Khamis, 28 Julai 2016

(19) ada musim bunga kat Malaysia?Ada.kat dalam hati Shida

Pokk!Terdapat sebiji bola yang berjaya menghentam tepat kepala Sobir dari belakang ketika dia berjalan di tepi padang.
"Ah,maaf.Kau tak apa-apa ke?"kedngaran ada satu suara sedang berlari anak sambil menanyakan keadaan dirinya.Mungkin dia yang membaling bola tu sampai kena kepalanya.Sakit tau tak.Dengar suara macam perempuan,tapi balingan dia boleh tahan macam lelaki.Sobir tidak menjwab,dia mencari bola yang menghentam dia tadi.Walaupun dalam keadaan sakit,dia perlu berlagak cool.Ketua pengawas lah katakan....
"Ah,tak pelah tak payah kutip bola tu.Nanti tangan kau kotor."suara itu berjaya membuatkan Sobir terhenti mahu mengambil bola yang terjatuh dalam longkang.Sobir mengangkat kepala.Bulat mata Sobir memandang tuan punya suara.
"Shida?"Sobir bertanya.
"Sobir?"seperti Sobir,Shida juga terkejut.Tak sangka dia,Sobir rupanya.
"Kau ke yang baling bola ni sampai kena kepala aku?"Sobir saja meninggikan sedikit suaranya sambil jari telunjuk di halakan ke kepalanya.
"Sori lah,aku tak sengaja.Actually,bukan baling.Tendang."Shida tersenyum nipis smbil membetulkan ayat Sobir tadi.Hilang sudah cool Sobir taktala dia tahu Shida lah angkaranya.
"Kau tau takk sakit.Bukannya sipi je kena,ni betul-betul tepat kau tendang kat kepala aku.Kau nak balas dendam kat aku ke apa?"
"Apasal kau cakap macam tu Sobir?Apa-apa pun aku dah minta maaf kan?Dah la gi masuk kelas bio kau tu?"tanpa menunggu jawapan Sobir,Shida terus masuk ke dalam longkang dan mengambil bola.Sobir terpingga sebentar sebelum menyambung
"Mcam mana kau tahu lepas ni aku kelas bio?"Sobir bertanya.Pelik gak dia.Tak kan lah Shida main teka je.Shida ketika itu seperti mati kutu.Kaku.Badan terasa tak boleh bergerak smentara otak ligat mencari alasan.
"Aku nampak budak kelas kau tadi lalu sini bawa buku bio."Shida menarik nafas lega.Berjaya juga otaknya berfungsi.
"Oh ye ke.Ok la kalau macam tu.Good luck dengan bola busuk kau tu"Sobir tersenyum nakal dan terus berlalu pergi meninggalkan Shida.Entah kenapa Shida bagaikan jatuh cinta buat kali kedua dengan senyuman nakal Sobir tu.Itulah yang dinamakn cinta.Bak kata orang,kentut dia pun kita kata wangi.Bertuah sungguh Shida pagi ni,dapat tendang kena kepala Sobir.Shida tersenyum kambing seorang diri sambil membersihkan bola yang di kutip tadi.Selesai sahaja kelas PJ nye,Shida dan Fiona menghantar bola tersebut ke stor sukan.Walaupun Shida dan Fiona berlainan kelas tetapi kelas mereka akan bergabung pada waktu PJ.Ketika di stor sukan dia bertembung dengan Tika.Tika baru hendak mengambil bola untuk kelas PJ nya pula.Sebaik saja Tika perasan Shida dan Fiona menuju ke arahnya,dengan pantas Tika mengeluarkan menyembur muka dan di halakan ke arah Shida.Seperti memacukan pistol lagaknya.Dalam hati Fiona geli hati melihat gelagat dua orang kawannya tu.
"Tutup mata"arah Tika.
"Tak nak!"Shida memberontak.Tapi malang Tika sudah menekan penyemburnya.Shida terjerit kecil.
"Shida,boleh tak kau jaga muka sikit?Kita ni perempuan.Eeei,kalaulah Sobir tengok muka kau sekarang,tentu dia rijek tau tak"bebel Tika.
"Ishh...tika ni.Kau kan tahu aku tak suka makeup-makeup ni"runggut Shida sambil mengelap mukanya dengan sapu tagan.
"Sayang,ni bukan makeup ok.Ni freshner.Bagi muka kau segar."Tika menjwab lagi.
"Apa kau ingat aku sayur ke,nak segar-segar bagai."Shida masih dengan benggangnya.
"Eh,dah lah korang ni.Shida,dah jom masuk kelas.Tika,kitaorng pergi dulu."Fiona mnarik tangan Shida sambil tangan lagi sbelah melambai ke Tika.Tika juga turut membalas
lambaian Fiona walaupun sedikit kecewa tidak dapat membalas kata-kata Shida.

