Sabtu, 25 Ogos 2012

DIGANGGU RIBUAN LELAKI RAMAINYA BUKANLAH MENANDAKAN BETAPA CANTIKNYA SI GADIS NAMUN JELAS MENUNJUKKAN BETAPA HEBATNYA SI GADIS TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAHNYA...

Khamis, 16 Ogos 2012

:) Wawa bukan na mngajar orang, tpy cume share2 je Tak salahkan? ..Benda baik elok kita share same2 *berdasarkan ape yg wawa bace:)

:Jika benar dan kita memang yakin yang kita betul jangan risaukan orang yang merendahkan kita kerana kebenaran pasti ada cuma masa menentukan bila.

Khamis, 9 Ogos 2012

jangan pernah mengukur keimanan seseorang...
dengan melihat siapa dia hari ini atau sebelumnya,,
tapi ukurlah seberapa besar pengabdianmu 
pada Tuhanmu.

Sabtu, 28 Julai 2012

just cpoypaste from la tahzan

Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka, ALLAH telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu.
Bila engkau kebuntuan akal, maka ALLAH petunjuk jalan.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH.......

renungan bersme

Gunakanlah peluang dan kesempatan ini dengan melipat gandakan lagi amal ibadah kita. Perbanyakkan zikir setiap masa dan muhasabah diri sentiasa. renungilah diri kita. Moga ianya juga yang akan membela mu di sana nanti. Negeri yang kekal abadi.
"Di Akhirat kelak, seorang itu Terkejut apabila melihat catatan amalan Kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia bertanya, "Wahai TUHAN ku, dari manakah datangnya Kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah Melakukanya."
Maka ALLAH menjawab, "Semua itu adalah Kebaikan(Pahala) orang yang Mengumpat engkau tanpa engkau KetahuiI." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

"Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbincangan penduduk langit.."

Teringat akan Uwais Al Qarni.. Dia tidak terkenal dibumi tapi namanya disebut2 oleh malaikat dilangit, Subhaanallaah..

Jumaat, 13 Julai 2012

tips menghadapi hantu

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu
P/s : sekadar gurau gurauan..ekekke

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...