Isnin, 6 September 2021

(79) Pujaan Hati



 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mereka dengan kemunculan Qayid dalam rancangan 'camping' abang Kamil tersebut. 

    Ok...untuk korang yang tak tahu apakah watak Qayid dalam cerita hati ini. Pertama, Tika dan Shida merupakan pelajar persatuan pengakap sekolah (walaupun tidak aktif). Dan disebabkan mereka jarang aktif ketika dalam persatuan tersebut, Qayid, yang pada waktu di tingkatan 1, sudah pun memegang jawatan wakil ketua tingkatan 1. Dengan kata lain, sejak di bangku sekolah rendah lagi, Qayid ni sudah aktif di dalam persatuan pengakap (Hal ini berkait dengan ayahnya merupakan ahli jawatankuasa persatuan pengakap negeri). 

"Cikgu, saya cadangkan untuk perkhemahan kita yang buat pertama kalinya bagi pelajar tingkatan 1 ini, saya cadangkan pelajar-pelajar yang tidak aktif diberikan keutamaan dalam menurut serta aktiviti kali ini." cadang Qayid.

'Dah kenapa pula nak target-target pelajar tak aktif pula ni?' Shida memberontak di dalam hati. Shida memang tidak suka dipaksa-paksa ni kerana sudah cukup-cukuplah dia dipaksa selalu oleh Atoknya untuk belajar. 

💢Paangg! Mujur tak termelatah Shida akibat terkejut oleh tepukan mengejut yang di bagi oleh Abang Kamil tadi. 

"Dah-dah lah tu mengelamun Shida. Cepat jalan ikut Emey tu. Kang tertinggal lak kau kat belakang ni seorang-seorang" usul Abang Kamil menyuruh Shida mengikut langkah kawan-kawan Shida yang lain untuk masuk ke dalam hutan itu. 

Shida senyap menurut dan mengekori Emey yang berada di hadapannya. Sobir, Tika dan Fiona sudah pun di barisan hadapan. Fikirnya tidak tenang apabila mengetahui Qayid akan menurut serta aktiviti camping mereka untuk 2 hari 1 malam di hutan ini. Punyalah penat dia berangan nak luangkan masa dengan Sobir. Tiba-tiba muncul lak si Qayid ni. 

Dalam mereka sibuk mengatur langkah menuju ke tapak perkhemahan, Tika sempat menoleh ke belakang mencari kelibat Shida sambil tersengih.

"Lain yang dikejar, lain pula yang dapat si Shida ni ye" Tika berbisik kepada Fiona, penuh teruja.

"Erm" tu sahaja balasan Fiona. Sebenarnya, Fiona juga cukup tidak sangka pada takdir kawannya Shida tu. Mahu sahaja dia pergi ke belakang dan menanyakan apakah perasaan Shida sekarang. Kesian Shida....

Shida ragu-ragu samada buat-buat tak kenal Qayid ataupun tegur je macam biasa seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku sebelum ni. Tapi susahnya situasi aku ni....

    Abang Kamil mengajak Qayid disebabkan abang kepada Qayid merupakan 'tour guide' bagi mereka untuk perkhemahan ini. Dah alang-alang tu, abang kepada Qayid ajak Qayid bersama kerana takut tidak terjaga jumlah peserta yang lebih daripada 5 orang itu. 

"Nak aku yang bawakan tak?" tanya Qayid tiba-tiba tetapi dengan nada yang lembut. Sejak bila tah dia berada di depan Shida. Bukan tadi Emey ke yang ada kat depan dia?

"Tak apalah. Aku boleh bawa sendiri" Shida buat-buat kuat. Padahal tangannya sudah kebas akibat membawa barang bekalan makanan mereka sepanjang perkhemahan itu. 

"Kalau kau rasa macam menyusahkan, tak susah pun. Lagipun aku dah biasa bawa barang-barang berat dalam hutan" ujar Qayid sambil merampas beg makanan itu daripada Shida. 

Shida hanya memberikan senyuman ringkas tanda terima kasih. 

"Oit! Orang kat belakang tu, cepat sikit" jerit tunang Abang Kamil yang sudah pun masuk ke dalam kawasan tapak perkhemahan mereka. Sementara Abang Kamil juga membalas yang mereka di belakang pun sudah tidak jauh. 

"Okay guys. Kita dah sampai di tapak perkhemahan kita. So, girls kalau nak rehat dulu. Rehatlah. Yang boys rasanya korang still ada tenaga lagi kan? Jom, pasang khemah dulu. Cepat pasang, cepat kita boleh rehat." abang kepada Qayid iaitu Abang Qalif bersuara kembali dengan mukanya yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan.

"Alah...tapi kitaorang pun penat gak" Emey bersuara selepas beberapa ketika sambil memandang ke arah Sobir, meminta Sobir turut bersetuju dengannya. 

Sobir tidak menghiraukan pandangan Emey itu, malah dia bergegas ke arah Abang Qalif untuk membantunya mula memasang khemah. 

"Apa tengok-tengok? Tolonglah.." Belum sempat Abang Kamil menghabiskan ayatnya, Emey terus memotong dengan bangun daripada tempat duduknya dengan muka penuh masam mencuka. 

"Ceh, nak rehat kejap pun tak boleh" Emey memberontak tetapi dengan nada bergurau. Walaupun dia berkata sedemikan tetapi tangannya laju menolong Abang Kamil mendirikan khemah.

Sementara itu...

"Korang, tengahari ni tak payah masak dululah. Kita makan je bekal nasi dengan lauk yang kita bawa tadi. Malam baru kita masak. Ok tak?" Tunang kepada Abang Kamil bertanyakan pendapat tiga sekawan itu.

"Kami ok je." lantas Shida membalas.

"Shida. Kau okay tak?" Tika menyapa Shida dengan suara yang lembut. 

"Okay je. Kenapa?" Shida menjawab walaupun dia sudah tahu kenapa Tika bertanya sebegitu. Dan dua juga tahu, tidak mustahil sekiranya Fiona dan Tika sudah meneka-neka di dalam kepala masing-masing berkenaan aksi Qayid yang berjalan bersamanya tadi. 

Shida yang dalam perjalanan tadi penuh dengan perasaan teruja dan gembira, kini. Perasaannya bercampur aduk. Sedikit geram dan sedikit keliru. Kenapalah dalam banyak-banyak waktu, sekarang juga takdir temukan dia dan Qayid.

Begitu juga dengan Sobir. Seperti biasa Sobir yang serba cekap dalam menguruskan waktu, dia sudah pun bersiap sedia dan sudah mencongak detik-detik yang bakal dia lalui bersama kawan-kawannya di dalam hutan nanti. Dan yang paling penting, menjaga imejnya di depan Shida nanti. Entah kenapa, dia cukup selesa bersama Shida. 

"Emey..." Emey menoleh kehairannya ke arah Sobir yang memanggil namanya itu. Nampaknya, khemah mereka hampir siap di pasang, cuma mahu mengukuhkannya sahaja. 

"Kenapa?" Sejak mereka masuk ke hutan ni, Emey perasan yang kawannya tu, sedikit curiga dengan 'tour guide' mereka Qayid.

"Kau pernah kenal tak atau kau tak rasa familiar ke dengan Qayid ni?" Sobir bertanya dan mengharapkan Emey akan membantunya mengingatkan di mana dia pernah bertemu dengan Qayid. 

"Entah. Pada aku, aku macam tak pernah nampak dia sebelum ni. Cuba kau tanya budak perempuan tu. Nampak macam diorang kenal je" Emey berseloroh. Tidak mampu membantu pertanyaan hati Sobir itu.

"Nantilah aku tanya sendiri kat Qayid" ujar Sobir. Sekiranya, Shida, Fiona dan Tika mengenali Qayid. Pasti Sobir pun mengenalinya juga walaupun pada hakikatnya mereka tidaklah rapat mana pada masa dulu.

"Jom makan." laung Fiona mengajak peserta-peserta lelaki untuk makan tengahari. 

