Sabtu, 20 Januari 2018

(63) kafe semanis cinta

Sambungan episod menanti di cerita hati
"Please Zatul..."
Hari di mana segala keindahan bertukar menjadi realiti...
Kotak berwarna coklat cerah itu kini bertukar tangan.
"Terima kasih banyak-banyak tau Zatul" ucap Shida berulang-ulang kali kepada Zatul.
"No hal lah. Small matter je ni" balas Zatul sambil tersenyum manis.
"Hei, Zatul. Cepatlah. Nanti Sobir lalu nampak kita kat sini lagi, masaklah kita." kedengaran partner bertugas Zatul memberi amaran, Zatul terlebih dahulu  meminta diri untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas.
"Partner aku dah panggil tu. Aku pergi dulu eh"
"Ah, terima kasih sekali lagi tau"
Zatul berlalu pergi dan juga mahu menjalankan misi rahsia Shida itu. Di dalam fikiran Shida pula tengah sarat.
Apa reaksi Sobir bila dapat hadiah tu ye? Suka? Tertanya-tanya? Atau hadiah tu terlalu simple bagi bagi dia?

*********************************************************************************
"Hei awak. Apa yang kat tangan awak tu? Hadiah ke?" tanya satu suara garau yang memang lagi tadi menunggu kehadiran Zatul di dalam kelas itu. Untuk pengetahuan, kelas itu juga merupakan kelas Sobir.
"Ish...tak ada apa-apalah. Awak tak turun lagi? Ni kalau Sobir tau, mati awak kena kerja dengan dia. Dah pergi turun sana" ucap gadis itu dengan tangan seperti disorokkan.
"Alah, berani ke Sobir tu nak kerjakan saya. Saya ni bff dialah. Lagipun dia dah tahu kita selalu jumpa dalam kelas ni. Saya pun tak lama jumpa awak ni, saya just nak bagi ni je. Nah, air." pemilik suara itu menghulurkan air kotak ke Zatul. Zatul menyambutnya dengan senyuman paling mekar. Bahagia rasanya bila ada orang yang caring terhadapnya.
"Thank you..."
"My pleasure. Ok lah, saya nak turun ni. Awak hati-hati bertugas tau. Jumpa lepas sekolah eh" balas pemilik suara itu dan melangkah keluar dari kelas itu.
"Hurm...awak. Nak tanya tempat duduk Sobir kat mana?" tanya Zatul dan membuatkan pemilik suara itu terus menghentikan langkahnya.
"Kenapa tiba-tiba awak nak tahu tempat duduk Sobir?" pemilik suara itu mengerutkan dahinya.
"Tak adalah, bukan selalu Sobir duduk sebelah awak ke? Ni rasanya bukan beg Sobir kan?" Zatul menjadi gelisah bila soalan itu muncul.
"Tak adalah. Tu memang beg Sobir pun" jawab suara itu lagi.
"Oh, ok. Dah pergilah. Kang ada pelajar lain nampak kang susah" leter ringkas Zatul lantas menghalau suara itu untuk beredar dari situ. Sebaik sahaja tiada siapa di kelas itu, Zatul menjalankan misnya. Dia meletakkan hadiah itu di bawah meja Sobir dan kemudian cepat-cepat beredar dari kelas itu kerana takut pengawas lain nampak kelakuannya.


