Jumaat, 7 April 2017

(45) Ia seperti cerita tentang masa lalu




Wajah Shida tersenyum beku.
"Tapi....macam mana kau boleh ada kat sini?" Sobir rasa dia memang tak pernah nampak Shida di taman ini sebelumnya. Adakah dia betul-betul tak perasan Shida sebelum ni ataupun Shida yang baru datang hari ni? Mereka terhenti seketika memandang satu sama lain sebelum mengajukan dialog soalan bertalu-talu antara mereka berdua.
"Apa yang kau cakap ni? Tak kan lah aku tak boleh datang kat sini. Yang kau tu kenapa menyibuk kat sini?"
"Sedapnya kau cakap aku menyibuk. Kau buat macam tak tahu je ni kawasan rumah aku sebenarnya." pada masa yang sama, kepala Sobir tergeleng laju.
"Buat tak tahu apa nye? Kau patut habiskan ayat kau tu betul-betul." Shida masih menunjukan tanda tidak mahu mengalah. Sobir tersenyum sebelum menanyakan
"Shida,kau dah lupa ke yang aku tinggal kat taman ni?" Shida melepaskan genggaman basikalnya.
"Sobir, kau tinggal kat taman ni?" Sobir pantas menyambut basikal Shida akibat Shida melepaskannya tanpa sengaja. Hanya Shida asyik ralit memandang Sobir buatkan Shida terfikir, betul ke Sobir tinggal kat taman ni? Mahu memastikan kenyataan Sobir itu benar ke tidak, Shida memutarkan balik kotak ingatannya.
"Macam mana aku boleh tak perasan eh?" Sobir hanya tersenyum mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Shida. Ah! Sebenarnya selama ini Shida ingatkan Sobir tinggal di taman yang lagi satu yang terletak dekat kawasan perumahan Fiona.
"Betul ke ni kawasan perumahan kau?" Shida masih lagi inginkan kepastian.
"Shida....aku ni jarang cakap bohong tau. Bila perlu je aku terpaksa. Yang kau tak percaya sangat ni dah kenapa? Ke sebenarnya kau ingat aku tinggal kat mana?" mendengar pertanyaan Shida yang diulang-ulang sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan Sobir jadi gelisah. Tak kan lah Shida tahu kat mana sebenarnya dia tinggal? Tak mungkinlah Shida ingat lagi. Dia kemudian merenung Shida yang ada di depan mata.
"Aku ingatkan kau tinggal dekat taman Fiona." rasa berpasir semacam tekak Shida. Mana taknya. Dia baru perasan yang sebenarnya hampir tiap hari-hari dia berulang-alik ke sekolah dengan Sobir. Walaupun mereka sebenarnya menggunakan jalan yang sama, tapi entah kenapa Shida tak pernah perasan Sobir. Hmmm, mungkin Sobir selalu balik lewat disebabkan tugasnya sebagai ketua pengawas. Wajah Sobir yang begitu setia di depan mata membuatkan Shida sedikit berkhayal.
"Pak ngah. Pak ngah, kenal ke akak cantik ni? Akak cantik ni tadi belanja adik dengan abang ais-krim" dengan nada pelatnya, si kecil tadi berlari anak menuju ke arah mereka.
"Akak cantik?" Sobir terasa geli hati dengan panggilan yang diberi oleh anak buahnya tadi kepada Shida. Shida pulak hanya membuat muka selamba. Padahal, dia yang mengelarkan dirinya sendiri 'kakak cantik' tu.
"Pandai kau pikat anak buah aku eh?" tiba-tiba sahaja ungkapan itu melepasi bibir Sobir. Sekali lagi, Shida terkelu dengan pertanyaan Sobir.
"Hmmmm, pikat? Aku sebenarnya tak tahu pun tu anak buah kau. Maybe anak buah kau nampak aku cantik, sebab tu dia panggil aku 'akak cantik' kot." pada masa yang sama, wajah Shida bagaikan berseri-seri memuji diri sendiri. Itulah yang dinamakan seperti mengangkat bakul sendiri.
"Isk, kau percaya cakap budak-budak tu? Hahaha. Diorang saja je tu bodek kau sebab nak suroh kau belikan ais-krim" Sobir ketawa besar. Mendengar hilaian ketawa Sobir membuatkan Shida terus memasamkan muka. Terbantut sudah mahu mempromote kan diri sendiri. Ketawa Sobir masih bersisa.
"Ah, pasal anak buah kau. Sebelum ni kau tak pernah cerita pun yang kau ada anak buah." Shida laju menukar topik sebaik sahaja dia dimalukan oleh Sobir sendiri.
"Kau tak bosan ke asyik dengar aku bercerita pasal diri aku sendiri?" adakalanya Sobir rasa tak perlu pun dia menceritakan hal latar belakangnya kepada kawan perempuan. Mungkin, dia tak biasa berkawan dengan perempuan atau lebih tepatnya, tak pernah pun ada kawan perempuan yang begitu rapat seperti dia dengan Shida.
"Kenapa kau rasa macam tu? Bila berkawan,tak ada nya istilah boring kalau kita sharing cerita tau tak."
"Ok-ok. Dua orang budak tu anak buah aku. Anak kakak aku. Aku tinggal dengan kakak aku kat sini sekali dengan abang ipar aku. Sekali sekala aku tolong akak aku jagakan dua orang budak kecik ni."
"Kau tinggal dengan kakak kau?"
"Yelah. Kenapa?"
"Kenapa kau tak duduk dengan parents kau? Parents kau tinggal kat mana pulak?" Shida bagaikan tiada emosi apabila bertanyakan soalan itu. Mata Sobir sudah terbeliak mendengarnya. Sah Shida tak tahu! Dengan begitu berhati-hati, Sobir melontarkan soalan bagi mengesahkan tekaannya,
"Be...be..betul ke kau tak ingat?" akhirnya berjaya juga Sobir meluahkan soalan itu kepada Shida. Seriuslah Shida tak ingat langsung pasal parents dia?