"Wah..." Abang Kamil berpaling ke arah Abang Qalif yang penuh teruja melihat hidangan yang kumpulan perempuan hidangkan di atas tikar gulung.

"Sedap-sedap makanan korang bawa eh." Bertalu-talu Abang Qalif memberi pujian.

"Dan jom makan. Khemah pun dah siap pasang. Mesti korang lapar, dah lah penat tadi" Sebaik sahaja tunang kepada Abang Kamil menjemput makan, Emey lah orang pertama yang menjamah dulu.

Hurm!!!! Sedapnya! Itulah reaksi Emey apabila lindahnya menyentuh makanan yang terhidang. Qayid dan Sobir hanya mampun mengelengkan kepala dengan tindakan Emey itu.

"Beringat-ingat sikit makan tu. Ingat orang lain gak" Shida mengingatkan Emey yang sudah tidak tahu malu itu.

"Siapa yang masak lauk ikan pedas ni? Sedapnya" tanya Emey menutup malu.

Shida hanya mengangkat tangan kerana mulutnya sedang sibuk mengunyah papadom.

"Shida ke masak. Uuu, sedap. Bolehlah kahwin lepas ni" usik Abang Qalif yang memang personalitinya agak ramah.

Shida hanya menunduk malu apabila dipuji sebegitu. 

"Tula. Shida ni memang pandai masak, cuma malas je" tambah Tika mengusik Shida. 

"Tika!!" marah Shida. Malu perangai sebenarnya terbongkar di depan Sobir. Dia tidak kisah kalau di depan Qayid tetapi bukan di depan Sobir. 

'Nahas kau lepas ni akau kerjakan' bisik hati Shida sambil merenung tajam ke arah Tika yang tersengih-sengih lagi tadi.

"Betullah. Sedap." Tiba-tiba Sobir mencelah. 

Dah serentak Shida, Fiona, Tika, Emey mahupun Qayid memandang ke arah Sobir. Dah lah lagi tadi tak dengar sepatah pun mamat ni cakap, tiba-tiba je keluar statement tu daripada mulut dia. Tersedak Shida dibuatnya. 

Qayid juga terkejut dengan reaksi Sobir itu. 'Dia ni..' bisik hati Qayid sambil mengalih pandangan daripada Sobir.

'Kenapa Shida lagi tadi curi-curi pandang dia?' tambah Qayid lagi dalam hati. Namun, Qayid juga turut curi-curi pandang antara Shida dan Sobir sambil meneruskan suapan nasi ke dalam mulutnya. 

'Bukan ke mamat ni beriya sangat nak acah-acah macho? Dia fikir dia cool la tu puji Shida macam itu.' Emey juga tidak kurang dari mengkritik aksi Sobir di dalam hatinya itu juga. 

'Makin rancaklah pengembaraan dalam hutan ni kalau Sobir dengan Qayid terus-menerus memberi reaksi macam ni' Fiona pula yang berbisik dalam hati.

'Daripada kau puji aku, lebih baik kau cakap kau nak kahwin dengan aku terus'. Amboi Shida ni. Dah kenapa pula Shida cakap macam tu dalam hati dia ni?! Bagi betis, nak paha lak dia ni. Tak reti sabar betul.

Abang Qalif, Abang Kamil dan juga tunang kepada Abang Kamil hanya berpandangan sesama sendiri sahaja. Tidak hiraukan yang budak-budak tu masing-masing sarat bermonolog dalam hati sendiri. Aura entah apa-apalah diaorang ni terberjangkit sesama diorang. 

Selesai menjamu selera, masing-masing masuk ke khemah untuk berehat sementara menunggu matahari redup bagi meneruskan aktiviti mereka seterusnya. Melihat Tika yang sudah lagi tadi tersengih,Shida menegur,

"Kau dah kenapa tersengih-sengih ni? Adalah tu yang ada dalam kepala kau tu"

"Kau tak happy ke dapat pujian daripada pujaan hati?" Tika cepat bertanya soalan yang lagi tadi dia simpan dalam hati sambil masih lagi tersengih.

"Alah...tak payah tanya pun dah tahu. Confirmlah dia happy. Kau tak tengok punyalah dia control tak nak senyum. Tu yang sampai tersedak tu" Fiona menyampuk. Dia pun tak sabar-sabar nak mengusik kawannya tu sejak dari tadi.

"Kau kan memang saja bagi malu aku depan Sobir kan." marah Shida sambil mencuit-cuit lengan Tika yang sedang sibuk melarikan diri daripada dicuit. Lalu tiga sekawan itu pun memulakanlah adegan usik-mengusik dan bergosip seperti biasa mereka apabila berjumpa. 

Pada petang tersebut, sepatutnya mereka menyambung persiapan tapak perkhemahan mereka seperti membuat longkang mini disekeliling khemah dan membina khemah terbuka bagi tempat makan mereka. Hal ini kerana, cuaca kelihatan mendung dan sepertinya akan hujan tidak lama lagi. Oleh sebab itu, aktiviti tersebut perlu dilalukan bagi melindungi tempat tidur mereka dan juga barang makanan mereka.

"Dah jomlah kita keluar. Nampak macam Sobir dah start mencangkul dah tu" ajak Shida lalu menyarung kasut dan berjalan ke arah Qayid.

"Hah, kaurang pergi pacakkan tiang kat sekeliling tempat makan tu, nanti nak letak khemah kat situ." Qayid menyapa apabila dia melihat kelibat Shida menghampirinya.

Sepertinya, kumpulan lelaki ditugaskan untuk menggorek lubang manakala kumpulan perempuan akan memasang khemah untuk ruang makan mereka.

"Kaurang...cuba kaurang bentangkah kain khemah ni. Akak nak tengok besar mana dan nak buat tanda untuk pacak tiang" arah tunang Abang Kamil sebelum tangannya mengutip batu-batu kecil sebagai tanda. Semua persiapan kelihatan berjalan lancar dan tidak kurang juga ada yang menyempat bergosip sambil melakukan kerja. Ya, siapa lagi kalau bukan makcik bawang nombor 1 adalah Tika. Dia dengan selamba sempat bergosip dengan Fiona tentang peminat-peminat Shida dulu. Walhal, Shida ada di depan mata mereka sahaja. 

"Kaurang dah siap ke?" Emey bertanya sambil berjalan ke arah mereka. Emey dari jauh berminat dengan gosip antara Tika dan Fiona itu walaupun daripada jauh dia tidak dengar apa-apa pun tetapi cara Tika bergosip itu yang menarik minatnya untuk mendengar sama. Dia pun nak tahu gak dan kelihatan topik yang mereka bergosipkan tu macam menarik je apabila Emey mendengar nama Shida.

"Dah. Sebab tu kitaorang bergosip ni" sebaik sahaja Tika perasan kemunculan Emey di depannya, dia pun bergerak ke arah timbunan kayu yang dikutip oleh Abang Kamil tadi. 

"Eleh bukan dari awal kaurang buat kerja ke kaurang bergosip?" perli Shida yang sedang sibuk membantu Abang Qalif mengikat tali pada pokok tetapi jaraknya tidak jauh dari tempat Tika, Fiona dan Emey berada.

"Ish, sibuk je orang tu. Tengah buat kerja tu, buat kerja je la. Tak payah sibuk nak dengar kitaorang bergosip" jawab Tika dengan nada bergurau.

'Apa-apa sahajalah diorang tu memekak-mekak' detika Sobir dalam hati apabila dia memerhatikan kawan-kawan perempuannya itu bercakap terjerit-jerit.

"Sorry baru tanya, nama apa?" tegur Qayid yang berada di belakang Sobir semenjak tadi. Qayid sebenarnya perasan yang sejak awal pertemuan mereka, Qayid perasan sesuatu tentang Sobir dan sejak itu banyak pertanyaan yang permain di dalam kepala Qayid. Qayid cukup kenal dengan Sobir yang merupaka ketua pengawas ketika di sekolah dulu malah dia telah mengenali Sobir sebelum Sobir menjadi ketua pengawas lagi. 

"Sobir. Qayid kan?" Sobir mendapatkan kepastian. 

