Jumaat, 21 Julai 2017

(53.1) hari ni, hari ulangkaji




Pak! Satu pukulan yang tepat kena betul-betul di kepala Shida. Kali ini, Atok menggunakan rotan kayu sebagai alat memukul. Selalunya, buku. Patutlah bisa dia lain macam. Shida menggosok-gosok kepalanya sakit itu sambil memandang tidak puas hati ke arah Atok.
"Mengelamun lagi. Atok suruh fokus. Berangan aje" tegas Atok. Lagak Atok sebijik macam cikgu displin di sekolahnya. Mundar-mandir di bilik itu dengan rotan. Sungguh menakutkan! Padahal, bilik ni kecik aje. Kalau Atok pukul dia dengan pembaris pun dah memandai rasanya. Aduhai....memang stress!
"Shida bukan mengelamun lah Atok. Shida tengah nak ingat formula apa nak guna untuk soalan ni"lambat-lambat Shida menjawab.
"Formula apa nya? Setakat y ≤ 3𝞌 nak lorek kat mana pun pakai formula? Tulah 24 jam asyik berangan je kerja" ketika mendengar bebelan Atok, Shida baca balik soalan di depannya. Kantoi habis dia sedang mengelamun tadi. Logik gak, soalan macam tu nak pakai formula apa? Shida, Shida.... Kan dah kena marah.
Dalam berat hati, Shida menyambung ulangkajinya yang tergendala akibat serangan Atok tadi. Mujur selepas pukulan tadi, otaknya semakin berfungsi. Buatnya, hilang ingatan? Atok gak lah puncanya.
Sejak satu jam tadi dia di bilik kerja Atoknya yang berada di tingkat 3 banglo besar ini, tidak tentu arah keadaannya. Termasuk kali ini, dah 3 kali Shida menguap ngantok. Walau macam mana pun, Shida kena siapkan latihannya sebelum jam menunjukkan pukul 11 malam.
"Masa tinggal lagi 15 minit. Sepatutnya sekarang kamu tinggal nak semak je. Bukannya masih menjawab soalan" arah Atok tegas. Setiap kali ulangkaji, begitu lah cara Atok mengajar Shida. Atok mahu Shida terbiasa dengan suasana peperiksaan. Biasalah, Atok mahu segalanya kelihatan sempurna apabila ianya berkaitan dengan Shida. Sekiranya ada perkara yang Atok tidak yakin dengan kebolehan Shida, Atok sendiri yang akan mengajarnya. Begitulah juga sekiranya Shida membuat kesilapan ataupun salah, Atok sendiri yang akan betulkannya dan Shida juga terpaksa di denda agar perkara tersebut tidak berulang lagi. Jika sewaktu di sekolah rendah dulu, ibulah yang mengajarnya. Ibunya merupakan guru yang mengajar di sekolah rendah. Jadi apabila Shida masuk ke sekolah menengah, Atok pula yang mengambil alih kerana ibu Shida tidak berapa mahir dengan pelajaran sekolah menengah. Ya, Atoklah yang sentiasa mengawasinya selama ini supaya Shida layak menyaingi 'si kembar' itu. Kebolehan Shida dalam mewarisi kedudukan nya sebagai CEO memang tidak dapat disangkal lagi. Mungkin sebab Shida jenis yang cepat tangkap. Atok memandang wajah Shida di hadapannya. Shida sudah merasa semua perit pahit kehidupan dalam usia yang begitu muda. Mampukah dia terus cekal untuk menghadapi kesukaran yang lebih besar?
"Atok, dah siap" suara Shida melenyapkan semua lamunan Atok.
Shida melihat jam di dinding bilik itu. Tepat pukul 11 malam. Fuh! Selesai.
"Bagus cucu Atok ni. Dah pergi tidur. Esok Atok semak latihan kamu tu" puji Atok sebelum menamatkan sesi ulangkaji buat hari ini. Shida sudah bangun melangkah ke pintu. Dia perlu berehat secukupnya sebabnya, esok mesti dia kena bangun awal untuk solat sunat hajat bersama Atoknya. Ketika dia masuk ke biliknya, Shida sempat mengerling ke arah adiknya, Shira yang sudah lena dibuai mimpi di katil sebelahnya. Shida meletakkan segala alat tulis bersama buku-buku ke atas meja yang kopi yang berada di sudut bilik itu. Selepas mengunci alarm untuk pagi nanti, Shida merebahkan diri di atas katilnya. Dia memikirkan satu benda sebelum kelopak matanya perlahan-lahan menutupi suasana malam itu. 'Apalah rancangan nasib dia dan Sobir lepas habis SPM nanti?'

#MAHU TAK MAHU KEHENDAK ATOK MESTI SHIDA LAKSANAKAN TAPI BETUL KE NIAT ATOK MAHU MENJADIKAN SHIDA SEBAGAI PEWARISNYA WALAUPUN ATOK TAHU YANG SHIDA TIDAK MEMINATINYA? KETAHUI DI EPISOD AKAN DATANG
                                                

Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...