"Tak habis-habis dengan kafe Royal Green dia. Aku rasa, kedai tu untung sebab kau je tau tak!" Shida berseloroh. Tika macam biasa, buat-buat tak dengar. Tika menggangu keindahan khayalan Shida dengan mengajaknya minum petang di sebuah kafe yang cukup digemari oleh Tika. Kafe Royal Green terkenal dengan bau kopi, teh dan roti yang baru di masak dan decoration dalam kafe tu sendiri cukup menyenangkan seolah-olah kita tengah minum di sebuah taman. Sesuai sangat untuk mereka bertiga melepak. Tika dan Fiona tersenyum sebaik sahaja masuk ke kedai itu.
"Yeah! Tell me tu bukan ke your prince charming Shida?"
"Huh?" Shida terpingga-pingga apabila mendengar kata-kata Fiona. Baharu dia perasan, Sobir ada di sebelah kerusi tempat mereka selalu melepak, Dush! Dia malu! Dia baru tersedar yang tidak pernah bercakap dengan Sobir sejak kemalangan tempoh hari. Aduhai! Tika dan Fiona sempat tergelak kecil melihat gelagat Shida yang tidak tentu arah. Shida menarik Fiona dan Tika menuju ke meja tepi dinding, jauh daripada meja Sobir agar mereka terlindung daripada pandangan Sobir yang ada di situ.
"Bila masa pula dia ada kat sini?" soal Shida sambil mencuri pandang ke arah Sobir. Hensem! Tika dan Fiona tersenyum lebar.
"Untuk pengetahuan kau sebenarnya ni semua idea Sobir. Sobir beriya-iya pujuk kitaorang untuk nak jumpa kau. Kau jangan marahkan kitaorang pula. Kitaorang cuba untuk tolong kau untuk pulihkan keadaan seperti sedia kala macam sebelum ni." seru Tika. Sudah lama sebenarnya mereka ingin berbuat demikian bagi memulihkan kembali persahabatan antara Shida dan Sobir tetapi mereka pendamkan sahaja niat mereka. Shida agak kecewa kerana Tika dan Fiona tidak memberitahunya terlebih dahulu. Namun begitu, dilayankan sahaja rancangan Tika dan Fiona itu. Dia tidak mahu mengguris hati kawannya yang lazimnya selalu berada di sisinya ketika susah dan senang.
"Sobir nak jumpa aku?"tanya Shida. Fiona dan Tika mengangguk dan mereka masing-masing beredar dari situ kerana ingin memberi laluan kepada Sobir untuk bercakap dengan Shida secara privasi. Sobir terus duduk berhadapan dengan Shida.
"Dah ambik order?" Sobir baru perasan tiada makanan langsung di atas meja Shida.
"Belum, tak sempat nak order sebab kaulah."
"Sebab aku? Aku datang awal sangat eh?" Sobir menjadi keliru.
"Awal sangat sampai aku tak sempat nak gorek daripada kawan aku macam mana diorang boleh terpengaruh dengan rancangan kau ni." jawab Shida selamba. Dia sebenarnya cuba menahan ketawa apabila memandang wajah Sobir yang lurus bendul tu. Sobir benar-benar keliru. Shida ni merajuk ke, marah ke atau dia melawak? Ish!
"Huh! Itulah....dulu kau suka usik aku kan. Padan muka!" Shida ketawa kecil. Entah kenapa Sobir juga ikut juga ketawa. Alhamdulillah... Allah kembali kan semula senyuman yang dia rindui di muka Shida.
"Bang nak order." Shida menganggkat tangan untuk memesan makanan. Dia memesan secawan kopi latte dan 2 set tart iaitu tart telur dan cheese tart manakala Sobir memesan untuk secawan lagi teh karamel. Sebelum Shida datang, Sobir sudah mengisi perutnya. Selasai memesan makanan, Sobir menjelaskan kepada Shida,
"Sebenarnya memang idea aku untuk jumpa kau. Tapi pasal nak jumpa kat sini, tu idea kawan kau." Shida mengangguk mendegar penjelasan Sobir itu.
"Kenapa kau nak jumpa aku?Kau nak suruh aku minta maaf ke?"
"Shida, aku bukan nak jumpa kau, nak suruh kau minta maaf atau bertanggungjawab atas apa yang dah jadi kat aku. Aku cuma nak bagitahu kau, yang pasal kemalangan tu. Bukannya salah kau. Ada orang cuba sabotaj aku. Dan dia dapat ambil peluang bila kau leka sekejap." ujar Sobir.
"Sebab tu kalau boleh aku minta kau jangan lah rasa serba salah sangat. Bukan salah kau pun." sambung Sobir lagi.
"Apa maksud kau bukan salah aku? Dah terang-terang aku cuai. Kalau lah aku periksa betul-betul keadaan gelanggang, tak ada nya kau jadi mangsa." Shida masih dihantui rasa serba salah.