"A'ah betul. Kau dulu ketua pengawaskan dulu?" Qayid cuba untuk meneruskan perbualan dan dia berharap dia akan mengemukan salah satu soalan yang ada di fikiran semenjak tadi.

"A'ah betul. Macam mana kau kenal aku? Kita satu sekolah ke dulu?" Sobir memutuskan untuk bertanya soalan yang juga lagi tadi bermain di fikirannya. Dan jika betul Qayid dan Sobir merupakan rakan sekolah, bagaimana Shida mengenalinya dan dia tidak?

"HUJAN! HUJAN!" perbualan mereka terhenti apabila Tika menjerit akibat hujan gerimis mula turun. Sobir dan Qayid pun berjalan menuju ke khemah mereka untuk mencari tempat teduh sebelum hujan mula lebat.

'So maksudnya Emey dan Sobir tak ingatlah Qayid?' Fiona sempat berbisik di dalam hati sambil meliat Emey bergegas ke arah khemahnya.

'Alah, lagi pun benda dah lama. Mungkin Qayid sudah tidak menaruh hati pada aku lagi' bahagian Shida pula yang berbisik di hati.


#JADI MAKSUDNYA SOBIR TAK TAHULAH QAYID PERNAH MENARUH HATI PADA SHIDA ATAU MASIH MENARUH HATI? TILL NEXT EPISOD GUYS. THANK YOU FOR TODAY


Ahad, 23 Mei 2021

(78) Kau ni senang betul....



"Kenapa dia tak jawab call aku ni?" 
    Kalaulah diikutkan hati, memang dia mahu ikut konvoi itu. Dalam senarai aktiviti konvoi yang Shida sempat baca tadi, semuanya berkaitan dengan aktiviti lasak dan sememangnya semua aktiviti tersebut akan dilakukan di kawasan luar bandar. Dan itu bermakna tak akan ada signal telefon dan tak akan ada khabar daripada Sobir. 
    Shida mengeluh apabila memikirkannya. Dia perlu bersedia menghadapi hari-hari tanpa khabar daripada Sobir.
"Tidak!!!!" ketika Shida menjerit, adiknya Shira tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Shira yang baru selesai menjamu selera, mengambil peluang bertanya,
"Akak dah kenapa terjerit-jerit? Sampai kat dapur boleh dengar suara akak tadi" 
"Patut tak aku pergi?Maybe aku kena tanya Tika, patut tak aku pergi." Shida masih berfikir-fikir tanpa menghiraukan langsung kehadiran Shira dalam bilik itu. Apa yang penting dia kena buat keputusan dahulu mahu ikut serta ataupun tidak. Pengalaman bermalam di hutan itu, pastinya akan berjadi indah bila bersama dengan Sobir. Shida tersenyum sendiri.

**********************************************************************************

Pada malam yang sama, di bilik Sobir. Sobir sedayanya untuk cuba menekan butang 'send' pada skrin keypadnya.

--------------------------------------
📱Assalamualaikum, Shida.
--------------------------------------

Selang beberapa saat, ada mesej baru masuk.

-----------------------------------------------------
📲 Waalaikumussalam. Kenapa?
-----------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------
📱 Aku nak tanya kau jadi pergi tak konvoi tu?
-------------------------------------------------------------

--------------
📲Jadi
--------------


Spontan dengan itu, Shida menepuk dahinya sekuat hati. Padahal baru tadi dia bersembang dengan Tika dalam telefon dan memutuskan untuk tak nak pergi. Tapi bila dah berhadapan dengan Sobir, lain pulak jadinya. Shida....Shida.... Apasal lah kau ni senang betul cair bila dengan Sobir ni?

Manakala Sobir terangguk-angguk membaca chat Shida itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
📱 Oh, baguslah kau jadi pergi. Aku nak tanya lagi ni, warna favourite kau apa?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------
📲 Um, kenapa?
---------------------------------------------

------------------------
📱 Jawab je lah
------------------------


-------------------------
📲 Yelah, ungu
-------------------------

-------------------
📱Ok
-------------------

---------------------------------------
📲Bagilah tahu aku kenapa?😓
---------------------------------------
------------------------------------------------
📱 Aku ingat nak sponsor t-shirt
------------------------------------------------

-----------------------------
📲 Wow, thanks
-----------------------------
Ketika itu, Sobir memaki-maki dirinya. Apalah bendul sangat dia sampai menipu nak sponsor t-shirt untuk mereka semua. Padahal sebenarnya dia just nak tahu warna favourite Shida je. Kali ni, keadaan benar-benar menekannya.

"Stupid Sobir! Shut up!" Kali ni Sobir maki dalam bahasa mat saleh pulak. Dalam dia dok maki-maki diri sendiri dengan geram dia menaip sesuatu dengan laju.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
📱  I love y
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#APA CITE DUA ORANG NI? SAMPAI BILAKAH DIORANG NAK MAIN TARIK TALI NI? NANTIKAN SAMBUNGANNYA YE.



Selasa, 6 Ogos 2019

(77) aku buat begitu kerana kau

Hilang seketika masalah tentang projek baru sempena cuti sekolah nanti yang membuatkan Abang Kamil resah hati. Masalah tentang keputusan SPM pulak yang timbul dan menyebabkan lima sekawan itu tidak hilang gelisah di dalam hati. Shida pun tak tahu bagaimana keputusan yang bakal dia dapat dari hasil usahanya dulu. Pengalaman bekerja di taman tema air ini membuatkannya terlupa tentang hala tujuan sebenarnya selepas tamat persekolahan.

Beberapa hari kemudian....
Lima sekawan itu, masing-masing mendapat keputusan yang memuaskan. Lebih-lebih lagi Shida, Tika dan Fiona antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan berjaya ambil sijil di atas pentas.

"Tak menyesal aku kena pukul selalu dengan Atok. Sebab akhirnya, aku dapat result yang bagus" ujar Shida dengan bersungguh-sungguh. Maklum sahajalah, baru dapat keputusan yang bagus.

"Ceh! Baru nak sedar. Selama ni kau marah je bila Atok kau ketuk kepala kau dengan rotan." ujar Tika pulak.

Shida, Tika dan Fiona sekarang sedang lepak di tempat parking kereta sekolah sambil menunggu Atok Shida menjemput mereka. Jangan tak tahu. Atok Shidalah orang pertama teruja pada pagi ni. Nak tahu apa keputusan cucu kesayangan ni.

"Shida!" Dari jauh Emey melaung nama Shida. Dan tak jauh dari Emey, berdirinya juga jejaka impian Shida. Siapa lagi kalau bukan Sobir.

Mereka hanya sempat berborak tentang keputusan yang telah diperoleh. Tak sempat nak berborak panjang kerana Shida, Tika dan Fiona perlu berkumpul untuk mengambil sijil di atas pentas. Baru Shida sedar, selepas keputusan SPM ini keluar, maka bermulalah pencarian hala tuju masing-masing. Samada kehendak mahupun kerjaya. Setiap keputusan yang dibuat, memberi sejuta makna pada masa akan datang. Malah, mungkin menentukan jalan sepanjang sisa hidup di kemudian hari. Dalam banyak-banyak pertanyaan di sudut minda Shida, terselit pertanyaan 'Bagaimana perakhiran perasaannya terhadap Sobir?'

"Korang nak balik dah ke?" tanya Emey sebaik sahaja mendekati mereka bertiga.

Adakah jodoh buat Shida dan Sobir?

"A'ah. Atok aku dah tak sabar nak tahu keputusan aku. Dia tak nak tahu dalam telefon. Dia nak tengok live depan mata" sahut Shida sambil mata mengerling ke arah Sobir.

Mampukah dia melupakan kisah pahitnya dan menggantikan kisah indah untuk disilami?

"Lah..ingat baru nak ajak korang lepak. Yalah, esok kat tempat kerja tak boleh borak sangat sebab Shida ada praktis tarian maskot dia." pantas Emey mengeluh kecewa kerana tak dapat meluangkan masa dengan teman membawangnya itu. Bukannya dia tak boleh membawang dengan Tika dan Fiona sahaja tapi...Sobir lah yang nanti mati kepanasan tak tahu nak borak apa. Sobir ni, buka mulut bila ada Shida je.

