Selasa, 18 Jun 2019

(74) curi-curi dengar sambil hati curi-curi debar

       Sobir mengeluh dan menjeling ke arah mereka berdua sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan bilik squad maskot. Melangkah mengikut jejak tempat parking kereta di mana tiga lagi kawannya tengah menunggu.
"Hei Sobir! Mana Shida? Bukan Emey kata kau pergi panggil dia ke tadi?" Tika bertanya pelik sebaik tiga sekawan itu nampak kelibatnya menuju ke arah mereka.
'Jangan tanya aku. Tanyalah kawan baik kau sendiri' detik hati Sobir dengan muka mencuka.
         
Emey sepertinya mengerti ada yang tak kena dengan muka Sobir dan hanya memberi isyarat muka kepada the trio troublemaker supaya tidak bersuara sehingga Shida muncul. Lagipun mereka dah biasa menunggu Shida kerana squad maskot memerlukan masa untuk menukar dan menyalin pakaian.
Untuk seketika semuanya pakat terdiam menuruti langkah Sobir yang hanya duduk bersandarkan kereta di belakang.

"Ish lama lah pulak si Shida ni" merungut Tika perlahan. Sekadar Fiona di sebelahnya sahaja yang terdengar.
"Kau agak kan apa yang si Shida tu dah buat sampai muka Sobir jadi macam tu?" Tika yang tidak senang duduk menanyakan soalan ke Fiona.
"Entahlah... Setahu aku Shida tak kan berani cari pasal dengan Sobir. Kau tahu jelah angau kawan kita tu kat Sobir macam mana. So, kalau kau tanya aku, aku sendiri tak tahu jawapannya." teka Fiona. Kadangkala Fiona dan Tika ada juga cuba main meneka-neka apa yang akan terjadi dengan SoDa couple ni.
           Fiona seperti berpendapat bahawa SoDa couple akan jadi kenyataan dengan bantuannya dan juga Emey tetapi berbeza pulak dengan Tika yang memang menjangkakan dari mula lagi yang SoDa couple hanya akan menjadi anganan  Shida semata-mata.
           Hehehe....hanya Shida dan Sobir sendiri yang akan tentukan mana yang betul.
"Wah, lama betul Shida ni. Tak pernah pulak dia lama macam ni. Orang nak balik ni!" rungut Tika lagi.

Kali ini, Sobir dan Emey sama-sama terdengar rungutan Tika. Hati Sobir makin panas dan sedikit kecewa. Nak-nak lagi apabila mengetahui Shida duduk lama-lama berborak dengan Abang Ehsan! Bukanlah Sobir benggang tak tentu hala. Sebenarnya, dia terdengar Abang Ehsan meminta nombor telefon Shida. Dia sendiri tak ada nombor Shida. Macam mana pulak Shida boleh bagi macam tu je!

"Sori lambat tadi ada hal sikit" jelas Shida yang tercunggap-cunggap akibat berlari anak sampai ke kereta.
"Ada hal? I thought that bukan tadi Abang Kamil dengan Kak Dina dah balik awal ke? So, kau berurusan dengan siapa tadi?" sahut Fiona sambil bercekak pinggang.
"Hurm....Uh....ummm.....hehehe...nantilah aku cerita malam nanti kat telefon dengan korang..Jom-jom masuk...dah lambat dah ni" dalih Shida sambil menarik lengan Fiona untuk masuk ke tempat duduk belakang kereta. Tika dan Emey berbalas pandangan pelik tetapi hanya mampu mengikut langkah mereka berdua masuk ke dalam kereta. Hanya Sobir yang berdengus geram tetapi setelah beberapa saat, dia juga membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.

Keesokkan harinya....
Selepas Emey memastikan ada orang yang menggantikan tempat jagaannya, barulah Emey menuju ke bahagian kaunter di mana Fiona dan Tika berada. Disebabkan hari berikut merupakan hari bekerja, maka tidak ramai pelanggan yang ada disini dan kebanyakkannya pelanggan yang ada merupakan pelanggan dari luar negara yang bercuti disitu. Jadi, bolehlah Emey menolong bahagian logistik yang lokasinya tidak jauh dari bahagian kaunter. Alang-alang tu, boleh lepak sekali dengan Tika dan Fiona.

"Korang..." tegur Emey membuka sikit pintu belakang kaunter tempat di mana pekerja kaunter selalu masuk.
"Emey..." sahut Fiona dan Tika serentak.
"So, apa cerita semalam?" soal Emey ingin tahu tentang 'urusan misteri Shida' itu.
Tika tersengih sambil berkata, "nampaknya kan...plan kita macam menjadi".
"Plan? Kejap plan yang mana ni? Banyak sangat plan dengan korang ni" tanya Emey yang agak keliru.
"Plan yang kau hampir-hampir nak bocorkan Shida tu.." jawab Fiona.(Sila rujuk episod Hahaha...lawak ke der?)
"Ooo....plan yang tu..." teringat Emey adegan di mana plan mereka yang satu itu, hampir-hampir terbocor tetapi nasib baik Abang Kamil ketika itu menjadi penyelamat keadaan apabila dia memanggil Shida untuk kembali bertugas. Kalau tak, masaklah dia kena tadah telinga dengar Tika membebel.
"So, aku rasa better kau nanti pergi tengok reaksi Sobir macam mana. Kalau tengok daripada gaya semalam, tak senang duduk dia lepas tahu Abang Ehsan minta nombor Shida." kata Tika lagi.
"Padahal dia tak tahu yang Abang Ehsan minta nombor Shida untuk kegunaan bekerja. Yalah, minggu depankan dah masuk untuk plan cuti sekolah. So, Abang Kamil dengan Kak Dina tak sempat nak pantau Shida. Sebab tu, dia suruh Abang Ehsan yang pantau Shida." sambung Fiona sambil tergelak kecil apabila dia memikirkan reaksi Sobir semalam. Emey pun turut tersengih mengimbas kembali reaksi kawan karibnya tu. Bagaimana lah kalau Sobir tahu ni, rancangan mereka bertiga nanti. Paling masak dialah yang kena maki.
"Ok, so nanti aku roger korang tengahari nanti pasal Sobir. Aku nak kena angkut barang sikit ni. Nanti tengahari jumpa kat tempat yang sama eh" justeru itu, Sobir hilang di sebalik pintu kaunter dan menuju ke bilik stor.

BERJAYAKAH PLAN THE TRIO TROUBLE MAKER? TERUSKAN MEMBACA...




(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...