan dengan relanya walaupun dalam hati Shida, dia berasa agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan gengnya. Terutama sekali dengan dua sahabat karibnya, Fiona dan Tika. Squad Maskot. Itulah pilihan yang ada buat Shida. Sebab itulah masa interview tempoh hari, bila giliran Tika dan Shida mengambil masa yang agak lama kerana mahu menentukan siapa yang beruntung masuk ke dalam squad maskot itu. Hah, nak tahu bagaimana Shida terpilih dimasukkan dalam squad itu berbanding Tika? Alasannya, Shida lebih berat daripada Tika. (Ketika itu Tika tidak kering dari membahan Shida dengan mengatakan Shida gemuk. Padahal berat Shida adalah ideal). Berbalik kepada squad maskot, untuk memakai maskot pun kena ada ciri-ciri tertentu gak. Takut nanti tiba-tiba tumbang. Dahlah panas bila pakai maskot tu. Jadi, begitulah ceritanya. Squad Maskot mempunyai 4 ahli. Shida, Abang Kamil, Kak Dina dan Abang Ehsan. Abang Kamil yang selaku ketua squad maskot dan juga merupakan ahli tertua (padahal umur abang tu baru nak masuk 30 tahun), perwatakannya peramah dan mudah mesra dengan orang. Membuatkan Shida jadi lega hati. Senanglah dia mahu bekerja nanti dan menurut Kak Dina, Abang Kamil sebenarnya sudah bertunang dan sedang mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga. Abang Kamil juga sebenarnya bertugkus-lumus melakukan pekerjaan sambilan yang lain. Kak Dina, ahli yang paling rapat dengan Shida. Kak Dina ni sekarang sedang mengandung 3 bulan. Jadi, disebabkan itu, Shida lah yang menggantikan tempat Kak Dina. Sementara Kak Dina sedang mengandung, Kak Dina cuma menguruskan keperluan squad maskot sahaja dan mendapat pengecualian daripada memakai maskot. Dalam hati Shida timbul perasaan cemburu kerana Kak Dina tidak perlulah berpanasan daripada memakai maskot. Abang Ehsan pulak perwatakan yang agak pelik. Menurut Kak Dina, sebab kenapa Abang Ehsan lebih memilih pekerjaan ini berbanding pekerjaan lain adalah disebabkan minatnya terhadap anime. Otaku rupanya-rupanya Abang Ehsan ni. Tapi sayanglah,bagi Shida Abang Ehsan mempunyai rupa paras yang agak menarik (tidak dinafikan lebih hensem daripada Sobir sebenarnya) dan memandang Abang Ehsan baru berumur 20 tahun kalau Shida mahu usya pun, tak salahkan? Hehehe. Bergurau je. Hati Shida tetap pada Sobir. Tak kan beranjak ke mana-mana. Walaupun terpaksa melangkah seribu kali, Shida sanggup. Hatinya sudah terpaut. Tidak boleh dibuat apa-apa. Sebenarnya sebelum ini squad maskot mempunyai ahli yang ramai tetapi malangnya ramai antara mereka merupakan pekerja partime seperti Shida. Jadi, ramailah yang sudah meninggalkan squad maskot ini dan yang tinggal hanyalah mereka berempat.
"Ya, ya" jawab Shida apabila Abang Kamil memanggilnya. Tentu Abang Kamil mahu menerangkan tentang bahagian tugas Shida.
"Ni maskot Shida dah sampai. Untuk Shida, Abang nak Shida pakai maskot baru ni. Maskot Dina tu dah lama. Memang kitaorang nak tukar pun dari dulu tapi Dina yang tak nak. Katanya sayang. Budak-budak dah selesa nampak maskot tu. Jadi ni maskot rasmi Shida. Shida try lah pakai dulu. Dina, tolong Shida ni eh." terang Abang Kamil kemudia berlalu pergi. Memberi ruang kepada Shida untuk menukar uniform.
Dalam Kak Dina menolongnya untuk zipkan maskot barunya, dalam hati Shida sempat berfikir
"Bagaimanalah keadaan Sobir dalam squad life guard?"

#TERUSKAN MELANGKAH KE EPISOD SETERUSNYA.....

