Isnin, 10 Julai 2017

(52) Kalau aku berhenti, adakah kau akan setia di sisi?

Shida sudah merencana dalam otaknya, mahu mencipta pelbagai alasan kepada Atoknya. Mana taknya, Shida secara jujurnya tidak boleh fokus dalam exam tadi. Aduh, masaklah kena marah dengan Atok kejap lagi.!
"Shida, kau nak ikut tak kitaorang balik?" ajak Tika sambil memandang tepat ke arah Shida.
"Takpelah, kejap lagi Atok aku yang datang jemput aku" jawab Shida acuh tak acuh. Dia mahu menutup ketap bibirnya yang stres daripada dapat dilihat oleh Tika dan Fiona. 
"Ok, kalau macam tu kitaorang balik dulu eh." Tika berkata lagi dan tanpa menunggu jawapan daripada Shida, Fiona menambah
"Shida, jangan stress-stress sangat. Esok ada exam lagi. Keep fokus Shida. Bye." Sekilas, wajah Shida turut berubah. Heh, nampaknya diorang dah tahu apa yang bermain dikepala Shida dari tadi. Huh! Shida mengeluh panjang. Tiba-tiba kedengaran ada suara yang memanggil Shida,
"Shida." Shida menoleh. Emey rupanya. Lalu mulutnya cuba mengembalikan kemesraan yang entah ke mana ghaibnya. 
"Emey. Kenapa kau tak balik lagi?" 
"Aku tengah tunggu abang aku datang ambil aku. Shida, nak tanya kau sikit boleh?" kali ini kata-kata Emey membuatkan Shida sedikit pelik. 
"Tanyalah, apa dia?" 
"Ok tadi kau jawab exam?" Lah, ingatkan soalan apalah tadi yang Emey nak tanya sangat tu.
"Ok je. Just, aku tak boleh nak fokus sangat tadi. Tak macam exam semalam. Boleh dikatakan, just 50% je aku keluarkan tadi. Yang lagi 50% hilang macam tu je" 
"Hurm, sama macam Sobirlah" Shida terdiam mendengar kenyataan Emey. Sobir pun tak boleh fokus jugak?
"Shida, aku rasalah kan. Better korang buang sekejap perasaan korang tu and fokus kat exam. Macam aku dengan Zatul buat. Memanglah korang tak kapel tapi bila otak korang tu dah fikir pasal antara satu sama lain, maksudnya jiwa korang kat exam tak kan fokus 100%. Aku bukan apa, aku dengan Zatul dah kena dah time trial ari tu. Result kitaorang down teruk. Aku tak nak lah jadi kat korang pulak. Sayang tahu tak, kau dengan Sobir sama-sama top student. Harapan sekolah. So, kalau disebabkan ni lah result korang tak memuaskan, aku yakin nanti mesti kau menyesal gila." nasihat Emey itu membuatkan Shida tersedar. Betul juga. Tak kan lah dia nak hancurkan harapan Atok dan Ibu pulak. Sobir pun mesti ada tanggungjawab dia untuk banggakan ibubapa.
"Terima kasih Emey. Untuk esok, aku akan fokus balik kat exam. Pasal perasaan aku kat Sobir, nanti lepas exam boleh sambung lagi. Kan?" 
"Pasal kau dengan Sobir tu, aku janji. Lepas exam, aku Tika dengan Fiona akan tolong kau. So, sebelum masa tu sampai, korang kena berjuang dulu kat dalam dewan tu. Lagipun, sweet apa kalau kau dengan Sobir nanti sama-sama naik atas pentas sebagai top student. Kau wakil perempuan, dia wakil lelaki. Uish, so sawit duh! Aku dah boleh bayangkan dah!" cubaan Emey untuk menenangkan Shida kembali berjaya. Buktinya, Shida sudah tersenyum ceria.
"Ada pulak ke situ nya kau berfikir. tapi InshaAllah. Kalau ada rezeki, dapatlah aku naik pentas. Oklah, Emey. Aku dah nampak kereta Atok aku. Aku pergi dulu. Assalamualaikum. Thanks for the advice." Shida melambaikan tangannya sambil membuka pintu kereta. Pada yang sama, dia memasang niat. Untuk exam kali ni, dia akan cuba buat yang terbaik. Demi Allah, demi Atok, demi Ibu dan demi.... Sobir.