Sampai sahaja di kelas,Shida berasa lega bercampur gembira sebab cikgu akaunnye tidak hadir dan diganti dengan cikgu yang amat dikenalinya.Puan Wana.Puan Wana merupakan cikgu penyelaras Quater Master.Hah nak tahu apa maksud Quater Master?Ikuti episod seterusnya.Sebab macam-macam akan berlaku ketika Shida menjalankan tugasnya sebagai ahli Quater Master atau lebih tepat sebenarnya Shida merupakan Naib Presiden Quater Master.

#Terima kasih.Sayonara.Semoga kita berjumpa lagi!

Ahad, 24 Julai 2016

(18) gembira bagi aku,sedih bagi kau

Boleh ke Shida hentikan hubungan antara Sobir dan Hawa sebelum Sobir betul-betul hanyut dibuai oleh permainan cinta Hawa?Pening Shida dibuatnya.Kata-kata Iman tempoh hari masih terngiang-ngiang di ingatannya.Shida terus tenggelam dalam lamunannya.Termenung jauh meninggalkan Fiona dan Tika yang duduk berhadapan dengannya.

"Ok,first bagi aku jelaskan kenapa aku minta maaf dengan kau pada malam program tu.Aku sebenarnya dah tahu niat Hawa nak kapel dengan Sobir.Malah,aku dah nasihatkan dia jangan mainkan perasaan lelaki lagi.Tetapi Hawa tak nak dengar cakap aku.Aku sebagai pihak dia nak minta maaf dari kau.Aku tahu disebabkan Hawa,kau dngan Sobir gaduh.Dan untuk pengetahuan kau,aku pernah suka kat Hawa tapi Hawa rijek.Dia ugut aku kalau aku bagitahu Sobir pasal Hawa ada pakwe lain,dia akan bagitahu kat ahli kumpulan kita yang aku pernah suka kat dia.Aku tak de pilihan lain selain mendiamkan diri je."Iman membuka cerita.Shida ketika itu membuka loudspeaker supaya Fiona juga boleh dengar.Perasaan Shida bercampur baur saat itu.Tak tahu sama ada mahu gembira yang dia ada peluang untuk merebut cinta Sobir kembali atau sedih dengan nasib Sobir dipermainkan oleh Hawa.

"Jadi apa motif kau bagitahu aku pasal Hawa dengan Sobir masa pertandingan ari tu?Kau sengaja nak bagi aku kalahkan?"kata Shida pula.