Isnin, 19 Mac 2018

(66) Taman di mana adanya tiga kuntum bunga

"Uuuuu, malunya" sebelum Tika sempat pulih daripada keadaaan malunya, riak bahagia di wajah Shida terpamer habis. Bahagia dia dapat usik kawan dia yang seorang itu. Tapi bila difikirkan betul-betul sebenarnya sign true love Tika takdelah nampak macam ada apa-apa yang abnormal. Shida sengaja mengusik lebih-lebih.
"Oh, aku baru perasan kenapa kau boleh TERminat kat Emey" sengaja perkataan ter itu dipekatkan. Shida makin galak mengusik Tika. Habis semua ratio bajanya hilang. Walaupun hari ni merupakan hari Ahad, tetapi seperti biasa ibubapa Fiona sentiasa tiada di rumah. Jadi Shida dan Tika bercadang untuk melepak di rumah Fiona sambil menemankan Fiona berkebun. Shida yang sentiasa sedia membantu Fiona, menolong Fiona dengan membaja pokok bunga yang ada. Tika sempat mengusiknya kerana Fiona baginya tugas yang busuk-busuk. Sebab itulah Shida menyakatnya pulak. Sesi membalas dendam dalam erti kata lainnya.
"Apa yang kau perasan?" Fiona yang lagi tadi memeriksa semua kerja Shida menjadi ingin tahu mengenai perbualan antara mereka berdua itu.
"Aku perasan yang Emey ada ciri-ciri lelaki yang Tika suka." balas Shida sambil memberi sedikit ruang kepada Fiona untuk memeriksa kerjanya. Walaupun dia tahu baja yang baru dia letakkan tadi, bukannya betul pun nisbahnya tapi tak pe. Shida tahu Fiona akan membetulkan kerjanya. Al-maklumlah. Shida ni bukan nya tangan hijau macam Fiona. Fiona semua benda boleh buat. Shida??? Main catur dia retilah. Kalau bab berkebun ni, tak kuasa dia nak menghabiskan masa berjam-jam kat luar demi membaja, menyiram. Dia lebih rela disuruh memasak daripada dipaksa untuk berkebun.
"Maksud kau?" tanya Fiona lagi sambil membetulkan kedudukan pasu bunga orkid kesayangannya. Untuk pengetahuan, pokok bunga orkid yang satu ini, benihnya dihadiahkan oleh Shida untuknya. Sebab itu warnanya ungu. Warna kegemaran Shida. Shida tahu yang Fiona memang suka menanam. Sebab itu dia hadiahkan Fiona benih itu dan hasilnya, bunga orkid itu mekar elok sahaja di taman mini milik Fiona itu. Mewarnai halaman rumah Fiona yang begitu luas.
"Tika kan suka lelaki yang matang. Sebab itu kau ingat tak Fiona, kita dulu pernah usik dia pasal sugar daddy?" suara Shida semakin galak cerianya. Tika yang lagi tadi membetulkan batu-batu kecil yang membentuk seperti satu laluan di taman itu terus terhenti dan memberikan satu renungan maut ke arah Shida. Shida kemudiannya buat-buat sibuk menolong Fiona mengalihkan pasu-pasu bunga itu supaya kelihatan lebih kepada 'free spirit'.
"A'ah lah! Aku ingat, aku dah ingat. Kita selalu usik dia kalau-kalau jodoh dia dengan lelaki tua. Hahaha.... Kelakar lah time tu" Fiona menjadi geli hati apabila terkenang zaman-zaman di mana sign true love itu baru diwujudkan.
"Fiona...apa ni. Tak aci. Sepatutnya kau bela aku. Bukannya ikut sama dengan Shida menyakat aku" Tika sudah mencebik sambil menanggalkan sarung tangannya dan berlalu duduk di bangku kecil yang ada di taman itu.
"Alah Tika yang kuat merajuk, kitaorang bergurau je lah. Yalah mana taknya. Time kita form 1 dulu, kau sibuk berkapel dengan senior-senior form 6. Dah lah tu, kalau muka hensem, poket penuh tak pe gak. Ni mamat nerd yang asyik dengan buku je gak kau pilih. Entah apa-apa lah" kata Shida sambil membantu Fiona mengemas peralatan berkebun masuk ke dalam rak yang berada berdekatan dengan situ.
"Nerd-nerd pun. At least diorang matang. Tak adalah macam kapel korang dulu. Eh Fiona, pokok yang sebelah sana tu kau tak baja ke?" balas Tika tetapi masih fokus melihat Fiona bertungkus-lumus berkebun.
"Yang sebelah sana tu memang aku sengaja tak baja. Tak semua pokok bunga kena dibaja hari ni. Setiap pokok bunga lain cara jaganya"kata Fiona sambil merenung kedua-dua tangannya yang kotor itu dan kemudia berlalu ke arah paip untuk membasuh tangannya.
"Jadi sebab tulah kau tak nak usya Emey dulu? Sebab dia sebaya dengan kita?" Shida cuba meneka.
"A'ah.... Walaupun Emey memang nampak matang tapi aku kalau boleh nak cari yang lagi tua dari kita. Eh, Fiona dah siap berkebun ke?" balas Tika dan kemudiannya pelik Fiona sudah duduk di sebelahnya.
"Dah... Cukuplah untuk hari ni. Aku berkebun pun sebab saja nak hias halaman rumah aku ni. Kalau tak kosong je" Fiona cuba tidak masuk campur lagi dengan perbualan mengenai Emey. Takut-takut dia terlepas cakap ke. Fiona kalau dengan Shida dan Tika, mana boleh kalau tidak bergosip. Sentiasa ada sahaja benda yang menjadi bahan perbualan.
"Jadi kau berkebun ni sebab kau nak ada benda kat luar ni jelah?" tanya Shida tidak percaya dengan apa yang baru Fiona katakan tadi. Sekali gus mengubah topik perbualan. Mana tak nya, dia punyalah penat-penat menolong Fiona tapi bagi Fiona berkebun ni cuma sekadar untuk kecantikan sahaja? Memang Fiona lah tu kalau bukan pasal kecantikan.
"So....dah ready untuk berkerja lusa?" pertanyaan Fiona itu membuatkan Shida dan Tika sama-sama mengeluh. Esok merupakan hari pertama mereka bekerja. Entah macam manalah rupanya.

#BAGAIMANA HARI PERTAMA SHIDA BEKERJA? NANTIKAN EPISOD AKAN DATANG

Ahad, 11 Februari 2018

(65) Beware. Segala-galanya ada maksud yang tersurat.