#SEHINGGA BERTEMU DI LAIN EPISOD YE.

Sabtu, 8 Julai 2017

(51) Drama petang di Cafe Royal Green

"Aku percaya"
"Yelah tu"
"Betul la"
"Tipu"
"Aku cakap betul lah"
"Apa yang betulnya?"
"Aku percaya yang kau tipu aku sebenarnya pasal pakwe kau"
"Sobir!!!! Seriusly, aku tak de pakwelah!"
Sekiranya boleh mereka berdua ni dilagakan kepalanya. Dah lama Fiona, Tika dan Emey lakukannya. Tak habis-habis lagi tadi berdebat. Yang sorang tak nak percaya. Yang sorang lagi tak habis-habis cuba menyakinkan. Huh! Bila nak habis kalau macam ni??!!!
"Wei, korang. Tak payah nak berdrama sangatlah. Korang nak balik ke tak nak ni?" pertanyaan Emey membawa kepada arahan sebenarnya. Buktinya Shida dan Sobir dua-dua sudah terdiam memandang Emey.
"Korang nak balik tak ni? Esok ada exam lagi. Kang ada yang tak boleh score kang" Tika juga berpadu tenaga dengan Emey dengan suara tegasnya.
"Dah? Dah habis dah drama petang korang? Dah jom balik." siapa sangka, Fiona juga termasuk sekali dalam geng berpadu tenaga itu. Mereka bertiga sebenarnya sudah penat lagi tadi menjadi penonton drama bersiri Sobir dan Shida di cafe Royal Green itu. Mana taknya, balik sahaja daripada exam, terus call parents masing-masing nak pergi Cafe Royal Green. Dengan masih berbaju sekolah lagi. Katanya, nak kenyangkan perut kerana berhempas pulas tadi menjawab periksa. Tetapi hakikatnya.....Huh!
"Ye, nak balik lah ni" jawab Sobir serta-merta.
"Jap, mana aci! Aku tak kan balik selagi kau tak percaya dengan apa yang aku cakap." gertak Shida pula.
"Pulak...." Sobir mengeluh. Dia juga sebenarnya sudah penat berdebat dengan Shida tadi.
"Apa masalah korang ni sebenarnya hah? Shida memang tak de pakwelah. Yang tadi tu classmate aku. Dia memang rapat dengan aku, Shida, Tika. So, kau tak payah nak jelez sangat lah." Fiona tersenyum meleret apabila menyebut soal jelez.
"Mana ada aku jelez! Aku just rasa tertipu je sebagai seorang kawan. Sanggup dia berahsia dengan aku" Emey dan Tika sudah tergelak mengekek mendengar jawapan Sobir. Eleh, cover konon!
"So, sekarang ni kau dah tahu kan? Percaya tak?" . Sobir hanya mengangguk sekilas tanda yang dia percaya. Walhal dalam hati, dia masih ragu-ragu dengan Shida. Emey ni pun satu. Macam mana lah dia sempat bagitahu Shida senyap-senyap pasal perkara ni? Dah tu, malulah dia dengan Tika dan Fiona. Sekarang ni, padan muka kena balik lambat.
"Okey, dah settle eh sekarang? Okey, dengan ini, aku dengan suka citanya menjemput korang-korang semua, jom lah balik...Aku dah penat ni. Esok ada exam lagi" nampaknya Tika sudah mula mengeluarkan amaran yang begitu keras.
"Okey-okey. Jom" kata-kata terakhir Shida membuatkan mereka semua sama-sama bangun meninggalkan cafe itu. Tetapi sebelum mereka semua beredar, Sobir sempat menahan Shida,
"Shida, aku lupa nak cakap. Good luck untuk esok" ketika mendengar semua itu, Shida berkali-kali mengelipkan matanya. Pada Shida, ia seakan-akan mimpi yang indah menjadi kenyataan. Kini Shida teruja untuk bertemu semula dengan Sobir esok.

#DRAMA, DRAMA JUGAK. BOLEH KE SHIDA DAN SOBIR KEKAL FOKUS UNTUK EXAM ESOK? BERSAMBUNG DI EPISOD YANG AKAN DATANG.

Rabu, 5 Julai 2017

(50) Maafkan aku

Masa ni ketika sebelum kejadian peristiwa hitam yang serimg menghantui Shida.
Oh ya, masih ingat lagi watak Hairi dalam cerita hati ni? Kali ni pemilik blog ini akan menulis bagaimana Shida boleh menjadi mangsa keadaan dalam peristiwa hitam itu.

