Rabu, 6 September 2017

(56) jam berdetik mengikut arah yang berlainan.

Ok, kita flashback ketika Hari Sukan Sekolah.(Kepada yang tak tahu, sila rujuk episod tak perlukan mimpi yang indah sebab ada dia yang terindah dalam hidupku.)

Sobir hanya mengerling tajam ke arah Amar yang sedang berada di tepi padang berdekatan acara lompat tinggi itu.
"Apasal mamat bajet gangster ni ada kat situ? Tak kan lah dia nak tengok aku kot? Dan tak mungkin lah dia saja-saja nak tengok acara ni. Ke..dia nak tengok Shida sebenarnya?" gumam Sobir dalam hati.
"Semua,ok tak?De penyakit apa-apa tak?Pernah accident?Nak get ready apa-apa sebelum lompat?" kedengaran bunyi suara nyaring milik Shida sudah memulakan tugasnya sebagai ahli QM untuk memeriksa keadaan semua peserta untuk acara lompat tinggi itu. Kebanyakan peserta meminta izin untuk warm up dulu manakala Sobir hanya berdiri memeluk tubuhnya. Sobir masih ingat tentang fakta betapa pentingnya warm up dahulu sebelum melakukan aktiviti sukan. Sebab itu awal-awal lagi Sobir dan juga para barisan pengawas sekolahnya sudah melakukan aktiviti warm up sebelum masuk ke padang tadi. Lagipun bagi Sobir bila dah warm up awal-awal, tak ada lah nanti cepat kepenatan. Maybe dia dah terbiasa dengan acara larian. Dalam acara larian, Sobir selalu simpan tenaga di permulaan.


"Aku bagi amaran terakhir. Kalau kau sekali lagi buat kecoh kat dalam kawasan sekolah ni, aku tak kan teragak-agak nak bagi nama korang semua kat Cikgu Ramli terus" mata kesemua koncoh-koncoh Amar ketika itu tertumpu kepada Sobir. 
Entah kenapa tiba-tiba peristiwa tu terlintas di fikiran Sobir. Yalah, mana taknya. Geng Amar sentiasa melanggar peraturan sekolah malah tak cukup dengan itu. Mereka juga selalu buat kecoh ketika di luar kawasan sekolah tapi membabitkan pelajar sekolah lain seperti buli, rempit dan pernah juga masuk ke dalam kawasan sekolah lain ketika sesi pembelajaran sedang dijalankan. Terkulat-kulat jugalah Sobir membantu Cikgu Ramli memantau Amar and the geng semasa di luar kawasan sekolah ketika itu.

Sobir tersentak dari lamunannya taktala semua peserta kini sudah bersedia mengikut giliran masing-masing. Fikiran Sobir juga sudah bertukar dan lebih fokus dalam perlawanan. Sobir merupakan giliran pertama.Jadi, dia memotong semua peserta dan terus berdiri di barisan paling hadapan.  Bendera merah dah dijatuhkan dan kini bendera putih sudah diangkat menandakan acara sudah boleh dimulakan. Sobir merenggangkan sedikit otot dibelakangnya dan wesel sudah mula berbunyi. Sobir berlari perlahan sebelum membuat lompatan. Sobir melompat apabila sudah berada di jarak yang sesuai dan....


"Assalamualaikum...." Sobir cukup kenal dengan suara itu. Taktala pintu dikuak, wajah Emey muncul seperti yang dijangka. Sobir ditahan di hospital dan kini sudah masuk hari kedua. Sobir juga ditempatkan di bilik persendirian atau lebih tepat bilik vip. Sponsorship dari majikan parents Sobir sendiri. Parents Sobir dua-duanya bekerja di rumah salah seorang Dato' sebagai orang gaji dan pekebun. Oleh kerana sudah lama berkhidmat dengan majikan ternama itu, majikan parentsnya sentiasa mengambil berat tentang keluarganya. Termasuklah hal kakanya dan juga dirinya.
"Waalaikumussalam." jawab Sobir dan ayahnya serentak.
"Oh, pakcik ada kat sini. Makcik mana?"Emey bertanya selepas bersalaman dengan ayah Sobir.
"Makcik balik sekejap. Ambilkan baju Sobir sebab esok doktor kata dah boleh keluar dah"  balas ayah Sobir.
"Emey, memandang kamu ke sini, kamu tengok Sobir sekali boleh? Pakcik nak pergi makan. Pakcik dari pagi tadi tak makan" pinta ayah Sobir.
"Lah, kenapa tak makan pakcik? Kalau saya tahu tadi, saya bawakan bekalan lauk dari rumah saya"
"Pakcik tadi pagi tak sedap tekak. Jadinya, tak ada selera nak makan. Mungkin terlalu lama duduk dalam air-cond ni."
"Tak pelah pakcik. Pakcik pergilah makan. Lama-lama pun tak pe pakcik. Saya tak kisah. Lagipun boleh la saya borak puas-puas dengan orang sakit ni. Sobir pun mesti boring asyik baring je." selamba Emey menjawab. Emey sudah cukup mesra dengan keluarga Sobir. Sebab itu ayah Sobir pun senang hati Emey datang melawat anaknya.
"Ceh...ada hati nak hiburkan aku konon" celah Sobir yang lagi tadi hanya menjadi pendengar.
"Pakcik pergi kejap nya. Apa-apa nanti call je pakcik" pesan ayah Sobir sebelum berlalu pergi.
"Hah! Cepat hiburkan aku cepat" pantas aje Sobir memberi arahan bila kelibat ayahnya hilang dari bilik itu.
"Ceh...dah sakit tu, buat cara orang sakit. Lagipun aku datang ni, aku ada something nak bagitahu kau pasal kenapa kaki kau boleh sampai jadi macam ni" Emey kembali serius apabila hendak menyampaikan berita yang baru diketahui itu kepada Sobir.
"Pasal kaki aku? Kenapa? Apa cerita?" Sobir juga kembali serius dan dapat merasakan sepertinya berita buruk.
"Aku rasalah kan, ada orang sabotaj nak kenakan kau dan Shida."