Hati Fiona sedih mengenangkan usaha keras Sobir itu. Fiona merenung Sobir tanpa lepas sampailah Emey datang menegurnya.
"Kau dah kenapa Fiona? Tak suka ke dengan kerja tu?"
Kini, mata milik Fiona berpaling arah ke Emey pulak. Mereka semua sedang menunggu Tika dan Shida keluar dari interview. Entah kenapa, bila tiba giliran mereka berdua, jadi lama lah pulak.
"Emey...jujur lah. Kau dengan Sobir dah kawan sejak bila?" Fiona ketika itu lebih kepada memujuk hatinya sendiri dengan mengatakan, mesti ada sebab kenapa Sobir bertindak sebegitu.
"Huh? Dah kenapa pulak kau tanya tiba-tiba ni?" Emey menjawab dengan pertanyaan juga.
"Mesti kau dah tahu semua ni kan. Siapa parents Sobir sebenarnya. Siapa kawan dia time dia kecik dulu. Apa kenangan terindah dan terpahit dia. Yalah, kau kawan baik Sobir. Tipulah kalau Sobir tak cerita kat kau" tanpa berdolak dalih Fiona mengungkap kannya.
Emey terdiam. Dia tak tahu nak memberikan komen apa lagi. Nampaknya seperti Fiona sudah tahu. Dia melepaskan keluhan yang panjang sebelum menerangkannya kepada Fiona.
"Aku kawan dengan Sobir dari form 1 lagi. Sebab kitaorang 1 kelas. Tapi time form 3 kitaorang tak rapat sangat sebab aku terpaksa turun kelas. Tapi bila dah form 4, satu kelas balik. Yes, aku kenal dan aku tahu siapa parents Sobir. Aku tahu nama-nama kawan Sobir time dia kecik dulu. Sobir pernah cerita, kenangan terindah dia dulu, saat dia kenal seorang budak perempuan ni. Dia jadi rapat dengan  budak tu tapi ada satu detik tu buatkan semuanya berubah. Membuatkan semua kenangan terindahnya menjadi kenangan terpahit bagi budak perempuan tu. Jadi nak tak nak, Sobir dan budak perempuan tu terpaksa melupakan semua kenangan yang ada. Termasuklah kenangan ketika diorang bersama. Untuk pengetahuan kau, Atok Shida sendiri dah tahu siapa Sobir. Kalau kau nak tahu juga, sampai sekarang Atok Shida still mengharapkan Sobir untuk jaga Shida. Tapi Fiona, macam mana kau tahu semua ni?"
Fiona hanya tersenyum nipis sambil menghalakan pandangannya ke arah lain.
"Aku selama ni main teka-teki dengan diri aku sendiri. Aku curious gila kenapa Sobir rahsiakan pasal parents dia dan kenapa dia tak tanya lebih-lebih time Shida pernah pengsan dulu. Dia macam memahami betapa sensitifnya Shida kalau cerita pasal kembar tu. Dari situ aku cuba sambung-sambungkan dan aku baru sedar semua ni macam ada kaitan. Dan dari situ gak, aku teringat yang Shida memang ada cerita pasal dia ada kawan time dia kecik dulu. Shida ingat yang budak tu bukan Hairi dan Haris. Budak tu maybe jiran lama Atoknya tapi Shida tak sedar sebenarnya....." lidah Fiona seperti terkelu untuk meneruskan ayatnya. Bukannya Fiona mati akal, dia cuma tidak berani mengungkapkan nya sendiri.
"Budak tu sebenarnya anak kepada orang gaji di rumah Atok Shida" Emey menyambungkannya bagi pihak Fiona. Emey memahami betapa terkejutnya Fiona dapat tahu semua ini sebab dulu ketika Emey dapat tahu , dia juga terkejut seperti Fiona.
"Tapi satu yang aku tak tahu. Siapa yang sebenarnya sabotaj Sobir dan Shida time Hari Sukan dulu?" tanya Fiona tanpa perlu berselindung lagi kerana baginya, semua itu sudah terbongkar.
"Hairi...." Fiona automatik memandang Emey dengan muka tidak percaya.
"Huh?" tanya Fiona untuk kepastian.
"Hairi punya angkara. Dia still contact dengan geng dia yang ada kat sekolah kita. Dari apa yang Sobir cerita, Hairi memang dah tahu siapa Sobir sebenarnya. Tapi kemalangan tu sebenarnya bukan untuk cederakan Sobir. Ia lebih nak jatuhkan Shida tapi Sobir macam dah boleh agak rancangan dioranrg, sebab tu Sobir yang ambil risiko." terang Emey.
"Oooo......" Fiona kembali dengan muka gelisahnya. Siapa sangka Hairi yang dulu di anggap kawan baik kepada dia dan Shida, sanggup melakukan perkara kejam seperti itu.
"So...kau dah tahu semua ni. Kau jangan nak bagitahu Shida pulak. Aku tahu korang kawan baik. Rapat macam belangkas. Tapi biarlah masa yang bongkarkan. Sobir pun perlu ambil masa dia untuk bagitahu semua ni. Bukan mudah dia nak bagitahu Shida. Alamat kalau benda ni terbongkar, tak cukup 1 hari Sobir nak menceritakannya kat Shida. Mahu sebulan" tentulah Emey sudah menimbangkan kemungkinan itu.
"Tapikan...macam tak fair lak. Aku dah bagitahu kau semua rahsia besar tapi aku tak tahu apa-apa pun pasal kau dan aku tak dapat apa-apa pun sebagai balasan. So, giliran kau pulak bagitahu aku rahsia kau supaya kita sama-sama tak bocorkan rahsia masing-masing." Emey dan Fiona membuat perjanjian.
"Aku tak tahulah ni rahsia ke tak bagi kau tapi janji jangan bocorkan." baiklah, giliran Fiona pulak membongkarkan rahsia.
"Ye aku janji tak bagitahu siapa-siapa" macam yang dirancangkan oleh mereka berdua. Masing-masing berpegang pada janji.
"Sebenanrnya kan. Tika pernah minat kat kau. Sebelum kitaorang dapat tahu kau dah kapel dengan Zatul"
"Hah?!!!!!"