"Sumpah aku tak de niat nak buat kau kalah.Aku tak sangka yang kau akan lost lepas aku bagitahu.Betul Shida.Niat aku just......"balas Iman tetapi dia tidak dapat menyambung ayatnya.Dia agak gugup .
"Niat kau ape?"pintas Shida bertanya.
"Aku nak buat kau benci Sobir"berjaya juga akhirnya Iman meluahkannya.
"Hah?Benci kat Sobir?Tapi kenapa pula kau nak aku benci kat Sobir?Apa salah Sobir kat kau sampai kau suruh aku benci?"bertalu-talu pertanyaan Shida tujukan.
"Shida,stop pretend yg kau tak tahu,aku dah tahu kau suka Sobir.Sebab tu kau sakit hati bila Sobir lebihkan Hawa daripada kau.Sebab tu kau sibuk nak tahu bila Hawa nak jumpa Sobir.Sebab tu gak....kau sedih bila aku cakap Sobir dah kapel dengan Hawa."entah kenapa Iman turut sedih saat dia melihat air mata Shida pada pertandingan tempoh hari.Dia diburu rasa serba salah.Memang dia sengaja bagitahu Shida pada hari pertandingan itu memandangkan dia tak tahu bila lagi dia akan berjumpa Shida.Tapi jujur tak de niat Iman mahu membuat Shida hilang fokus.Shida ketika itu cuba menahan air mata daripada jatuh.Bagaimana Iman boleh sedar perasaannya pada Sobir tetapi Sobir sedikit pun tak pernah mengetahuinya.Shida menarik nafas sambil tangannya kirinya menggenggam erat tangan Fiona yang asyik mendengar perbualannya dengan Iman.
"So,apa kena mengena dengan aku suka Sobir dengan motif kau nak buat aku benci Sobir lak?Aku still tak faham."
"Aku sebenarnya agak jeles sebab Hawa lebih pilih Sobir berbanding aku.Aku kejar dia dah lama kot tapi Sobir yang dia baru kenal boleh lak rampas Hawa macam tu je.Dan aku fikir kalau aku ada kawan untuk benci Sobir gak,mungkin hati aku akan puas.Tapi Shida,lepas aku nampak kau down time aku bagitahu hubungan diorang,entah kenapa aku rasa perbuatan aku untuk buat kau benci Sobir bukan perbuatan yang betul.And Shida.....i'm really sorry.can you forgive me?"Iman bertanya.
"Entahlah Iman.Memang pada mulanya aku marah gak kenapa kau buat aku macam ni tapi lepas kau dah mengaku and kau dah minta maaf.Aku rasa it's not a big deal sampai kau kena minta maaf berpuluh kali baru aku nak maafkan.Tapikan.....eh jap.Kau bukan kat asrama ke Iman?Macam mana lak kau boleh call aku ni?"ujar Shida.
"Hahaha....dah cakap punya lama baru kau nak tanya.Ssshhhh,ni rahsia tau.Aku senyap-senyap bawa fon gi asrama."katanya.
"Amboi..patutlah.Ni kalau warden kau tahu ni.Habis lah kau"Shida cuba bergurau.
"Alamak Shida...jangan macam-macam wei.Aku tak nak fon aku kene rampas."takut suara Iman.
"Hahaha....Iman....aku bergurau je lah.Tak ada kerja aku nak gi mengadu kat warden kau."Shida ketawa dengar reaksi Iman.
"Kau ni Shida,jangan main-main boleh tak?Nak gugur jantung aku tadi.Lagi pun last minggu ni aku bawa.Minggu depan aku balik,aku dah tak bawa dah fon gi asrama."katanya.
"Minggu depan korang balik?"soal Shida sambil memandng Fiona.
"A'ah.Minggu depan aku balik.Oh ye Shida.Aku lupa nak bagitahu.Aku ada terdengar time Hawa berborak dengan kawan dia yang dia ada ajak Sobir keluar date hari Sabtu time kitaorng dah balik."beritahunya.
 "Hah???da...da.da.date?Hari Sabtu?Kat mane?"Shida bertanya lagi.
"Kat mana tu,aku sendiri tak tahu.Tapi suggestion aku,apa kata kau bagi sikit hadiah kat Hawa time diorang tengah date.Maybe tu lah masa sesuai untuk kau dapatkan balik Sobir kau dengan bongkarkan rahsia Shida."Iman bercakap lagi.
"Macam mana pulak aku nak bongkar kn rahsia Hawa?And macam mana pulak kalau Sobir tak percaya?"Shida bertnya soalan itu.
"Yang tu kau jangan risau.Sekarang ni kau kena tahu kat mana diorang nak jumpa.Selebihnya serahkan pada aku."jawab Iman.Shida tidak mampu berkata apa-apa lagi.

Di antara banyak-banyak orang di kantin ketika ini,entah kenapa susuk tubuh Sobir yang kelihatan jelas pada mata Shida.Betul ke ni peluang untuk Shida merampas balik Sobir atau biarkan je Sobir dipermainkan oleh Hawa?Bagaimana pula dengan misi yang diberi oleh Iman untuk mengetahui di mana tempat dating Sobir?Satu demi satu persoalan permain di fikiran Shida sekarang.

#TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KERANA KORANG BACA SAMPAI HABIS.JUMPA LAGI!

Sabtu, 16 Julai 2016

(17) the sign of love



Buat macam ni tak jadi.Buat macam tu pun tak jadi.Habis tu nak buat macam mane lagi?Aduh,susahnya nak pikat hati mamat ni.Nak buat macam mana.Hati dah terpaut.Shida tak kan mengalah.Cintanya pada Sobir tak kan ada siapa yang dapat tandingi.Tapi tu lah.Entah apa yang tak kena pada diri dia sampai Sobir tolak cinta dia.Mungkin Sobir tak tahu lagi isi hati Shida.Tengok lah nanti Sobir,pasti kau akan terkejut punya.Ni Shida la.Mungkin hati kita dah terpaut tetapi langkahnya panjang.Mengambil masa sikit.Lamunan Shida terhenti apabila kepalanya diketuk dengan buku akaun yang tebal oleh Izuddin.Dia ni,suka hti je ketuk kepala anak orang.Ingat aku anak ayam ke,main ketuk-ketuk.Izuddin duduk sebelah Shida.Mereka berbincang mengenai hadiah yang mereka dapat sempena menang pertandingan tempoh hari.Seperti biasa gak,Izuddin yang tak lekang dengan cerita dan lawak bodohnya berjaya membuatkan Shida ketawa.Melihat adegan mesra mereka berdua.Sobir jadi panas hati.Sobir mendekati mereka berdua.
"Shida,kalau kau betul nak kapel dengan aku.Jangan cakap dengan lelaki lain.Aku tak suka."dengan suara yang agak tegas,Sobir berkata sambil memberikan jelingan tajam.Setajam pedang diberikan kepada Izuddin.Izuddin terkedu.Begitu juga Shida.Hah????!!!!!Betul ke apa yang Shida dengar ni.Shida bangun cuba mengejar Sobir.Tiba-tiba....Gedebuk!
"Aduh....."Shida terasa seluruh badannya sakit.Dia cuba membuka mata.Ternyata dia sudah berada di lantai.Dia memandang katilnya dengan pandangan kosong.
"Lah....aku jatuh dari katil ke?"Shida bangun smbil mengaru kepalanya.Dia duduk di atas katil.Cuba memproses mimpi yang baru di impikan.Shida tersnyum sendiri.Dia mengambil batal peluknya lalu menekup mukanya.Shida tergelak dengan mimpinya.Biasalah tu.Benda yang kita tak dapat selalunya akan datang kat mimpi.Sayangnya ia bukan realiti.Shida perlu bangun.Bangun dari mimpi.Bangun dari tidur.Dan bangun dari katil.
"Huh~"Shida mengeluh panjang.Dia  mencapai tuala dan melangkah ke bilik air.Selesai sahaja bersarapan pagi.Shida bersiap untuk keluar bersama Fiona dan Tika.Kemudian menoleh ke arah telefon bimbitnya yang terletak di atas katil.
"Korang dah siap?"dia menghantar whatsapp itu kepada Fiona dan Tika.Shida memgjongketkan bibir setelah membaca  mesej dari Tika.Tika tidak jadi datang kerana demam.Kemudian Shida menekan nombor Fiona,untuk mengetahui jawapan Fiona pula.
"Fiona.Kau taubtak Tika tak jadi datng sebab demam?"tnya Shida.
"Tak....dia demam?Habis tu nak cancel ke mcm mane?"Fiona memberi cadangan.
"Apa kata aku pergi kau je la.Lagi pun aku dah siap."ujar Shida.
"Ok juga tu.Aku pun nak kemas rak buku aku ni.Buku mane yang dah tak pakai ingat nak jual kat surat khabar lame.Smbil aku mengemas ni,boleh lah kita berborak sekali."kata Fiona.
"Orait.Dalam 5 minit aku sampai rumah kau"Shida menjwab sebelum mematikan telefon.Jarak antara rumah Fiona dan rumah Shida tidak jauh.Shida menyandar lesu di atas katil Fiona.Sesekali dia menolong Fiona mengemaskan buku-buku terpakai.
"Kau ok tak?Baru tolong sikit dah penat.Tak cukup stamina betul la kau ni"Fiona menjengukkan kepala.
"Alah,kau atelit boleh lah cerita."perlahan suaranya.Fiona duduk di tepi katil sambil memegang sebuah buku lama.
"Shida,kau ingat lagi tak buku ni?"soal Fiona.
"Eh,buku ni.Buku yang kita selalu tulis time form 3 dlu.Ha3.Ingat lagi aku,dalam ni ada biodata kita lah.Bila sedih ke,marah ke.Kita selalu tulis dalam buku ni."kata Shida yang turut sma membelek buku di tangan Fiona.Kemudian dia menyambung lagi.
"Ha3...tengoklah tulisan aku dulu.MasyaAllah,teruknya.Tengok gak tulisan kau,hahaha.Lain duh dari sekarang punya."