#YA,CERITA HATI MASIH ADA LAGI SAMBUNGANNYA. DATANG LAGI YA.

Sabtu, 25 Mac 2017

(44) Feel so sweet

Shida menongkatkan basikalnya di bawah pokok yang terdapat di taman permainan itu. Muka kuning langsatnya yang berminyak, dikesat dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu. Walaupun jauh sedikit daripada kawasan perumahan Shida tetapi Shida tidak kisah sebab tujuan Shida datang ke taman itu bukannya mahu bermain seperti budak-budak kecil, dia mahu bersenam menggunakan sky walker yang ada di taman itu. Di taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan Shida, tidak ada sky walker. Hanya permainan semata-mata. Kemudian, selesai beberapa minit bersenam, dia merehatkan diri di bangku yang tersedia. Buat sementara waktu, dia ingin melepaskan semua tekanannya terhadap SPM yang semakin memghampiri dengan bersenam pada petang itu. Shida mencongak di dalam kepala. Sudah berapa lama dia keluar daripada rumah? Kalau dia keluar lama-lama, risau pulak nanti ibunya di rumah. Walaupun dia sudah meminta kebenaran ibunya sebelum keluar daripada rumah tadi, tapi buatnya ibunya mahukan pertolongan daripadanya, Susahkan ibunya juga. Apabila mengenangkan nasib ibunya itu, Shida seakan sayu semacam. Ibu sudah banyak berkorban demi menyara mereka tiga beradik. Sedang Shida mengelamun, tiba-tiba,
POK! Shida terus terbaring di atas kerusi panjang itu. Ada suara kecil mendekati.
"Abang, akak tu dah mati ke?" tanya seorang budak perempuan yang sedang mendekati Shida yang sudah terbaring.
"Entah lah, kita biarkan ajelah. Buat-buat tak ada apa jadi." jawab seorang lagi budak laki.
'Sudah lah dia pukul kepala aku dengan bola dia. Dia boleh nak biarkan aku macam ni. Nasib baik bola angin tapi tak boleh jadi ni...." sahut Shida di dalam hati. Dia masih mengekalkan posisi pengsannya di atas kerusi itu. Mata budak lelaki itu memerhatikan Shida sambil senyap-senyap mengambil bolanya kembali di kepala Shida. Sesekali dia memandang adiknya. Dia mendekati Shida dan mengambil bolanya. Setelah mendapatkan bolanya, dia terus berpaling untuk cabut lari. Tapi, tangan Shida lagi tangkas menangkapnya. Budak lelaki tadi terkejut. Termasuklah dengan adik perempuannya.
"Hah, nak lari mana? Oh, dah buat salah, nak lari ye. Siapa baling bola tu kat akak cantik ni?" Shida menanyakan sambil memandang mereka berdua. Krik...krik...krik... Reaksi budak berdua tu sedikit hambar dengan perkataan 'akak cantik' tu. Lama-kelamaan si abang mengaku bahawa dia yang membaling bola itu sampai terkena Shida. Itu pun sebab dia tak tahan dengan panahan mata helang Shida. Sangat tajam macam Shida mahu memakannya.
"Hendak di marah kesian pulak." detik Shida di dalam hati.
"Lain kali, dah buat salah, baik mengaku. Akak tak marah pun. Cuma hati-hati bila main. Jangan sampai kena orang lain. Faham?" pesan Shida sambil berikan senyuman manis. Mereka yang lagi tadi tertunduk mendengar Shida membebel. Sekarang sudah tersenyum. Tetapi si adik seperti nya sedang asyik memandang sesuatu di belakang Shida. Shida menoleh. Ais-krim rupanya. Shida tergelak kecil melihat mulut adik kecil itu terliur melihat kanak-kanak lain membelinya. Dia faham, budak-budak mestilah sukakan benda yang manis. Dia bangun lalu mendapatkan pakcik walls tu. Dia membeli dua batang ais-krim. Bukan main suka lagi dua beradik ni. Mereka mengucapkan terima kasih dengan sengehan yang lebar. Tiba-tiba Shida teringat 2 orang adiknya di rumah. Mesti diorang pun suka dapat ais-krim tapi kalau di beli sekarang, alamatnya sampai di rumah dah tak rupa ais-krim dah. Macam mana eh??? Idea! Shida meminta tolong dengan pakcik walls itu, untuk menghantarkannya di depan rumahnya. Alang-alang pakcik walls tu tak lalu lagi kawasan perumahannya. Shida sudah membayar siap-siap kepada pakcik walls tu.
Setelah urusan jual beli, Shida juga mahu pulang ke rumah. Sebelum dia berjalan ke arah basikalnya, dua orang budak tadi, melambaikan tangannya ke arah Shida. Shida membalas lambaian mereka. Baru Shida hendak menolak tongkat basikalnya, dua beradik tadi, menjerit keriangan sambil berlari ke arah seorang lelaki
"Pak ngah!!" budak berdua tu memangilnya dengan gelaran pak ngah. Mungkin pakcik kepada dua orang budak itu. Sambil menolak tongkat basikalnya, dia memerhatikan 'pak ngah' kepada dua orang budak tadi. Dari belakang macam familiar je. Dia menoleh, dan.....Sobir???