#CERITA HATI MASIH BELUM ADA PENGAKHIRANNYA. NANTIKA EPISOD AKAN DATANG

Isnin, 5 Februari 2018

(64) Indahnya dunia jika kau juga turut ada di sampingku

"Kau ni dah kenapa Sobir?" ungkap Emey sebaik sahaja Sobir keluar dari rumahnya menyandarkan diri di keretanya. Seperti yang di janjikan oleh mereka berlima tempoh hari untuk mengikuti interview partime di Melaka Wonderland. Emey juga sudah janji untuk mengambil 3 anak dara itu di rumah masing-masing sementara Sobir pada cadangan awalnya mahu memandu kereta sendiri ke sana. Sobir sebenarnya tak nak 3 perempuan tu tahu tentang kereta barunya. Yalah, sekali pandang memang orang tak percaya bahawa kereta itu dimiliki oleh seorang lelaki yang baru nak masuk usia 18 tahun. Kereta itu pun bukan atas usahanya sendiri. Pemberian dari majikan orang tuanya juga. Keluarga Sobir biasa-biasa sahaja.
"Aku tak tahu lah nak bagi benda ni kat dia macam mana?" balas Sobir dengan suara mendatar.
Emey yang masih duduk di dalam kereta dengan pintu terbuka menjenguk apa yang di sebalik tangan kiri Sobir itu. Oh buku nota milik Shida rupanya. Sebelum ini pun Sobir pernah juga bercerita dengannya di whatsapp mengenai buku nota ungu itu.
"Kau bagi jelah kat dia. Cakap yang kau selama ni terlupa nak pulangkan kat dia. Tak pun kau tipulah dia yang kau baru jumpa cikgu displin pagi tadi dan cikgu baru bagi kat kau" saran Emey. Sobir hanya mengeluh lalu di tatapnya buku nota ungu itu. Emey hanya menggeleng."
"Rilek lah bro. Macam tak biasa pulak kau tipu dia. Setahu akulah, kau dah tipu dia lebih dari yang aku tahu kan?" ejek Emey cuba menceriakan suasana dan ternyata Sobir termakan umpannya. Sobir memukul lembut bahu Emey dengan buku nota di tangannya sambil menyorok senyuman yang semakin melebar.
"Eleh-eleh....Kau tak payah nak cover-coverlah dengan aku. So, apa kata sekarang ni kau ikut jelah aku naik kereta ni. Tak payah nak berlagak dengan aku bawak kereta baru kau tu" ungkap Emey lagi.
"Yalah,yalah. Aku ikut kau. Kejap, aku nak bagitahu kakak aku dulu" balas Sobir sambil berlalu pergi meninggal Emey dikereta sementara dia bersiap dan meminta izin daripada kakaknya mahu keluar sebentar. Selepas beberapa minit, kelihatan Sobir keluar dengan membawa beg galas yang disilangkan dibadannya. Dahi berkerut seribu memerhatikan langkah Sobir sehinggalah Sobir sudah duduk di sebelahnya. Sobir mengangkat kening menujukkan tanda kenapa.
"Aik.... Tak pernah-pernah kau keluar bawa beg. Ni kenapa hari ni baru nak bawa? Bawa fail je dah lah. Macam aku ni hah." Emey menunjukkan fail hijaunya yang berisi dokumen peribadi untuk sesi interview nanti.
"Ish kau ni.... Tak kan lah aku nak letak buku Shida dalam fail macam tu je. Dah confirm-confirm lah boleh nampak sebab fail macam ni kan transparents. Sebab tu aku terpaksa bawa beg. Kalau tak, tak ada makna nya. Aku pun rimas nak kena gendong-gendong ni" balas Sobir.
"Dah, sekarang kita nak ke mana pulak ni?" tanpa berlenggah Sobir terus menanyakan destinasi seterusnya.(Walaupun bukan dia yang memandu)
"Sekarang ni kita pergi rumah Fiona dulu baru pergi rumah Shida. Last sekali rumah Tika"
Sobir hanya mengangguk-angguk mendengar jawapan Emey.
Kereta Perodua Alza milik Emey sudah berhenti. Itu bermakna mereka sudah sampai betul-betul di hadapan rumah Fiona. Emey mematikan enjin kereta dan tiba-tiba telefon milik Sobir berbunyi menandakan ada panggilan. Dengan kelam kabut Sobir menyeluk-nyeluk begnya. Tangannya terus mencari-cari telefon bimbitnya. Yalah, tak pernah-pernah dia letak telefonnya dalam beg. Itu yang dia kelam kabut sikit. Selalunya dia selit aje di poket seluar tetapi disebabkan tadi nak cepat kerana takut Emey akan menunggunya lama. Itu yang dia main campak aje dalam begnya. Apabila tangan sudah bertemu dengan objek yang diacrinya, dia terus mencapainya lalu terburu-buru keluar daripada kereta.
Sementara Sobir sedang mengangkat panggilan, Emey juga turut keluar daripada kereta dan terus menekan loceng rumah Fiona. Selepas beberapa minit, Fiona keluar dengan berpakaian kemas serta solekan ringkas. Tidak seperti selalu. Selalunya Fiona kalau keluar untuk berjalan-jalan, akan pakai high heels. Tak pun solekan tebal walaupun Emey tahu perempuan memang tak boleh lari daripada bermakeup tetapi bagi Emey, Fiona sudah cukup cantik walaupun tidak pakai makeup tebal-tebal. Yalah, Fiona kan ada darah kacukan. Lagilah....Tapi bukan pada pandangan Emey sahaja. Sebenarnya Shida dan Tika juga berkongsi pendapat yang sama. Tapi apa boleh buat. Citarasa orang. Buat apa kita nak sibuk. Ye tak?
"Kau masuk dulu Fiona, aku nak panggil Sobir jap. Tadi dia tengah bercakap kat telefon. Jauh pulak dia perginya." ucap Emey kepada Fiona sambil memerhati di mana Sobir menghilang. Fiona masuk ke dalam badan kereta seperti yang diarahkan Emey dan tiba-tiba.....
Mata Fiona menangkap sesuatu objek yang dia cukup kenali. Objek itu berada di tempat duduk hadapan. 'Sobir punya ke?' detik hati Fiona.
Dia memerhati sekeliling sebelum perlahan-lahan tangan nya menarik objek itu keluar daripada beg galas. Mungkin ketika Sobir sedang kelam kabut mencari telefon nya, dia tidak perasan yang begnya terbuka luas sehinggakan boleh nampak barang di dalamnya.
"Ni bukan buku Shida ke?"

#SECAWAN TEH TERASA PAHIT TANPA GULA. BERSAMBUNG DI EPISOD AKAN DATANG...

Sabtu, 20 Januari 2018

(63) kafe semanis cinta

Sambungan episod menanti di cerita hati
"Please Zatul..."
Hari di mana segala keindahan bertukar menjadi realiti...
Kotak berwarna coklat cerah itu kini bertukar tangan.
"Terima kasih banyak-banyak tau Zatul" ucap Shida berulang-ulang kali kepada Zatul.
"No hal lah. Small matter je ni" balas Zatul sambil tersenyum manis.
"Hei, Zatul. Cepatlah. Nanti Sobir lalu nampak kita kat sini lagi, masaklah kita." kedengaran partner bertugas Zatul memberi amaran, Zatul terlebih dahulu  meminta diri untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas.
"Partner aku dah panggil tu. Aku pergi dulu eh"
"Ah, terima kasih sekali lagi tau"
Zatul berlalu pergi dan juga mahu menjalankan misi rahsia Shida itu. Di dalam fikiran Shida pula tengah sarat.
Apa reaksi Sobir bila dapat hadiah tu ye? Suka? Tertanya-tanya? Atau hadiah tu terlalu simple bagi bagi dia?