"Kan....cube lah kau baca biodata kita.Entah apa-apa kita tulis."jawab Fiona.Malu ada,geli hati pun ada bila baca hasil tangan mereka bertiga termasuk Tika ketika mereka di tingkatan tiga.Mereka tergelak besar apabila membaca cita-cita Tika ingin menjadi remaja bebas.Aduh...otak belum matang lagi masa tu.Mereka terhenti agak lama di satu mukasurat.
"Ingat lagi kan,masa dulu-dulu kita tak tahu apa-apa.Kita pernah wat 3 petunjuk membuktikan orang itu true love kita "Shida cuba mengingati kembali kenangan lalunya.
"A'ah.Entah apa-apa dengan 3 sign kita tu."Fiona membaca apa yang mereka tulis ketika itu.Shida sndiri tak tahu apa faedah mereka berbuat demikian.
Ketika di tingkatan tiga,Shida,Fiona dan Tika masing-masing tidak mempunyai kapel tetapi ingin mempunyainya sekali.Mereka juga pernah diminati.Entah kenapa antara mereka bertiga,Shida lebih ramai peminat.Smpai kan mereka bertiga bersetuju meletakkan petunjuk,kalau memang itu true love mereka.Masing-masing mempunyai petunjuk yang berlainan.Bagi Shida,dia meletakkan 3 petunjuk seperti yang lain.Pertama,lelaki itu akan datang kepadanya lagak seperti seorang prince charming dalam keadaan hujan lebat sambil memegang payung.Kedua,lelaki itu akan nyanyikan lagu kegemarannya di depan smua orang.Dan yang terahir,ketika meluahkan perasaan,Shida dihadiahkan dengan bunga baby breath dan bunga chrysanthemum iaitu bunga kegemararan Shida.Mengikut 3 sign tu,tak ada seorang pun yang tersangkut.Shida teringat kisah di mana ketika itu,walulaupun 3 sign itu tak muncul tetapi Shida sudah sayang kepada salah seorang peminatnya..Itulah kali pertama Shida kenal erti cinta.Shida sendiri pelik dengan perasaan yang menyelubunginya ketika itu Tiba-tiba keadaan memjadi sunyi.Masing-masing mengimbas kembali detik hitam mereka.Dlam mereka baru mengenali cinta,rupanya mereka terjatuh dalam cinta monyet semata-mata.Shida dan Fiona sama melemparkan diri di atas katil smbil mengeluh panjang.Kalau boleh mereka tak nak kisah lama itu berulang kembali.Lama mereka baring menatap dinding.
"Shida....."Fiona mulakan bicara.
"Hurm?"Shida menyahut
"Kau perasan tak salah satu sign kau ada kena mengena dengan Sobir"Fiona baru perasan ketika dia sedang membaca 3 sign Shida.
"Hah?"terkejut Shida mendengar apa yang diperkatakan Fiona.
"Cubalah kau tengok apa yang kau tulis dan cuba kau ingat waktu first time kau jumpa Sobir.Bukan ke time tu hujan?"suara Fiona agak teruja.Beriya-iya dia menjelaskannya.
"Ok.Aku faham apa maksud kau tapi menurut sign yang aku tulis.Kalau betul dia true love aku,sepatutnya dia akan pegang payung"Shida cuba berdalih dan mengawal riak seboleh mungkin.Jujur lah,hati Shida ketika itu sedikit berbunga tetapi Shida juga perlu sedar,Sobir sudah berpunya.Tak seharusnya Shida menyimpan perasaan itu lagi.
"Ehem....dah nama pun SIGN yang direka sendiri Shida.Kau bukannya nujum pak belalang yang boleh ramal siapa true love kau and kau pun tahu kan ,agama kau tak benarkan kau percaya seratus peratus kepada firasat sendiri.Mungkin Sobir memang true love kau cuba sign kau ni je tak menujukkan kat dia.Tapi at least ada kena mengena sikit."pandai pula awek Sabah ni cakap.Shida merengus.
"Entahlah Fiona.Aku tak rasa jodoh aku dengan Sobir.Maybe tu semua kebetulan."kata Shida,tidak berapa setuju dengan ayat terakhir Fiona.Fiona mengerut dahi.
"Orang kata kalau pertama kali terkena mungkin kebetulan.Tapi kalau dah terkena dua kali,maknanya takdir dan kalau dah masuk kali ketiga maknanya jodoh.So,kali pertama kai dah terkena.Kita tunggu je lah untuk sign kedua pula.Kalau tak kena,kau bujanglah sampai ke tua."Fiona menjawab lalu mencampakkan batal peluknya ke arah Shida sambil ketawa.Shida turut membalasnya.Mereka terhenti apabila telefon bimbit Shida berbunyi.Shida mencapai telefon bimbitnya.Fiona juga menyibuk mahu melihat siapa pemanggilnya.Bulat mata Shida dan Fiona melihat nama yang tertera.
"Iman?"Shida dan Fiona menyebutnya serentak.

