Mengapalah dia perlu terserempak dengan makhluk Tuhan yang bernama Shida ini? Dugaan Sobir ternyata benar. Sobir menatap mereka berdua dengan sorot mata mahu tahu. Semakin lama diperhatikan, semakin mendongkol hatinya apabila melihat Shida berjalan beriringan dengan teman lelakinya.
"Oit, Sobir."satu suara lantang menegur Sobir. Rupa-rupanya Emey...dan dia dapat melihat Tika dan Fiona juga ada di belakang Emey. Kemudian, tanpa berkata apa, Emey terus menarik tangan Sobir untuk duduk di kerusi yang berdekatan. Sobir terpingga-pingga melihat sikap Emey itu. Emey, Tika dan Fiona tahu, Sobir baru sahaja melihat Shida dan Izzuddin berjalan balik sama-sama. Dan mereka seperti sudah tahu yang Sobir perlukan penjelasan mereka. Tetapi sebelum beri penjelasan, mereka perlu lah bermain dengan perasaan Sobir dahulu. Baru best kena kan Sobir yang aneh dan penuh dengan misteri itu. Pendek kata, mereka bertiga sangat terhibur melihat 'telenovela' antara Shida dan Sobir sejak kebelakangan ini. Apa benar, sebenarnya Shida dan Sobir berkongsi perasaan yang sama? Sekiranya benar Shida dan Sobir berkongsi perasaan yang sama, mahu jadi drama korea lah diorang berdua ni. Mana taknye, dua-dua saling suke sama suke, tapi dua-dua tak nak mengaku suke.
"Kau okey tak Sobir?" sepasang kening Fiona bertaut rapat, curiga. Manakala Emey dan Tika menanti dengan perasaan penuh teruja. Tiga sekawan itu tanpa sedari merenung tajam ke arah Sobir. Sobir terasa kurang selesa.
"Entah lah, keadan aku tak berapa baik." keluh Sobir.
"Hah? Kau sakit ke? Kenapa kau tak pergi jumpa doktor? Apalah kau ni." tanya Tika.
"Sebenarnya, aku tak ada lah sakit mana tapi aku tak boleh tidur malam tadi." Sobir menjawab santai.
"Dah tu, kenapa muka kau macam ada masalah je?"Emey segera meningkah.
"Aku sendiri pun tak tahu. Sejak Shida selalu rapat dengan pakwe dia. Aku jadi semacam annoying bila tengok dia." Sobir membuka kalimatnya. Serentak tiga sekawan tu ternganga besar sambil mata mereka terbuka luas. Mahu tergelak pun ada, mahu menjerit pun ada, Sobir...Sobir...Kelakar duh dia ni. Tanpa mampu bertahan lagi, tiga sekawan tu ketawa terbahak-bahak. Fiona yang paling over. Sambil menepuk-nepuk Tika di sisi. Tika yang lagi tadi terhibur terus menjadi sedikit panas apabila terkena sengatan Fiona. Tika menjeling tajam, seraya Fiona pun berhenti menepuknya.
"Kau ni betul-betul tak tahu ke?" Emey binggung. Lantas Sobir segera menyembur,
"Apa dia?" dia hairan kenapa mereka bertiga ketawa. Apa yang lucu sangat?Sambil menjungkitkan bahu dan dua kening terangkat, Fiona berkata,
" Are you an idiot? Don't talk nonsense."
Sobir kelihatannya sudah mula benggang. Dia merndahkan kepalanya sambil memjengilkan matanya.
"Kenapa? Do you understand something I don't?".
Jenuh bermain teka teki dengan Sobir, lalu Emey segera memberi jawapan sambil menarik nafas sebelum berkata,
"Cem.bu.ru. Kau just jelez je tu.". Sobir terdiam mendengar kata-kata Emey. Dia seperti sedang memproses ayat Emey tadi. Lama -kelamaan, Sobir berasa dia tida boleh berdiam diri lagi. Dia perlu membuka mulut kepada mereka bertiga, daripada dia pusing kepala menebak-nebak sendiri.
"Jelez?Aku?Tak mungkin lah" tanya Sobir dengan tidak berbasa-basi.
"Ngek. Betul lah!" Makin terdiam Sobir mendengar info Emey. Ada yang menarik pasal Sobir ni. Tiga sekawan tu makin menjadi usikan mereka.
"Dengar eh, bila kau tengok Shida dengan Izzuddin, kau sebenarnya jelez." Tika terus menumpahkan keterangan pada Sobir.
"It's a pain, even for a genius, right?" Fiona menyampuk untuk menghangatkan lagi suasana. Tiga sekawan itu menahan gelak seboleh-bolehnya apabila melihat muka tercengang Sobir. Rupa-rupanya kisah Shida dan Sobir ni bakal menjadi drama korea lah jawabnya dan mereka sengaja tidak mahu menjelaskan status Izzuddin yang sebenarnya kepada Sobir. Biar rasa tanda tanya itulah yang mendorong Sobir untuk bertanya terus kepada Shida. Biar Shida tahu, situasi mereka sekarang.
# Aip....tak habis lagi....masih banyak lagi behind the scenes yang tak di dedahkan lagi. Tunggu ye!
2 ulasan:
tak sabarnya nak tunggu bila diorang bagitahu semuanya
rilek ye....
Catat Ulasan