"Tak apalah. Esok kita lunch lah kat tempat squad maskot praktis. So, senanglah Shida nak sambung praktis balik lepas berlepak dengan kita. Ok?" Fiona lintas memberikan cadangan.

"Boleh gak. Kalau tak pun, kita lepak tiga orang jelah. Aku, Emey dengan Shida saja. Lagipun tempat Shida praktis tu dekat dengan kolam aku dengan Emey jaga" nampak gayanya, Sobir cuba untuk bergurau.

"Eh...mana boleh! Aku pun nak tahu gak apa yang korang borakkan nanti" bantah Tika yang sememangnya makcik membawang no.1.

Dalam mereka sibuk bergurau dan bercakap, sempat Shida termenung memikirkan kenangan-kenangan mereka bersama. Matanya mula berkaca apabila menatap sekolah yang bakal dirinduinya nanti. Banyak kenangan yang tersemat ketika berada di sekolah ini. Kenangan bagaimana jejak operasinya stalk Sobir dahulu. Bukan main lincah Shida dulu ketika mahu mencungkil latar belakang putera idamannya dulu. Teringatnya bila pernah suatu ketika dahulu. Shida pernah beriya-iya nak masuk bilik displin disebabkan disitulah Sobir selalu berada. Gila jugak kan fikiran Shida dulu. Pernah juga dia, sengaja berbaik dengan guru yang sama mengajar kelasnya dan kelas Sobir. Semata-mata boleh pergi ke meja guru itu dan melihat tulisan tangan di buku kerja Sobir. Angau Shida tak pernah kesudah. Kemana Shida pergi di kawasan sekolah itu, mesti matanya tak lepas nak mencari kelibat Sobir. Sebab itulah, Shida boleh tahu bila masa kelas Sobir pergi ke padang, ke makmal. Senang cerita, memang stalker habis Shida ni dulu.


"Eh, mana pulak dak Sobir ni menghilang? Tadi bukan dia ada kat sini?" kata-kata Emey itu membuatkan empat sekawan itu, melihat sekeliling mereka. Shida juga, berhenti dari mengelamun.

"Ok lah korang. Kereta atok aku dah sampai dah tu. Nanti kirim salam kat Sobir eh kalau jumpa" lantas Shida meminta diri.

"Kirim salam biasa ke, nak kirim salam sayang?" sempat Fiona mengusik.

Shida hanya tersenyum dan berlalu pergi menuju ke kereta atoknya. Mereka cukup tahu karenah masing-masing dan membiarkan sahaja persoalan Fiona itu tak dijawab.

*********************************************************************************

"Hah Shida, macam mana keputusan kamu? Dapat berapa A?" seriusly Atok? Itu soalan pertama dia tanya aku? Tanyalah dah makan ke belum. Nak pergi mana selepas ni ke? Ni tak...masuk-masuk kereta aje dah tanya. Dahlah bukan Atok yang pandu kereta. So, tak payahlah kelam-kelibut tanya macam Shida ni nak lari pulak.

"Alah, tak banyak A pun Atok. Dah rezeki. Janji ada A" sengaja Shida membuat nada sedih. Biar Atok cuak sikit.

"Oh...ok. Tak apalah. Janji kamu dah berusaha. Tak kisahlah berapa banyak A pun kamu dapat tapi Atok tetap nak bagi kamu hadiah" kelihatannya Atok Shida agak serba-salah dengan keterujaannya nak tahu keputusan ujian Shida.

"Hadiah? Hadiah apa tok?" Shida cuba untuk menyembunyikan senyuman di wajahnya taktala terdengar mengenai hadiah.

"Ye...Atok bercadang nak bagi kamu hadiah. Ni nak bawa kamu pergi beli hadiahlah ni" jelas Atok.

"Tapi Atok...keputusan Shida tak bagus macam yang Atok harapkan. Buat apa nak belikan Shida hadiah. Sori Atok, sebab Shida dapat ni sahaja" dengan berterusan hebatnya lakonan Shida , Shida menghulurkan slip keputusannya kepada Atok. Serta-merta Atok menyambutnya dan melihat apakah keputusan yang ditunggu-tunggukan lagi tadi. Teruk sangat ke sampai Shida berkata sebegitu? Tapi sebelum dia melihatnya sendiri, Atok sempat mengujar,

"Ah, tak mengapa. Shidakan cucu kesayangan Atok. Jangan kata ada A, kalau tak ada A pun, Atok memang nak belikan hadiah untuk Shida. Sebab Atok tahu, Shida dah bekerja keras." Diteliti sekeping kertas yang berada ditangannya kini.

"Alahai. Tahu kalau Atok cakap macam ni, Shida tak payah rajin-rajin belajar. Sebab tahu akan bagi Shida hadiah" Shida sudah sampai ke penghujung lakonannya.

"Banyak cantik muka kamu! Tak nak belajar ye. Kalau keputusan kamu teruk macam ni lagi, Shida cakaplah apa Shida nak, Atok bagi" seloroh Atok menyambut lakonan Shida dengan senyuman dibibir. Sedarlah dia tentang lakonan hebat Shida sebentar tadi.

"Hehehehe" Shida hanya tersengih tak bersalah.

"Pandai kamu berlakon ye. Tulah ibu kamu suruh kelab teater tak mahu. Hahaha. Apa-apa pun taniah untuk cucu Atok ni and I'm telling you the truth that I am really proud of you." berkatanya sambil memeluk Shida dengan penuh bangga.

"Terima kasih gak kat Atok sebab selalu teman Shida study. Kalau tak sebab rotan Atok, Shida tak dapat kot result macam ni" dalam masa yang sama, Shida juga bangga mempunyai Atok yang sanggup berkorban demi dirinya.

Selepas ini, banyak lagi hal yang akan Shida lakukan demi kebahagian Atok dan ibunya.

Bermulanya kehidupan baru untuknya. Hidup aku, cerita hati aku.

********************************************************************************

Pagi di taman tema air ini....
Entah kenapa, nafas Shida seolah-olah tiada pada saat ini. Kiraan 3,4,5 itu sentiasa berulang-ulang kali. Itulah yang Shida rasakan saat ini. Iaitu...

"Kak Dina! Bila nak berhenti ni. Orang nak bernafas dah ni?!" pinta Shida yang sudah separuh nyawa-nyawa ikan akibat penat berlatih tanpa henti dari pagi tadi. Seperti yang disedia maklum tentang projek squad maskot pada cuti persekolahan nanti. Squad maskot akan mempersembahkan sedikit pertunjukan untuk kanak-kanak yang berkunjung ke tapak taman tema air ini. Ada tiga ketetapan waktu yang bakal squad maskot ini lakukan pertunjukan nanti. Dan pentas utama berdekatan kolam airlah yang menjadi lokasi utama squad maskot ini.

Kak Dina tersenyum lalu berkata, "Yalah, kita berhenti sekejap. Take 5 semua".

"Demi Shida, Kak Dina suruh berhenti. Kalau tak, mahunya dia suruh kita terus berlatih sampai luch hour nanti"
Abang Ehsan juga turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Abang Kamil tadi.

"Oh, sebab Shida ke? Hehehe" Shida hanya berbalas pendek disebabkan kepalanya sudah seperti hendak pitam.

Abang Kamil dan Abang Ehsan hanya berbalas senyuman. Masing-masing duduk melegakan segala sendi akibat banyak bergerak.

"Oh ya, lupa nak cakap. Taniah lah sebab dapat keputusan cemerlang semalam. Abang dengar orang tu siap naik atas pentas lagi." ujar Abang Kamil yang sudah mandi peluh bersama gelak halus.

"Mana Abang tahu Shida naik atas pentas? Hah, ni mesti abang dengar dari orang kat kaunterlah tu. Eleh, macamlah diorang pun tak naik atas pentas juga semalam" sudah tahu sangat kalau gosip mengenainya, tak sah kalau dua sahabat karibnya yang menyebarkan. Siapa lagi kan.