#SAMPAI SINI DULU YA.TQ SBB BERSAMA CERITA HATI SAMPAI DI SINI.TQ GAK BACA SAMPAI HABIS.HARAP KORANG SIHAT.JUMPA DI NEXT EPISOD

Selasa, 12 Julai 2016

(16) penyakit cinta yg buat aku annoying

Shida termangu.Siapalah yang mesej dia malam-malam macam ni.Masalahnya macam mana dia boleh kenal Shida padahal Shida tak tahu pun siapa gerangan pengirim mesej misteri ni.Dari hari pertandingan hari tu nombor yang tak dikenali itu menghantar mesej.Shida cuba mengingatkan butir mesej yang dia terima pada hari pertandingan.Memandangkan Shida sudah buang mesej tersebut.Pada hari tu,pengirim mesej tu,sperti tahu Shida sedang menangis.Tak kan lah Izuddin.Kalau Izuddin dah tentu dia cakap terus je.Buat apa nak hantar mesej bagai.Siapa lagi eh?Tiba-tiba,entah kenapa bayangan Sobir muncul.Ish....tak kan Sobir.Sobir tak tahu nombor dia.Hurm!💡Sekejap.Kenapa Shida seperti terasa benda macam ni pernah berlaku eh.Suatu ketika dulu,dia pernah dapat mesej daripada nombor yang tak dikenali juga.Bila eh?Otak Shida cuba mencari kotak memori tentang mesej itu.Shida menjengkelkan mata.Dia mencari 'Manusia Tak Ada Nama' di contact whatsappnye.Shida sudah hilang kata-katanya.Kenapa dia.Macam mana sangkaannya jauh sangat.Iman rupanya 'Manusia Tak Ada Nama' tu.Shida menaikkan kening sambil tangan mula menaip.

_________________________________________________________________________________
    KAU RUPANYA IMAN.MACAM MANE KAU BOLEH TAHU NOMBOR AKU?
__________________________________________________________________________________

Shida terdiam.Waktu itu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Dia mahu segera tahu apa jawapan Iman.

__________________________________________________________________________________
         SHIDA.AKHIRNYA TAHU JUGA KAU YE PASAL AKU.TAPI SERIUS KAU TAK INGAT MACAM MANA AKU BOLEH TAHU NOMBOR KAU?
__________________________________________________________________________________

Hah?Shida buntu.Sejak bila dia bagi nombor kepada Iman?Walaupun Shida kenal Iman tetapi Shida bukan jenis yang senang bagi nombornya kepada orang lain walaupun dia kenal.Betul,Shida rasa seperti orang hilang ingatan.