"Apa yang bising-bising ni?" Hairi yang lagi tadi sibuk melayari internet, terhenti setelah mendengar bunyi bising dari tingkat bawah. Bila di dengar betul-betul, sepertinya suara daddynya. Hairi mula menggigit bibir apabila bunyi tapak kaki daddy menghampiri pintu biliknya.
"Ha, Hairi! Kau buat apa tu?!!" sergah daddynya sambil menghempas pintu ketika masuk ke biliknya. Hairi agak terkejut kerana maknya juga berada di belakang daddynya seperti mahu menenangkannya. Apa yang dah berlaku ni? Entah kenapa dia rasa seperti tak sedap hati ketika itu.
"Ni apa ni?!!! Apa sebenarnya hubungan kau dengan Shida hah??!!" tambah daddy lagi. Makin kecut perut Hairi dibuatnya. Adakah daddy dah tahu tentang hubungannya dengan Shida? Hairi hanya mampu berdiri tegak tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan daddynya. Dia merasakan keadaan akan bertambah teruk jika dia memberitahu daddy perkara yang sebenar. Hairi sebenarnya lebih takut jika daddy akan apa-apakan Shida. Biarlah dia yang menjadi hero. Dia tak nak Shida terlibat sama. Hairi yang tertunduk, mengerling wajah bengis daddynya dan kelihatan cukup marah.
"Daddy nak Hairi putus dengan dia. Hairi kena ingat, mulai hari ini keluarga Shida adalah musuh utama kita. Faham!" kata muktamad daddy mematikan semua kata-kata Hairi.
"Abang, tak baiklah abang libatkan Hairi dalam urusan ni" ujar mak Hairi cuba memujuk daddy.
"Argh, awak diam. Ni semua salah awak. Awak yang tak reti didik anak. Sampaikan dia dah reti bercinta sekarang ni pun awak tak tahu" sekali lagi kata-kata daddy kali ini mampu menguris hati Hairi bahkan mak sekali. Sampai hati daddy salahkan mak dalam hal ini?
"Lepas ni daddy tak benarkan Shida jejak kan kaki ke rumah ni lagi. Apatah lagi Hairi pergi ke rumah dia pun daddy tak bagi. Faham!" tambah daddy lagi. Mak kelihatannya sudah mula mahu mengalirkan air mata. Hairi cuba memendam rasa sakit hatinya taktala melihat mta mak berkaca disebabkan olehnya.
"Abang! Apa yang abang cakapkan ni? Shida tu kan dah macam keluarga kita. Tiap-tiap hari dia akan datang ke rumah kita. Dulu, saya yang jaga dia. Kenapa tiba-tiba abang tak bagi dia datang ke sini pulak?" bantah mak.
"Awak diam saya kata! Suka hati saya lah! Ni rumah saya! Mulai hari ni awak pun saya tak dibenarkan berjumpa dengan Shida. Awak faham!" daddy berlalu pergi selepas meninggalkan kata-kata perintah yang cukup membuatkan hati Hairi dilanda gusar. Mak, maafkan Hairi.

#APAKAH PENGAKHIRAN HUBUNGAN ANTARA SHIDA, HAIRI DAN HARIS? DAN BAGAIMANA PULA DENGAN SOBIR YANG SEKARANG TELAH MERAMPAS HATI SHIDA DARI HAIRI? TQ KERANA MASIH BERSAMA DENGAN CERITA HATI. SAMPAI DISINI DULU YA! NANTIKAN EPISOD YANG AKAN DATANG.

Isnin, 3 Julai 2017

(49) cemburu buta?sebab tu lah tercari-cari...