Sambungan episod Hari yang di mana daripada kawan menjadi crush
"Apa??? Jadi pengawas yang kau minta tolong dulu tu sebenarnya awek Emey?" soal Tika sampai bergema suaranya di dalam Cafe Royal Green itu.
"Yup...tapi time tu aku sendiri pun tak tahu yang diorang berdua dah couple. Aku kenal Zatul dari Kem Score A  dulu" saat mendengar jawapan dari mulut Shida, Fiona merenung sinis ke arah Tika lalu berkata,
"Nasib baik kan Tika, kau tak usya?"
"Apa yang kau merepek ni Fiona?" Tika cuba berdalih sambil meminum kopi ais latte nya.
"Eleh buat-buat tak tahu pulak. Nak aku buka cerita ke? Meh sini aku buka kedai kopi baru ye. Lagi pun Shida tak tahu lagi pasal ni"sakat Fiona.
"Wait..wait..wait... Huh? Seriusly kau pernah nak try Emey?" Shida menjadi excited pulak lepas mendengar informasi yang diberikan oleh Fiona itu. Informasi yang benar-benar tak disangkakan.... Oh...pandai eh kawan dia yang satu ini menyorokkan dari pengetahuannya.
"Cerita dia macam ni...." baru berura-ura Fiona nak memulakan gosip, Tika terlebih dahulu menahan.
"Ye-ye... Aku mengaku. Aku dulu pernahlah terfikir nak try Emey...tapi just terfikir. Terfikir je. Tak terniat pun nak memulakan langkah"pengakuan Tika itu sekaligus membuatkan mata Shida terbuntang dan reaksi Shida itu disambut dengan gelakan kecil milik Fiona. Fiona begitu terhibur dengan ekspresi wajah Shida ketika itu malah dari dulu lagi Fiona dapat jangka reaksi Shida sebegitu rupa bila dapat tahu mengenai kes Tika ni.
"Wow...beyond my mind Tika...Apa kes dengan sign love kau dulu hah?" ungkap Shida yang sudah memberi seratus peratus perhatian terhadap gerak geri Tika yang berada di hadapannya.
"Sign love?" terkesima Tika mendengar kenyataan itu.
"Dulu bukan sebab kau ke kita mula buat sign yang insane tu?" tambah Fiona pula.
"A'ah lah...Aku baru teringat pasal sign love kita yang entah tak apa-apa tu"ungkap Tika lagi.
"Rasanya Emey tu macam dah lari je dari sign love kau dulu Tika. Ke kau da tak ingat sign love kau sendiri Tika?" Shida mengingatkan kembali mengenai sign love Tika.

#TAMBAHAN MENGENAI ZATUL DAN TIKA PULA DI EPISOD KALI NI. EPISOD AKAN DATANG PASAL APA PULAK YE? BERSAMBUNG.....

(62) menanti di cerita hati

Sambungan episod 1 bahagian cerita hati mengenai kotak misteri
"Emey!" panggil Shida taktala Emey lalu di barisan kelasnya. Seperti biasa, rutin setiap pagi. Semua pelajar dikehendaki beratur di dataran sebelum masuk ke kelas dan memang tugas Emey pun sebagai pengawas menjaga kawasan dataran tingkatan 5 itu. Nasib baik Shida berdiri di barisan paling belakang. Standard Shida and the geng lah berdiri di barisan paling belakang. Senang nak berborak. Fiona dan Tika yang berdiri bersebelahan dengan Shida ketika itu hanya memandang. Yalah, barisan kelas Fiona dan Tika bersebelahan sahaja dengan kelas Shida. Boleh dikatakan kelas Shida diantara kelas Fiona dan Tika. Emey terus pergi ke arah Shida dengan muka agak berkerut. Yalah, tak pernah-pernah Shida panggilnya di dataran ini. Selalunya bila semua kelas dah bersurai baru Shida memanggilnya. Emey hanya membuat isyarat kepala yang menunjukkan ada apa.
"Siapa pengawas jaga blok B?" tanya Shida sebaik sahaja Emey mendekatinya. Makin berkerut muka Emey dibuatnya dengan persoalan Shida itu. (untuk pengetahuan, pada masa ini Emey belum tahu pasal Shida yang ada hati dekat Sobir)
"Aik....tak pernah-pernah kau tanya aku pasal pengawas. Tiba-tiba pulak. Kenapa?" ungkap Emey sambil memerhati sekeliling.
"Alah...jawab jelah siapa. Sebelum ni aku nampak Sobir yang jaga. Dia masih jaga lagi ke?"
"Hurm....awal-awal tahun hari tu memang Sobir yang jaga tapi entah kenapa sejak dua menjak ni dia dah tukar dengan Zatul. Dia jaga gate depan, Zatul yang jaga blok B. Kesian Zatul jadi mangsa keadaan"
Ketika Shida mendengar Emey menyebut hal mengenai Sobir tiba-tiba mahu menukar kawasan tugas, Shida dalam hati sempat bermonolog dalam hati,
"Ni mesti lepas dia dah kenakan aku time aku pernah datang lambat hari tu, dia terus tukar nak jaga gate pulak supaya senang lah dia buli aku lagi"
Emey memandang pelik ke arah Shida yang di sebelahnya selepas dia tidak mendengar apa-apa respond darinya.
"Shida, dengar tak apa yang aku cakap tadi?" tanya Emey ragu.
"Huh? Dengar. Dengar." Shida kembali sedar dari lamunannya tadi.
"So, sekarang ni Zatul lah yang jaga? Ok tq for the information" itu sahaja jawapan Shida.
Kali ini Emey benar-benar terkedu. Dia tidak tahu apa yang bermain difikiran Shida dan apa kaitannya dengan pengawas yang jaga blok b? Saat itu, Shida cuba menyusun langkah di dalam kepalanya untuk meminta tolong kepada Zatul tapi nak diikutkan sebenarnya senang sebab Zatul sendiri sebenarnya sudah tahu mengenai perasaannya terhadap Sobir.

