Jumaat, 1 September 2017

(55) Berani dalam takut

Selain daripada Pak Jabir, tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah itu. Hal ini kerana, Pak Jabir memang dah lama berkhidmat dengan keluarga Puan Hana.
"Biadap betul!" kelihatan Mak kepada kembar itu meronyokkan kertas yang baru dibacanya sebentar tadi.
"Puan, bertenanglah. Puan tak boleh marah-marah. Nanti makin melarat penyakit Puan" ujar Pak Jabir cuba menenangkan isteri kepada majikannya itu.
"Hairi dengan Haris tak tahu lagi kan pasal benda ni?" waktu itu kepala Pak Jabir tunduk memandang lantai apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Puan Hana. Kelihatan Pak Jabir sukar untuk menjawab persoalan Puan Hana itu. Wajahnya jelas, terkandung seribu rasa serba salah. Maklum sahaja, Puan Hana  kini mengalami penyakit emosi. Jadi perasaannya perlu di jaga. Tetapi perlahan-lahan Pak Jabir menggeleng-geleng. Nasib baik Puan Hana tidak begitu terkejut. Puan Hana sebenarnya hanya memikirkan nasib anak kembarnya sahaja. Naluri ibunya meruntun agar anak-anaknya selamat dan bebas daripada strategi jahat suaminya. Kalau boleh biarlah dia menjadi pengganti tempat anak-anaknya. Biarlah dia seorang yang menanggungnya. Dia lebih rela begitu. Pada waktu itu juga, Pak Jabir ingin membuka mulut untuk memberitahu sesuatu.
"Tapi Puan, walaupun mereka berdua tak tahu lagi tapi lambat-laun  Hairi akan siasat juga perkara ini. Tahu jelah, perangai Hairi yang tak akan duduk diam bila ianya berkaitan dengan diri Puan. Puan pergi daripada rumah tu pun, dia sudah dapat tangkap ada suatu yang tak kena dengan diri Tuan Danial." Puan Hana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Pak Jabir itu. Seraya dengan itu, Puan Hana turut mengurut-urut kepalanya yang sekonyong-konyong berdenyut. Lagipun, Puan Hana tahu sikap Hairi yang satu itu, tak kan ada siapa yang boleh halangnya. Tiba-tiba Puan Hana terfikirkan satu idea. Pengurusan akaun dan pengurusan syarikat secara keseluruhannya pada asalnya bukannya milik ayah kepada Tuan Danial mahupun CEO sekarang iaitu Atok kepada Shida. Jadi, dia perlu cari pengawai pengurusan yang menguruskan hal tersebut. Tetapi dalam keadaannya sekarang, dia tidak mampu untuk melaksanakannya. Dan, matanya sejurus memandang Pak Jabir. Sejenak, dia terfikir-fikir. Kalau difikirkan baik-baik, Pak Jabir sahaja lah harapannya sekarang.
"Pak Jabir, boleh tak saya nak minta tolong dengan Pak Jabir?" pertanyaan Puan Hana membuatkan dahi Pak Jabir berlapis-lapis kerutnya.
"Boleh aje Puan. InshaAllah selagi saya mampu, saya akan cuba tolong. Lagi pun saya berkhidmat dengan keluarga Puan pun dah lama. Sejak dari ayah Puan masih hidup lagi dan saya amat terhutang budi dengan arwah" Pak Jabir sudah pun siap untuk membantu Puan Hana. Ketika Puan Hana bangun untuk membuka kunci sebuah  peti yang berada di dalam bilik itu, dilihatnya Pak Jabir sedang berdiri memerhati. Belum dapat meneka apa yang hendak Puan Hana beritahu kepadanya, Puan Hana terlebih dahulu menghulurkan sebuah buku akaun bank.
"Saya nak Pak Jabir suruh setiausaha kepada Tuan Danial semak baki akaun dalam buku ni. Saya nak dia semak juga akaun siapa yang selalu menyalurkan duit dan kalau boleh suruh dia rahsiakan sebaik-baik yang boleh daripada pengetahuan sesiapa pun. Nak-nak lagi suami saya." jelas kesungguhan pada suara Puan Hana.
"Baiklah Puan. Saya akan cuba sedaya yang saya mampu. Kalau ada apa-apa, saya akan suruh dia maklum kan pada saya ye Puan" Puan Hana kagum dengan sikap Pak Jabir yang baik hati itu. Yang menakjubkan, Pak Jabir tidak pernah pun meminta ganjaran daripada. Dia sudah lama kenal Pak Jabir. Mungkin kerana keikhlasan Pak Jabir dalam bekerjalah, dia percaya bahawa Pak Jabir mampu menolongnya kali ini.

#ISH, APA MISI RAHSIA YANG MAK HAIRI DAN HARIS BAGI KAT PAK JABIR? PEMILIK BLOG INI AKAN CUBA MENAIP SEPANTAS YANG BOLEH UNTUK EPISOD AKAN DATANG.



Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...