"Ish...ade ke patut dia bagi soalan yang kita tak belajar pun dalam kelas? Macam mana nak jawab? Pikir otak kita semua ni apa? Memory card boleh simpan benda-benda yang tak penting?" Tika merungut, tak peduli walau beberapa orang di situ turut mendengar.
"Dah-dah lah tu Tika. Kau nak merunggut sekarang pun dah tak guna. Bukannya kau boleh repeat ambil paper yang sama. Benda dah lepas. Baik kau fokus kat next paper lagi bagus" bebel Shida pula. Dalam pada tiga sekawan itu membalas sesama mereka, tiba-tiba
"Woi!" sergah Izzuddin daripada arah belakang. Masing-masing terperanjat dan tak kurang juga Tika turut termelatah.
"Kau ni Izzuddin. Lain kali bagi salam. Bukan main sergah-sergah macam tu. Naik pekak lama-lama dengan kau ni." kata Fiona yang sememangnya dah terbiasa dengan sergahan Izuddin. Al-maklum lah, mereka kan sekelas. Shida juga mencemik di dalam hati. Kuat sangat sergahan Izzuddin tadi menyebabkan makin banyak mata memandang mereka.
"Rilek arh Fiona... Macam tak biasa dengan aku. Hah, aku nak study dengan korang boleh?" kata Izzuddin sambil mengambil tempat di sebelah Shida. Yang lain hanya menerima kehadiran Izzuddin dengan redha. Mereka masing-masing memang sudah kenal dengan karektor Izzuddin. Mereka menghabiskan masa baki lagi 30 minit yang ada untuk mengulangkaji sebelum peperiksaan yang seterusnya bermula.
Sementara itu,
"Sobir jom pergi solat dhuha dulu nak?" sampuk Emey yang mula menghampiri tempat Sobir berdiri. Entah apa yang Sobir pandang dari tadi.
"Sobir, kau dengar tak ni aku ajak kau?" ujar Emey lagi selepas Sobir tidak memberikan apa-apa respond mahupun berajak dari tempat dia berdiri. Entah apalah yang Sobir fokus sangat melihatnya? Emey mengaru kepala sendiri yang tidak gatal itu. Hairan dengan sikap Sobir hari ini. Kejap gembira, kejap gementar, sekarang ni kaku lak macam patung tak bergerak. Entah-entah...... Emey turut menghalakan pandangannya di mana mata Sobir terpaku.
"Heh! Dah agak dah" detik Emey dalam hati sambil tersengih memandang Sobir semula. Kelihatan dari jauh Shida, Tika, Fiona dan.. Izzuddin sama-sama sibuk mengulangkaji. Melihat reaksi muka tak puas hati Sobir, Emey segera menariknya menuju ke surau sekolah.
"Dahlah Sobir. Kau tak payah nak intai-intai si Shida tu lagi. Lebih baik kita pergi buat solat dhuha. Hah, time tulah kau doa banyak-banyak semoga kau dijodohkan dengan Shida. Jangan lupa doakan jodoh aku dengan Zatul sekali. Hah, kan lagi bagus." ujar Emey dengan mulut masih tersengih mengejek Sobir. Spontan dengan tindakan Emey, Sobir makin malu dibuatnya. Nak-nak lagi apabila Emey mengusiknya dengan perkataan jodoh. Aduh, dah kantoilah yang dia ralit memandang Shida tadi dan dalam masa yang sama rasa ingin tahunya semakin tinggi. Betul ke lelaki yang sebelah Shida tu, pakwe dia? Kalau la aku boleh bersamanya seperti itu..... Ahahaha... Apa yang aku merepek ni? Mustahil!