________________________________________________________________________________
 BILA MASA PULAK AKU ADA BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?SETAHU AKU TAK PERNAH
________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
MEMANGLAH KAU TAK PERNAH BAGI.SEBAB AKU YANG CURI-CURI AMBIK NOMBOR KO
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
KAU CURI?KAU CURI DARI SIAPA?SIAPA YANG BAGI NOMBOR AKU KAT KAU?
___________________________________________________________________________________
________________ ________________________________________________________________
AKU CURI DARI TELEFON KAU SENDIRI.
__________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
                            HAH?????!!!!
_______________________________________________________________________________
HA3.SERIUS LAH KAUBTAK INGAT SHIDA?OK,KAU INGAT TAK KAU PERNAH HILANG TELEFON KAU?AND SIAPA YANG JUMPA?
________________________________________________________________________________

Shida menepuk dahinya sendiri.Macam manalah dia boleh lupa tentang kejadian tu.Jadi maknanya Iman dapat nombornya ketika itu dan Iman jugalah pengirim mesej misteri yang meminta maaf kepadanya.Tetapi....kenapa Iman minta maaf waktu tu?Iman enggan memberitahunya sekarang kerana jam sudah hampir pukul 11.30.Sebelum mereka menamatkan perbualan,Iman memastikan Shida membalas mesejnya esok kerana ada sesuatu Iman hendak memberitahu Shida.Shida mengiyakan saja.Kali ini sudah masuk kali ketiga dia menguap.Shida lena dibuai mimpi.

Isnin, 11 Julai 2016

(15) hati yang dah pecah,boleh ke cantum kan balik?

Shida memandang susuk tubuh itu dengan pandngan tidak puas hati.Bagi Fiona dan Tika,bila-bila masa saja Shida boleh membaham mangsanya itu.Walaupun tangan laju menyuap makroni goreng ke dalam mulut tetapi matanya tetap tidak beralih.Seram sejuk lak rasenye tengok Shida macam ni.Entah hantu mana tah rasuk dia sejak balik dari pertandingan hari tu.
"Eh,Shida.Kau ok tak ni?Asal kau pandang mamat tu macam kau nak telan dia je?"Fiona cuba berani bersuara.Tak sanggup dia kalau Shida terus berperangai macam tu.Macam orang tak waras pun ada gak.
"Kalau boleh aku telan dia,dah lama aku telan Fiona.Masalahnya aku ni bukan manusia jnis makan orang.So,aku hanya mampu bayangkan je"Shida membalas dengan senyuman penuh ngeri.
"Wei,better kau stop atau kau nak aku hantuk kepala kau dengan cawan ni?"Tika memberi amaran.Hilang sudah sabarnya.
"Korang ni.Cubalah faham perasaan aku.Aku dah lah suka dia bagai nak mati.Dia boleh senang2 je kapel dengan perempuan dia baru kenal.Tu pun x sampai sebulan kenal.Kau tak sakit hati ke kalau korang jadi aku?"sanggahnya.Shida segera mengawal hatinya.Tak mahu amarahnya terhadap Sobir dilepaskan kepada dua orang kawan baiknya itu.
"Da tu,asal kau tak tanya je tuan punya badan sendiri daripada kau tenung dia macam tu?Dah,dia ada depan mata tu,pergilah tanya."suruh Tika.
"Tak nak aku.Kang apa pulak dia fikir pasal aku." tolak Shida.
"Apa yang dia nak fikir pasal kau.Kau dengan dia kenal minah tu sama-sama dengan program tu kan.So,tak hairan lah kalau kau tahu.Dah,pergilah tanya dia.Pergi." Tika menyuruh lagi.Shida yang duduk di hadapan Fiona mencebikkan bibir
"Daripada aku pergi tanya dia,lebih baik aku masuk kelas.Dah,aku masuk kelas dulu"Shida bngun meminta diri.Shida hanya bergerak beberapa langkah lalu tangannya dipimpin oleh Fiona dan Tika.
"Alah kau ni Shida.Jngan lah merajuk.Ok,apa kata esok kita pergi jalan-jalan nak?Release kan stress kau tu.Lagi pun esok kn cuti."pujuk Fiona.Shida tersenyum.Tahu sangat perangai dua orang kawan baiknya ini tak kan pernah biarkan dia merajuk lama-lama.