#Akhirnya berjaya juga penulis blog ni menyambung cerita hati ni. Apakah kesudahan hubungan Shida dan Sobir? Ingat untuk sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jumaat, 10 Mac 2017

(43) semakin kau cuba mahu mengalah, semakin itu aku mahu cuba untuk memenangi kau.

Atok Shida dan Atok kepada Hairi dan Haris merupakan sahabat yang sama-sama bersusah payah membangunkan syarikat yang kini mampu berdiri dengan megah. Selepas Atok Hairi dan Haris meninggal dunia, Atok Shida mengambil alih syarikat itu 100% tetapi tidak terniat pun di dalam hati Atok Shida untuk mewariskan syarikat itu kepada warisnya.
 Dia tahu syarikat itu perlu diwariskan kepada siapa yang benar-benar layak, tidak kiralah sama ada waris itu dari darah dagingnya sendiri atau darah daging keluarga Tuan Danial. Pernah juga Atok Shida berhajat untuk menurunkan syarikat itu kepada salah seorang daripada 3 anak daranya. Tetapi malang sekali, ketiga-tiga anaknya tidak berminat dalam bidang pengurusan perniagaan.
Dan di sebabkan anak daranya yang sulung kini menjadi ibu tunggal, 3 cucu daripada anak sulungnya begitu rapat dengannya termasuklah Shida yang merupakan cucu sulungnya. Ibu bapa Shida sudah bercerai ketika kes Hairi dan Haris berlaku.
Disebabkan itu jugalah, luka di hati Shida semakin parah. Shida mempunyai tiga orang adik beradik dan dia merupakan anak sulung.
Dibawahnya, ada Shira dan Shahril. Jarak antara umur Shida dan Shira agak jauh tidak seperti Shira dan Shahril yang beza umur mereka hanya setahun.
 Beza antara umur Shida dan Shira adalah 5 tahun. Sejak ibu bapa Shida bercerai, Atok lah tempat Shida bermanja. Mungkin sebab itulah, hasrat yang dulu ingin menempatkan warisnya disyarikat itu kini bangkit dengan kehadiran Shida yang semakin hari, semakin rapat dengannya. Tetapi dia tidak sedar bahawa, Tuan Danial juga mahu anak-anaknya menjadi pewaris syarikat itu. Malah hasrat Tuan Danial lagi membara daripada Atok Shida. Sedang dalam perebutan harta dalam syarikat itu, hubungan Shida dan Hairi juga terjalin tanpa pengetahuan orang tua mereka. Sejak kecil lagi, kehadiran Hairi dan Haris sedikit sebanyak mampu mewarnai hari-hari Shida dan sedang umur memasuki fasa remaja, perasaan masing-masing sudah mahu bertukar daripada kawan ke lebih daripada itu. Tetapi yang berjaya menawan hati Shida adalah Hairi. Sifat Hairi yang walaupun nampak sentiasa cool tetapi sebenarnya agak baran juga orangnya. Satu je yang membuatkan Shida terpesona dengan Hairi, apabila hanya mereka berdua, Hairi banyak menunjukkan ekspereaksi yang comel tanpa sedar.
Al-maklum lah, selalunya Haris sahaja membawa watak manja, tak sangka pulak Hairi pun pandai mengada-ngada. Shida sering juga menyakat Hairi di depan Haris. Walaupun Hairi tidak pandai bermulut manis, tapi dia mampu membuatkan hati Shida cair dengan ayat-ayatnya yang staright to the forward. Shida ingat lagi, ketika pertama kali Shida memasuki pertandingan berpantun, Shida gugup semacam. Shida tidak dapat fokus dalam pertandingan.
 Disitulah datangnya inspirasi Hairi untuk menulis kata-kata semangat di dalam buku nota kecil Shida. Kata-kata semangat itulah yang Sobir nampak dalam buku Shida. Sekarang ni persoalannya, bila Sobir nak pulangkan buku Shida ek?

#REST SEKEJAP....


Rabu, 8 Februari 2017

(42) biar betul..




Flashback pada malam kejadian pengisythiraan Shida sebagai salah satu ahli pemegang saham.....