#BETUL KE MUSTAHIL UNTUK SHIDA DAN SOBIR BERSATU? NANTIKAN JAWAPANNYA DI EPISOD YANG AKAN DATANG



Rabu, 21 Jun 2017

(48) nervous vs focus

Pagi yang nyaman diselangi dengan nyanyian burung di dada langit sedikit sebanyak mendamaikan sekeping hati yang sedang lara diulit resah gementar tak tentu pasal pada pagi itu. Maklumlah, hari ni merupakan hari first peperiksaan SPM dijalankan. Sejak subuh lagi Shida tidak berhenti berdoa moga-moga Allah permudahkan segala urusannya pada hari ini. Dia benar-benar gementar sehinggakan dia tak ada selera untuk bersarapan tapi walau macam mana pun, kata ibu, dia kena juga makan untuk mengalas perut. Jadi dia cuma makan timun dan epal sebiji. Itu je yang mampu masuk ke tekaknya. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dari pintu pagar, sayup-sayup kedengaran bunyi riuh semua pelajar-pelajar tingkatan 5. Shida berdiri di ambang pintu dewan utama dengan sekeping hati yang masih gementar. Dia mencari kedudukan tempat duduknya. Tempat duduknya tak jauh dengan Fiona dan Tika. Awal-awal lagi Shida sudah hafal tempat duduk Fiona dan Tika untuk tahu berapa jarak antara mereka.
"Shida!" kata Fiona sambil matanya memerhatikan notis tempat duduk di depan pintu utama dewan.
"Tak payah tengok. Tempat duduk ko selang 2 baris dari belah kanan aku je" jawab Shida serta merta.
"Aku-aku?" celah Tika yang baru datang dari mana tah.
"Tempat duduk kau pulak paling belakang sekali barisan ke 5 dari kanan" kata Shida betah berbicara.
"Hah? Apasal belakang sangat? Dah lah betul-betul depan pintu pulak tu" Tika menarik nafas panjang lalu menghembuskannya deras. Serentak dengan itu, kedengaran suara Shida dan Fiona ketawa perlahan.
"Ok la tu. Senang kau nak keluar nanti" ujar Fiona.
"Betul gak eh. Lagi pun duduk belakang boleh tengok orang lain. Tak adalah kena hadap pentas je kalau duduk depan sangat. Hmmm, betul-betul-betul" Shida dan Fiona tersenyum lagi. Ada-ada sahajalah si Tika ni. Sekejap ok, sekejap tak ok. Selang beberapa minit, mulutnya yang tersenyum tadi mula bertukar biasa. Masing-masing sudah mula merasa debaran yang amat hebat apabila pengawas sudah mengarahkan para pelajar untuk masuk ke dalam dewan. Mereka bertiga memberanikan diri juga masuk ke dalam dewan dengan doa yang tak putus-putus dari dalam hati. Dia menelan air liur beberapa kali setiap kali melangkah menghampiri mejanya. Debaran di hati Shida kian menggila. Matanya dapat menangkap susuk tubuh yang paling dia kenali. Tengok dari pakaian sahaja sudah tahu. Sobir yang sudah duduk, mendongak memandang Shida yang disebelahnya.
"Shida?" nafas Shida turun naik taktala Sobir menyebut namanya. Mulutnya terkunci. Seketika, Shida hanya mampu tersenyum sambil menarik kerusinya lalu duduk. Shida memandang ke arah Sobir yang betul-betul di sebelah kirinya.
"Good luck" sapa Sobir taktala mata mereka bertemu. Terbit sedikit perasaan bahagia di hati lantaran daripada kata-kata semangat oleh Sobir sebentar tadi. Sedikit senyuman terukir di bibirnya. Hanya itu yang termampu dilakukannya. Dah Shida...Fokus exam!

#MAMPUKAH SHIDA HILANGKAN PERASAAN NERVOUSNYA DAN FOKUS KEPADA EXAM? NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA PADA 3/7 YE

