Ini....
Tergagap-gagap Shida menjawab,
"So...Sobir?" Ini tak mungkin terjadi! Wajah Sobir yang polos itu dipandangnya. Shida, cepat sedarkan diri sekarang. Ini realiti. Bukannya mimpi.
"Ah!" teguran Sobir mengejutkan Shida.
"Sempurna? Bukan lagu sempurna penyanyinya Andra and The Backbone ke?" Sempurna? Andra and The Backbone? Shida lambat pickup dengan kata-kata Sobir itu. Maklum lah otak tengah loading lepas nampak muka Sobir secara mengejut.
"Ah, lagu Sempurna ni. Lagu ni kan dulu Gita Gutawa nyanyi untuk ost movie Love. Lepas tu baru Andra and The Backbone remake" Sobir mengangguk-angguk ketika mendengar kata-kata Shida itu.
"Shida..." perasaan Shida kini bercampur baur taktala Sobir memanggilnya seperti itu. Lunak dan kedengarannya lembut sahaja. Sobir ni....saja nak goda ke apa? Sobir perlahan-lahan mendekati Shida sambil tidak lepas menatap Shida. Dup dap. Dup dap. Dup dap.
"Boleh tak aku nak dengar lagu yang kau tengah dengar sekarang?" Huh? Shida hampir-hampir saja hilang kawalan dirinya. Dia segera menarik headphone dari tersangkut di lehernya dan berikannya kepada Sobir.
"Kalau ye pun nak dengar, tak payah lah buat muka creepy macam tu" Sobir yang sudah berura-ura memasang headphone di telinganya, segera membuka kembali apabila terdengar Shida bersuara.
"Apa kau cakap? Aku buat muka creepy? Bila?" soalan Sobir membuatkan Shida berpaling ke arahnya sambil mata terkebil-kebil. Shida tak sangka Sobir sempat menangkap butir percakapannya.
"Hurm? Mana ada? Aku tak cakap kat kau lah. Aku cakap sorang-sorang yang muka penjaga kaunter tu creepy semacam time aku masuk ke sini tadi." seraya dengan kata-kata Shida tadi, Sobir terus menjenguk ke arah kaunter untuk melihat muka creepy yang Shida cakap kan. Sebenarnya Shida sendiri tak tengok pun muka penjaga kaunter tadi, malah dia sendiri tak perasan kewujudan penjaga kaunter tu ketika masuk tadi. Melihat muka Sobir berkerut-kerut, Shida juga turut ikut menjenguk ke arah kaunter. Sah, kantoi! Muka penjaga kaunter tu punya lah cun setaraf pelakon korea Shida boleh cakap creepy? Shida....Shida...Nak menipu pun agak-agaklah.
"Betul lah kau cakap. Muka dia creepy." Sobir tersenyum tetapi Shida yang mendengarnya serta-merta tertunduk menahan malu. Sah, Sobir memerlinya.
"Hah, bukan tadi kau kata nak dengar lagu ke? Pergilah dengar sana. Aku nak cari cd lain jap" Sobir kekal senyum memandang aksi kalut Shida itu. Aduh, nak cover malu konon. Lepas tu lari. Sobir tidak pergi ke tempat audio seperti yang diminta oleh Shida, malah dia lebih suka mengekori Shida dari belakang.
Seperti biasa, Shida meletakkan tangannya di deretan cd itu, lalu menarikan jarinya sambil berjalan perlahan meneliti satu persatu cd yang ada. Sobir mencebik tidak percaya. Dia sepertinya pernah melihat Shida buat seperti itu dulu, tapi bila ek? Dan dia pernah hampir gelabah bila Shida buat macam tu. Sobir cuba memutarkan kembali kotak memorinya. Tiba-tiba Sobir mengangguk apabila teringatkan kejadian itu. Dia pernah menyorok di sebalik rak buku yang berada di library sekolah ketika Shida buat begitu. Dia ketika itu cuba menjalankan misi untuk mencari siapa pakwe Shida ketika itu. A'ah lah. Sebut pasal pakwe Shida. Betul ke lelaki yang selama ini dia selalu curiga tu, pakwe Shida?
#OKEY, SERONOK TAK DENGAN EPISOD KALI NI? NANTIKAN SAMBUNGAN PADA HARI LAIN YE