Shida teringatkan Hairi yang sorang-sorang dirumah nya. Kesian, Hairi tidak dapat hadir pada majlis malam ini disebabkan demam. Semua orang hadir pada malam ini. Mesti tiada siapa di rumah nya, Memandangkan Shida memang selalu pergi ke rumah Hairi, mesti ibunya juga tidak kisah untuk beri Shida melawat Hairi. Shida tersenyum bangga dengan ideanya. Shida sempat memberitahu Haris yang berada di tepi tangga masuk dewan sebelum menuju ke pintu keluar dewan. Haris turut bersetuju dengan ideanya malah dia juga berjanji akan backup nya bila Atok bertanya di mana dirinya menghilang. Shida dan Haris terlalu akrab di sebabkan Hairi sehinggakan kadang-kadang bila Hairi dan Shida bergaduh, Haris sanggup memujuk Shida. Tahu sahajalah, baran abang nya memang mampu membuatkan sesiapa pun terasa hati dengannya. Malah dia sebagai adik kembarnya pun, tidak tahan apabila selalu diungkitkan oleh hal yang kecil. Shida tersenyum sendirian apabila kereta yang dipandu oleh pemandu upahan Atoknya masuk ke kawasan rumah Hairi. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Hairi. Dia juga yakin, pasti ada seorang pembantu rumah Hairi yang akan membukakan pintu untuknya. Memandangkan bilik Hairi berada di tingkat atas, jadi, kalau pintu diketuk pun, Hairi pasti tidak dapat akan mendengarnya. Sebaik sahaja Shida turun daripada keretanya, Shida memberi salam lalu mengetuk daun pintu sebanyak tiga kali. Setelah menunggu selama lima minit dan masih tiada siapa yang membukakan pintu untuknya, Shida cuba pula memulas tombol pintu. Manalah tahu yang sebenarnya pintu tak berkunci. Dan ternyata betul sangkaan nya, Pintu tak berkunci. Shida melangkah masuk dan apa yang dia dapat lihat hanyalah cahaya daripada lampu tangga yang menuju ke tingkat atas. Keadaan di tingkat bawah gelap. Mungkin pembantu rumah Hairi sudah balik dan memandangkan tiada siapa di tingkat bawah, suis lampu tidak dinyalakan. Shida meneruskan agendanya dan melangkah menuju ke arah tangga. Tiba-tiba.....aduh! Shida berasa kakinya terpijak sesuatu yang tajam. Segera Shida meraba-raba di sekitar dinding untuk mencari suis lampu. Hah, jumpa pun! Lampu dinyalakan, Shida pantas melihat tapak kakinya, Darah~...dan yang paling mengejutkan..kaca. Keadaan di rumah tamu ini kucar-kacir sama sekali. Habis semua barang-barang rosak akibat dipecahkan. Siapa punya angkara ni? Tak kan lah..perompak? Shida teringatkan Hairi di tingkat atas. Tanpa menghiraukan kakinya yang berdarah, Shida segera mendapatkan Hairi. Dia bimbang soal keselamatan Hairi. Tolonglah, jangan apa-apakan Hairi. Apabila sudah berada di tingkat atas, Shida terpandang satu bilik yang bercahaya sebelum menuju ke arah bilik Hairi dan hairan, kelihatannya ada orang di dalam nya. Perlahan-lahan Shida mendekati bilik itu dan kelihatannya pintu bilik itu ditutup rapat. Setahu Shida, bilik itu merupakan pejabat kecil milik Tuan Daniel iatu ayah kepada Hairi dan Haris, Shida mendekatkan telinganya ke pintu, kedengaran suara Tuan Daniel tengah bercakap dengan seseorang....
"Berani kau letak cucu kau ye. Dah lah  cucu kau tu bukannya hebat mana," tengking Tuan Daniel.
"Daniel, macam mana kau boleh cakap macam tu. Aku yakin yang mereka bertiga boleh sama-sama majukan syarikat kita. Sebab tu aku bagi cucu aku peluang yang sama macam kau bagi pada anak kau." ujar suara lagi satu. Tapi...nanti kejap....Itu bukan ke suara Atok? Atok?????Betul ke ni?