Ahad, 4 Jun 2017

(47) detik terindah

Shida duduk di meja sambil memegang botol air. Shida tersenyum bila wajah Tika dan Fiona menerpa di ruang koridor itu. Tercunggap-cunggap mereka bertiga memanjat anak tangga tadi. Ini sudah kali ke berapa tah mereka turun naik tangga. Hari ini, merupakan hari untuk mereka mengemas meja dan kerusi untuk peperiksaan SPM yang bakal mereka duduki minggu depan. Meja dan kerusi yang tak digunakan, perlu di bawa turun untuk diletakkan di ruang bawah tangga. Macam tulah cerita nye.
"Ada lagi ke meja dan kerusi yang nak kena bawa turun?" soal Shida bila melihat Sobir dan Emey terus menuju ke arah mereka bertiga yang sedang mencari oksigen. 
"Dah habis dah. So korang boleh rehat puas-puas" tutur Emey selepas memastikan semua kelas di aras itu berada dalam keadaan kemas dan bersih. Shida cuba mengawal riak mukanya yang kepenatan itu. Al-maklum lah, buah hati ada depan mata. Lebih lama diperhatikan, Shida berasa ada yang tak kena dengan Sobir ni. Sobir menarik nafas kasar. 
"Sobir kau ok tak? Nama muka kau pucat semacam?" Sobir tersentak lalu merenung redup Shida yang sudah duduk berhadapan dengannya. 
"Pucat ke? Maybe penat kot" teragak-agak Sobir menjawab. Sobir menelan air liur. Lambat-lambat Emey mencelah "Sebenarnya dia sakit belakang tu. Kerja kuat sangat." 
'Aduh! Kenapalah Emey bagitahu gak? Hilang macho aku' gerutu Sobir dalam hati. Shida yakin sebenarnya ada benda yang Sobir dan Emey cuba sorokkan daripada pengetahuannya. 
"Alah sakit biasa saja." ucap Sobir spontan. Aneh....kenapa dia nak sangat tunjuk macho depan Shida? 
"Please lah...sakit biasa kau kata. Dah masuk seminggu kot kau sakit belakang tu." bicara Emey makin membuatkan Shida makin risau.
"Dah tahu sakit buat kerja-kerja berat. Nanti melarat sampai minggu depan macam mana? Dah pergi klinik? Tak pun sapu lah minyak. Urut-urut sikit. Dah tahu nak SPM, jagalah kesihatan tu sikit." bebel Shida. 
"Yelah...nanti aku sapu minyak. Dah kau tak payah lah nak membebel kat aku. Sakit telinga aku dengar suara nyaring kau." Sobir ketawa kecil. Shida mengetap gigi dengan geram. Sedikit hampa bila dia risaukan Sobir, Sobir boleh cakap dia membebel? Pelik juga dengan perangai kawannya itu. 
"Aku seriuslah" . Sobir jadi tersentak...ada perasaan yang asing datang taktala melihat muka Shida bimbang pasal keadaan dirinya, namun dia mengangguk dalam kepura-puraan. Pura-pura tiada apa yang berlaku. Pasangan itu seperti tidak kisah dengan orang lain dan beranggapan hanya mereka berdua di dalam kelas itu. Tenggelam dalam dunia mereka berdua. Patut ke Shida kekal menaruh pada Sobir walaupun sudah tamat persekolahan? 
Sementara itu, Tika, Emey dan Fiona senyap-senyap merakam babak terindah ini dengan menggunakan kamera yang dibawa oleh Tika. Masing-masing merenung Shida dan Sobir dengan renungan penuh makna. 

#BERHARAP SHIDA AKAN KEKAL SETIA UNTUK SOBIR?TAPI ADAKAH SOBIR JUGA AKAN SETIA PADA SHIDA? ENTAH MENGAPA CERITA HATI INI MAKIN MENJADI MENARIK. HAH, TUNGGU YE.