#NANTIKAN EPISOD AKAN DI DATANG....

Rabu, 17 Januari 2018

(61) 1 bahagian cerita hati mengenai kotak misteri

Sambungan dari episod menuju ke perhentian cinta sebelum melangkah ke hatimu..
Shida menampal kemas ribbon di atas kotak yang berwarna coklat itu. Shida memastikan juga isi di dalam terletak kemas. Sekali lagi, Shida membuka kotak itu untuk memastikannya. Shida membawa keluar buku nota berwarna coklat itu dari isinya. Dengan berhati-hati Shida pegang dan merenungnya.
"Buku...Aku tak mampu nak luahkan perasaan aku sekarang sebab waktu tak mengizinkan aku. Bukan sahaja waktu, malah Atok, Ibu, dan..kalau lah 'dia' tahu yang hati aku dah berubah...mesti dia terkejutkan? Jadi,buat masa sekarang, kau lah permulaan kepada luahan aku nanti. Perlahan-lahan aku akan cuba rebut hati dia. Walaupun aku tak tahu adakah hati dan perasaan aku akan tetap sama seperti sekarang tapi satu benda yang aku yakin. Aku tak akan menyesal mengenali kau Sobir. Malah aku berterima kasih kerana membuat hari-hari aku menjadi detik termanis walaupun kau tak membalas apa-apa pasal perasaan aku. Sebab aku ikhlas mencintai kau."
Shida perlahan-lahan meletakkan kembali buku tu di dalam kotak dan membelai lembut di permukaan buku itu. Shida sempat berharap supaya Sobir gembira menerimanya nanti.



Kurang dari lima minit Shida dalam barisan beratur untuk membeli makanan di kantin, Tika dan Fiona sudah berada di barisan belakangnya. Tika juga sempat mencuit bahunya.
"Aik...hari ni kau dapat bonus ke macam mana?" tegur Tika.
" Hah? Aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan." ujar Shida.
"Yelah..bukan semalam kau bukan main jimat ke sampai aku sakat pun sikit pun kau dah melenting." ujar Tika pula.
"Aku semalam time balik dari jumpa doktor Nasuha, aku pergi beli hadiah Sobir dan Atok ada bagi duit belanja lebih. Tu yang hari boros sikit hari ni" Shida tersengih menjawabnya. Kemudian dia mara ke hadapan dan bersedia untuk memilih menu apa yang hendak dimakan ketika itu. Setelah membeli makanan dan minuman untuk santapan pada waktu rehat, Shida, Fiona dan Tika melangkah tempat duduk biasa mereka.
"So kiranya kau dah beli lah hadiah untuk Sobir nanti? Tapi macam mana kau nak bagi kat dia tanpa dia tahu kau yang bagi?" Tanpa memandang Shida, Tika memulakan kembali perbualan yang terbantut tadi. Tika sedang leka mengaul bihun sup yang dihadapannya."
"By the way, hadiah apa yang kau beli untuk dia?" kali ini soalan dari Fiona pula.
Bibir Shida mengukir senyuman sambil memandang Fiona dan Tika silih berganti.
"Adalah...rahsia!" ujar Shida membiarkan Tika dan Fiona tertanya-tanya.
"Alah kau...Tak payah nak berahsia sangat eh. Lambat-laun kitaorang tahu gak" balas Tika pula.
"So...tunggu je la. Kau kata lambat-laun kau tahu gak kan" Shida memberikan jelingan mengejek sebelum menyuap sesudu nasi ayam ke dalam mulutnya. Shida juga sempat tergelak kecil melihat reaksi Tika mencebik ke arahnya. Biarkan! Memang Shida sengaja ingin membalas dendam kepada Tika mengenai semalam.
"Ok fine...Tak nak bagitahu sudah tapi soalan aku kau tak jawab lagi" ayat terakhir Tika tu membuatkan Shida serta-merta terhenti dari menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sebaliknya, merenung ke arah laluan berjalan kaki. Dia tak terfikir pun macam mana dia nak bagi Sobir hadiah dia tu. Mana taknya, terlampau excited nak pilih hadiah sampai terlupa terfikir macam mana cara nak bagi kat dia. Aduh~
"A'ah lah... Aku tak terfikir pun macam mana nak bagi kat dia" Shida mengeluh apabila memikirkan soal masalah yang satu itu.
Fiona sudah menggelengkan kepalanya laju sambil tergelak kecil dan manakala Tika pula sudah menepuk dahinya sendiri.
"Habis tu macam mana ni? Sia-sia je kau beli Shida" ungkap Tika sendiri.
Wajah Shida serius dan jelas sekali tengah berfikir.
"Hah..aku rasa aku dah tahu nak bagi kat Sobir macam mana tanpa dia tahu aku yang bagi"