#HILANG TENAGA.JAP EH....

Isnin, 6 Februari 2017

(41) dia mungkin bengis seperti naga, tapi aku tetap suka dia

Tika memandang tepat ke arah Shida sambil dalam kepalanya sudah memikirkan alasan untuk memujuk Shida. Tetapi Shida lantas mengaku sambil keningnya terangkat sebelah,
"Entahlah, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku suka kat Sobir. First-first dulu, aku memang suka kat dia sebab gaya dia yang cool. Tapi makin aku kenal dia, makin aku suka kat dia. Aku tak pernah terfikir pun yang Sobir dan Hairi ada persamaan" ujar Shida dengan muka selambanya. Rupa-rupanya muka gusarnya tadi sebab dia sedang fikirkan jawapan. Buat takut orang sahaja lah budak ini. Tetapi Fiona dan Tika, masing-masing memandang pelik. Shida tak rasa apa-apa ke? Dah tu, selamba pulak dia menyebut nama Hairi tanpa rasa apa-apa. Pelik....
"Korang rasa, kalau aku mengaku, Sobir akan terima aku tak?" tanya Shida. Tak pasal-pasal mereka terpaksa menjadi mangsa keadaan Shida dan Sobir tetapi kiranya tidaklah terlalu serius macam kes Hairi yang terlalu mengikut emosi. Well, kita hanya hidup sekali je dalam dunia ni. Bermakna, kita tak ada peluang kedua, jadi Shida percaya yang dia perlu capai apa sahaja selagi dia mampu. Macam, kita selalu fikir itu untuk yang terakhir. Mesti kita akan buat sehabis yang boleh dan tak akan berpatah balik. Hanya memandang ke hadapan. Dia bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan sebab itulah dia berfikir, inilah masa untuk dia mencipta kenangan bersama Sobir. Setiap hari dalam hidup kita, kita kena berlari selagi kita masih muda dan menyimpan kenangan yang ada. Setiap hari, bermula dari setiap saat, gunakan saja suara kita yang kita ada untuk jerit sekuat hati. Setiap hari, kita sentiasa di beri pilihan untuk mengambil jalan yang mana satu. Dan setiap jalan pasti ada impiannya yang tersendiri. Tak kira jalan mana pun yang kita ambil, dia bergantung kepada diri kita sendiri.