Di bilik Shida,dia meneguk air di dalam cawannya.Wktu itu telefon bimbitnya berbunyi.Nombor yang tak dikenali temph hari yang memberikannya kata-kata semangat di pertandingan tertera.Rupanya tadi,Shida lupa untuk mematikan telefon sebelum dia leka menyiapkan kerja sekolah.Sudah kebiasaan Shida,bila dia belajar.Dia mematikan telefonnya terlebih dahulu kerana dia tidak suka diganggu.Panggilan itu tidak diendahkan.
"Kenapa akak tak jawab panggilan tu?"tanya Shira,satu-satunya adik perempuan Shida.
"Nanti akak call balik.Hmmm,Shira tak buat apa-apa kan?Tolong akak ambil kan air kosong lagi boleh?"dalihnya.Shira bangun lalu mencapai cawan yang dihulurkan oleh Shida.Sebaik sahaja Shira berlalu pergi,Shida melihat telefonnya.Terdapat dua missed call.Dia dalam dilema sama ada mahu menelefonnya semula atau biarkan saje.Dengan wajah yang makin keruh,Shida menongkat dagu dengan menggunakan teleon bimbitnya itu.Kemudian dia kembali memandang skrin telefonnya.Dia mahu menyusun ayat terlebih dahulu sebelum dihantar melalui sms.

___________________________________________________________________________________


                           BOLEH SAYA TAHU NI SIAPA DAN KENAPA YE CALL SAYA?


____________________________________________________________________________________


Shida terus menunduk bila mendengar bunyi tapak kaki Shira.Cepat telefon diletakkan tepi.
"Nah,kak airnya.Orang tidur dulu tau.Nanti sebelum tidur tutup pintu mcm biasa."Shira meletakkan cawan berisi air di atas meja blajar Shida.Shida tidak menjawab.Dia sibuk menyelak buku sainsnya.Beberapa minit kemudian,kedengran bunyi dengkuran halus milik Shira.Tandanya,dia sudah terlena.Shida kembali menatap telefon bimbitnye.Shida tersenyum kecil apabila mesejnya dibalas.

____________________________________________________________________________________


                       DAH LAMA TAK DENGAR SUARA SHIDA DEKAT TELEFON.KENAPA TAK
                        ANGKAT CALL?


____________________________________________________________________________________

Shida memandang telefon bimbitnya dengan dahi berkerut.
"Dia tahu nama aku.Maksudnya dia tak tersalah nombor.Dah lama tak dengat suara aku?Maknanya sebelum ni dia pernah call aku.Sape eh?Aduh....benci betul dengan orang tak menjawab soalan aku" gumamnya.Kemudian dia menyandar di katilnya.


____________________________________________________________________________________


                           KAU TAK JAWAB LAGI SOALAN AKU.SIAPA NAMA KAU?

_____________________________________________________________________________________


Selesai menaip,Shida menekan butang hantar.

_____________________________________________________________________________________


                          BOLEH TAK KITA WHATSAPP JE?JIMAT SIKIT KREDIT.


_____________________________________________________________________________________

Shida sudah membuat muka bosan.Manusia ni tak reti ke nak jawab pertanyaannya?Shida menyimpan nombor tersebut sebagai di dalam contact listnye.Dia menyimpan nombor tersebut sebagai 'Manusia tak ada nama'.Setelah dia menyimpannya,dia membuka whatsapp dan mula mencari 'Manusia Tak Ada Nama'.Bulat mata Shida taktala memandang gambar milik 'Manusia Tak Ada Nama' itu.Belum sempat Shida menaip,ada notis whatsapp masuk.

#SORI MENUNGGU LAMA.PEMILIK BLOG INI CUTI BERAYE.

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...