#KADANGKALA CINTA TIDAK PERLU DIKEJAR. SEBAB ITULAH DIBERIKAN NAMA JATUH CINTA. SEBAB KITA JATUH TANPA KITA SEDAR. TERUSKAN MENUNGGU EPISOD AKAN DATANG

Ahad, 14 Januari 2018

(60) menuju ke perhentian cinta sebelum melangkah ke hatimu

Sambungan sebelum 1437 adanya 1537....
Shida melangkah menuju ke bilik doktor Nasuha seperti yang diarahkan oleh jururawat itu sebentar tadi. Ada debaran halus taktala Shida menguak pintu kaca doktor Nasuha itu. Sebaik sahaja ternampak wajah doktor Nasuha, automatik Shida membalas senyuman doktor itu.
"Hai Shida. Jemput duduk dulu" sapa doktor Nasuha. Shida hanya menurut dan menyelesakan diri di kerusi empuk yang berada di bilik itu.
"Ok, Shida.... Mari kita lihat bagaimana berkembangan kamu" doktor Nasuha terlebih dahulu memeriksa tekanan darah Shida. Shida juga sudah dapat mengagak langkah apa seterusnya yang akan doktor Nasuha lakukan. Mungkin Shida sudah terlalu biasa melalui proses seperti itu.
"Ok...tekanan darah kamu ok. So, macam mana perkembangan kamu baru-baru ni? Ada stress belajar ke sebab tahun ni awak SPM kan?" tanya doktor Nasuha.
Gelengan kepala berserta senyuman nipis menjadi jawapan.
"Hurm? Takkan lah tak ada langsung masalah?" doktor Nasuha cuba mencungkil.
Dengan nafas yang berat Shida membuka mulut, kerana Shida tahu dia tak boleh nak menipu doktor Nasuha yang merupakan pakar psikologi.
"Alhamdulillah...walaupun atok selalu push pasal exam, tapi saya macam dah terbiasa. Jadi saya tak kisah pun kalau atok selalu desak saya sebab saya tahu kenapa atok buat macam tu. Pasal kawan-kawan pun semua nya ok je. Macam biasa jugalah, Tika dengan Fiona sentiasa ada dengan saya. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja je. Kitaorang tak pernah terasa hati ke apa. Cuma...." di hujung ayat Shida seperti teragak-agak.
"Cuma?" doktor Nasuha memberi ruang untuk Shida meneruskan ayatnya.
"Cuma sekarang saya rasa, hati saya yang bermasalah doktor" akhirnya Shida mengungkapkannya.
"Bermasalah? Kenapa kamu rasa dada kamu sakit ke?" kedengaran nada doktor Nasuha sedikit cemas tetapi mukanya kekal menunjukkan riak tenang.
"Bukan sakit dada doktor... Humph...saya..rasa..saya...ada...crush kat someone lah doktor." dengan tersipu-sipu Shida menyatakannya.
Ekspresi muka doktor Nasuha pula tersenyum lalu memegang lembut tangan Shida.
"Baguslah kalau begitu. Umur seperti kamu memang logik mempunyai perasaan begitu. Itu merupakan satu perkara yang normal bila kita ada crush kat seseorang.  Tak ada yang peliknya dan saya pun faham sebab dulu time saya sebaya kamu pun saya alami perasaan yang sama. "
Detik ini, doktor Nasuha cuba menceritakan kisah dirinya sendiri untuk mewujudkan suasana teraputik di antara dia dan Shida. Barulah Shida merasa selesa untuk berkongsi cerita dengannya.
"Jadi Shida...kalau kamu malu nak ceritakan kat Tika dengan Fiona atau sesiapa pun...saya boleh syorkan satu cara tapi ikut kamu lah. Kalau kamu lebih selesa bercerita dengan saya. Macam biasa, kamu boleh je call saya atau tulis e-mail macam sebelum ni." ungkap doktor Nasuha.
