Ahad, 7 Ogos 2016

(21) misi pertama selsai.check!

Ketika Sobir melintasi Shida dan Tika, Shida cuba untuk memberikan senyuman tetapi malang sekali, Sobir tidak perasan akan kehadirannya. Sobir kelihatannya sedang sibuk berbual dengan kawan-kawannya.Walaupun hampa dengan reaksi Sobir tapi Shida tetap bahagia melihat Sobir tersenyum apabila melayan karenah sahabat-sahabatnya.Shida suka melihat sisi Sobir yang lain itu.Macam yang Shida tahu.Sobir apabila dengan orang lain,garangnya jangan cakaplah.Shida sendiri pernah terkena.Tetapi apabila dengan orang yang dia rapat,seolah muka dia yang bengis digantikan dengan muka baby yang sentiasa tersenyum apabila diagah.Tetap menarik hati Shida.Baru sahaja Shida hendak menenguk airnya,dia terdengar perbualan Sobir bersama rakan pengawas yang lain.Rupanya Sobir duduk betul-betul di belakangnya.

"Korang datang lah ke majlis kahwin abang aku sabtu ni.Abang aku yang sulung tu nk kahwin dah." Emey menyampaikan berita gembira itu.
"Abang kau yang tinggi-tinggi tu eh?Wah...dah nak kahwin dah dia.Kau bila lagi Mey?" Ravi cuba bergurau sambil tangannya mencucuk pinggang Emey dari tepi.Emey cuba mengelak tetapi sia-sia saja.Ravi betul-betul duduk rapat dngannya.Mana mungkin dia boleh menggelak.Sobir yang melihat Emey melatah ,tergelak dibuatnya.Mendengarnya Sobir tergelak,automatik bibir Shida juga terukir satu senyuman.
"Taniah Emey.Dapat kakak ipar lah kau tahun ni.Tahun depan dapat anak buah.Tahun depannya lagi,dapat bini lak."Sobir mengangkat keningnya. Dia turut berpadu tenaga mengenakan Emey seperti Ravi.
"Wah korang...bab kena kan aku pandai eh.Tapi kan,sebenarnya aku memang nak kahwin pun.Umur aku je yang jadi masalah." kata-kata Emey mampu membuatkan Sobir dan Ravi ketawa besar.
"Wah kau.Ada hati nak kahwin.Kerja pun tak lagi.Kau nak bagi bini kau makn apa?Pasir dengan batu?" Ravi bersuara selepas ketawanya sudah reda.
"Kau sendiri cakap si Zatul tu jenis tak memilih makanan.Kalau tolak kayu pun dia makan kan. So aku rasa setakat pasir dengan batu tu,tak de hal lah." Emey masih dengan gurauannya.
"Eleh,macam lah kau tergamak nak bagi dia makan pasir dengan batu tapi sori lah bro.Aku tak dapat datang kot kat kenduri abang kau.Aku ada hal." kata Sobir pula.
"Kenapa kau tak jadi datang kenduri abang aku?Hah aku tahu.Ni mesti kau nak pergi dating kan.Dengan siapa kau nak pergi ni?Cepat bagitahu aku." getak Emey dalam nada gurauan.
"Hawa.Kau ingat kan budak kumpulan aku dari sekolah Tun Perak tu."akui Sobir.
"Serius arh kau kapel dengan dia?Sampai hati kau tak bagitahu kitaorang kan."Ravi bertanya dalam nada merajuk dihujung ayat.Emey sendiri tak percaya Sobir begitu percaya dengan perkenalan yang singkat itu.Bagi Emey,Sobir bukan jenis yang cepat percaya dengan orang.
"Kat mana korang nak date nanti?" Emey menarik nafas sebelum mengajukan soalan itu kepada Sobir.Dia tak nak Sobir berkecil hati dengan apa yang di fikirkan sebentar tadi.Dia tak nak lah di sebabkan hal yang kecil,persahabatan dia dengan Sobir menjadi retak.Mungkin juga dah sampai jodoh Sobir dengan Hawa.
"Kat Mahhkota Parade." balas Sobir berseloroh.
"Pukul berapa?" Soal Emey masih tak puas hati.
"Pukul 10.Emey,aku tahu kau marah.Sori ok.Macam ni lah.Kalau sempat,aku bawa Hawa sekali gi kenduri abang kau tu.Boleh?Itu pun kalau kau jemput Hawa sekali lah."Sobir per
asan muka Emey agak tegang sejak dia beritahu dia tak jadi hadir di majlis perkahwinan abangnya.
"Kalau kau nak bawa dia pun,aku tak ada masalah.Janji kau datang bro."terang Emey.Sobir menghela nafas lega.Kawannya di pandang.Sobir tidak berkata apa.Dia rasa serba salah gak kalau tidak dapat pergi ke majlis tu.

Sementara itu,Tika menngerling Shida di sebelahnya.Sebenarnya Tika juga turut ikut mencuri dengar perbualan pengawas lelaki yang dibelakangnya.Tak pelu tahu siapa,tengok muka Shida saja dah tahu siapa yang ada dibelakangnya .Muka Shida makin ceria.Tika tahu apa yang ada di dalam kepala Shida itu.Malah Fiona sudah ceritakan semuanya mengenai perbualan mereka dengan Iman di kantin tadi.Tika hanya tertawa,baru dia hendak menegur Shida,cikgu-cikgu sudah masuk.

#PEMILIK BLOG INI SENTIASA CUBA MENGUP DATEKAN CERITA HATI INI SECEPAT MUNGKIN.MAAF KALAU TERLAMBAT.DI EPISOD SETERUSNYA,SHIDA DAN IMAN CUBA MEROSAKKAN DATE SOBIR DAN HAWA.TAPI APA RANCANGAN IMAN SUPAYA SOBIR DAN HAWA BOLEH PUTUS?NANTIKAN YE.

1 ulasan:

ezzati nuriffah berkata...

yeahh tak sabar nak tengok bila semuanya terbongkar . heehee

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...