"Lah...diorang pun naik pentas juga. Fuyo...genius-genius juga korang ni kan. Abang dulu setakat dapat 3A je. Jadilah..." sampuk Abang Ehsan pula. Sepanjang Shida bekerja di bawah squad maskot ni, Abang Ehsan hanya akan membalas sepatah dua patah je. Ada peningkatan nampaknya.

"So, sempena meraikan keputusan cemerlang korang tu. Abang nak ajak korang pergi masuk hutan nak? Camping dalam tu 2 hari 1 malam je. Yalah, nak bagi korang cipta kenangan sebelum korang masing-masing sambung belajar dan sebelum abang kahwin juga"

Kata-kata Abang Kamil tu, membuatkan Shida mengerut dahi memikirkannya. Masuk hutan? Aku masuk hutan?!

#TAK TAHULAH MEMADAI KE TAK KORANG MENUNGGU TETAPI YANG PASTINYA PEMILIK BLOG INI CUBA UNTUK MENULIS SEPANJANG YANG MUNGKIN DARIPADA EPISOD SEBELUM INI. WELL...SAMPAI SINI SAJE UNTUK KALI INI.












Sabtu, 27 Julai 2019

(76) Bila dia dengan perempuan....

Aku tak tahu mana pergi aura sombong dia bila dia dengan aku. Ada ke patut dia nak tinggalkan je aku semalam. Nasib baik aku sempat lari kejar kereta dia dan nasib baik juga lah The Trio Troublemaker tolong aku hentikan Sobir daripada pecut. Ish! Bila dengan perempuan lain, bukan main sombong. Senyum pun tak pernah kat Tika dengan Fiona. Tapi dengan aku..... gayanya macam nak goda aku je. Dahlah setahu aku, kereta tu pun bukannya Sobir beli sendiri atau ahli keluarga dia yang belikan. Tak silap Shida, Shida pernah terdengar yang Emey sebut pasal 'boss'. Mungkin boss Sobir dulu yang bagi kot. Baik pulak hati boss dia tu dan yang paling pentingnya, Shida tak tahu pulak Sobir pernah buat partime sebelum bekerja kat Melaka Wonderland ni. Hurm....

Urusan pasal uniform maskot baru untuk esok agak padat membuatkan Shida keletihan. Shida memerhatikan Sobir yang sedang bercakap dengan squad life guardnya dari tempat cashier di mana Tika dan Fiona ditugaskan.

Tengok tu. Bila Sobir cakap dengan lelaki, muka bengisnya hilang sekelip mata. Bagaikan topeng. Shida yang memerhati, tidak boleh lepas dari scan wajah Sobir sepenuhnya dan termasuk lah scan badan Sobir sekali. Badan???!!! Shida menepuk-nepuk pipinya berkali-kali. Shida tak naklah dianggap seperti mempergunakan Sobir atau dilabelkan sebagai perempuan gatal. Fiona yang kebetulan mahu mengambil air untuk membasahkan tekaknya, terkedu apabila melihat kelakuan pelik Shida di belakangnya.
"Oit, Shida. Kau dah kenapa?" sergah Fiona. Tika disebelahnya juga turut menoleh ke arah Shida. Memandangkan tiada customer buat masa itu.
"Huh? Tak ada apa-apa. Aku ngantok tadi. Tu yang aku tampar-tampar pipi aku sendiri" Shida tersengih apabila menjawab pertanyaan Fiona itu.
"Ye ke ngantok? Ke kau fikir yang bukan-bukan pasal Sobir ni hah?" giliran Tika pula menyoal. Aik??? Macam mana Tika boleh tahu apa yang dia fikirkan? Psycho apa Tika ni?
"Dah, kau tak payah buat muka berkerut kau tu. Lagi tadi aku dok perhati kau asyik pandang Sobir sambil tersengih-sengih" tanpa menunggu respond daripada Shida, Tika terlebih dahulu membalas. Bagi Tika, keprihatinan Shida kepada Sobir kadangkala nampak melampau.
"Hehehe...kantoi." Shida  menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil menyandar ke dinding.
"Mesti kau cair dengan personaliti dia yang friendly tu bila dia dengan squad life guard dia kan?" bicara Fiona sambil menyuap roti coklat yang dibawanya dari rumah ke dalam mulut.
"Yalah...Mana tak cair. Dia akan tunjukkan personaliti sebenar dia dengan budak lelaki je. Alahai cik abang ni, makin buat aku suka kat dia. Lagi dan lagi..." Shida membalas dengan hatinya yang sudah berbunga-bunga, Tika mencebik.
"Tolonglah Shida. Geli duh aku dengar. Apa yang kau syok sangat kat dia? Aku tengok dia tu, nak senyum kat perempuan pun susah" tanya Tika lagi.
"Ish! Kau ni Tika. Kan dia dah cakap tadi. Kau nak dia ulang lagi ke ayat yang sama?" Fiona menepuk bahu Tika apabila dia sedar jawapan yang bakal Shida cakapkan akan berulang.
"Yalah....Mana tak cair...." belum sempat Shida habiskan ayatnya, Emey yang lagi tadi berada di barisan customer mencelah dari cermin cashier
"Dia akan tunjukkan personaliti sebenar dia dengan budak lelaki je...."
Fiona, Tika dan Shida serentak menoleh ke cermin cashier. Emey rupanya! Mereka masing-masing menarik nafas lega. Mereka takut pertama, mana lah tahu tu merupakan customer. Disebabkan Fiona dan Tika sama-sama menghadap Shida, jadi tak nampak kalau-kalau ada customer yang datang. Kedua, mana lah tahu staf Wonderland theme park ni sendiri yang mencelah. Habis bocor rahsia Shida. Sebabnya Shida pun boleh tahan dikenali dikalangan staf di sini. Ketiga, yang paling menggerunkan kalau Sobir sendiri yang dengar!

"Kau ni Emey, kau curi-curi dengar eh apa yang kitaorang cakap?" Shida memandang Emey walaupun jarak Shida dengan cermin cashier tu jauh tapi Emey still boleh dengar suaranya dengan jelas.
"Dah korang cakap kuat sangat. Eh Shida, macam mana urusan maskot baru kau untuk esok? Dah sampai ke maskotnya?"
"Dah sampai dah. Tadi aku lah yang angkut semua maskot-maskot berat tu ke bilik. Dah lah berat. Lepas tu nak buka dari kotak lagi. Ya Allah, bau dia.....Aku terpaksa pinjam perfume Fiona tadi sembur bilik tu"
"A'ah....Sampai habis perfume aku kau guna kan" celah Fiona dan macam biasa Shida hanya tersengih kerana Fiona dengan muka tak bersalahnya. Emey turut menumpang geli hati dengan gelagat dua orang itu.
"Shida, aku nak tengok maskot baru kau boleh?" tanya Emey.
"Bukan sekarang tengah shift kau ke?" tanya Shida balik.
"Tadi kitaorang meeting, ketua shuffle jadual kitaorang. Aku punya shift belah nak dekat tutup kedai" Emey berseloroh. Yalah, itu bermakna setiap harilah Emey terpaksa balik lambat.
"Oh....baguslah tu. Boleh hantar aku balik tiap-tiap hari" spontan Shida mengejek.
"Dah lah Shida. Jom lah. Aku nak tengok maskot baru kau" beriya-iya Emey memujuk.
"Yelah, yelah. Jom. Fiona, Tika. Aku pergi dulu eh. Bye" Shida berlalu pergi diiringi Emey yang meriya nau nak tengok maskot barunya.

Sampai sahaja di bilik squad maskot, Abang Kamil sepertinya tak tentu arah...

#IDEA TERSEKAT LAK. PASTIKAN KORANG BACA EPISOD SETERUSNYA APA YANG MEMBUATKAN ABANG KAMIL MATI AKAL TU.

Khamis, 18 Julai 2019

(75) Selamat tinggal.. EGO

Otak mungkin fikir dia tahu segalanya....tapi kenapa mata ni tak lepas dari menunggu saat kehadirannya di depan mata malah bibir juga tak mampu dari mengukir senyuman taktala melihat dirinya yang tak jemu membuatku sering tertanya 'betul ke perasaan ini benar-benar untuknya?'