#NAK SAMBUNGAN LAGI? JAP EH, NAK KELUAR JALAN-JALAN JAP

Ahad, 5 Februari 2017

(40) bagaimana lelaki idaman Shida?

Sejak tadi, Shida asyik berdebat dengan diri sendirinya mahu jalan kan buah catur yang mana satu dulu eh? Fiona di sebelah juga turut berfikir sama. Apa yang penting adalah strategi. Pada Shida, selain daripada menonton drama korea nya, bermain catur juga dapat mengurangkan tekanan dan hari Sabtu merupakan hari yang bagus untuk mereka bertiga melepak di bilik Fiona. Dia menghelakan nafas yang panjang sebelum menggerakan buah catur nya. Sebelum Tika datang mengajaknya bermain catur, Shida terlebih dulu menerima rawatan khas dari pakar kecantikan Fiona. Maklum sahaja, selepas puas menangis, mata Shida menjadi bengkak. Se bengkak wajah panda. Oleh itu, Fiona menempek kan timun di atas mata Shida tadi. Rimas dia melihat wajah kawannya yang sungul sahaja.
"Aaaa,lupa pulak. Bekal yang aku buatkan untuk Sobir mana? Tak ada pun dalam beg aku?" Shida berkata. Seingatnya, ketika dia pengsan di kantin, Fiona atau Tika tidak sempat untuk mengambil bekalnya untuk dimasukan ke dalam beg. Sebab itu, Shida beranggapan mungkin mereka yang menyimpan bekalnya kerana sebaik sahaja Shida sampai ke rumah, dia tidak dapat mencari bekalnya berada di mana. Hek?! Tiba-tiba reaksi Fiona dan Tika terus berubah seperti teringatkan sesuatu yang mengejut.
"Err, sebenarnya....bekal kau kat Sobir." jelas Tika. Sambil bermain, matanya sempat mengerling ke arah Shida beberapa kali. Degup. Degup. Degup. Entah kenapa, jantung Shida tiba-tiba berdegup laju taktala mendengar nama Sobir.
"Bukan ke aku tak sempat nak bagi dia?" soal Shida kehairanan.
"Fiona yang bagi kat Emey, suruh dia bagikan kat Sobir. Sebab kitaorang nak bagi sendiri time tu, tapi dia macam 'lost' sekejap. Yes, check mate!" ujar Tika sambil bersorak riang meraikan kemenangannya. Eh??? Nanti jap..Giliran Shida pula terkejut. Jadi maknanya.....Sobir sudah makan bekal yang dia buatkan? Aduh..... Sobir tak nak cakap apa-apa ke? Dah lah bukan dia bagi sendiri. Dia bagi melalui Emey pula tu. Sedap ke tak? Aduhai... Fiona membantu Tika mengemas buah caturnya apabila Tika terkial-kial menyusunnya seorang diri sementara Shida masih terpingga-pingga. Setelah beberapa ketika, barulah suara Tika mengejutkan Shida,
"Eh, Shida. Kenapa kau masih suka kat Sobir?".
Shida tidak sangka sama sekali yang Tika akan bertanya soalan yang sama untuk ke 100 kali sejak dia suka kan Sobir dan untuk kali ke 100  jugalah dia terpaksa jawab benda yang sama. Shida hanya membuat muka kosong seperti tidak mendengar kata-kata Tika. Tika hanya terpaku menunggu jawapan Shida, dan lalu sambil tergelak kecil Fiona mencelah.
"Kau tak perasan ke dari dulu lagi Shida memang suka lelaki yang agak maskulin. Tengok jelah semua artis kpop yang dia minat. Semua tu ada gaya lelaki diorang tersendiri dan kau cuba lah tengok Sobir. Cool, tak layan perempuan dan yang pentingnya ada sifat lelaki sejati. Shida mana layan artis kpop lelaki yang comel-comel dan jiwang-jiwang bagai.".
"Oh...patut lah dia suka Hairi berbanding Haris. Yelah, Hairi lebih maskulin macam kau cakap. Tak macam Haris. Haris tu depan je nampak acah-acah gentle, tapi sebenarnya kuat merajuk, sentitif lebih, lepas tu pantang jumpa Shida je, suara terus bertukar jadi gedik semacam. Aku sendiri menyampah dulu bila bertembung dengan Haris." kata Tika dan tanpa tersedar dia terlepas menyebut nama Hairi dan Haris di depan Shida. Alamak! Jujur dia tak sengaja. Selepas dia habis bercakap, baru dia tersedar dan perlahan-lahan dia menoleh ke arah Shida. Ada riak wajah gusar di muka Shida. Dalam kepala, Tika sudah menyusun ayat untuk memujuk Shida tetapi....