*********************************************************************************
"Hei awak. Apa yang kat tangan awak tu? Hadiah ke?" tanya satu suara garau yang memang lagi tadi menunggu kehadiran Zatul di dalam kelas itu. Untuk pengetahuan, kelas itu juga merupakan kelas Sobir.
"Ish...tak ada apa-apalah. Awak tak turun lagi? Ni kalau Sobir tau, mati awak kena kerja dengan dia. Dah pergi turun sana" ucap gadis itu dengan tangan seperti disorokkan.
"Alah, berani ke Sobir tu nak kerjakan saya. Saya ni bff dialah. Lagipun dia dah tahu kita selalu jumpa dalam kelas ni. Saya pun tak lama jumpa awak ni, saya just nak bagi ni je. Nah, air." pemilik suara itu menghulurkan air kotak ke Zatul. Zatul menyambutnya dengan senyuman paling mekar. Bahagia rasanya bila ada orang yang caring terhadapnya.
"Thank you..."
"My pleasure. Ok lah, saya nak turun ni. Awak hati-hati bertugas tau. Jumpa lepas sekolah eh" balas pemilik suara itu dan melangkah keluar dari kelas itu.
"Hurm...awak. Nak tanya tempat duduk Sobir kat mana?" tanya Zatul dan membuatkan pemilik suara itu terus menghentikan langkahnya.
"Kenapa tiba-tiba awak nak tahu tempat duduk Sobir?" pemilik suara itu mengerutkan dahinya.
"Tak adalah, bukan selalu Sobir duduk sebelah awak ke? Ni rasanya bukan beg Sobir kan?" Zatul menjadi gelisah bila soalan itu muncul.
"Tak adalah. Tu memang beg Sobir pun" jawab suara itu lagi.
"Oh, ok. Dah pergilah. Kang ada pelajar lain nampak kang susah" leter ringkas Zatul lantas menghalau suara itu untuk beredar dari situ. Sebaik sahaja tiada siapa di kelas itu, Zatul menjalankan misnya. Dia meletakkan hadiah itu di bawah meja Sobir dan kemudian cepat-cepat beredar dari kelas itu kerana takut pengawas lain nampak kelakuannya.


Sambungan episod Hari yang di mana daripada kawan menjadi crush
"Apa??? Jadi pengawas yang kau minta tolong dulu tu sebenarnya awek Emey?" soal Tika sampai bergema suaranya di dalam Cafe Royal Green itu.
"Yup...tapi time tu aku sendiri pun tak tahu yang diorang berdua dah couple. Aku kenal Zatul dari Kem Score A  dulu" saat mendengar jawapan dari mulut Shida, Fiona merenung sinis ke arah Tika lalu berkata,
"Nasib baik kan Tika, kau tak usya?"
"Apa yang kau merepek ni Fiona?" Tika cuba berdalih sambil meminum kopi ais latte nya.
"Eleh buat-buat tak tahu pulak. Nak aku buka cerita ke? Meh sini aku buka kedai kopi baru ye. Lagi pun Shida tak tahu lagi pasal ni"sakat Fiona.
"Wait..wait..wait... Huh? Seriusly kau pernah nak try Emey?" Shida menjadi excited pulak lepas mendengar informasi yang diberikan oleh Fiona itu. Informasi yang benar-benar tak disangkakan.... Oh...pandai eh kawan dia yang satu ini menyorokkan dari pengetahuannya.
"Cerita dia macam ni...." baru berura-ura Fiona nak memulakan gosip, Tika terlebih dahulu menahan.
"Ye-ye... Aku mengaku. Aku dulu pernahlah terfikir nak try Emey...tapi just terfikir. Terfikir je. Tak terniat pun nak memulakan langkah"pengakuan Tika itu sekaligus membuatkan mata Shida terbuntang dan reaksi Shida itu disambut dengan gelakan kecil milik Fiona. Fiona begitu terhibur dengan ekspresi wajah Shida ketika itu malah dari dulu lagi Fiona dapat jangka reaksi Shida sebegitu rupa bila dapat tahu mengenai kes Tika ni.
"Wow...beyond my mind Tika...Apa kes dengan sign love kau dulu hah?" ungkap Shida yang sudah memberi seratus peratus perhatian terhadap gerak geri Tika yang berada di hadapannya.
"Sign love?" terkesima Tika mendengar kenyataan itu.
"Dulu bukan sebab kau ke kita mula buat sign yang insane tu?" tambah Fiona pula.
"A'ah lah...Aku baru teringat pasal sign love kita yang entah tak apa-apa tu"ungkap Tika lagi.
"Rasanya Emey tu macam dah lari je dari sign love kau dulu Tika. Ke kau da tak ingat sign love kau sendiri Tika?" Shida mengingatkan kembali mengenai sign love Tika.

#TAMBAHAN MENGENAI ZATUL DAN TIKA PULA DI EPISOD KALI NI. EPISOD AKAN DATANG PASAL APA PULAK YE? BERSAMBUNG.....

