apa
maksud kawan? kawan mempunyai pelbagai nama dan pelbagai maksud....ada
yang sebut kawan...ada yang sebut sahabat...ada yang sebut pena...ada
juga yang sebut pen pal.....namun walau apa pun sebutan dan bahasanya
maksud ianya tetap sama...iaitu teman yang berada di samping kita selain
keluarga kita....namun tidak semua kawan boleh dianggap teman
setia...ada juga kawan yang hanya untuk menghiburkan kita...ada juga
kawan cuma sepintas lalu...ada juga kawan yang hanya bertegur sapa
sahaja...dan ada juga kawan yang cuma kita kenali pada waktu itu
sahaja...namun untuk mencari kawan atau teman yang setia baik di masa
senang dan susuah amatlah payah....mungkin di masa senang kita senang
mencari...namun untuk mencari teman yang sudi mendengar keluhan dan sudi
untuk berkongsi duka dengan kita amatlah payah...namun jika anda
menemui shabat yang sebegitu...hargailah dia..kerana dengan menghargainya anda akan cukup dihargai olehnya dan anda baginya adalah teman yang sebaik2 mungkin...
setiap
kita menginginkan teman yang selalu mendengar baik dari apa segi
pun...suka duka pilu gembira...bahkan boleh dikatakan semua emosi kita
hendak berkongsi dengannya...dan kita amat senang jika kawan itu sudi
bersama kita walau apa pun yang terjadi...sungguh terharu sebuah
pengorbanan seorang kawan....