#APA ALASAN TIKA?CERITA HATI AKAN BERSAMBUNG LAGI.


Jumaat, 3 Februari 2017

(39) Biar aku....

"Apa masalah korang ni? Susah sangat ke nak bagitahu apa yang dah jadi sampai Shida boleh pengsan?" Sobir bertanya lagi. Sobir sudah mula hilang sabar. Dia tidak suka Fiona dan Tika buat tidak edah dengan soalan nya.(agak payah hendak mengorek rahsia). Lagi pun tengahari tadi, dia nampak Shida dan teman lelaki nya seperti sedang bergaduh di kantin sekolah sehinggakan Shida menangis. Entah kenapa jadi demikian, tapi sebab itu ke Shida pengsan? Fiona dan Tika pula tidak mahu membantunya mendapatkan jawapan. Melihat mereka masih memberi kan respond yang sama, Sobir sudah benggang.
"Dah lah. Biar aku cari sendiri jawapannya." tambahnya sambil berlalu pergi meninggalkan Emey bersama Fiona dan Tika. Emey masih terpingga-pingga sambil memanggil Sobir dari belakang,
"Ahhh,oiii." .
Fiona dan Tika membalas pandangan. Bukannya mereka tidak mahu beritahu, tetapi kadang-kadang masalah akan jadi lebih sukar jika ramai yang tahu. Mereka masih risau dengan keadaan Shida. Sudah hampir 5 tahun perkara tu berlalu, dan Shida masih tidak dapat padam kan ingatan pahit itu. Dan setiap kali teringat, pasti badan Shida bergigil, tidak boleh bernafas lalu jatuh pengsan.
"Ceh, apalah." cebik Tika sambil merenung tajam ke arah kelibat Sobir yang semakin jauh meninggalkan mereka.

Langkah Sobir terhenti dan badan nya di sandarkan di dinding. Nasib baik lorong yang menuju ke bengkel kemahiran hidup agak sunyi, Tidak ada kelibat manusia pun yang lalu-lalang.  Matanya di buka seluas-luasnya dan tangan mengenggam kuat. Grr....Dia rasa tidak puas hati selagi dia tidak dapat jawapan, apa yang dah terjadi antara Shida dan teman lelakinya. Semakin lama, Sobir rasa seperti ada perasaan yang lain menyelubungi dirinya. Namun begitu, Sobir terpaksa menahan nya. Rasanya sakit sangat. Sobir memegang dadanya yang sakit itu. Dia terduduk di lantai simen itu. Menahan sakit dan tanpa sedari kelopak matanya mula basah. Malah Sobir berasa semacam sedih di hatinya. Eh? Sungguh Sobir tak tahu apa yang dia rasakan saat itu? Kenapa dia sedih? Shi....da.....Arrgh...Benci nya! Genggaman Sobir menjadi semakin kuat dan rasa sakitnya semakin pedih. Berhenti.


"Eh? Apa...?" Shida tersedar yang dia sudah terlantar di sebuah bilik. Shida memandang sekeliling... Huh...Rumah Atok rupanya. Di sebalik pintu bilik, Shida dapat dengar suara Atoknya bercakap dengan pembantu rumahnya dan beberapa saat selepas itu, kedengaran bunyi pintu dikuak.
"Shida dah bangun?" lembut sahaja suara Atok. Shida mengesat saki-baki air matanya.
"Dah lah tu.." Atok mengosok-gosok lembut pula kepala Shida. Pada saat ini, Atok sajalah yang memahami keadaan nya, Lama Atok merenungnya,mengharapkan mungkin Shida mahu berkata sesuatu kepadanya. Malangnya, hampa sekali. Shida tidak menunjukkan apa-apa reaksi, seolah-olah Atoknya tidak wujud di situ, Shida hanya termenung menghadap tingkap. Dari tingkap itu, Shida dapat melihat halaman belakang rumah Atoknya yang besar itu. Isk! Habis peluang aku nak bagi bekal kat Sobir.....


#EH? HIE...BELUM HABIS LAGI LAH. DATANG LAGI YE.


(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...