(62) menanti di cerita hati

Sambungan episod 1 bahagian cerita hati mengenai kotak misteri
"Emey!" panggil Shida taktala Emey lalu di barisan kelasnya. Seperti biasa, rutin setiap pagi. Semua pelajar dikehendaki beratur di dataran sebelum masuk ke kelas dan memang tugas Emey pun sebagai pengawas menjaga kawasan dataran tingkatan 5 itu. Nasib baik Shida berdiri di barisan paling belakang. Standard Shida and the geng lah berdiri di barisan paling belakang. Senang nak berborak. Fiona dan Tika yang berdiri bersebelahan dengan Shida ketika itu hanya memandang. Yalah, barisan kelas Fiona dan Tika bersebelahan sahaja dengan kelas Shida. Boleh dikatakan kelas Shida diantara kelas Fiona dan Tika. Emey terus pergi ke arah Shida dengan muka agak berkerut. Yalah, tak pernah-pernah Shida panggilnya di dataran ini. Selalunya bila semua kelas dah bersurai baru Shida memanggilnya. Emey hanya membuat isyarat kepala yang menunjukkan ada apa.
"Siapa pengawas jaga blok B?" tanya Shida sebaik sahaja Emey mendekatinya. Makin berkerut muka Emey dibuatnya dengan persoalan Shida itu. (untuk pengetahuan, pada masa ini Emey belum tahu pasal Shida yang ada hati dekat Sobir)
"Aik....tak pernah-pernah kau tanya aku pasal pengawas. Tiba-tiba pulak. Kenapa?" ungkap Emey sambil memerhati sekeliling.
"Alah...jawab jelah siapa. Sebelum ni aku nampak Sobir yang jaga. Dia masih jaga lagi ke?"
"Hurm....awal-awal tahun hari tu memang Sobir yang jaga tapi entah kenapa sejak dua menjak ni dia dah tukar dengan Zatul. Dia jaga gate depan, Zatul yang jaga blok B. Kesian Zatul jadi mangsa keadaan"
Ketika Shida mendengar Emey menyebut hal mengenai Sobir tiba-tiba mahu menukar kawasan tugas, Shida dalam hati sempat bermonolog dalam hati,
"Ni mesti lepas dia dah kenakan aku time aku pernah datang lambat hari tu, dia terus tukar nak jaga gate pulak supaya senang lah dia buli aku lagi"
Emey memandang pelik ke arah Shida yang di sebelahnya selepas dia tidak mendengar apa-apa respond darinya.
"Shida, dengar tak apa yang aku cakap tadi?" tanya Emey ragu.
"Huh? Dengar. Dengar." Shida kembali sedar dari lamunannya tadi.
"So, sekarang ni Zatul lah yang jaga? Ok tq for the information" itu sahaja jawapan Shida.
Kali ini Emey benar-benar terkedu. Dia tidak tahu apa yang bermain difikiran Shida dan apa kaitannya dengan pengawas yang jaga blok b? Saat itu, Shida cuba menyusun langkah di dalam kepalanya untuk meminta tolong kepada Zatul tapi nak diikutkan sebenarnya senang sebab Zatul sendiri sebenarnya sudah tahu mengenai perasaannya terhadap Sobir.

#NANTIKAN EPISOD AKAN DI DATANG....

Rabu, 17 Januari 2018

(61) 1 bahagian cerita hati mengenai kotak misteri

Sambungan dari episod menuju ke perhentian cinta sebelum melangkah ke hatimu..
Shida menampal kemas ribbon di atas kotak yang berwarna coklat itu. Shida memastikan juga isi di dalam terletak kemas. Sekali lagi, Shida membuka kotak itu untuk memastikannya. Shida membawa keluar buku nota berwarna coklat itu dari isinya. Dengan berhati-hati Shida pegang dan merenungnya.
"Buku...Aku tak mampu nak luahkan perasaan aku sekarang sebab waktu tak mengizinkan aku. Bukan sahaja waktu, malah Atok, Ibu, dan..kalau lah 'dia' tahu yang hati aku dah berubah...mesti dia terkejutkan? Jadi,buat masa sekarang, kau lah permulaan kepada luahan aku nanti. Perlahan-lahan aku akan cuba rebut hati dia. Walaupun aku tak tahu adakah hati dan perasaan aku akan tetap sama seperti sekarang tapi satu benda yang aku yakin. Aku tak akan menyesal mengenali kau Sobir. Malah aku berterima kasih kerana membuat hari-hari aku menjadi detik termanis walaupun kau tak membalas apa-apa pasal perasaan aku. Sebab aku ikhlas mencintai kau."
Shida perlahan-lahan meletakkan kembali buku tu di dalam kotak dan membelai lembut di permukaan buku itu. Shida sempat berharap supaya Sobir gembira menerimanya nanti.



Kurang dari lima minit Shida dalam barisan beratur untuk membeli makanan di kantin, Tika dan Fiona sudah berada di barisan belakangnya. Tika juga sempat mencuit bahunya.
"Aik...hari ni kau dapat bonus ke macam mana?" tegur Tika.
" Hah? Aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan." ujar Shida.
"Yelah..bukan semalam kau bukan main jimat ke sampai aku sakat pun sikit pun kau dah melenting." ujar Tika pula.
"Aku semalam time balik dari jumpa doktor Nasuha, aku pergi beli hadiah Sobir dan Atok ada bagi duit belanja lebih. Tu yang hari boros sikit hari ni" Shida tersengih menjawabnya. Kemudian dia mara ke hadapan dan bersedia untuk memilih menu apa yang hendak dimakan ketika itu. Setelah membeli makanan dan minuman untuk santapan pada waktu rehat, Shida, Fiona dan Tika melangkah tempat duduk biasa mereka.
"So kiranya kau dah beli lah hadiah untuk Sobir nanti? Tapi macam mana kau nak bagi kat dia tanpa dia tahu kau yang bagi?" Tanpa memandang Shida, Tika memulakan kembali perbualan yang terbantut tadi. Tika sedang leka mengaul bihun sup yang dihadapannya."
"By the way, hadiah apa yang kau beli untuk dia?" kali ini soalan dari Fiona pula.
Bibir Shida mengukir senyuman sambil memandang Fiona dan Tika silih berganti.
"Adalah...rahsia!" ujar Shida membiarkan Tika dan Fiona tertanya-tanya.
"Alah kau...Tak payah nak berahsia sangat eh. Lambat-laun kitaorang tahu gak" balas Tika pula.
"So...tunggu je la. Kau kata lambat-laun kau tahu gak kan" Shida memberikan jelingan mengejek sebelum menyuap sesudu nasi ayam ke dalam mulutnya. Shida juga sempat tergelak kecil melihat reaksi Tika mencebik ke arahnya. Biarkan! Memang Shida sengaja ingin membalas dendam kepada Tika mengenai semalam.
"Ok fine...Tak nak bagitahu sudah tapi soalan aku kau tak jawab lagi" ayat terakhir Tika tu membuatkan Shida serta-merta terhenti dari menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sebaliknya, merenung ke arah laluan berjalan kaki. Dia tak terfikir pun macam mana dia nak bagi Sobir hadiah dia tu. Mana taknya, terlampau excited nak pilih hadiah sampai terlupa terfikir macam mana cara nak bagi kat dia. Aduh~
"A'ah lah... Aku tak terfikir pun macam mana nak bagi kat dia" Shida mengeluh apabila memikirkan soal masalah yang satu itu.
Fiona sudah menggelengkan kepalanya laju sambil tergelak kecil dan manakala Tika pula sudah menepuk dahinya sendiri.
"Habis tu macam mana ni? Sia-sia je kau beli Shida" ungkap Tika sendiri.
Wajah Shida serius dan jelas sekali tengah berfikir.
"Hah..aku rasa aku dah tahu nak bagi kat Sobir macam mana tanpa dia tahu aku yang bagi"

