Khamis, 10 November 2016

(25) it is the time to let it go

Sobir melangkah laju padahal dia tak tahu pun hala tujunya kemana.Argh,lantaklah.Janji dia dapat keluar daripada bangunan Mahkota Parade itu.Dia tidak sedar yang tangannya masih menarik sesuatu.Sesuatu yang mengikutnya tanpa sebarang bunyi.Sehingga lah mereka sampai di tengah padang Dataran Pahlawan,Langkah Sobir terhenti,begitu juga Shida.Sobir menghela kan nafasnya dengan kasar lalu  terus duduk di atas padang itu.Shida hanya mengikut langkah Sobir duduk di atas padang rumput itu.Sobir sepertinya tengah serabut.
"Sobir,kau ok tak?"pertanyaan Shida memecahkan keadaan sunyi pada waktu itu.Kepala Sobir terus terangkat.
"Fikiran aku tengah serabut.Kau tahu kan aku baru kena kencing tadi."balas Sobir.Shida hanya mendiamkan diri.Terus tak berani dia nak tanya lebih-lebih.
"Macam manalah aku ni bodoh sangat sampai kena kencing dengan dia?"Sobir seperti menyalahkan diri sendirinya tetapi Shida tetap tidak mencelah apa-apa.Hanya setia mendengar.
"Shida,kau sebenarnya dah tahu kan pasal Hawa?"tanya Sobir yang sedari tadi asyik membebel sorang-sorang.
"Aku tahu time aku pergi pertandingan pantun kat sekolah diorang hari tu,Aku syak Hawa dengan Aizril ada something tapi aku tak berani terus buat kesimpulan.Aku kenal rapat dengan dia pun tak.Lagi pun buat apa aku nak sibuk hal orang."Shida mengaku jujur.
"So,nilah agenda kau jumpa Iman hari ni?"Sobir bertanya lagi.
"A'ah.Tapi sumpah aku tak tahu pulak Iman akan bawa Aizril.Serius aku tak tahu."Shida cuba berdalih.Sobir hanya tergelak dengan reaksi Shida.
"Kau tahu tak,disebabkan kau lah,date aku hari ni cancel.Baru ingat nak gi makan sedap-sedap tadi."Sobir cuba membuat lawak,Tapi Shida tidak dapat menangkapnya.Sangkaan Shida,Sobir serius.
"Sorilah...tapi kau kena berterima kasih kat aku tau sebenarnya.Sebab dah selamat kan kau dari jadi mangsa Hawa."Shida cuba menyelamatkan dirinya dari dimarahi oleh Sobir.Sekali lagi,Sobir tergelak.Kali ini ketawanya lagi besar dari yang tadi.Tak sangka Shida cepat kalut bila disergah.Dulu masa dia buli Shida di sekolah,tak ada lah reaksinya kalut macam ni.Cukup membuatkan Sobir geli hati melihatnya.
"Kau ni kan Shida,memang tak pernah ikhlas bila buat kerja kan.So,kau nak penghargaan lah  ni sebab dah selamatkan aku?"Sobir berkata dengan sisa baki ketawanya masih ada lagi.
"Tak adalah aku nak balasan ke apa.Tapi aku pelik.Kenapa aku pulak jadi mangsa kau sampai kau nak heret aku kat sini?"Shida masih tidak puas hati.
"Yelah tak kan lah aku nak biarkan kau sorang-sorang.Iman dah sah-sah lah sibuk menguruskan Hawa dengan Aizril.Yang kau nak menyibuk sama nak buat apa?.Lebih baik kau ikut aku.Hirup udara segar kat sini."habis sahaja Sobir berkata,matanya ditutupkan dan kepala cube menonggak seolah-olah memandang langit.Shida masih tak puas hati lalu menjawab,
"Segar apanya,panas tahu tak.Dah jomlah balik.Aku laparlah."Shida cuba untuk bangun tetapi tangan Sobir tangkas menarik beg galas Shida.Shida serta merta terus terduduk balik.Shida memandang tidak puas hati kepada Sobir.Dan seperti biasa,Sobir membalas dengan pandangan poyo dia tu.
"Kalau lapar,jom lah kita pergi makan."ajak Sobir.
"Tak nak.Membazir.Lebih baik aku makan rumah.Jimat.Tak payah keluarkan duit"Shida masih mahu berdebat dengan Sobir.
"Apa kata aku bawa kau pergi makan free.Nak tak?Kau tak payah keluarkan duit pun.Aku belanja.Tapi tempat makan yang aku nak belanja ni jauh sikit.So,kau ikut je aku diam-diam.Jangan nak banyak bunyi tanya kita nak pergi mana.Jangan risau lah pasal aku nak bawa lari kau ke,tak pun nak buat benda-benda yang tak elok dengan kau.Aku tak hingin pun nak rosakkan anak dara orang,lagi-lagi yang macam kau."dalam Sobir mengajak,menyempat aje dia mengutuk Shida.Apa Shida ni tak menarik di mata Sobir.Shida hanya mencebik.
"Kenapa kau nak ajak aku makan jauh-jauh?Menyusahkan aje.Lebih baik kita balik rumah.Selamat pun,selamat."saja ayat di belakang tu,Shida tekan kan.
"Kata nak makan free.Lagi pun aku nak langsaikan hutang aku kat kau.Nak ke tak nak ni?"kali ni nada Sobir agak sedikit tegas.
"Iya lah,aku ikut.Tapi ingat,jangan lama."Shida memberi amaran.Sobir hanya mengganguk tanda setuju.

#EHEM....BELUM TAMBAH GULA LAGI KAT CERITA SHIDA DAN SOBIR NI.TU BARU SIKIT.RILEX.DE LAGI...TUNGGU YE!

1 ulasan:

ezzati nuriffah berkata...

Haha tak sabar nak baca episod seterusnya 😄

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...