# SORI KERANA UNTUK EPISOD SETERUSNYA MUNGKIN AKAN MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DITULIS. INI KERANA PEMILIK BLOG INI AKAN KEMBALI DENGAN RUTIN HARIAN SEBAGAI PELAJAR DAN JIKA ADA MASA, PEMILIK BLOG INI AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK KEMBALI MENULIS. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT PARA PEMBACA YANG SENTIASA MEMBACA CERITA HATI INI.


Jumaat, 1 September 2017

(55) Berani dalam takut

Selain daripada Pak Jabir, tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah itu. Hal ini kerana, Pak Jabir memang dah lama berkhidmat dengan keluarga Puan Hana.
"Biadap betul!" kelihatan Mak kepada kembar itu meronyokkan kertas yang baru dibacanya sebentar tadi.
"Puan, bertenanglah. Puan tak boleh marah-marah. Nanti makin melarat penyakit Puan" ujar Pak Jabir cuba menenangkan isteri kepada majikannya itu.
"Hairi dengan Haris tak tahu lagi kan pasal benda ni?" waktu itu kepala Pak Jabir tunduk memandang lantai apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Puan Hana. Kelihatan Pak Jabir sukar untuk menjawab persoalan Puan Hana itu. Wajahnya jelas, terkandung seribu rasa serba salah. Maklum sahaja, Puan Hana  kini mengalami penyakit emosi. Jadi perasaannya perlu di jaga. Tetapi perlahan-lahan Pak Jabir menggeleng-geleng. Nasib baik Puan Hana tidak begitu terkejut. Puan Hana sebenarnya hanya memikirkan nasib anak kembarnya sahaja. Naluri ibunya meruntun agar anak-anaknya selamat dan bebas daripada strategi jahat suaminya. Kalau boleh biarlah dia menjadi pengganti tempat anak-anaknya. Biarlah dia seorang yang menanggungnya. Dia lebih rela begitu. Pada waktu itu juga, Pak Jabir ingin membuka mulut untuk memberitahu sesuatu.
"Tapi Puan, walaupun mereka berdua tak tahu lagi tapi lambat-laun  Hairi akan siasat juga perkara ini. Tahu jelah, perangai Hairi yang tak akan duduk diam bila ianya berkaitan dengan diri Puan. Puan pergi daripada rumah tu pun, dia sudah dapat tangkap ada suatu yang tak kena dengan diri Tuan Danial." Puan Hana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Pak Jabir itu. Seraya dengan itu, Puan Hana turut mengurut-urut kepalanya yang sekonyong-konyong berdenyut. Lagipun, Puan Hana tahu sikap Hairi yang satu itu, tak kan ada siapa yang boleh halangnya. Tiba-tiba Puan Hana terfikirkan satu idea. Pengurusan akaun dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya pada asalnya bukannya milik ayah kepada Tuan Danial mahupun CEO sekarang iaitu Atok kepada Shida. Jadi, dia perlu cari pengawai pengurusan yang menguruskan hal tersebut. Tetapi dalam keadaannya sekarang, dia tidak mampu untuk melaksanakannya. Dan, matanya sejurus memandang Pak Jabir. Sejenak, dia terfikir-fikir. Kalau difikirkan baik-baik, Pak Jabir sahaja lah harapannya sekarang.
"Pak Jabir, boleh tak saya nak minta tolong dengan Pak Jabir?" pertanyaan Puan Hana membuatkan dahi Pak Jabir berlapis-lapis kerutnya.
"Boleh aje Puan. InshaAllah selagi saya mampu, saya akan cuba tolong. Lagi pun saya berkhidmat dengan keluarga Puan pun dah lama. Sejak dari ayah Puan masih hidup lagi dan saya amat terhutang budi dengan arwah" Pak Jabir sudah pun siap untuk membantu Puan Hana. Ketika Puan Hana bangun untuk membuka kunci sebuah  peti yang berada di dalam bilik itu, dilihatnya Pak Jabir sedang berdiri memerhati. Belum dapat meneka apa yang hendak Puan Hana beritahu kepadanya, Puan Hana terlebih dahulu menghulurkan sebuah buku akaun bank.
"Saya nak Pak Jabir suruh setiausaha kepada Tuan Danial semak baki akaun dalam buku ni. Saya nak dia semak juga akaun siapa yang selalu menyalurkan duit dan kalau boleh suruh dia rahsiakan sebaik-baik yang boleh daripada pengetahuan sesiapa pun. Nak-nak lagi suami saya." jelas kesungguhan pada suara Puan Hana.
"Baiklah Puan. Saya akan cuba sedaya yang saya mampu. Kalau ada apa-apa, saya akan suruh dia maklum kan pada saya ye Puan" Puan Hana kagum dengan sikap Pak Jabir yang baik hati itu. Yang menakjubkan, Pak Jabir tidak pernah pun meminta ganjaran daripada. Dia sudah lama kenal Pak Jabir. Mungkin kerana keikhlasan Pak Jabir dalam bekerjalah, dia percaya bahawa Pak Jabir mampu menolongnya kali ini.

#ISH, APA MISI RAHSIA YANG MAK HAIRI DAN HARIS BAGI KAT PAK JABIR? PEMILIK BLOG INI AKAN CUBA MENAIP SEPANTAS YANG BOLEH UNTUK EPISOD AKAN DATANG.



(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...