"Ok semua. Take five" Sobir serta-merta berhenti dari memukul punching bag apabila mendengar arahan couchnya. Begitulah rutinnya setiap kali pada hari cutinya. Sobir sudah mula melakukan aktiviti mempertahankan diri ini sejak setahun yang lalu arahan dari boss besar dan bukannya dia boleh senang-senang bantah arahan boss besar itu. Kalau nak bantah pun baginya tak perlu kerana ada faedahnya dia melakukan aktiviti sebegini. Oleh itu, Sobir tidak berkata apa-apa walaupun ada pihak yang membantah dia menurut arahan boss besarnya. Dan orang itu, tak lain tak bukan, Emeylah. Emey sahabat karibnya. Emey sentiasa memikirkan tentang kebaikan diri Sobir berbanding orang lain. Sehinggakan Emey tak sedar yang tujuan utama Sobir lakukan ini semua...Untuk Dia.

Sobir sering datang ke gelanggan tinju ini untuk berlatih bersama dengan pekerja boss besar yang lain. Cuma hanya dia yang special sikit kerana dia bukannya pekerja tetap boss besar tapi..rahsia disebalik semua ini, Sobir yang tahu. Sebab itu, layanan diberikan kepadanya agak berbeza daripada yang lain. Pekerja lain perlu berlatih setiap hari manakala dia hanya datang ketika dia mempunyai cuti sahaja.

Tidak dapat dinafikan lagi, hati Sobir berbunga saat Shida risau tentang kesakitannya ketika mula-mula dia berlatih dahulu. Saat mereka sibuk mengemaskan bilik darjah masing-masing untuk SPM (Rujuk di episod detik terindah). Pada waktu itu, walaupun Sobir tidak berceritakan hal sebenar kepadanya, tetapi Shida berjaya  mengembalikan hati yang lama mati suatu ketika dahulu...Apabila terkenangkan detik itu, Sobir mengeluarkan nafas yang sangat panjang sambil bersandar di dinding di atas kerusi bangku yang disediakan disitu. Sobir berazam untuk tetap berusaha mengembalikan hatinya yang telah lama mati dan juga memori indah di dalam hidup Shida. Tapi persoalannya, bagaimana?

*******************************************************************************

Keesokan paginya ketika di tempat kerja, Sobir tekad untuk memulakan langkah. Sobir menarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskan. Sedikit gementar. Tapi tak mampu dari menghalangnya.

"Shida" panggil Sobir ketika mereka semua keluar dari keretanya untuk masuk ke kerja.

"Ye?" jawab Shida yang sedikit hairan. Yalah, tak pernah-pernah Sobir memanggilnya. Janggal baginya.

"Aku nak tanya kau sikit boleh tak" Sobir mulakan pertanyaan apabila dia mendapati The Trio Troublemaker sudah berjalan ke hadapan menuju ke pintu gerbang meninggalkan mereka berdua di  belakang.

"Kau nak tanya apa?" Shida menjawab dengan pertanyaan kembali.

"Kau dengan abang Ehsan tu ada apa-apa ke?" tanya Sobir terkial-kial menyusun ayat yang sesuai untuk ditujukan ke Shida.

"Apa maksud kau dengan 'ada apa-apa tu'?" memang Shida tidak menjawab satu pun persoalaan dari Sobir.

"Maksud aku...kau, dengan abang Ehsan tu, couple ke?" tanya Sobir lagi.

"Hah?!" Muka Shida terus berkerut seolah-olah tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Sobir sebentar tadi.

"Apa maksud kau dengan aku dan abang Ehsan couple? Kau dengar cerita daripada mana ni?" dijawabnya dengan soalan lagi tapi nada suara sengaja diperlahankan kerana mereka sekarang sudah ada di kawasan kaunter di mana Tika dan Fiona sedang bersiap untuk mulakan kerja.

"Uhm...um...ah...Aku dengar-dengar dari staff sini lah. Katanya, korang macam tengah couple sebab.. yelah...abang Ehsan tiba-tiba minta nombor kau" jawab Sobir sambil matanya mengerling ke arah lain. Tidak berani untuk memandang Shida.

"Siapa staff yang kau dengar tu?" Sobir sudah mula panas punggung walaupun dia tidak duduk ketika itu tetapi persoalan dari Shida itu membuatkan tipu muslihatnya hampir tak berjaya.

"Entah. Aku tak ingat siapa tapi betul ke apa yang diorang cakapkan?" tanya Sobir. Dalam hati sudah berharap yang Shida tak akan bertanyakan soalan-soalan cepumas lagi.

Dalam diam, Shida sudah tersengih gembira. Dalam bab-bab ni, dia pandai menangkap apa disebalik pertanyaan Sobir tu tapi masalahnya betul ke tekaan nya tu? Betul ke Sobir cemburu dia dengan abang Ehsan dan yang paling penting, betul ke sepertinya Tika beritahu kepadanya yang haritu Sobir yang datang mengajaknya untuk balik?

"Sekejap, sekejap. First, aku rasa, yang tahu abang Ehsan ada nombor aku cuma Fiona, Tika dengan Emey je dan aku percaya diaorang tak akan bagitahu kau. Yalah, perkara tak penting macam tu buat apa nak bagitahu kau kan. Kedua, abang Ehsan minta nombor aku bersebab. Sebabnya, senang kalau dia nak panggil aku, call je. Tak payah cari aku sekeliling Wonderland ni." ujar Shida, beriya-iya bersama gaya tangannya sekali.

Terdiam Sobir dibuatnya apabila mendengar penjelasan Shida itu. Jadi, maknanya, selama ni cuma salah faham semata-mata lah?

Ah.....Kenapa begini!
"Oh...so kau tak ada apa-apa hubungan dengan abang Ehsan lah ni?" Sobir inginkan kepastian betul ke apa yang diperkatakan oleh Shida bukan kata-kata kosong.

"Tak ada" pendek sahaja jawapan Shida diberikan.

"Betul ni?" Sobir menduga lagi.

"Iye...tapikan...kalau betullah aku bercinta dengan abang Ehsan pun, apa salahnya kan?" Shida cuba main tarik tali dengan Sobir. Padahal, dalam hatinya geli hati dengan soalannya sendiri. Ada ke patut dia bercinta dengan abang Ehsan?! Memanglah abang Ehsan tu ada rupa sikit. Tapi..masalahnya....abang Ehsan tu terlampau 'otaku'. Shida dapat bayangkan bertapa suramnya hubungan mereka jika bersama. Pasti abang Ehsan selalu bercakap mengenai watak anime yang digemarinya itu.

"Salahlah..." serentak itu Shida memandang terus ke arah Sobir yang sedang berdiri di sebelah pintu persalinan squad maskot itu. Dalam kepala Shida, tidak percaya dengan perkataan yang baru terkeluar dari mulut Sobir itu. Tuan punya badan sendiri pun terkejut!

"Apa kau cakap tadi? Salah? Kenapa salah?" Shida yang berdiri sambil memeluk tubuh di depan pintu squad maskot itu, sudah memberikan seratus peratus perhatian kepada jawapan yang bakal keluar dari mulut Sobir itu. Bukan selalu dia dapat kenakan Sobir begini.


Tu la...Orang kata, kalau terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, binasa padahnya. So, lain kali biar terlajak laris macam Aliff Shukri (ni bukan promotion..ha3)

Otak Sobir ligat mencari ayat yang sesuai dalam masa kurang dari satu minit.Argh....Apa nak jadi, jadilah!

"Salahlah, sebab kalau kau couple dengan dia. Kau dah tak boleh naik kereta aku lagi" ok....Biar betul Sobir?! Apa kena mengena kereta kau dengan Shida bercouple? Sobir benggang dengan dirinya sendiri. Dalam banyak-banyak alasan. Itu aje yang dapat ditangkap.

