Rabu, 9 November 2016

(24) lukisan masa hadapan,hanya warna kehidupan.kita tak tahu warna apa yang bakal menwarnai masa depan kita.

"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Dalam kalut Shida cuba mencari jawapan yang tepat bagi soalan Hawa tu.Tiba-tiba,
"Sebenarnya aku nak jumpa kau,bukannya Shida." semua yang ada di situ menoleh ke belakang apabila mendengar suara Iman mencelah.Terkejut bercampur gembira Shida di buatnya.Pertama, terkejut sebab Iman muncul secara mengejut.Kedua, gembira sebab tak perlulah dia memerah otaknya untuk menjawab soalan Hawa.Tetapi bukan Shida sahaja yang terkejut, Sobir dan Hawa juga ikut terkejut sama.Jangan cakap lah,Hawa sudah hampir mahu menjerit ketika Iman muncul bersama seorang lagi lelaki di belakangnya.Shida memandang pelik ke arah lelaki yang mengekori Iman itu.Seperti pernah nampak,Tapi kat mana eh?Shida cuba mengorek balik kotak ingatannya.Aizril?Pakwe Hawa?Shida menutup mulutnya serta merta.Baru Shida nampak permainan Iman.Pandangan Shida juga turut terkalih ke arah Sobir selepas berjaya tidak menjerit.Shida cuba untuk membaca fikiran di dalam kepala Sobir ketika itu.Apa reaksi Sobir bila tahu Hawa ada pakwe lain iaitu Aizril?Adakah akan berlaku pergaduhan antara Sobir dan Aizril?Atau Sobir akan memarahi Hawa dengan teruk kerana menipunya?Atau lebih parah lagi,adakah Sobir akan memarahi Shida juga sebab menyibuk dalam hal mereka berdua?Oh no!Shida mengelengkan kepala nye.Tidak sanggup dia membayangkan bagaimana kata maki hamun di lemparkan nanti oleh Sobir.Dengan muka bengisnya.Shida dapat rasakan bulu romanya sudah  mula naik.Shida menelan air liur yang terasa kelat.Tetapi entah kenapa dalam keadaan seram sejuk itu,de pandangan simpati Shida dapat rasakan dalam keadaan Sobir.Kesian Sobir...Sobir betul-betul sayang kat Hawa tetapi Hawa pula mainkan perasaannya.Hawa tak tahu.Cinta Sobir begitu berharga buat Shida.Penat selama ini Shida cuba  untuk mendapatkannya.Hawa beruntung kerana menjadi insan yang dipilih oleh Sobir untuk dia memberikan rasa cinta tu.
"Aku sebenarnya dah hilang sabar dengan perangai kau Hawa.Aku tak sanggup buat-buat buta dan tutup mata dengan perangai tak senonoh kau ni.Aku nak hari ni,semua rahsia kau terbongkar depan Sobir dan Aizril"kata-kata Iman mampu memberi rasa genjatan elektrik kepada semua orang.Tanpa menunggu sesiapa menjawab,pantas Aizril menyambung,
"Sobir,aku nak tanya kau.Kau siapa pada Hawa?"
"Aku pakwe Hawa.Kenapa?"walaupun nada Sobir kedengarannya tenang tetapi tidak pada mukanya.Muka Sobir seperti tidak puas hati sahaja.Aizril memberikan senyuman sinis kepada Hawa sebelum menyambung lagi,
"Oh,pakwe.Aku pun pakwe Hawa.".Shida yang hanya berdiri kaku di antara Sobir dan Iman,dapat merasakan keadaan semakin tegang.Sobir kelihatannya sudah mula benggang dengan ayat yang dikeluarkan daripada Aizril.
"Kau siapa nak mengaku pakwe dia?Kau jangan cuba nak rampas hak orang lain boleh tak?"Sobir sepertinya sudah hilang sabar dan mula mahu menumbuk Aizril tetapi mujur Iman tangkas menahannya perlahan.
"Kenapa?Kau tak percaya?Tanya sendiri dengan Hawa.Betul ke tak kita berdua kena tipu."Aizril juga sudah mula meninggikan suaranya
"Aizril,Sobir.Cuba bawa bertenang.Malu lah orang pandang.Sobir...cuba kau tanya Hawa betul ke tak apa yang Aizril tanya.Hah,Hawa.Jawablah.Mana satu pakwe kau."Hawa yang sedari tadi gelisah makin bertambah gelisahnya apabila disergah oleh Iman.
"Iman.Apa motif kau hah?Tak cukup ke aku reject kau.Kau nak malu kan aku lak depan diorang semua.Kau nak balas dendam kat aku ke?Kau fikir,kalau kau buat macam ni,aku akan suka kat kau ke hah?"Hawa menjawab.
"Memang aku pernah suka kat kau Hawa.Tapi bukan tujuan aku untuk balas dendam apatah lagi malukan kau macam yang kau pernah buat kat aku dulu.Aku cuma tak sanggup nak tengok orang lain jadi mangsa kau.Cukup lah aku,yang dah kena dengan kau.Kau jangan nak mainkan perasaan orang lagi.Memang perangai kau tak pernah berubah Hawa.Dari dulu sampai sekarang.Dulu kau pernah hina cinta aku depan semua orang,aku boleh maafkan lagi.Pengajaran untuk aku juga,lain kali aku perlu bagi masa untuk kenal hati budi orang yang aku suka.Aku sebenarnya rasa bersyukur,kau buang aku dulu.Terima kasih Hawa.Dan sekarang,aku nak kau sedar juga yang perasaan cinta,bukannya benda yang boleh dibuat main.Cubalah kau belajar hargai cinta yang kau dapat."begitu panjang lebar Iman membidas.Kini,barulah Shida tahu kenapa Iman nak sangat menolong Shida memutuskan hubungan Hawa dan Sobir.Kedua-dua Aizril dan Sobir hanya memandang dengan pandangan tidak percaya ke arah Iman.Keadaan senyap seketika sebelum Sobir pula berkata,
"Hawa...betul ke apa yang Iman cakap?Betul ke aku ni hany sebahagian daripada permainan bodoh kau tu?"Sobir menahan rasa amarahnya.
"Sobir....."Hawa yang mampu menyebut nama Sobir.Sobir hanya gelak menyindir.
"Iman,Aizril.Apa kata kau settle kan je lah Hawa ini.Sebab aku dah isytihar putus dengan dia."Iman berkata dan berlalu pergi sambil menarik beg galas Shida.Shida dalam keadaan tidak bersedia terpaksa menurut juga langkah Sobir.Kalau tidak,mahu jatuh tersungkur dia dibuatnya.Sobir ni pun kalau iye pun nak tarik aku,bagi lah amaran.Ni tak,main tarik je beg aku.Tahu lah tengah stress putus cinta.Aku juga jadi mangsa keadaan.Tak patut...Tak patut....

#BELUM HABIS LAGI YE....SAMBUNGAN....KEMANA SOBIR NAK BAWA SHIDA TU???HA3.TUNGGU THE NEXT CERITA HATI EPISOD DIMANA BERMULA LAH SEBUAH IKATAN BARU ANTARA SHIDA DAN SOBIR.

Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...