"InshaAllah doktor...Em, tapi tadi doktor ada cakap satu cara tu kan? Apa dia doktor?" Shda ingin tahu.
"Cara yang selalu budak perempuan buat. Diary."
"Diary?"
"Diary tu selain fungsinya menyimpan memori atau kenangan indah dalam bentuk perkataan, diary juga fungsinya untuk meluahkan apa sahaja yang ada dalam hati kita. Saya pernah bagitahu kamu dulu kan, menulis semua tugasan kamu dalam satu kertas memo, sedikit sebanyak mahu meringankan kepala kamu yang tengah kusut. Samalah juga seperti diary" terang doktor Nasuha.
"Oh....macam tu..." jawab Shida ringkas.
Jiwanya mula merasa ringan kembali selepas sesi kaunseling sebentar tadi.
Selesai sahaja sesi kaunseling bersama doktor Nasuha, Shida terus melangkah menuju ke kereta milik atoknya. Mesti atok dan pembantu atok sudah lama menunggunya. Masuk sahaja Shida ke dalam perut kereta, atok mengajukan soalan,
"Hah, macam mana sesi tadi? Ok?"
Reaksi muka Shida kosong sambil menjawab,
"Ok je Atok. Doktor Nasuha sendiri cakap yang Shida dah banyak perkembangan. Jadi Atok tak payahlah risau sangat eh."
Mengerti dengan bahasa tubuh Shida yang segera bersandar sambil menghadap tingkap, atok tersenyum dan dalam masa yang sama tangannya menggenggam erat tangan Shida lalu berkata,
"Lepas kita singgah rumah atok sekejap makan tengahari. Mak Mah dah masak utuk Shida dengan adik-adik"
Shida hanya memandang atok dan turut memberikan senyuman tipis.
Sepanjang jalan, Shida hanyut dalam lamunannya sendiri. Dia mengimbas kembali kata-kata doktor Nasuha kepadanya mengenai Sobir. Doktor Nasuha ada menyebut juga mengenai diari. Diari??? Shida memandang atok lalu berkata,
"Atok..boleh tak kita singgah mall kejap?" pinta Shida.
Atok mengerut dahi. "Kenapa, Shida ada nak beli barang ke?"
"Shida nak cari barang yang doktor Nasuha cadangkan" pendek sahaja bicaranya sebagai balasan.
Seperti yang diminta Shida, kereta Atok memasuki kawasan sebuah mall dan atok sengaja membiarkan Shida membelinya seorang diri. Shida perlukan waktu untuk bersendirian baginya.
Shida singgah di salah satu kedai yang dinamakan sebagai Kaisoo. Seingat Shida, Tika pernah menceritakan di dalam kedai itu terdapat pelbagai barang dan termasuk juga buku nota yang comel-comel. Shida berjalan-jalan sambil meneliti pilihan yang ada. Shida kemudiannya membelek-belek beberapa buah buku yang baginya sesuai untuk dijadikan diari. Tiba-tiba Shida teringat mengenai buku nota ungunya.
'Rasanya aku dulu beli buku nota tu kat bahagian luar kan' Shida mengingat kembali dimana dia membeli buku itu. Dia mahu beredar dan beralih pula ke bahagian alat tulis yang berada di luar pula. Shida cuba mencari buku nota yang seakan dengan buku notanya yang dahulu.
'Hah, jumpa pun' detik hati Shida.
Tidak sampai beberapa detik, mata Shida tertumpu dengan buku nota yang berwarna coklat yang terletak di bersebelahan sahaja. Shida kemudiannya mendapat sesuatu idea.

#IDEA APA YANG DIMAKSUDKAN SHIDA TU? CUBALAH KORANG TEKA DAN NANTIKAN JAWAPANNYA DI EPISOD AKAN DATANG..

