Isnin, 11 Julai 2016

(15) hati yang dah pecah,boleh ke cantum kan balik?

Shida memandang susuk tubuh itu dengan pandngan tidak puas hati.Bagi Fiona dan Tika,bila-bila masa saja Shida boleh membaham mangsanya itu.Walaupun tangan laju menyuap makroni goreng ke dalam mulut tetapi matanya tetap tidak beralih.Seram sejuk lak rasenye tengok Shida macam ni.Entah hantu mana tah rasuk dia sejak balik dari pertandingan hari tu.
"Eh,Shida.Kau ok tak ni?Asal kau pandang mamat tu macam kau nak telan dia je?"Fiona cuba berani bersuara.Tak sanggup dia kalau Shida terus berperangai macam tu.Macam orang tak waras pun ada gak.
"Kalau boleh aku telan dia,dah lama aku telan Fiona.Masalahnya aku ni bukan manusia jnis makan orang.So,aku hanya mampu bayangkan je"Shida membalas dengan senyuman penuh ngeri.
"Wei,better kau stop atau kau nak aku hantuk kepala kau dengan cawan ni?"Tika memberi amaran.Hilang sudah sabarnya.
"Korang ni.Cubalah faham perasaan aku.Aku dah lah suka dia bagai nak mati.Dia boleh senang2 je kapel dengan perempuan dia baru kenal.Tu pun x sampai sebulan kenal.Kau tak sakit hati ke kalau korang jadi aku?"sanggahnya.Shida segera mengawal hatinya.Tak mahu amarahnya terhadap Sobir dilepaskan kepada dua orang kawan baiknya itu.
"Da tu,asal kau tak tanya je tuan punya badan sendiri daripada kau tenung dia macam tu?Dah,dia ada depan mata tu,pergilah tanya."suruh Tika.
"Tak nak aku.Kang apa pulak dia fikir pasal aku." tolak Shida.
"Apa yang dia nak fikir pasal kau.Kau dengan dia kenal minah tu sama-sama dengan program tu kan.So,tak hairan lah kalau kau tahu.Dah,pergilah tanya dia.Pergi." Tika menyuruh lagi.Shida yang duduk di hadapan Fiona mencebikkan bibir
"Daripada aku pergi tanya dia,lebih baik aku masuk kelas.Dah,aku masuk kelas dulu"Shida bngun meminta diri.Shida hanya bergerak beberapa langkah lalu tangannya dipimpin oleh Fiona dan Tika.
"Alah kau ni Shida.Jngan lah merajuk.Ok,apa kata esok kita pergi jalan-jalan nak?Release kan stress kau tu.Lagi pun esok kn cuti."pujuk Fiona.Shida tersenyum.Tahu sangat perangai dua orang kawan baiknya ini tak kan pernah biarkan dia merajuk lama-lama.

Di bilik Shida,dia meneguk air di dalam cawannya.Wktu itu telefon bimbitnya berbunyi.Nombor yang tak dikenali temph hari yang memberikannya kata-kata semangat di pertandingan tertera.Rupanya tadi,Shida lupa untuk mematikan telefon sebelum dia leka menyiapkan kerja sekolah.Sudah kebiasaan Shida,bila dia belajar.Dia mematikan telefonnya terlebih dahulu kerana dia tidak suka diganggu.Panggilan itu tidak diendahkan.
"Kenapa akak tak jawab panggilan tu?"tanya Shira,satu-satunya adik perempuan Shida.
"Nanti akak call balik.Hmmm,Shira tak buat apa-apa kan?Tolong akak ambil kan air kosong lagi boleh?"dalihnya.Shira bangun lalu mencapai cawan yang dihulurkan oleh Shida.Sebaik sahaja Shira berlalu pergi,Shida melihat telefonnya.Terdapat dua missed call.Dia dalam dilema sama ada mahu menelefonnya semula atau biarkan saje.Dengan wajah yang makin keruh,Shida menongkat dagu dengan menggunakan teleon bimbitnya itu.Kemudian dia kembali memandang skrin telefonnya.Dia mahu menyusun ayat terlebih dahulu sebelum dihantar melalui sms.

___________________________________________________________________________________


                           BOLEH SAYA TAHU NI SIAPA DAN KENAPA YE CALL SAYA?


____________________________________________________________________________________


Shida terus menunduk bila mendengar bunyi tapak kaki Shira.Cepat telefon diletakkan tepi.
"Nah,kak airnya.Orang tidur dulu tau.Nanti sebelum tidur tutup pintu mcm biasa."Shira meletakkan cawan berisi air di atas meja blajar Shida.Shida tidak menjawab.Dia sibuk menyelak buku sainsnya.Beberapa minit kemudian,kedengran bunyi dengkuran halus milik Shira.Tandanya,dia sudah terlena.Shida kembali menatap telefon bimbitnye.Shida tersenyum kecil apabila mesejnya dibalas.

____________________________________________________________________________________


                       DAH LAMA TAK DENGAR SUARA SHIDA DEKAT TELEFON.KENAPA TAK
                        ANGKAT CALL?


____________________________________________________________________________________

Shida memandang telefon bimbitnya dengan dahi berkerut.
"Dia tahu nama aku.Maksudnya dia tak tersalah nombor.Dah lama tak dengat suara aku?Maknanya sebelum ni dia pernah call aku.Sape eh?Aduh....benci betul dengan orang tak menjawab soalan aku" gumamnya.Kemudian dia menyandar di katilnya.


____________________________________________________________________________________


                           KAU TAK JAWAB LAGI SOALAN AKU.SIAPA NAMA KAU?

_____________________________________________________________________________________


Selesai menaip,Shida menekan butang hantar.

_____________________________________________________________________________________


                          BOLEH TAK KITA WHATSAPP JE?JIMAT SIKIT KREDIT.


_____________________________________________________________________________________

Shida sudah membuat muka bosan.Manusia ni tak reti ke nak jawab pertanyaannya?Shida menyimpan nombor tersebut sebagai di dalam contact listnye.Dia menyimpan nombor tersebut sebagai 'Manusia tak ada nama'.Setelah dia menyimpannya,dia membuka whatsapp dan mula mencari 'Manusia Tak Ada Nama'.Bulat mata Shida taktala memandang gambar milik 'Manusia Tak Ada Nama' itu.Belum sempat Shida menaip,ada notis whatsapp masuk.

#SORI MENUNGGU LAMA.PEMILIK BLOG INI CUTI BERAYE.

Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...