"Hah? Asal lak aku tak boleh nak tumpang kau balik pulak?" bantah Shida. Ok....so what now? Nak bagi alasan apa pulak kali ni?

"Sebab kalau kau couple dengan abang Ehsan, better kau suruh je dia hantar kau balik. Dia kan pakwe kau. Buat apa nak tumpang aku lagi kan" FUH.... Lega Sobir dapat counter attack balik.

"Ok, masalahnya sekarang ni. Aku bukan makwe abang Ehsan dan abang Ehsan bukan pakwe aku. So, balik nanti macam biasalah kan? Aku tunggu kau kereta dengan Tika, Fiona semua eh."

Berbunga-bunga hati Sobir bila mendengarnya. Tapi...apa salahnya, alang-alang Shida dah mulakan permainan, kita mainlah sampai THE END.

"Hurm...nanti-nantilah aku bagi kau jawapan samada kau boleh tumpang aku ke tak. Dah, aku nak pergi bertugas ni." dengan muka angkuhnya Sobir berlalu meninggalkan Shida terpingga-pingga di depan pintu squad maskot itu.

Shida hanya memandang Sobir sehingga kelibatnya hilang dari pandangan sambil dalam hati berkata,
"Tak sangka Sobir ada perangai macam ni".

********************************************************************************

Emey, Tika dan Fiona memandang pelik dengan sikap SoDa couple ni. Yang seorang tak lepas dengan sengih mengejek. Yang seorang lagi tak lepas dengan mencebik bibir. Luar biasa keadaan waktu rehat mereka kali ini.

"Aku dah kenyang. Aku nak pergi solat dulu" mendengar kata-kata Shida itu, membuatkan The Trio Troublemaker itu makin hairan tentang apa yang terjadi antara mereka berdua. Selalunya mereka akan bergerak bersama-sama pergi ke surau tapi kali ini, Shida pergi tanpa menoleh ke arah mereka langsung. Pasti ada something ni!

"Aku pun nak pergi solat gak lah. Tunggu korang lambat." usul Sobir dengan sengih tak lepas dari mulutnya dan mengikut langkah Shida pergi ke surau. Gambaran yang tak pernah disaksikan oleh Tika dan Fiona iaitu ketika Sobir tersengih nakal. Begitu juga dengan Emey yang mengerut dahi, tak faham dengan sikap sahabat karibnya itu.

Selepas sejenak keadaan menjadi sunyi, tiba-tiba Emey baru tersedar dan memberitahu Tika dan Fiona tentang tekaan barangkali plan yang mereka rancang selama ini sudah mencapai tahap berikutnya. Andai kata plan yang mereka untuk menyatukan SoDa couple itu mula berjaya, tetapi kenapa mesti keadaan menjadi sebaliknya? Bukankah sepatutnya Sobir yang harus mencebik bibir dan Shida yang perlu tersengih gembira?

Dalam mereka sibuk meneka, Emey menyampuk,
"Tika, kau ingat tak kau pernah tangkap gambar SoDa couple dulu time kat sekolah?"

"Ada dalam kamera aku. Kau nak ke?" soal Tika kembali.

"Bukan aku yang nak, Zatul yang nak. Kau tahu jelah, dia tu dah jadi peminat no.1 SoDa couple ni." ujar Emey tersengih apabila bercakap mengenai buah hatinya yang satu itu.

"Boleh je.Nanti aku bagi" jawab Tika ringkas sambil menghabiskan makanannya.
"Tapikan Emey, Zatul nak buat apa dengan gambar-gambar tu semua?" bersuara Fiona.


#SELAMAT KEMBALI. MAAF ATAS KELEWATAN DALAM MENG UPDATE CERITA INI. SEJUJURNYA, ADA EPISOD YANG DAH DITULIS AWAL-AWAL TETAPI SAMBUNGAN DARI SATU CERITA KE SATU CERITA ADA YANG KOSONG AKIBAT DARIPADA PEMILIK BLOG INI TERLEPAS PANDANG YANG DAH LAMA SODA COUPLE NI TAK ADA DIALOG MEREKA BERDUA SAHAJA SEJAK KEMUNCULAN THE TRIO TROUBLEMAKER. SO DICERITA AKAN DATANG MASIH BANYAK LAGI PERTANYAAN YANG BAKAL TERJAWAB. SELAMAT MENUNGGU.









Selasa, 18 Jun 2019

(74) curi-curi dengar sambil hati curi-curi debar

       Sobir mengeluh dan menjeling ke arah mereka berdua sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan bilik squad maskot. Melangkah mengikut jejak tempat parking kereta di mana tiga lagi kawannya tengah menunggu.
"Hei Sobir! Mana Shida? Bukan Emey kata kau pergi panggil dia ke tadi?" Tika bertanya pelik sebaik tiga sekawan itu nampak kelibatnya menuju ke arah mereka.
'Jangan tanya aku. Tanyalah kawan baik kau sendiri' detik hati Sobir dengan muka mencuka.
         
Emey sepertinya mengerti ada yang tak kena dengan muka Sobir dan hanya memberi isyarat muka kepada the trio troublemaker supaya tidak bersuara sehingga Shida muncul. Lagipun mereka dah biasa menunggu Shida kerana squad maskot memerlukan masa untuk menukar dan menyalin pakaian.
Untuk seketika semuanya pakat terdiam menuruti langkah Sobir yang hanya duduk bersandarkan kereta di belakang.

"Ish lama lah pulak si Shida ni" merungut Tika perlahan. Sekadar Fiona di sebelahnya sahaja yang terdengar.
"Kau agak kan apa yang si Shida tu dah buat sampai muka Sobir jadi macam tu?" Tika yang tidak senang duduk menanyakan soalan ke Fiona.
"Entahlah... Setahu aku Shida tak kan berani cari pasal dengan Sobir. Kau tahu jelah angau kawan kita tu kat Sobir macam mana. So, kalau kau tanya aku, aku sendiri tak tahu jawapannya." teka Fiona. Kadangkala Fiona dan Tika ada juga cuba main meneka-neka apa yang akan terjadi dengan SoDa couple ni.
           Fiona seperti berpendapat bahawa SoDa couple akan jadi kenyataan dengan bantuannya dan juga Emey tetapi berbeza pulak dengan Tika yang memang menjangkakan dari mula lagi yang SoDa couple hanya akan menjadi anganan  Shida semata-mata.
           Hehehe....hanya Shida dan Sobir sendiri yang akan tentukan mana yang betul.
"Wah, lama betul Shida ni. Tak pernah pulak dia lama macam ni. Orang nak balik ni!" rungut Tika lagi.

Kali ini, Sobir dan Emey sama-sama terdengar rungutan Tika. Hati Sobir makin panas dan sedikit kecewa. Nak-nak lagi apabila mengetahui Shida duduk lama-lama berborak dengan Abang Ehsan! Bukanlah Sobir benggang tak tentu hala. Sebenarnya, dia terdengar Abang Ehsan meminta nombor telefon Shida. Dia sendiri tak ada nombor Shida. Macam mana pulak Shida boleh bagi macam tu je!

"Sori lambat tadi ada hal sikit" jelas Shida yang tercunggap-cunggap akibat berlari anak sampai ke kereta.
"Ada hal? I thought that bukan tadi Abang Kamil dengan Kak Dina dah balik awal ke? So, kau berurusan dengan siapa tadi?" sahut Fiona sambil bercekak pinggang.
"Hurm....Uh....ummm.....hehehe...nantilah aku cerita malam nanti kat telefon dengan korang..Jom-jom masuk...dah lambat dah ni" dalih Shida sambil menarik lengan Fiona untuk masuk ke tempat duduk belakang kereta. Tika dan Emey berbalas pandangan pelik tetapi hanya mampu mengikut langkah mereka berdua masuk ke dalam kereta. Hanya Sobir yang berdengus geram tetapi setelah beberapa saat, dia juga membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.