(59) sebelum 1437 adanya 1537

Flashback.....
Shida tidak membalas. Reaksi muka Shida steady je.. Tidak menunjukkan apa-apa respond kepada pertanyaan Tika mengenai bekal makanan yang dibawanya.
"Ish..Tika ni. Macam lah tak tahu yang aku tengah kumpul duit untuk beli hadiah kat Sobir" detik hati Shida sambil mengunyah sandwich yang dibuatnya sendiri.
"Shida...aku tanya ni....Sandwich je ke kau nak makan untuk rehat ni?" nada Tika sedikit meninggi kerana geram Shida tidak menyahut soalannya tadi.
Dengan jelingan penuh maut lalu Shida menjawab,
"Tika...sekali lagi kau tanya, sumpah aku tak nak jaga stor dengan kau esok"
Fiona yang lagi tadi hanya menjadi pendengar tergelak kecil dengan jawapan Shida itu. Bukannya Fiona tak tahu perangai dua sahabatnya itu. Tika ni pun satu, sengaja je nak spoilkan mood Shida. Melihat suasana keadaan ketika itu, segera Fiona menyiku Tika. Kemudian memberi isyarat supaya memujuk kembali mood rakannya itu. Ekspresi muka Tika ketika itu mempamerkan yang dia mengerti dan memahami maksud isyarat tersirat disebalik mata Fiona itu. Mahu tak mahu, Tika terpaksa menurut.
"Hahaha...yela-yela. Aku tahu kau sebenarnya nak simpan duit tapi sebab itu lah aku tanya. Kalau aku yang nak belanja kau nak tak?" kali ni Tika cuba memancing pula. Itu boleh dinamakan sebagai taktik nak meredakan hati kawan atau lebih kepada memujuk maybe.
"Serius ni kau nak belanja?" muka Shida serta-merta bertukar menjadi ceria kembali bercampur teruja. Fiona dan Tika ketika itu, dua-dua tersengih rahsia. Menjadi gak taktik mereka.
"Betul la... Mak aku cakap, bab makan jangan kedekut dengan kawan-kawan. Setakat air milo sekotak, apadahal." seloroh jawapan dari Tika.
"Ceh...air kotak je.." Shida mencebik.
"Eh...kira bagus tau aku nak belanja air milo daripada aku belanja kau air kosong je" balas Tika.
"Air milo pun, air milo lah...." no option for Shida~
Sementara Tika dan Fiona beratur membeli makanan, Shida sempat memikir di dalam kepalanya mengenai hadiah apa yang mahu diberikan kepada crushnya.
Beg? Kasut? Jam tangan? Hurm...hadiah apa yang sesuai untuk lelaki eh? Memikirnya sahaja sudah mampu membuat Shida tersenyum-senyum seorang diri. Alahai crushnya yang satu ini. Tunggu sahaja lah...Shida akan siapkan selangkah demi selangkah. I crush you forever!(1537)

Sehabisnya waktu persekolahan, seperti biasa Shida, Tika dan Fiona masing-masing menunggu di pondok pengawal.
"Eh, Shida kau tak naik basikal hari ni? Habis tu pagi tadi macam mana kau pergi sekolah?" Fiona menanya sebaik sahaja matanya perasan yang Shida tidak berdiri dengan basikalnya pada hari ini.
"Pagi tadi mak aku yang hantar. Sebab itu lambat sampai pagi tadi. Hari ni kan aku ada appointment dengan doktor Nasuha" jawab Shida disulami dengan berdatar. Tika dan Fiona membalas pandangan memahami.
"Kiranya balik ni mak kau pun ambil lah ni?" tanya Tika pula.
"Tak lah, balik ni Atok aku yang jemput sebab atok aku yang nak teman kan kali ni."
Bila diimbas semula, sudah lebih dari 10 kali rasanya Shida bertemu dengan doktor Nasuha. Sejak dari peristiwa hitam itu, setiap 3 bulan pasti Shida akan berjumpa dengannya. Hal ini kerana, doktor Nasuha sebenarnya merupakan pakar pskikologi dan juga sebagai kaunselor kepada Shida. Cuma sejak kebelakangan ini, Shida perlu berjumpa dengan doktor Nasuha 9 bulan sekali.
"Ok lah korang, Atok aku nak sampai tu. Dah muka tu tak payah nak risau sangat. Aku ok je. Kan aku dah jarang jumpa doktor Nasuha. Maksudnya aku keadaan aku semakin baik. Ok lah, jumpa lagi. Bye" Shida berlalu pergi tanpa menuggu jawapan dari Tika dan Fiona.

#SORI MENUNGGU LAMA...CERITA HATI BELUM ADA KESUDAHANNYA.MASIH BANYAK YANG BELUM DIBONGKARKAN.TUNGGU YE!

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...