Isnin, 7 November 2016

(23) I want run to you but at the same times I want run from you.

"Shida.....",Shida yang baru sahaja ingin membuka langkah terus berhenti.Shida menoleh,ternyata susuk tubuh Sobir berada di depannya.Entah kenapa air mata Shida terus mengalir laju.Shida melepaskan segala benda yang merunsingkannya sebentar tadi.Sobir dengan gelabah menyuruh Shida berhenti sebab suara tangisan Shida agak kuat.Orang yang lalu lalang juga memandang pelik ke arah mereka.Aduh,Shida dah macam budak-budak yang nangis ketika hendak diculik.Sobir melekapkan jari telunjuk dibibirnya sendiri tnda menyuruh Shida diam.Beberapa saat selepas itu,barulah Shida berhenti menangis.
"Dah?Dah habis nangis dah?" tanye Sobir tetapi entah kenapa ditelinga Shida kedengarannya seperti memerli.
"Nak nangis lagi tapi dah kau suruh berhenti."Shida menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.Melihat perbuatan Shida itu,Sobir terus menghulurkan sapu tangan kepada Shida.Shida mengambilnya tanpa berkata apa-apa.Yang penting sekarang,dia tahu dia tak keseorangan.
"Kenapa kau nangis tiba-tiba bila jumpa aq?"Sobir bertanya sambil memandang tempat ke arah anak mata Shida.Shida pada mulanya terpanar,terus mengalihkan pandangan lalu berkata "handphone aku jatuh.Tak boleh nak hidup.Aku tak boleh contact Iman."Sobir memandang pelik ke arah Shida taktala Shida menyebut nama Iman.
"Iman?Iman mane?Jangan cakap Iman group kita time kem ari tu?"Sobir bertanya.
"A'ah...Iman group kita"Shida menjawab dengan suara diperlahankan sedikit.Entah kenapa riak Sobir seperti mahu memarahinya.Sehinggakan Shida tak berani mahu menggangkat muka.Shida tertunduk memandang lantai.Sobir merengus kasar sambil tangan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Kenapa kau jumpa dia kat sini?Date?"tanya Sobir sambil tangan mencari nama Iman.
"Mana ada!Tak ada la!"Shida menjawab dengan suara yang agak nyaring dan kepala laju menggeleng.Sobir tersenyum tipis melihat reaksi Shida.
"Hello..Assalamualaikum..Iman,awek kau sekarang ni ada dengan aku.Kutip dia kat depan kedai bunga ni" tanpa menunggu jawapan Iman,Sobir terus meletakkan panggilan.Shida yang mendegarnya hanya ternganga.Speechless!Awek?Kutip?
'Aku dah bagitahu dia dah yang aku bukannya ada apa-apa dengan Iman.Dan dai ingat apa?Aku sampah.Main kutip-kutip macam tu' Monolog Shida dalam hati.Shida tidak mampu berkata apa lagi.Bibir seperti kaku nak keluar kan bunyi
"Dah,Aku kena gerak ni.Kau tunggulah Iman kat sini." Sobir berpusing mahu meninggalkan Shida tiba-tiba kelibat Hawa pula muncul.
"Sobir.Awak pergi mana?Kata pergi tandas.Penat saya tunggu tadi.Ingatkan awak tinggalkan saya." Selepas Hawa mendekati Sobir,baru Hawa perasan akan kehadiran Shida.
"Eh,Shida.Tak perasan awak pun ada kat sini.Awak buat apa kat sini." Hawa memandang Sobir dan Shida silih berganti.Entah kenapa,Hawa seperti dapat merasakan mereka seperti menyorokkan sesuatu.Shida baru sahaja mahu membuka mulut tetapi Sobir terlebih dahulu memotong
"Shida nak jumpa Iman.Ingat tak budak group kita sekali kat kem?Tapi entah macam mana Shida sesat tak jumpa Iman.Handphone Shida pula rosak.Tu yang tak dapat nak contact Iman.".Sekali lagi Shida speechless!Pandai betul mamat ni buat ayat.Awek kau tanya aku.Biar lah aku yang jawab.Shida masih tak puas hati dengan Sobir.
"Iman??Kenapa kau jumpa Iman.Apa hubungan korang?" nada Hawa seperti bergetar.Shida perasan Hawa seperti takut apabila nama Iman disebut oleh Sobir.Ya Allah....tolong lah aku lari daripada diorang berdua ni.Aku nak jumpa Iman.Mana Iman???!!!Apa sebenarnya rancangan Iman ni?Cepatlah muncul Iman oiii....Tolong lah....

#NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA APAKAH RANCANGAN IMAN DAN MASIHKAN SOBIR BERTAKHTA DIHATI SHIDA SELEPAS KEJADIAN TADI BERLAKU?TUNGGU YE!

Tiada ulasan:

(79) Pujaan Hati

 Ketua badan beruniform pengakap sekolah, Qayid. Shida, Fiona dan Tika pula tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan betapa terkejutnya mer...