Sekali lagi Shida terpaksa mengikut jejak larian Sobir. Tahu lah kaki Sobir panjang, tak payah lah langkah besar sangat. Tercunggap-cunggap nafas Shida dibuatnya selepas berjaya menjejakkan kaki ke dalam bas. Shida duduk di kerusi yang memang tinggal 1 tu je yang kosong. Manakala Sobir lah yang terpaksa berdiri. Kesian, lepas penat menarik beg galas Shida, alih-alih Shida yang dapat tempat duduk. Tak pe Sobir, sabar. Tak gentle lah rebut kerusi dengan perempuan. Sobir seboleh-bolehnya cuba menenangkan hatinya yang tengah penat. Setelah beberapa minit perjalanan, bas berhenti di perhentian pertama. Lagi ramai penumpang yang naik ke dalam perut bas dan kebanyakkan nya penumpang warga asing. Sobir seperti merapatkan dirinya ke Shida supaya tak ada ruang untuk pekerja bangla berpaut dekat dengan kawasan Shida. Shida hanya memandang pelik dengan gelagat Sobir. "Dah buang tebiat ape berdiri rapat-rapat dengan aku, Ke dia nak cuba goda aku? Shida, ingat. Dia baru je clash. Tak kan semudah tu dia berubah hati. Sangkaan kau je Shida," Sempat Shida bermonolog dalam hati. Perjalanan di dalam bas agak berenjut-enjut sehingga kan penumpang di belakang Sobir menolaknya. Nasib baik Sobir sempat tahan tangannya di kerusi Shida. Kalau tak, mahu accident jadi nya. Jantung Shida jangan dicakaplah. Lagi tadi tak reti duduk diam. Asyik berdenyut laju je. Dia takut gak kalau penumpang sebelahnya dapat dengar degupan jantung Shida yang bagaikan mahu terkeluar dari badannya. Di perhentian kedua, barulah ramai penumpang turun termasuk penumpang yang duduk di sebelah Shida tadi. Ketika Shida bangun hendak memberi laluan kepada penumpang di sebelahnya, tangan Sobir seperti melindungi kepala Shida daripada terhantuk tiang. Sekali lagi, jantung Shida seperti terkena kejutan elektrik. Mahu pengsan Shida dibuatnya dengan tindakan Sobir tadi. Selesai penumpang lain turun, Shida memberi isyarat suruh Sobir masuk duduk di tempat penumpang sebelahnya tadi. Sobir mengerutkan dahinya lalu berkata
"Kau nak ke bergesel dengan mat-mat bangla ni.". Shida hanya membalas dengan cebikan bibir lalu masuk dahulu diikuti Sobir duduk di sebelahnya. Shida sempat mengerling sekilas ke arah Sobir. Mana taknya. Ini merupakan kali pertama Shida dapat duduk sedekat begini dengan Sobir. Bertuahnya badan. Dah lah Sobir tengah single sekarang.
"Shida..." tersentak lamunan Shida apabila Sobir menyebut namanya. Ya Allah adakah dia bermimpi dapat mendekati Sobir sekarang.
"Hurm, apa?" Shida cuba menyembunyikan senyumannya.
"Aku tahu sebelum ni kita tak rapat. Walaupun sebelum ni aku pernah satu kumpulan dengan kau. Jujur lah, aku tak pernah lupa pun kau ahli kumpulan aku. Cuma aku segan nak tegur kau tiap kali kita jumpa. And sori gak kalau dulu aku suka buli kau. Tak ada lah, reaction kau kelakar sangat. Muka kau pun macam da tertulis saya budak senang kena buli. Mana tak aku buli kau. Tapi aku harap lepas ni kita kawan nak? Yelah, selepas apa yang dah jadi tadi. Rupenye kau dengan Iman cuba nak tolong aku. " Shida tak dapat nak bagi reaksi apa pada ayat yang baru terkeluar dari mulut Sobir. Dia gembira kerana Sobir mahu berkawan dengan nya tapi tak kan lah sebagai kawan je? Dan kenapa dengan mukanya?Senang kena buli?Melihat reaksi Shida yang agak keliru. Sobir menambah lagi,
"Tapi ada sebab gak kenapa aku berkasar dengan kau. Aku bukan niat nak buli pun. Aku tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni. So aku tak tahu nak bergaul dengan kawan perempuan macam mana. Tapi aku dapat rasa kita banyak persamaan, Sebab tu aku selesa berkawan dengan kau." comel pulak dimata Shida apabila melihat Sobir tertunduk bersungguh-sungguh menerangkan kenapa dia nak berkawan dengan Shida sambil jari Sobir menguis-nguis seluarnya sendiri. Selepas melihat tindak tanduk Sobir yang comel tu,Shida menjawab,
"Aku ok je nak berkawan dengan kau. Pasal yang buli hari tu, aku dah lama maafkan kau lah." kata-kata Shida mampu membuatkan Sobir mengangkat mukanya semula. Ada senyuman di bibir Sobir. Shida juga turut tersenyum.
"So,kita kawan lah eh? Dan sebagai kawan, kau kena simpan rahsia aku pasal kejadian hari ini punya. Boleh?" Bertambah cair Shida mendengar permintaan Sobir apabila muka Sobir betul-betul bertentangan dengannya. Shida terpanar sekejap sebelum membalas,
"Kau sebenarnya nak kawan dengan aku sebab nak suruh aku jaga rahsia kau je kan?"Shida menunjukkan reaksi geram dengan jari telunjuk di arahkan ke muka Sobir, Sobir menjawab,
"Mana ada! Aku ikhlas lah kawan dengan kau.Bukan sebab nak jaga rahsia aku je."
"Aku tak percaya. Berani kau mempergunakan aku kan. " Shida seperti tidak puas hati.
Sobir tergelak kecil sebelum membalas lagi."Betul Shida...Asal kau tak percaya kat aku eh?"
"Sebab muka kau bukannya boleh dipercaya kan pun."...Sobir dan Shida berterusan membidas ayat masing-masing sepanjang perjalanan di dalam bas. Ada juga detik gelak ketawa mereka. Begitulah detik indah di dalam bas menuju ke tempat makan yang Sobir ingin bawa.
# "Sobir siapa ni?Awek kau ke?"...Apa jawapan Sobir ketika kawannya menanyakan tentang Shida? To be continued di next episod cerita hati.

1 ulasan:
bila nak update cerita hati lagi . hm
Catat Ulasan