Jumaat, 28 April 2017

(46) Hari yang di mana daripada kawan menjadi crush

Selesai sarapan, Shida mengemas dapur sebelum berangkat ke sekolah. Ibu yang ingin menolong, Shida tidak benarkan. Alasannya, ibu dah penat memasak. Giliran Shida yang kemaskan dapur. Haaa.....baik tak Shida hari ni?
"Baik betul anak ibu yangs seorang ni," puji ibu. Shida apa lagi, sengih bangga ajelah. Dapat pujian beb! Shida meminta diri untuk ke sekolah.
                                    Sesampai sahaja Shida di sekolah, Shida terperasan kelibat Emey dengan seorang perempuan daripada pintu pagar lagi. Amboi, mesranya lain macam aje! Tapi kalau nak diikutkan, memang Emey ada bagitahu sebenarnya dia dah ada makwe. Mungkin tulah makwenya. Selesai meletakkan basikalnya, Shida masih lagi memerhatikan Emey dengan makwenya. Dari belakang, Shida tak tahu muka awek Emey macam mana. Dan secara kebetulan, Fiona dan Tika datang menghampirinya. Huyooo, gaya diorang ni lagi dahsyat. Lagak macam detektif sedang menyiasat sahaja. HAHAHA atau boleh dikatakan sebenarnya mereka ni 'busybody'. Shida tergelak kecil melihat karenah dua orang rakan karibnya itu. Mana tak nya, mata tu tak beralih langsung.
                                Baru sekejap, mereka berdiri di situ, Emey bagaikan perasan mata-mata mereka bertiga memandangnya. Shida layankan sahaja mereka berdua ni. Dalam asyik Emey berborak tadi, terpandang kat diaorang, terus dia datang. Shida layankan sahaja perangai mereka.
"Emey, tu ke makwe kau?" tegur Fiona. Ahaks...jawab Emey, jawab.
"Kalau aku cakap, ye macam mana?" balas Emey. Dua tiga kali berbalas soalan, Shida mula seronok pula layan mereka bersoal siasat.
"Ah, Shida. Aku rasa mesti kau terkejut gila bila dapat tahu siapa awek aku tu." tokok Emey lagi.
Hah? Makna nya makwe Emey tu, Shida pernah kenal? Tak kan lah Emey main cakap pulak, ye tak?
"Siapa Emey? Aku kenal ke?" balas Shida untuk kepastian.
"Apa kata kau tengok sendiri." letih bermain teka-teki, akhirnya Emey menyuruh Shida tengok sendiri siapa awek Emey yang sebenarnya. Shida mendekati perempuan yang dikatakan awek Emey tadi. Apabila perempuan itu menoleh,
"Huk alo.....Zatul rupanya!" Shida terus dilanda perasaan excited. Tak macam Fiona dan Tika. Mereka masih terpingga-pingga. Macam mana Shida boleh kenal Zatul? Ah!Gerangan yang selalu dikatakan puteri kayangan oleh Emey rupanya si Zatul ni. Excited betul Shida jumpa Zatul. Padahal mereka berdua satu sekolah. Dia punya jarang berjumpa tu macam sorang duduk selatan, seorang duduk utara. Terhibur Emey melihat adegan Shida dengan Zatul. Apa boleh buat....dia sendiri yang rahsia kan hubungan dia dengan Zatul daripada Shida.
"Jap, habis tu kenapa kau tak bagitahu aku Emey, yang kau sebenarnya kapel dengan Zatul?" Shida meneliti riak muka Emey.Huh, apa alasannya tidak memberitahunya!
"Hmmm, lawa statement nampak? Hahaha. Aku blah dulu. Dah pukul berape ni tapi kita masih tak pergi tapak perhimpunan. Assalamualaikum." Huargh...pandai Zatul melarikan diri. Tak pe, esok, lusa dia boleh soal siasat Zatul pulak. Shida, Fiona dan Tika juga segera mengegas ke tapak perhimpunan. Shida terkejut besar kerana pengawas yang biasa menjaga tapak perhimpunan budak-budak akaun, lain daripada biasanya. Mana taknya, dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh Sobir berdiri dengan megah di barisan hadapan.
"Aduh! Bila masa pulak dia jaga kat sini?" Shida bersungut di dalam hati.
"Lambat" ucap Sobir ketika melihat Shida dan Fiona masuk ke dalam barisan. Tapi Shida dan Fiona buat muka selamba sahaja pagi ni walaupun dalam hati Shida sudah bergendang laju. Selang beberapa minit, Emey datang dengan muka tersengih-sengih ke arah Shida seperti mengejeknya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan  kemudian para pelajar dibenarkan masuk ke dalam kelas. Sebelum mereka beredar, Shida sempat menahan Emey. Dia minta Emey jelaskan mengenai hubungan Emey dan Zatul. Emey membalas,
"Nanti rehat aku bagitahu semuanya kat kau ok?". Shida berpuas hati. Shida kalihkan pula pandangan ke arah Sobir.
"Ada apa-apa nak aku sampaikan kat Sobir?" soal Emey ke Shida. Dia dapat tangkap tindakan Shida itu. Sobir masih sibuk memerhatikan pelajar-pelajar lain bergerak daripada tapak perhimpunan. Shida lantas mengujar,
"Errr, kau tahu pasal parents Sobir?". Emey tersenyum mendengar soalan Shida. Heheh...Dah bertahun-tahun baru nak tanya?
"Good question tapi.... aku diberi arahan supaya tak membuka mulut pasal parents Sobir kat sesiapa pun. Errr, apa kata kau tanya Sobir sendiri?" balas Emey.
"Bagus...masing-masing tak nak bagitahu aku." celah Shida.
"Kau ada tanya orang lain ke selain aku?" ujar Emey kehairanan.
"Aku tanya kau dengan Sobir je lah. Sobir tak nak bagitahu aku gak." Shida melepaskan keluhan sebaik sahaja memberitahu Emey apa jawapan Sobir.
"Dahsyat betullah hubungan Shida dengan Sobir ni. Shida...Shida...Sobir ni pun satu. Dah jatuh hati, tapi tak nak mengaku." Emey bermonolog dalam hati sambil tersengih mengenangkan kisah sahabatnya itu. Di mana ada Shida, di situlah ada Sobir. Tak kan lah itu pun Shida tak perasan?

# AMBOI,APA YANG SOBIR DAN EMEY BERAHSIA SANGAT NI PASAL PARENTS SOBIR?HMMM,TUNGGU JE LA YE~


(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...