#KADANGKALA CINTA TIDAK PERLU DIKEJAR. SEBAB ITULAH DIBERIKAN NAMA JATUH CINTA. SEBAB KITA JATUH TANPA KITA SEDAR. TERUSKAN MENUNGGU EPISOD AKAN DATANG

Ahad, 14 Januari 2018

(60) menuju ke perhentian cinta sebelum melangkah ke hatimu

Sambungan sebelum 1437 adanya 1537....
Shida melangkah menuju ke bilik doktor Nasuha seperti yang diarahkan oleh jururawat itu sebentar tadi. Ada debaran halus taktala Shida menguak pintu kaca doktor Nasuha itu. Sebaik sahaja ternampak wajah doktor Nasuha, automatik Shida membalas senyuman doktor itu.
"Hai Shida. Jemput duduk dulu" sapa doktor Nasuha. Shida hanya menurut dan menyelesakan diri di kerusi empuk yang berada di bilik itu.
"Ok, Shida.... Mari kita lihat bagaimana berkembangan kamu" doktor Nasuha terlebih dahulu memeriksa tekanan darah Shida. Shida juga sudah dapat mengagak langkah apa seterusnya yang akan doktor Nasuha lakukan. Mungkin Shida sudah terlalu biasa melalui proses seperti itu.
"Ok...tekanan darah kamu ok. So, macam mana perkembangan kamu baru-baru ni? Ada stress belajar ke sebab tahun ni awak SPM kan?" tanya doktor Nasuha.
Gelengan kepala berserta senyuman nipis menjadi jawapan.
"Hurm? Takkan lah tak ada langsung masalah?" doktor Nasuha cuba mencungkil.
Dengan nafas yang berat Shida membuka mulut, kerana Shida tahu dia tak boleh nak menipu doktor Nasuha yang merupakan pakar psikologi.
"Alhamdulillah...walaupun atok selalu push pasal exam, tapi saya macam dah terbiasa. Jadi saya tak kisah pun kalau atok selalu desak saya sebab saya tahu kenapa atok buat macam tu. Pasal kawan-kawan pun semua nya ok je. Macam biasa jugalah, Tika dengan Fiona sentiasa ada dengan saya. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja je. Kitaorang tak pernah terasa hati ke apa. Cuma...." di hujung ayat Shida seperti teragak-agak.
"Cuma?" doktor Nasuha memberi ruang untuk Shida meneruskan ayatnya.
"Cuma sekarang saya rasa, hati saya yang bermasalah doktor" akhirnya Shida mengungkapkannya.
"Bermasalah? Kenapa kamu rasa dada kamu sakit ke?" kedengaran nada doktor Nasuha sedikit cemas tetapi mukanya kekal menunjukkan riak tenang.
"Bukan sakit dada doktor... Humph...saya..rasa..saya...ada...crush kat someone lah doktor." dengan tersipu-sipu Shida menyatakannya.
Ekspresi muka doktor Nasuha pula tersenyum lalu memegang lembut tangan Shida.
"Baguslah kalau begitu. Umur seperti kamu memang logik mempunyai perasaan begitu. Itu merupakan satu perkara yang normal bila kita ada crush kat seseorang.  Tak ada yang peliknya dan saya pun faham sebab dulu time saya sebaya kamu pun saya alami perasaan yang sama. "
Detik ini, doktor Nasuha cuba menceritakan kisah dirinya sendiri untuk mewujudkan suasana teraputik di antara dia dan Shida. Barulah Shida merasa selesa untuk berkongsi cerita dengannya.
"Jadi Shida...kalau kamu malu nak ceritakan kat Tika dengan Fiona atau sesiapa pun...saya boleh syorkan satu cara tapi ikut kamu lah. Kalau kamu lebih selesa bercerita dengan saya. Macam biasa, kamu boleh je call saya atau tulis e-mail macam sebelum ni." ungkap doktor Nasuha.
"InshaAllah doktor...Em, tapi tadi doktor ada cakap satu cara tu kan? Apa dia doktor?" Shda ingin tahu.
"Cara yang selalu budak perempuan buat. Diary."
"Diary?"
"Diary tu selain fungsinya menyimpan memori atau kenangan indah dalam bentuk perkataan, diary juga fungsinya untuk meluahkan apa sahaja yang ada dalam hati kita. Saya pernah bagitahu kamu dulu kan, menulis semua tugasan kamu dalam satu kertas memo, sedikit sebanyak mahu meringankan kepala kamu yang tengah kusut. Samalah juga seperti diary" terang doktor Nasuha.
"Oh....macam tu..." jawab Shida ringkas.
Jiwanya mula merasa ringan kembali selepas sesi kaunseling sebentar tadi.
Selesai sahaja sesi kaunseling bersama doktor Nasuha, Shida terus melangkah menuju ke kereta milik atoknya. Mesti atok dan pembantu atok sudah lama menunggunya. Masuk sahaja Shida ke dalam perut kereta, atok mengajukan soalan,
"Hah, macam mana sesi tadi? Ok?"
Reaksi muka Shida kosong sambil menjawab,
"Ok je Atok. Doktor Nasuha sendiri cakap yang Shida dah banyak perkembangan. Jadi Atok tak payahlah risau sangat eh."
Mengerti dengan bahasa tubuh Shida yang segera bersandar sambil menghadap tingkap, atok tersenyum dan dalam masa yang sama tangannya menggenggam erat tangan Shida lalu berkata,
"Lepas kita singgah rumah atok sekejap makan tengahari. Mak Mah dah masak utuk Shida dengan adik-adik"
Shida hanya memandang atok dan turut memberikan senyuman tipis.
Sepanjang jalan, Shida hanyut dalam lamunannya sendiri. Dia mengimbas kembali kata-kata doktor Nasuha kepadanya mengenai Sobir. Doktor Nasuha ada menyebut juga mengenai diari. Diari??? Shida memandang atok lalu berkata,
"Atok..boleh tak kita singgah mall kejap?" pinta Shida.
Atok mengerut dahi. "Kenapa, Shida ada nak beli barang ke?"
"Shida nak cari barang yang doktor Nasuha cadangkan" pendek sahaja bicaranya sebagai balasan.
Seperti yang diminta Shida, kereta Atok memasuki kawasan sebuah mall dan atok sengaja membiarkan Shida membelinya seorang diri. Shida perlukan waktu untuk bersendirian baginya.
Shida singgah di salah satu kedai yang dinamakan sebagai Kaisoo. Seingat Shida, Tika pernah menceritakan di dalam kedai itu terdapat pelbagai barang dan termasuk juga buku nota yang comel-comel. Shida berjalan-jalan sambil meneliti pilihan yang ada. Shida kemudiannya membelek-belek beberapa buah buku yang baginya sesuai untuk dijadikan diari. Tiba-tiba Shida teringat mengenai buku nota ungunya.
'Rasanya aku dulu beli buku nota tu kat bahagian luar kan' Shida mengingat kembali dimana dia membeli buku itu. Dia mahu beredar dan beralih pula ke bahagian alat tulis yang berada di luar pula. Shida cuba mencari buku nota yang seakan dengan buku notanya yang dahulu.
'Hah, jumpa pun' detik hati Shida.
Tidak sampai beberapa detik, mata Shida tertumpu dengan buku nota yang berwarna coklat yang terletak di bersebelahan sahaja. Shida kemudiannya mendapat sesuatu idea.

