Selasa, 31 Januari 2017

(37) Ermmm, pikirkan kau je, boleh buatkan aku jadi SADO....

Andai kata Shida dapat pikat hati Sobir melalui air tangannya. Baiklah, hari ni dia sanggup mencari resipi-resipi yang mampu memikat hati Sobir.... Apa sahaja! Hujan ribut pun dia sanggup redah! Ah!Tika menumbuk bahu Shida secara tiba-tiba. Hilang segala lamunan Shida.
"Hei.apa ni. Tolong jangan kacau aku boleh tak?" Shida berseloroh.
"Kacau kau buat apa? Kacau kau tengah berangan dengan Sobir? Huhuhu." sapa Tika dan sengaja dia menutup mulut apabila berkata 'huhuhu'. Itulah bahan ejekan Fiona dan Tika apabila mereka ingin mengusik Shida mengenai Sobir. Emey di hadapan turut tergelak dengan aksi Tika mengejek Shida. Tinggal beberapa minggu lagi mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Dan tinggal lagi beberapa minggu sahaja lagi Shida dapat bertemu Sobir...Ermmm, sedihnya... Sedih kerana belum sempat meluahkan lagi perasaannya pada Sobir. Oleh sebab itu, mereka bereempat (termasuk Emey) berkumpul untuk menjayakan rancangan Shida. Menurut cadangan Emey, Sobir selalu tidak sempat bersarapan ketika datang ke sekolah mahupun pada waktu rehat. Ini kerana, Sobir sentiasa datang awal dan pada waktu rehat pula, dia sentiasa sibuk menjalankan tugasnya, maka waktu makannya juga menjadi singkat. Sobir hanya sempat makan makanan ringan. Dengan ini, Emey mencadangkan supaya Shida buatkan bekal untuk Sobir esok. Ok, ada masalah besar kat sini. Shida nak buatkan bekal apa untuk Sobir ye...Hurm???
"Apa kata kau buatkan dia bento? Bento kan simple tapi mengenyangkan." Tika akhirnya memberi cadangan. Betul gak kan... Bento...Cakap pasal bento,automatik Shida dan Tika memandang Fiona. Fiona ni serba cukup pakej. Cantik, pandai, dan paling penting pandai memasak. Dan untuk pengetahuan juga, Fiona ni walaupun berketurunan Sabah tetapi dia ni ada kacukan Jepun belah ibunya. Begitu kontra sekali dengan Shida. Walaupun Shida anak sulung, tetapi dia jenis malas bab-bab memasak ni.Shida bukannya tak reti memasak. Dia pernah je masak masakan kampung seperti gulai, tempoyak. Cuma,dia sedikit pemalas. Fiona hanya berbalas dengan pandangan hairan...Beberapa saat berlalu, barulah Fiona dapat tangkap maksud pandangan Tika dan Shida itu. Fiona tersenyum faham sambil mengenggam tangan Shida seolah-olah memberi semangat kepadanya. Pada petang itu juga, mereka bereempat pergi ke rumah Fiona, belajar cara-cara untuk membuat bento. Memandangkan Fiona satu-satunya anak tunggal dalam keluarganya,jadi tidak begitu segan untuk menyepahkan dapurnya. Fiona pun sudah biasa masak untuk kedua ibubapanya yang sentiasa sibuk bekerja. Shida belajar bagaimana mahu buat onigiri, telur gulung dan salad buah-buahan. Sesekali Tika mahu mencuba juga mengepal nasi hingga menjadi bulat. Dan sesekali juga pandai Emey meriuhkan suasana dengan berpura-pura berlakon menjadi Chef wan. Dengan meniru mimik suara Chef Wan, Shida, Tika dan juga Fiona tergelak dibuatnya. Dia ni boleh menjadi kembar Izzuddin yang sentiasa riuh, Dalam Shida sedang khusyuk menyusun semua onigiri ke dalam pinggan, Tika, Fiona dan Emey, masing-masing berbalas pandangan yang penuh makna. Yelah, mereka tahu Shida bukannya rajin hendak memasak, Malah, masak untuk diri sendiri pun malas. Tetapi mereka semacam kagum apabila melihat Shida berusaha untuk belajar dan buang sikap malasnya. Harap-harap rancangan ni berjaya. Fighting Shida! Kami sentiasa menyokong dari belakang.

Keesokan harinya,
Apabila loceng berbunyi, Shida merupakan orang pertama yang keluar dari kelas. Dan juga merupakan yang terawal sampai ke kantin dahulu. Shida hampir terlupa Sobir perlu menjalankan tugasnya barulah ke kantin. Dengan hati berdebar-debar, Shida menunggu kehadiran Tika, Fiona dan Emey.
'Aku dah berusaha sehabis mungkin.....' Shida bermonolog didalam hati.
' Ha! Aku kena lebih tabah dan berfikiran positif.' Shida berbisik lagi pada diri nya sendiri. Sedang Shida dok gelisah mundar mandir di meja makannya. Tiba-tiba, donn! Alamak!

#APA KHABAR?KALAU KORANG SUKA DAN ADA IDEA UNTUK CERITA HATI INI, SILALAH KOMEN SUPAYA PEMILIK BLOG INI BOLEH MENGINSPIRASIKAN IDEA KORANG KE CERITA HATI NI, OK, SELAMAT MENUNGGU EPISOD SETERUSNYA.

Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...