"Okey, kalau iya pun kau cuai. Kenapa kau sorang je yang kena hukum? Sampai dilucutkan jawatan bagai? Kenapa ajk bawah kau tak kena pula? Patutnya ajk bawah kau yang kena bertanggungjawab dan sepatutnya cikgu pun kena sama-sama periksa. Bukannya bagi kat QM je buat kerja. See? Bukan salah kau sorang." jawab Sobir. Boleh tahan juga dia berdebat dengan Shida. Berkerut wajah Shida mendengarnya. Buat seketika mereka hanya terpaku, hanya memandang ke arah makanan yang disusun oleh pelayan di atas meja mereka dan tidak bercakap walaupun sepatah. Apabila mereka menyedari yang keadaan menjadi semakin janggal, baharu lah masing-masing menjamah apa yang terhidang di atas meja. Fiona, Tika dan Emey di belakang juga turut tidak membantu! Air kopi latte nya di biarkan sejuk dahulu.
'Mulut oh mulut! Mengapalah kau tak nak bergerak? Cakaplah something!' Shida menjerit dalam hati. Inilah dikatakan 'bibir membeku lidah terkelu'. Ceh...Ambik ayat dari lagu ku juga mencintaimu pula. Oksigen! Kejang! Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Shida dan Sobir sekarang. Kemudian kedua-dua mereka terus berpaling ke belakang, ke arah tiga sekawan itu duduk melepak apabila terdengar seperti bunyi camera di tekan.
"Argh!" Shida dan Sobir serentak menjerit sekuat hati. Mereka benggang. Masakan mereka tidak geram. Tiga sekawan itu sibuk busy menangkap gambar mereka berdua secara senyap. Entah berapa kali snap dah, Shida dan Sobir tidak dapat nak agak. Jeritan mereka itu didengari beberapa penghuni yang ada di dalam kafe itu. Secara spotan juga tiga sekawan itu, melekapkan jari telunjuk di bibir sebagai tanda untuk Shida dan Sobir senyap. Shida dan Sobir masing-masing memberikan jelingan yang tajam.
"Shida suka kopi ke?" Sobir kembali menghirup air tehnya selepas memutuskan dia yang kena memulakan perbualan dengan Shida balik. Nak harapkan Shida yang mulakan dulu, alamat sampai ke malam lah dia tunggu.
"A'ah.. Pengaruh Tikalah." jawab Shida.
"So taste kita lain lah. Aku tak suka kopi. Sebab tu aku order teh tadi. Tapi teh kat sini sedap, No wonderlah korang selalu datang sini. Tempat dia pun best." komen Sobir. Dia terpandang tiga sekawan tu sibuk mengambil ganbar lagi. Aduh. Dah jadi macam paparazzi tak bertauliah lah pula diorang ni.
"Tak puas lagi ke ambik gambar aku?"tanya Sobir. Mereka hanya tersengih. Sobir menggelengkan kepalanya.
"Better kita gerak kat meja diorang. Nak tengok gak apa hasil photographer tak professional diorang." kata Sobir.
"Aik dah habis dah?" tanya Emey.
"Aku nak tengok apa yang lagi tadi korang tangkap."
"Cantik tak aku tangkap?" tanya Fiona apabila camera miliknya berpindah tangan ke Shida.
"Banyaknya korang tangkap!" jawab Sobir sambil menekan button next.
"Apa kata kita ambik gambar official kali ni? Korang berdua kena pandang kamera."tanya Tika.
"Tak nak lah. Bukannya ada official apa pun sampai nak bergambar." Wah! Jual mahal lak Shida ni. Sebelum ni, dia yang beriya-iya nak bergambar walaupun sekali dengan Sobir tapi hari ini, buat-buat malu konon.
"Alah...official korang dah berbaik. Penat tau kitaorang rancang. So, bagi menghargai penat usaha kitaorang, payung lah gambar korang menunjukkan mission kitaorang dan success." Emey cuba mengusik.
"Huh!" Sobir merajuk.
"Alah, busuk-busuk intan payung. Buruklah rupa awak merajuk begini." Bulat mata Sobir mendengar usikan Emey.
"Kau ni. Cepatlah. Nak balik dah ni." Sobir tahu Emey melawak. Mujur Shida dan kawan-kawannya tidak kata apa-apa, hanya diam memerhati. Mahu tak mahu, Shida pun terpaksa bergambar dengan Sobir. Sobir merapatkan kerusinya ke Shida manakala Shida menyengetkan kepalanya ke Sobir. Senyum....dan clik!
# Pemilik blog ini berharap agar pembaca terhibur dan teruskan membaca cerita hati ni. Sedikit sebanyak dapat menghabiskan hobi pemilik blog ini. Semoga jumpa lagi di episod akan datang.
1 ulasan:
Bila cik penulis nak sambung episod ni . I can't wait hehe
Catat Ulasan