#IDEA APA YANG DIMAKSUDKAN SHIDA TU? CUBALAH KORANG TEKA DAN NANTIKAN JAWAPANNYA DI EPISOD AKAN DATANG..

(59) sebelum 1437 adanya 1537

Flashback.....
Shida tidak membalas. Reaksi muka Shida steady je.. Tidak menunjukkan apa-apa respond kepada pertanyaan Tika mengenai bekal makanan yang dibawanya.
"Ish..Tika ni. Macam lah tak tahu yang aku tengah kumpul duit untuk beli hadiah kat Sobir" detik hati Shida sambil mengunyah sandwich yang dibuatnya sendiri.
"Shida...aku tanya ni....Sandwich je ke kau nak makan untuk rehat ni?" nada Tika sedikit meninggi kerana geram Shida tidak menyahut soalannya tadi.
Dengan jelingan penuh maut lalu Shida menjawab,
"Tika...sekali lagi kau tanya, sumpah aku tak nak jaga stor dengan kau esok"
Fiona yang lagi tadi hanya menjadi pendengar tergelak kecil dengan jawapan Shida itu. Bukannya Fiona tak tahu perangai dua sahabatnya itu. Tika ni pun satu, sengaja je nak spoilkan mood Shida. Melihat suasana keadaan ketika itu, segera Fiona menyiku Tika. Kemudian memberi isyarat supaya memujuk kembali mood rakannya itu. Ekspresi muka Tika ketika itu mempamerkan yang dia mengerti dan memahami maksud isyarat tersirat disebalik mata Fiona itu. Mahu tak mahu, Tika terpaksa menurut.
"Hahaha...yela-yela. Aku tahu kau sebenarnya nak simpan duit tapi sebab itu lah aku tanya. Kalau aku yang nak belanja kau nak tak?" kali ni Tika cuba memancing pula. Itu boleh dinamakan sebagai taktik nak meredakan hati kawan atau lebih kepada memujuk maybe.
"Serius ni kau nak belanja?" muka Shida serta-merta bertukar menjadi ceria kembali bercampur teruja. Fiona dan Tika ketika itu, dua-dua tersengih rahsia. Menjadi gak taktik mereka.
"Betul la... Mak aku cakap, bab makan jangan kedekut dengan kawan-kawan. Setakat air milo sekotak, apadahal." seloroh jawapan dari Tika.
"Ceh...air kotak je.." Shida mencebik.
"Eh...kira bagus tau aku nak belanja air milo daripada aku belanja kau air kosong je" balas Tika.
"Air milo pun, air milo lah...." no option for Shida~
Sementara Tika dan Fiona beratur membeli makanan, Shida sempat memikir di dalam kepalanya mengenai hadiah apa yang mahu diberikan kepada crushnya.
Beg? Kasut? Jam tangan? Hurm...hadiah apa yang sesuai untuk lelaki eh? Memikirnya sahaja sudah mampu membuat Shida tersenyum-senyum seorang diri. Alahai crushnya yang satu ini. Tunggu sahaja lah...Shida akan siapkan selangkah demi selangkah. I crush you forever!(1537)

Sehabisnya waktu persekolahan, seperti biasa Shida, Tika dan Fiona masing-masing menunggu di pondok pengawal.
"Eh, Shida kau tak naik basikal hari ni? Habis tu pagi tadi macam mana kau pergi sekolah?" Fiona menanya sebaik sahaja matanya perasan yang Shida tidak berdiri dengan basikalnya pada hari ini.
"Pagi tadi mak aku yang hantar. Sebab itu lambat sampai pagi tadi. Hari ni kan aku ada appointment dengan doktor Nasuha" jawab Shida disulami dengan berdatar. Tika dan Fiona membalas pandangan memahami.
"Kiranya balik ni mak kau pun ambil lah ni?" tanya Tika pula.
"Tak lah, balik ni Atok aku yang jemput sebab atok aku yang nak teman kan kali ni."
Bila diimbas semula, sudah lebih dari 10 kali rasanya Shida bertemu dengan doktor Nasuha. Sejak dari peristiwa hitam itu, setiap 3 bulan pasti Shida akan berjumpa dengannya. Hal ini kerana, doktor Nasuha sebenarnya merupakan pakar pskikologi dan juga sebagai kaunselor kepada Shida. Cuma sejak kebelakangan ini, Shida perlu berjumpa dengan doktor Nasuha 9 bulan sekali.
"Ok lah korang, Atok aku nak sampai tu. Dah muka tu tak payah nak risau sangat. Aku ok je. Kan aku dah jarang jumpa doktor Nasuha. Maksudnya aku keadaan aku semakin baik. Ok lah, jumpa lagi. Bye" Shida berlalu pergi tanpa menuggu jawapan dari Tika dan Fiona.

#SORI MENUNGGU LAMA...CERITA HATI BELUM ADA KESUDAHANNYA.MASIH BANYAK YANG BELUM DIBONGKARKAN.TUNGGU YE!

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...