Keesokkan harinya....
Selepas Emey memastikan ada orang yang menggantikan tempat jagaannya, barulah Emey menuju ke bahagian kaunter di mana Fiona dan Tika berada. Disebabkan hari berikut merupakan hari bekerja, maka tidak ramai pelanggan yang ada disini dan kebanyakkannya pelanggan yang ada merupakan pelanggan dari luar negara yang bercuti disitu. Jadi, bolehlah Emey menolong bahagian logistik yang lokasinya tidak jauh dari bahagian kaunter. Alang-alang tu, boleh lepak sekali dengan Tika dan Fiona.

"Korang..." tegur Emey membuka sikit pintu belakang kaunter tempat di mana pekerja kaunter selalu masuk.
"Emey..." sahut Fiona dan Tika serentak.
"So, apa cerita semalam?" soal Emey ingin tahu tentang 'urusan misteri Shida' itu.
Tika tersengih sambil berkata, "nampaknya kan...plan kita macam menjadi".
"Plan? Kejap plan yang mana ni? Banyak sangat plan dengan korang ni" tanya Emey yang agak keliru.
"Plan yang kau hampir-hampir nak bocorkan Shida tu.." jawab Fiona.(Sila rujuk episod Hahaha...lawak ke der?)
"Ooo....plan yang tu..." teringat Emey adegan di mana plan mereka yang satu itu, hampir-hampir terbocor tetapi nasib baik Abang Kamil ketika itu menjadi penyelamat keadaan apabila dia memanggil Shida untuk kembali bertugas. Kalau tak, masaklah dia kena tadah telinga dengar Tika membebel.
"So, aku rasa better kau nanti pergi tengok reaksi Sobir macam mana. Kalau tengok daripada gaya semalam, tak senang duduk dia lepas tahu Abang Ehsan minta nombor Shida." kata Tika lagi.
"Padahal dia tak tahu yang Abang Ehsan minta nombor Shida untuk kegunaan bekerja. Yalah, minggu depankan dah masuk untuk plan cuti sekolah. So, Abang Kamil dengan Kak Dina tak sempat nak pantau Shida. Sebab tu, dia suruh Abang Ehsan yang pantau Shida." sambung Fiona sambil tergelak kecil apabila dia memikirkan reaksi Sobir semalam. Emey pun turut tersengih mengimbas kembali reaksi kawan karibnya tu. Bagaimana lah kalau Sobir tahu ni, rancangan mereka bertiga nanti. Paling masak dialah yang kena maki.
"Ok, so nanti aku roger korang tengahari nanti pasal Sobir. Aku nak kena angkut barang sikit ni. Nanti tengahari jumpa kat tempat yang sama eh" justeru itu, Sobir hilang di sebalik pintu kaunter dan menuju ke bilik stor.

BERJAYAKAH PLAN THE TRIO TROUBLE MAKER? TERUSKAN MEMBACA...




Rabu, 17 Oktober 2018

(73) Curiosity kills the cat

"Hahaha...tula.. Lain kali jangan cepat nau melatah. Cuba contohi Sobir sekali-sekala. Cool je~" Emey sepertinya mula mengejek Sobir.

"Dah kenapa membabitkan aku pulak? Tak de kena mengena aku dengan cerita korang ni" well macam biasa jugalah, Sobir dengan bajet machonya cuba menahan diri dari menjadi kembang apabila dipuji oleh Emey.

'Huh?!' Sobir dalam diam sebenarnya mencebik di dalam hati apabila mendengar kata-kata Emey yang lebih kepada ejekan itu. Macamlah Emey tak tahu kenapa Sobir bersikap dingin macam itu. Hanya Emey sahaja yang tahu kisah silamnya. Dan disebabkan perubahan sikapnya itu, Sobir seperti tidak tahu bagaimana mahu bergaul dengan kawan perempuannya mahupun kawan sekelas. Shida merupakan kawan perempuannya yang pertama walaupun kadang-kadang Zatul ada juga ikut mereka melepak tetapi fikirannya tidak terbuka seperti dia bersama Shida. Sobir seperti berasa selesa bila dengan Shida.

 "Dah lah tu Sobir. Tak payah nak cover depan-depan aku." usikan Emey semakin galak.
'Aish dak Emey ni! Sengaja je nak buat aku malu? Tak pernahlah nak backup aku sejak dia rapat dengan Fiona dan Tika' bersuara Sobir dalam hatinya.
Gurauan Emey tadi disambut pulak dengan ketawa Shida.

'Tengok tu Shida gelakkan aku. Mesti dia fikir aku ni bajet-bajet je. Well walaupun kenyataannya betul... Tapi!!! Tak payahlah nak malukan aku depan-depan dia. Aish Emey memang nak kena dengan aku lepas ni. Siaplah!' memang semua habuan dimakikan buat Emey tetapi untuk sementara waktu, semua makian itu hanya Sobir sahaja yang tahu. Tunggulah bila Shida tak ada nanti..... Semakin hilanglah kemachoan Sobir!

"Eh, dah la. Melayan kau, kerja kita entah ke mana. Aku nak pergi jaga kolam ni, kau nak ikut aku ke atau nak sambung lepak kat sini?" Sobir menolak lembut bahu Emey. Sengaja dia mencari alasan untuk melarikan diri daripada di bahan oleh kawan baiknya itu. Padahal dia tahu, hari ini merupakan hari bekerja. Jadi tak ada ramai pelancong yang datang, lagi-lagi kawasan kerjanya iaitu kolam kanak-kanak.

"Tak nak! Ngajuk! Baik aku ikut Shida. Alang-alang tu boleh lah aku try costume dinosaur kat bilik Abang Kamil" aksi gedik Emey ditunjukkan.

'Ceh! Kau tergedik-gedik lak kat depan Shida. Tak guna punya member. Lagi pun Shida aku punyalah. Aish! Memang kaw-kaw aku report kat Zatul nanti. Kita tengok nanti siapa yang cari siapa.' . Sobir berambos dengan hati yang panas.

Namun, mereka berempat semuanya berfikir aksi itu tidak berkesan ke atas dirinya. Sobir kekal dengan wajah 'poker face' nya ketika meninggalkan Emey bersama Shida, Fiona dan Tika tadi. Mereka semua juga berfikir yang Sobir malas nak melayan perangai Emey yang banyak karenahnya itu.




****Time skip******* (sebab pemilik blog ni malas nak tulis semula)

Selepas Emey pulang daripada bilik persalinan squad maskot, Emey memanjat kembali tangga yang menuju ke kawasan kerjanya iaitu gelongsor air orang dewasa. Dari tempatnya, dia dapat melihat kawasan kerja Sobir dan kelihatannya Sobir sedang termenung dengan muka bengisnya.

GULP!
Serta-merta Emey menelan air liur yang terasa tiba-tiba pahit itu. Dia seperti merasakan muka bengis Sobir itu ada kaitan dengan dirinya. 'Masaklah aku kena makan dengan Sobir nanti!'
Tapi apakan daya, rasa ingin tahu Emey sangat tinggi untuk tahu apa punca muka bengis milik Sobir mengalahkan rasa takutnya. Takut-takut tapi nak tahu juga. Hah! Itulah yang Emey rasakan sekarang.

Sejenak itu, Emey mula memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya kepada Sobir nanti apabila mereka semua balik.
"Argh, belasah jela. Paling teruk pun nanti kena marah je dengan Sobir" Emey nampaknya sudah berputus asa mahu menyusun ayat. Emey bukannya pandai berkata-kata. Dia hanya pandai membahan orang ada le. Paling cikai pun tahu buat ayat bunga-bungan untuk Zatul. Itupun banyak kali juga digelakkan oleh Shida. Sebab Shida tidak sangka dirinya pandai bermandah pujangga.

Shida tak tahu lagi perangai Sobir yang sebenarnya macam mana. Mahu haru hari-hari Shida nanti. Cakap pasal perangai Sobir, Emey teringat ketika pertama kali dia nampak air mata Sobir. Air mata yang membuktikan cinta Sobir terhadap......


SHIDA


#HAI, SO SEKARANG NI PEMILIK BLOG INI SEDANG BUSY DGN URUSAN U. SO HARAP PEMBACA TERUS BERSABAR MENANTIKAN EPISOD SETERUSNYA YA. TQ!






(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...